Masakan Melayu di Bayou Coffee House , Cyberjaya

5:11 PM Yanty Lee 7 Comments

Mencari makanan melayu ? Meh nak cadangan kat u olls , Bayou Coffee House di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ada menyediakan masakan hidangan ala kampung / Melayu yang sedap dan menyelerakan pada tekak orang Melayu. Bukan sahaja untuk makan pada waktu tengah hari dsb , malah boleh menempah untuk majlis perkahwinan , mesyuarat ataupun catering. 

Al - kisahnya, Ty dan geng #kelabbloggerbenashaari baru ni sendiri dapat merasa masakan yang enak di sini semasa program KBBA Blogger's Day Out di sini. Feedback dari semua geng blogger , memang masakan dan makanan yang dihidangkan sangat terbaik. Suasana , kebersihan dari aspek makanan dan tempat makan adalah bersih dan kami semua berpuas hati.

Antara hidangan buffet makanan tengahari yang dihidangkan ;
Oppssss! Pakat air liur ke semua? Mana yang kononnya nak diet sebelum Raya nanti tu , memang tak lari dari godaan hidangan yang menyelerakan sedia terhidang.

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau nak buat tempahan , sila hubungi : 03-8318 0008  / Emel : [email protected] .

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

KBBA Blogger's Day Out di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

11:21 AM Yanty Lee 10 Comments

Kredit to +Bro Framestone 

KBBA Blogger's Day Out | Alhamdulillah , berakhir sudah program bersama rakan alam maya dari komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari pada Ahad (26 April 2015) yang lepas bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Hampir 80++ rakan blogger juga keluarga masing - masing telah datang bagi memeriahkan program dan aktiviti yang telah dirancangkan sebulan lalu.


Pendaftaran seawal jam 8 pagi yang dikendalikan oleh +Sue Izza  , +Emas Putih  , +qaseh dalia & +fiza fantagirO . Mereka adalah antara blogger merangkap AJK yang telah bertungkus lumus bersama - sama dengan Ty bagi menjayakan program KBBA Blogger's Day Out. TQ ladies!

Selepas selesai pendaftaran dan makan pagi , aktiviti dimulakan dengan senaman ala tarian aerobik oleh penari kecik molek +Fatin Bella yang juga ditemani jejaka -jejak bajet kacak ; +boni kacak  & +Tengku Syukri .Pada mulanya semua segan silu nak berjoget , makin lama semua dah lupa diri. Cuma belum tahap cucuk bintang lagi.

Aktiviti dan permainan yang pertama dijalankan , golf. Selalunya perfahaman orang diluar sana , permainan ini hanya untuk golongan elit sahaja. Sebab mahal dan ada curlas kekdahnya. Pagi Ahad lepas, geng KBBA membawa kelainan. Setiap ahli blogger mesti cuba memukul bola dan melepasi bendera yang telah dipacakkan hampir 50m di hadapan. Skill dan gaya masing - masing memang kemain lagi tapi ada saja yang tak terkena sasaran langsung.

Selepas menebas , semua bergerak ke gelanggan badminton dengan raket masing - masing. Sayangnya , corak permainan bukan seperti biasa. Memandangkan semua blogger dipecahkan kepada 4 kumpulan , setiap kumpulan perlu menghantar 6 orang pemain badminton terhandal untuk bersaing dengan 6 lagi pemain dari kumpulan lawan di dalam satu gelanggang yang berbekalkan satu raket. Pelik tapi ini adalah bertujuan untuk mencorakkan satu permainan yang mana blogger perlu berkomunikasi , merancang dan bekerjasama sesama mereka. Bukan sahaja di gelanggang ini malah di dunia nyata & alam maya.

30 minit rehat selepas memerah otak masing - masing bagi mendapatkan strategi corak bermain badminton di ambil peluang geng blogger di gym yang mana juga antara fasiliti sedia ada di KKTTC. Nak sado macam +Ben Ashaari boleh la datang sini.

Panas terik dek matahari di atas kepala tak menghalang kami semua untuk meneruskan aktiviti ketiga , Go Kart. Pada mula Ty sendiri tak sanggup nak layan game ni sebab panas khaw -khaw tapi bila tengok 1st race dari geng lelaki , terus teruja. Well , kaki yang nak surut bengkak dan rasa sakit tak menghalang Ty tu cuba layan lap di litar ni. Pengalaman!

Dari pagi sampai tengah hari , semua ligat dengan aksi juga gaya untuk 3 permainan makanya perut semua pun dah lapar. Alhamdulillah rezeki kami semua sebab dapat makan dan merasa hidangan masakan dari Bayou Coffee House di KKTTC. Akan ceritakan lebih lanjut tentang makanan dari Bayou Coffee House di entri lain nanti. Tapi , semuanya SEDAP dan kenyang perut kami semua.

Selesai menjamu selera makan tengah hari dan sebelum teruskan aktiviti yang seterusnya , kami semua mengambil peluang untuk berehat , solat Zohor dan membersihkan diri juga anak - anak kecil. Surau yang ada selesa dan bersih untuk digunakan. Tandas , bilik persalinan dan bilik mandi juga bersih untuk digunakan orang awam.

Permainan terakhir dan antara yang dinanti -nantikan oleh semua rakan blogger , paintball. Corak permainan yang pertama , ahli kumpulan perlu memastikan "ketua" mereka tidak terkena sebarang serangan dan terkena tembakan pellets akan dinobatkan pemenang. Dan yang kedua , corak permaian yang biasa di dalam battle field. Yang ni , Ty memang frust menonggeng sebab tak dapat main sesama dengan mereka. Kondisi tidak mengizinkan. In sha Allah , repeat balik nanti dengan otai +Bro Framestone & +AyueJean AJ .

Okay , bagi u olls yang nak datang ke KKTTC dan tempah gelanggang atau sebagainya , Ty sertakan price rate untuk rujukan. Untuk lebih lanjut boleh dapatkan maklumat di talian +603-8315 6111 atau lawati web rasmi KKTTC [klik] .

Sebelum berakhirnya program , sesi cabutan bertuah dan penyerahan saguhati kepada rakan blogger KBBA dan sedikit kata - kata akhir daripada founder kelab ; +Ben Ashaari untuk kami geng blogger semua yang mana tidak bersetuju dengan kenyataan dia adalah ketua dan sebagai satu komuniti perlu bergerak bersama - sama. 

Berjaya juga program kali ni. Alhamdulillah , terduduk lega kami semua ahli AJK.

Terima Kasih kepada semua penaja - penaja ;
Natalia , dan 

In Sha Allah , bakal menyusul lagi aktiviti & program sesama ahli Kelab Blogger Ben Ashaari lagi nanti. Apa yang penting adalah kepercayaan dan kerjasama sesama ahli , bukannya bergerak secara solo untuk bolot nama sendiri. Pastinya semua jadi kenyataan. Aamiin.

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Belanja Dengan Bijak Dan Jimat di iPrice

5:07 PM Yanty Lee 1 Comments



iprice | Pernah tak dengar dan tahu tentang "iprice" ni? Kalau yang tak tahu tu , meh Ty ceritakan sikit sebanyak pasal platform terbaru ni. Rata - rata dari kita ni sibuk dengan kerjaya masing - masing tapi suka membeli secara online kerana alasannya , mudah dan senang bukan? Mana tidaknya , zaman sekarang semuanya dihujung jari kekdahnya. Tapi dengan adanya "iprice" ni , kita semua boleh berbelanja dengan lebih bijak apatahlagi jimat. 

Kenapa Ty katakan jimat , di "iprice" u olls boleh dapatkan kupon - kupon yang ditawarkan dengan potongan diskaun yang tinggi untuk berbelanja di store online sedia ada. Antaranya yang pasti di kalangan kita semua tahu iaitu seperti Zalora  , Lazada , AirAsia , Hotels.com , Agoda Groupon dan banyak lagi.

Ha , tengok tu uolls - potongan diskaun sehingga 82%

Senarai BRANDS yang tersenarai

Contoh barang - barang yang boleh didapati dengan harga murah menggunakan kupon dari iprice.

Menarik kan? Tunggu apa lagi , jom singgah ke iprice.myklik ] dan tengok sendiri apa yang menarik untuk berbelanja dengan sebijak mungkin dan menjimatkan poket u olls semua. Sebelum tu kena sign up dengan masukkan emel u olls dan pilih pilihan antara Woman / Men.


 
U olls boleh pilih mana yang berkenan , kemudian klik pada Get Coupon Code .

Pop-up  seperti gambaran di atas akan muncul , u olls hanya perlu copy CODE dan ke laman web berkenan / sama ada ia akan terus bawa u olls ke web tersebut. Masa nak membeli , u olls perlu masukkan kod tu dengan paste CODE sahaja.

Begini la yang akan jadi ketika purchase dilakukan.

Interesting kan penggunaan dan kewujudan platform "iprice" ni , jadi lepas ni u olls semua boleh la berbelanja dengan sebijaknya sambil berjimat cermat. 

Tunggu apa lagi dan lepaskan peluang ni , jom terjah web iprice sekarang!

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kursus di Cameron Highlands

10:30 AM Yanty Lee 2 Comments


Wohooooaaa , kemain kan berkursus dan berkampung sampai ke Cameron Highlands. Curlas ko mak! Hakikatnya baru je nak baik dari sakit terpelei'ot masa training netball tapi demi nak cukupkan kursus 7 hari. Gigihkan la juga pergi , pastinya tak merugikan sebab banyak pendedahan yang disampaikan fasilitator - fasilitator dari PetaMinda Consultant [ klik ].

Senaman pagi jam 7 pagi
[kalau dekat Putrajaya , baru bangun nak gi kerja]

Kononnya , masak telur dengan keadaan "buta". Lejennya , tengah masak baru tahu duduk atas tahi kucing. 

Borong sayur tuk Kak +Sue Izza yang masak "kenduri" kat rumah.

Malam 1000 Bintang ; cungkil bakat menari gitu

Nothing is impossible ; I did it - 12 nails stands on 1 nails.

Sesi Jual Beli dengan Tuan Saudagar Bandarq

Muka - muka geng seopis seunit yang gamat hilang dari partition memasing , mesti sunyi sepi opis 3H2M.

Okay , tuan tanah blog merangkap empunya kamera mampu shootkan je aksi ni. Kondisi kaki tak mengizinkan.

Walaupun program dan aktiviti sangat padat tapi best giler!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

The Bites Cafe, Lake Fields Sg.Besi

6:28 PM Yanty Lee 0 Comments


U olls!
Pernah tak rasa nak makan makanan / sajian ala breakfast ataupun ringan - light gitu walaupun dah tengah hari dek matahari terik ataupun di malam hari? Tidakpun mengaku je la , terbabas bangun pagi sampai ke tengah hari kan. Apapun situasinya , Ty nak suggest kat u olls satu port makan yang ada kriteria makanan macam gitu malah hidangannnya adalah sihat , sesuai untuk u olls yang mengamalkan diet.

Semua menu yang ada di sini menarik dan pastinya sedap sangat - sangat. U olls harus cuba sendiri. Lagi menarik , restoran ni sangat cantik dengan deco yang ala - ala English Style. Very cozy gitu. Cool nya majoriti menu tak guna roti tapi digantikan dengan waffle , unik dan special kan?

Jom ke The Bites Cafe dekat Lake Fields , Sg.Besi !

The Signature ; Grilled Chicken & Waffle Sandwich - RM15.90

The French Toast - RM15.90
{ French toast diapitkan chicken slices , telur dan di makan dengan maple syrup }

The Italian - RM14.90
{ Kepingan ayam turkey , bawang , bayam dan tomato ceri }

Potato Salad - RM9.90
{ Ubi kentang , bawang goreng , dau parsley }

Egg Benedict - RM17.90
{ Smoked Salmon, Sautéed Spinach, Hollandaise sauce, Toast, Salad }

The Mexican RM12.90
{ Breakfast burritos with tortilla , chicken sausage , egg , mushroom , cheese }

Grilled Salmon Fillet On CrispyRM37.90
{ Ikan Salmon , Smashed Potato , Brokoli } 

Beef Bacon & Shrimp Paste - RM18.90
{ Kepingan daging , Udang , Pasta}

Club Sandwich Waffle RM 12.90
{ Beef bacon, egg, lettuce, cheese, tartar sauce, salad }

Breakfast Pizza - RM14.90
Beef Bacon, Egg, Baby Spinach, Mushroom, Cheese }

Berries & Banana Pancake - RM13.90
{ Plain pancake , berries , banana served with maple syrup }

Dessert Waffle topped with Gula Melaka Ice Cream - RM11.90

Homemade Ice - Cream RM9.90
{ 4 flavor ; Teh Tarik , Nutella , Pandan Kaya & Horlicks }

The Signature : Hot Mocha - RM11.90

Apple & Watermelon Juice - RM9.90

Meleleh tak menu - menu yang superb marvelous dari The Bites Cafe ni? Jadi lepas ni u olls dah tahu mana nak gi makan ala breakfast tapi boleh makan pada bila - bila masa sahaja tak semestinya waktu pagi. Deco dari luar kafe hingga ke dalam memang simple dan cozy.

Jom u olls , singgah dan rasa sendiri apa yang Ty tulis ni betul ke tidak. Gerenti u olls puas hati punya la.

The Bites
Alamat : 72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur.
Contact No : 03-90554438

Business hours :
Mon - Thu : 9.00 am – 10.00 pm
Fri - Sat: 9.00 am – 11.00 pm
Sun : 9.00 am – 10.00 pm

Instagram : https://instagram.com/thebitescafe/ [ klik ]

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen