Salam u olls ,
U olls suka dan gemar makan steamboat tak? Jom ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , Putrajaya dan makan hidangab bufet steamboat yang menawarkan pelbagai makanan laut yang segar , daging , ayam , ladu dan sayur - sayuran dengan aneka jenis sos buatan sendiri dan perasa untuk melengkapkan makan malam di sana. U olls boleh memilih untuk pelengkap bersupkan sup ayam dan halia atau tomyam. Bubur , ais kacang , spagethi , makanan Melayu turut ada bagi memeriahkan lagi suasana ketika sedang menikmati hidangan steamboat.
Antara pelbagai sos dan perasa yang ada
Himpunan pelbagai jenis sayur - sayuran yang segar
Ini pula makanan laut yang segar dengan kepingan daging juga ayam
Pencuci Mulut dengan pelbagai jenis buah - buahan dan juga jelly
Ais Kacang juga ada.
Harga hidangan steamboat bagi golongan dewasa - RM35/nett manakala bagi kanak - kanak pula harganya adalah RM18/nett.
**
Bagi kanak - kanak di bawah usia 5 tahun adalah percuma.
Hidangan bufet ini bermula dari jam 6 petang hingga 10.30 malam dan dibuka pada setiap hari , kecuali hari Ahad.
Berita gembira !
Kini , u olls boleh menikmati steamboat dengan harga kadar diskaun! Diskaun sebanyak 20%. Menjadikan harga dewasa adalah RM28/nett dan RM14/nett untuk kanak - kanak.
Promosi bagi kadar diskaun ini bermula dari 25 September hingga 31 Disember 2014.
Sambil menjamu selera , uolls akan didendangkan dengan nyanyi dari band tempatan.
Barisan chef -chef hebat yang menyajikan hidangan bufet steamboat di PICC
Geng #kelabbloggerbenashaari bersama - sama menikmati hidangan bufet steamboat di PICC
Untuk sebarang maklumat / tempahan , bolehlah u olls menghubungi :
Talian : +6038876000
Faksmili : +60388876499
Laman Web : www.picc.com.my
Facebook : www.facebook.com/piccmalaysia
Twitter : www.twitter.com/piccmalaysia
Instagram : instagram.com/piccmalaysia
Pastikan u olls ke sana ye ! Ty jamin u olls akan puas hati dan kenyang sampai lebam tambahan pula makan dengan seisi keluarga tersayang mahupun insan tersayang. Ajaklah kawan - kawan ke sana , pasti mengamitkan kenangan bersteamboat bersama - sama.
Selamat Menyamu Selera!
wah murahnya promosi sampai hujung tahun ni.. mesti kenyang lebam ni
ReplyDeleteyummm... sedapnya. mmg suka makan steamboat ni.. harga dah cukup murah dah tu...
ReplyDeleteentry terkini...Harris getting better