First Time Buat Creambath Hair Treatment di Sutra Maya Wellness

6:00 AM Yanty Lee 15 Comments


Salam uolls ,

Okay Ty lately ni kononnya busy sangat la dengan aktiviti sukan , training la segala bagai. Termasuklah ada sedikit urusan di seberang. Senang cerita back to back. Balik sahaja ke rumah di Putrajaya sangatlah mengejutkan Ty apabila waktu dan ketika nak mandi. Bau air mak aih , kuatnya bau dia. Tak tahu lagi apa puncanya. Redha , beranggapan sebab hampir 4 hari kot tak ada di rumah. Esoknya masuk opis , masing-masing mengadu. Selit punya selit , rupanya ada isu pada air kumbahan di empangan Semenyih dan sedang dicuci dengan klorin segala bagai. Mai aih , was-was nak masak , berwuduk tapi terpaksalah ceritanya.

Plan nak gi salon la , massage la hujung minggu gitu , ini gara -gara ternampak kengkawan blog Ty yang lain pergi ke Sutra Maya Wellness. Apa yang membuatkan Ty pun turut rasa tertarik untuk pergi adalah sebab kat sini ada macam - macam rawatan untuk kaum wanita dan lelaki juga.

suka kasut kayu berbunga ini

Memandangkan air kotor , alang-alang dah macam tak sihat rambut Ty asyik kena air klorin+kumbahan yet memang rambut Ty kering jadi adalah sangat disarankan , so Ty buat pertama kalinya cuba rawatan Creambath Hair. Rawatan creambath biasanya di buat dari bahan-bahan alami seperti buah atau pun sayuran yang memiliki khasiat untuk rambut. Sesuai untuk gaya rambut panjang wanita.

Manfaat Creambath Hair
- Memulihkan kerosakkan  rambut dan mencegahnya kembali
- Memperbaiki rambut rosak hingga ke akar dan menutrisi akar rambut
- Menjaga keindahan dan kesihatan rambut setelah diwarnai
- Membuat rambut lebih halus
- Menghilangkan rambut bercabang

Memang ikutkan , rambut Ty ni kronik juga. Bila mood rajin baru la ada masa nak dapat belai. Ampun , wahai rambut. Jom tengok staff yang friendly bernama Iqa ini assist Ty dari sampai sampai settle urusan Ty di sini. Siap parking pun depan kedai , uolls.

Ini adalh cream yang digunakan untuk sapu pada rambut Ty
Iqa sedang sapu dan meratakan cream pada rambut
Lepas sapu cream secara menyeluruh satu kepala , panaskan untuk resapkan hingga ke akar umbi rambut selama 15 minit sebelum di cuci.
Masa untuk keringkan rambut selepas di cuci
Hasilnya , segar kepala dan terasa ringan serta ramabut pun lembut 

Selesa! Itu yang mampu Ty habaq ampa semua. Apa yang Ty minta , dapat saja. Banyak membantu mereka yang bekerja di sini. Meh tengok bilik untuk mini salon yang derang ada ; 
Mungkin nama sempit tapi selesa sahaja ye la bukan semua orang yang datang tu serentak nak buat treatment rambut kan?
Selain diberi baju / kain bergetah untuk berkemban , ada juga baju ala kimono ini.

OH YA! Sebelum start treatment , welcome drink yang diberi ialah Air Asam Jawa! Sedap tapi terkulat-kulat juga Ty nak teguk minum. They are so welcoming , guys!

Okay , hampir 30-45 minit Ty memanjakan rambut. Ty tak habis di situ sahaja. Tapi , sambung berMandi Bunga pula. Allahukbar , ini adalah juga pertama kali Ty buat seumur hidup. Nanti nak kahwin nak mandi lagi , ye tayunk! Rambut dah wangi , badan pun nak juga dari asyik mandi air berbau,kan. Kasi can la.

Sayang rambut , minta shower cap.

Masa diberikan untuk belai seluruh tubuh badan , sental dengan kelopak bunga ros/mawar. Dan dalam bilik bahagian ini ada juga shower untuk kita bilas badan. Kata Iqa , fefeeling pengantin baru. Bolehlah. Tapi sebenarnya , mandi bunga bukan sahaja untuk bakal pengantin sebagainya tetapi boleh juga untuk sesiapa. Terapikan diri dengan mandi ini supaya dimurahkan rezeki dalam apa jua bentuk , kerja ke jodoh ke dan sebagainya kerana akan memberi kita sedikit aura yang lain.

Dekat Sutra Maya Wellness ini , banyak lagi treatment yang ada. Antaranya :
- Single Full Body Massage (RM89)
- Tangas (RM49)
- Foot Massage (RM49)
- Bekam Badan (RM140)
- Nail Buffer (RM12)
- Express Manicure (RM35)
- Express Pedicure (RM45)
- Full Body Scrub (RM69)
dan banyak lagi. Boleh dapatkan info lanjut di Instagram / Facebook. Juga boleh terus tempah tarikh dan masa untuk mendapatkan rawatan di sini.


Sebelum balik , Ty sekali lagi dijamu dengan Teh Halia. Terima kasih ye Iqa , staff-staff dan semestinya onwer ; Puan Sherryna di Sutra Maya Wellness for having me.

Untuk makluman lebih lanjut atau tempahan , boleh terus dapatkan / hubungi di :
No.Tel : 018-9899282 (klik for Whatsapp)
FacebookSutra Maya Wellness (klik)
Instagram@sutramayawellness (klik)
E-Mail : [email protected] (klik)

I already had my "ME TIME" , uolls bila pula? Hope uolls yang ke sini nanti pun akan enjoy and really had fun yeah!

15 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

HEART FOR HEART FUN RUN 2019 MEGAKLINIK ZAHRAN

2:16 PM Yanty Lee 14 Comments


Salam uolls,

Pernah korang dengar tentang ataupun nama klinik ni tak -  Megaklinik Zahran ?


Okay baru ni , Ty berkesempatan untuk turut sama memeriahkan Fun Run Zahran 2019 yang diadakan pada 13 Oktober 2019 di Seksyen 7 , Bandar Baru Bangi. Ini bukanlah kali pertama program ini diadakan tetapi merupakan kali ketiga. Menariknya program ini diadakan untuk mendekati secara dekat lagi dengan orang ramai. Fun Run ini juga turut disertai oleh pihak atasan seperti CEO Megaklinik Zahran , YB Ahli Dewan Undangan Sungai Ramal, Mazwan Johar. Terdapat 3 jenis kategori Fun Run kategori iaitu 3km , 5km dan 10km dan tidak ada kategori pada peringkat umur. Penyertaan yang sangat menggalakkan pada tahun ini , kerana jumlah penyertaan hampir sejumlah besar 1,500 orang peserta.

Senaman ringan sebelum acara larian bermula

Senaman ringan sebelum acara larian bermula

Garisan mula untuk memulakan larian

Ibu bapa turut serta dengan membawa anak - anak

Banyak juga aktiviti lain yang ada , seperti booth - booth dibuka untuk orang ramai mendapatkan info tentang kesihatan , jualan makanan dan minuman dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya , hadiah-hadiah yang sangat lumayan dan menarik juga diberikan untuk para pemenang larian mengikut kategori dengan keseluruhannya bernilai RM25,000 dan sesi cabutan bertuah yang sudah semestinya dinanti-nantikan para peserta.


Teruja nya Ty pada majlis ini , apabila meihat anak-anak kecil yang turut serta memenangi kategori larian. Tidak kurang hebatnya , Grand Prize berupaya percutian ke Bali untuk cabutan bertuah juga menjadi tuah kepada seorang kanak - kanak. Rezeki dan tuah tak kira siapa kan?


Antara artis turut serta adalah Ashraff Muslim , Ikhwan Fatanna , band Badak United . Majlis lebih gamat dengan kehadiran pengacara majlis gandingan antara Radin Era dan Falyq Hikyle.


Kerana bertemakam "Heart for Heart" , medal berbentuk hati dan jantung diberikan selepas larian tamat di garisan penamat.

Bagi yang nak juga sertai untuk tahun hadapan , boleh tunggu bila pendaftaran dibuka.


Okay, ini pula buat mereka mempunyai anak bujang lelaki yang nak dikhatankan , boleh cuba ikuti program Pakej Berkhatan yang sedang dibuka sekarang berharga RM199. Yang mana , program ini diberi nama Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki akan dikhatankan dalam tempoh sebulan. Untuk Pakej Berkhatan ini ianya menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Electric Diathermy. Dengan kaedah ini akan membantu dari segi mengurangkan pendarahan dan kesakitan serta dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan pengeringan luka. Yang pastinya anak - anak akan dikhatan oleh pegawai perubatan (MO).

Harga RM199 adalah termasuk ;
- Konsultasi oleh pegawai perubatan
- Prosedur pembedahan kecil berkhatan
- Suntikan bius setempat
- Ubatan (tahan sakit)
- Dibantu oleh jururawat terlatih

Bagi menggembirakan lagi anak-anak kecil itu nanti , mereka akan mendapat Tanjak Pahlawan Muda Berani dan Sijil Saya Hero Sejati. Juga terdapat “Sunathon Merchandise” yang dijual seperti Azim Pro Virgin Coconut Oil (RM12) , Bouquet Congratulation (RM20-RM30) , Seluar Khatan (RM25) , Garam Rendaman Sitz Bath (RM6) , Kain Pelikat Kanak -Kanak (RM19) dan T-Shirt Sunathon (RM20).


Meh Ty kongsikan sikit info menarik mengenai Megaklinik Zahran ini , sekiranya uolls tidak sihat dan memerlukan untuk mendapatkan rawatan di mana - mana cawangan klinik ni , uolls hanya boleh daftar melalui telefon terlebih dahulu dan melihat dengan keep track nombor giliran akan di panggil. Pendaftaran buka ketika ini adalah melalui Whatsapp dan Telegram. Akan menyusul kelak , applikasi atas talian. Mudah kan?

Kenapa klinik ini diberi nama "Megaklinik" , ianya kerana merupakan salah satu klinik yang mempunyai ruang katil pesakit. Contohnya , pesakit yang menghidap Denggi akan terus diberi rawatan seperti dripping dan sebagainya. Kiranya macam mini hospital. Pastinya selesa , bukan?

Buat masa ini Megaklinik Zahran mempunyai lima cawangan di Selangor iaitu di Seksyen 7, 8 & 9 Bandar Baru Bangi, Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn. Juga memiliki sebuah cawangannya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Megaklinik Zahran juga sedang merangka operasi di cawangan baharu bermula awal tahun depan di beberapa lokasi lain termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Melaka dan Johor Bharu.

Untuk sebarang maklumat , boleh dapatkan di :
Website : http://megaklinikzahran.my/
Facebook : Kumpulan Megaklinik Zahran 24 Jam | Megaklinik Zahran Seksyen 9 BangiMegaklinik Zahran Fun Run 2019 |
Instagram : @kumpulan_megaklinik_zahran | @zahranseksyen7 | @funrunzahran
No.Tel : 017-257 2525 (setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam)

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

EVERSOFT MICELLAR CLEANSING WATER 100% EKSTRAK TUMBUHAN ORGANIK

1:12 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls,

I'm back! Kali ni Ty nak kongsi pula yang Ty dah cuba pencuci mekap terbaru dari brand EverSoft dan sudahpun berada di pasaran, gais.

Actually ada 3 jenis , 
- Avocado ,
- Tomato &
- Grapefruit.


And mine is EverSoft Avocado.

As perempuan , komestik merupakan salah satu elemen daya tarikan. mana taknya kan, kalau nak kedai runcit beli seketul dua barang pun kena touch - up. Katanya tak nak nampak seperti mayat hidup, ha gitu.

Barang komestik seperti foundation , eyeliner , eyeshadow , lipstick antara yang sukar untuk diluntukkan dengan hanya menggunakan air biasa kerana kebanyakkannya mengandungi bahan kimia dan pewarna. Dan selalunya , kita akan menggunakan makeup remover untuk memudahkan menanggalkan tekstur yang dah diconteng pada raut wajah kita secara menyeluruh .


Okay ini adalah pertama kali Ty menggunakan brand EverSoft. Meh tengok hasil penanggalan makeup Ty dengan EverSoft Avocado Micellar Cleansing Water.

Apa yang menariknya mengenai Eversoft  Avocado Micellar Cleansing Water ?
100% ekstrak tumbuhan organik
- Tiada bahan kimia berbahaya
- Boleh menanggalkan semua jenis solekan , krim pelindung matahari , lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok
- Membersihkan liang - liang pori tersumbag
- Melembabkan kulit muka
- Tidak perlu dibilas dengan air
- Sesuai untuk kulit normal
- Tidak memedihkan mata
- Membantu mengekalkan keseimbangan kulit
- Menyuburkan dan meremajakan kulit
- Diperkaya dengan antioksida Vitamin E


Micellar Cleansing Water ini juga ada untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan kulit berminyak dan berjerawat. Jadi uolls boleh dapatkan EverSoft Tomato Micellar Cleansing Water untuk kulit kering dan bagi yang kulit berminyak dan berjrawat boleh cuba dapatkan EverSoft Grapefruit Micellar Water Cleansing. Kalau yang tomato ianya dapat mengekalkan lembapan kulit serta embantu mencerahkan kulit , bagi yang grapefruit pula , ianya dirumuskan untuk mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh dan uga membantu mengecilkan liang pori.

Boleh dapatkan dan digunakan sebagai rutin harian juga di bawa ke mana sahaja contohnya ketika sedang bercuti , bersukan dan sebagai. Mudah! Jadi dapatkannya di pasaran dengan isipadu bersaiz 300ml berharga RM25.90 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM27.20 di Sabah& Sarawak.


0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Lepak Santai Sambil Layan Kopi Kaw Dan Menu Yang Sedap di Luckin Kopi

4:45 PM Yanty Lee 20 Comments


Salam uolls , 

Ya Ampun , terasa lamanya tak menconteng di blog ni. Masih ada ke yang sudi nak singgah membaca , erk?

Okay uolls, ini ha baru ni si dia aka cinta hati datang ke KL , punyalah tak tahu nak bawa pergi makan kat mana walhal banyak ja kedai makan kan kat KL ni. Last-last Ty bawa dia pi makan dekat Luckin Kopi.

Luckin Kopi
.

Kalau tengok dari luar kedai ini , semestinya menjadi tanda tanya buat mereka yang beragama Islam khususnya - samada HALAL atau tidak? Iye lah , kedai ini seperti kedai kopi vintage. Decoration seuluruh kedai ini sangatlah unique dan nostalgia sangat. Klasik gitu , nak bergambar OOTD segala bagai teramatlah boleh.





Ty sendiri tertanya-tanya , apa maksud "Luckin"? Dimaklumkan ialah membawa maksud kekayaan. Dan sebutannya pula "Luck" + "In".

Kalau dah nama kedai pun tertera "kopi" semestinya kebanyakkan menu air yang ada berkait dengan kopi la uolls. Jadi tak salah orang lah Ty bawa bersama untuk nikmati makan malam bersama. Barista 2nd top in Singapore seyh!

MUST TRY! - Air Satu Malaysia

Luckin Kopi Kaw CinCau & Satu Malaysia (Kopi+Teh+Milo)

Hencek Barista sayang order Luckin Kopi Kaw Cincau , komen dari seorang barista - Okay nice. Overnya Ty ni , nak try minuman yang tak pernah minum , syukur tak mabuk ke pening lalat aja. Rasa air Satu Malaysia yang menggabungkan Kopi + Teh + Milo bagi pendapat Ty menarik dan sebagai rakyat Malaysia atau sesiapa yang datang Malaysia tu , silalah cuba. Nothing to regret pun.

Untuk pengetahuan uolls , kedai Luckin Kopi ini beroperasi pada setiap hari dari seawal pukul 7 pagi sehingga pukul 9 malam. Ini bermakna , menu makanan yang disajikan adalah pelbagai mengikut masa. Ceritanya , ada menu sarapan pagi , tengahari sampailah ke malam.

MENU SARAPAN PAGI

Butter Kaya Crackers

Egg On Toast


Luckin Toast

Peanut Butter Toast



Nasi Lemak

Indo Mee

Mee Siam
Chee Cheong Fun

Kalau orang Malaysia tak makan sarapan pagi ada yang kononnya berat seperti Nasi Lemak , memang tak sah. Ada juga menu seperti Set Roti Bakar , Mee Siam , Indo Mee  , Chee Cheong Fun. Dapat pula pekena dengan air kopi panas , pergh! Paling menariknya , ada side dish seperti Ayam Goreng Berempah , Ayam Rendang , Kari Ayam , Buttermilk Chicken , Sambal Udang , Sambal Sotong , Sambal Petai , Buttermilk Prawn.

Bagi yang kerja gunakan MRT , bolehlah singgah makan sarapan pagi ke tengahari  mahupun lepas balik kerja as Hi-Tea yet also makan malam terus. Kedai ini berdekatan dengan stesen MRT Pasar Seni.

MENU MAKAN TENGAHARI / HI-TEA / MAKAN MALAM

Salted Egg Chicken Rice

Hainanese Chicken Chop

Petai Pasta

Sawadee Pasta

Aglio Olio Pasta


Smocked Duck Carbonara

Tom Yum

Laksa

Rojak Buah

Geng Chow Chicken Bun

Rendang Chicken + Sambal Petai with Bun

Cheesy Indo Mee & Egg

Chessy Chicken Fries

Overall , semua makanan yang ada kat Luckin Kopi sangat sedap. Memang another spot untuk eater yang suka try new stuff to come here and try out their menu. Sangat pelbagai menu yang ada , banyaklah pilihan. And the portion is big , kalau dari kelaparan pasti balik dengan perut yang kenyang. Gais , rendang sedap walaupun pedas untuk Ty (iolls tak berapa makan pedas). Bun they'olls tersangatlah lembut dan gebu. Geng Chow Chicken tu sedap , darah Cina kot kan. as Penangite , cheq memang suka rojak dia , siap ada kerepok ranggup. Suka oi! Argh , semua memang sedapla! Pergi try gais , nothing to regret.


Luckin Kopi 
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 016 – 3976898
Instagram : @luckinkopi | Facebook : Luckin Kopi 

20 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen