Cannis - Bakal Menjadi Aplikasi Terhebat di Nasdaq

7:04 PM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls,
Untuk makluman uolls , di Nasdaq telahpun memperkenalkan sebuah aplikasi terbaharu iaitu Cannis dan khabarnya bakal menjadi sebuah aplikasi terhebat di abad ini.

Apa itu Cannis?
Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.


Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.


Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.


Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.


Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Restoran Western - UPPERCASE di Amerin Mall Seri Kembangan

12:58 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls ,

Baru ni Ty xtaw nak ke mana lepak , tambah pula bila hujung minggu. Ada yang ke pejabat buat OT , ada yang spend time dengan family. Ty? Terajin kemas rumah bagai tapi bila lapar malas gila lak nak masak. Jadi bersiap nak lepak satu port baru gais!

Uppercase
Satu restoran yang sangat santai suasana dia. Ada 2 tingkat. Simple deko tapi masih sesuai untuk adakan majlis hari jadi mahupun candlelight dinner date etc.





Uppercase berada di dalam di sebuah pusat membeli belah di Seri Kembangan , iaitu Amerin Mall. Dah 7 - 8 bulan beroperasi. Tapi kenapa Ty xpernah tahu pun kewujudan mall baru ni? Yeah , port la lepas ni uolls.

Antara menu yang sempat Ty cuba dan nikmati dengan kengkawan ialah ;

Lemongrass Mojito - RM11/-
 
Seafood Aglio Olio  - RM18/-

Margarita Vegetarian Pizza -RM15/-

Hot Milk Tea - RM4/-

Banana Fritters with Vanilla Ice Cream - RM10.50

Australion Sirlion Steak - RM48/-

Oreo Milk Shake - RM11/-

Coffee Latte - RM7.90

Iced Mocha - RM8.90

Menu yang diketengahkan adalah lebih kepada sajian barat. Western orang melayu kata. Gitu! Dan overall , tekak Ty bole terima makanan di sini. Sapa rasa nak lepas kempunan gian makan Western dengan suasana santai.

Sambil makan boleh lepak borak dengan geng bawang uolls.

Pasal harga , reasonable dengan portion yang dihidangkan. Standard price.

Info lebih tentang Uppercase , boleh diketahui melalui : 

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dapatkan Barangan Persiapan Perkahwinan Dengan Harga Termurah Di MZ Dekor

10:26 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls!

Musim majlis pertunangan dan perkahwinan nak hujung tahun ni mesti akan banyak kan? Yang bakal nak melangsungkan majlis nanti sudah siap ke persiapannya? Goodies ke hantaran ke bunga telur ke? Kalau belum, meh Ty recommend dekat uolls satu kedai ni yang terletak di Damansara.


Sebelum tu jangan salah faham, bukan Ty yang akan melangsungkan apa-apa majlis. Tapi Ty baru ni teman Uzu (Emas Putih) memborong.

Kenapa Ty cakap dia memborong, sebab dia memang borong macam - macam untuk majlis perkahwinan dia di sebelah Sabah nanti. Dan apa yang membuatkan Uzu shopping sakan adalah harga sangat murah giler dan berbaloi-baloi.


Bekas Al-Quran

Teka mana satu design pilihan Uzu?
1 packet - 10 keping, beli 3 packet = RM10/1packet

Bahulu boxes ni lagi banyak kuantiti ditempah, lagi murah harga sekotak.

Bekas Cincin pun banyak pilihan dan Uzu ada rembat salah satu.

Dia dapatkan bekas letak Al-Quran, paperbag goodies untuk tetamu, goodies untuk budak-budak, kotak printed isi bahulu, dan macam-macam la lagi sampai Ty pun jadi teruja tengok dia pilih itu ini.

Mestilah excited, kawan nak kawen tambahpula Uzu dah macam adik Ty.

Dan Ty syorkan uolls ke sini sebab owner tengah buat promosi harga murah giler - giler. Cam clearance stock juga. So boleh dapat harga murah, harga borong gitu.

Hantaran(Dari RM25/-) 






Junjung Sireh + Pinang


Goodies Boxes




Bunga Telur


Manik / Ribbon / Hiasan







Bunga Hiasan



Dulang


Bunga Tangan

Korang tunggu apa lagi? Jangan bazir, masa ni la nak jimat berbelanja untuk majlis nanti. Hiasan seperti bunga-bunga dan segala hiasan pun ada.

Selain barang untuk majlis pertunangan dan perkahwinan, ada juga deko - deko untuk birthday celebration.


Untuk maklumat lebih lanjut, uolls boleh terus klik di link berikut :
Alamat : MZ Decor, Prima Seri Gombak , Batu Caves 
(Waze/MAPS : SK Decor (nama lama), jangan risau kalau tak jumpa MZ Decor)

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen