Jualan Sehingga 80% Diskaun Di Lazada Sempena Merdeka Ke-61

11:00 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls, 


Merdeka is just around the corner!

Dan sempena meraikan kemerdekaan yang ke - 61 ini , Lazada kini kembali dengan tawaran jualan gempak habis di mana potongan diskaun di beri sehingga 80%!  Jualan Merdaka Lazada ini akan bermula dari 28 Ogos 2018 hingga 31 Ogos 2018. Tawaran gempak ini tidak terhad kepada kategori , bererti ia adalah tertakluk kepada pelbagai produk.


Menariknya tentang Jualan Merdeka ini , uolls dapat membeli belah di atas talian dengan mendapatkan pelbagai jenis produk. Termasuklah jenama - jenama ternama keluar tempatan Malaysia seperti ;

- Carlo Rino

- Bonia

- Habib

- VOIR

- Siti Khadijah

- Naelofar Hijab

dan banyak lagi. Ada juga banyak lagi tawaran tidak kurang hebatnya kerana tawaran ini terbuka juga bagi produk - produk dari jenama antarabangsa. Sememangnya tawaran jualan sempena Merdeka ini boleh membuat semua pelanggan tidak keruan. 

Dan seperti biasa setiap kali jualan yang ada di Lazada tidak pernah menghampakan. Mana tidaknya , Jualan Merdeka ini juga akan menawarkan Jualan Flash , Voucher dan Penghantaran Percuma di seluruh Malaysia

Selain uolls membeli belah di Lazada , jangan lupa juga untuk memenangi baucer RM15 dengan menyertai permainan "Merdeka Shakin'Deal


Cara - cara penyertaan adalah mudah sahaja ;
1. Muat turun dan log masuk Applikasi Lazada 
2. Kekal sedia di Homepage
3. Goncang setiap hari dari 28-31 Ogos 2018 dari pukul 1.00 petang dan 9.00 malam.

Maklumat lanjut mengenai permainan ini boleh dapati di sini [klik]

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dato AC Mizal Rakan Kongsi Baharu Pollo Mendi

10:36 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls ,


Baru - baru ini Syarikat penyediaan makanan "Pollo Mendi" telah mengadakan sebuah majlis bagi mengumumkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi baharu yang akan bertanggungjawab untuk membangunkan strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi.

Pollo Mendi
Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyediaan makanan Arab dan Itali bersama beberapa menu khas makanan terbaik Malaysia. Telah ditubuhkan pada 2015 dan merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Brainy Bunch yang mempunyai 104 cawangan di Malaysia , 4 di Singapura , 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.  

Encik Mohd Fadzil Hashim adalah pengasasnya yang mana merupakan seorang usahawan terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch.

Konsep gabungan penyediaan yang unik ini adalah bertujuan bagi mempelbagaikan pilihan makanan terutamanya kepada seisi keluarga dalam suasana lebih selesa dan esklusif. Pengendalian ini telah beroperasi sejak tahun 2015 lagi manakalau restoran ini telah dirasmikan oleh Y.B Dr Siti Mariah ; ahli parlimen Kota Raja pada tahun 2016 yang juga turut sama disaksikan oleh ahli parlimen Ampang ; Y.B Zuraida Kamarudin.

Pollo Mendi juga kini telahpun memasarkan beberapa produk sejuk beku melali rakan niaga usahawan dengan strategik yang tersendiri. Dan berhasrat untuk mempunyai sekurang - kurangnya 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun.

Telah melancarkan semula Projek Rakan Usahawan Eeman RTE iaitu makanan berasaskan ayam yang dimasak dalam 5 jenis masakan , yang mana usaha ini bagi membantu masyarakat diluar sana untuk mendapat pendapatan sampingan yang lebih.

Kelebihan Pollo Mendi
Central Kitchen - semua makanannya dibekalkan dari "central kitchen" ini yang terletak di Puchong. Yang mana telahpun mempunyai sijil halal. Konsep ini adalah bagi memudahkan rakan niaga untuk mendapatkan bahan mentah di luar. Ianya menggunakan teknologi "Blast Freeze" dan "Blast Chill" bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan.

Food Truck

Kiosk - yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Tidak Terikat - Pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak terlibat dalam urusan harian. Ianya akan ditadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi sendiri.

Dato AC Mizal Rakan Kongsi

Kerana atas faktor Dato AC Mizal mempunyai pengaruh kuat dalam pemasaran dan penjenamaan , Pollo Mendi yakin mampu memperkembangnkan lagi pasaran dengan lebih baik.




Menurutnya sendiri , faktor utama beliau bersetuju untuk menjadi rakan kongsi adalah kerana makanannya semua sedap dan halal. Dan faktor keduanya adalah atas tujuan utama pihak Pollo Mendi untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milikserta mempunyai sistem operasi yang tersusun.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pollo Mendi dengan peluang - peluang perniagaan yang diperkenalkan , boleh berhubung Encik Fazli - 019-2718445.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Villa Serai - Homestay Di Merlimau : Seperti Di Rumah

6:30 AM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls ,

Okay uolls semua , Ty ada lagi nak kongsi dengan uolls homestay untuk menginap bila uolls bercuti ataupun ada sebarang urusan di Melaka. Dan kali ini ianya sememangnya seperti berada di rumah ala mewah pula. Tak percaya? Jom baca sesama dan tengok perkongsian Ty ini sehingga ke hujung ye.

Villa Serai


Sebuah rumah yang mempunyai 3 buah bilik dan ada sebuah lagi chalet kayu kecil di dalam kawasan villa ini. Dan kenapa villa ini dinamakan "Villa Serai" , ianya kerana dikelilingi villa ini penuh di tanam serai. Perghh , bau wangi serai tu terhidu saja ketika Ty sampai.

Fasiliti yang disediakan di Villa Serai ;
- Ruang Tamu berhawa dingin & ada kipas.
Sangat selesa untuk berehat santai sambil menonton TV.

- Dapur yang lengkap (*dibenarkan masak)
Kelengkapan memasak seperti pinggan , kuali , senduk , periuk nasi , cawan , dulang , pemanas air, plastik sampah dan pelbagai lagi perkakas memasak. Ada peti ais juga.

Nak ber-BBQ pun boleh , siap dengan gas disediakan. Dan mesin basuh baju juga ada jadinya bolehlah basuh baju dan keringkan sama saja seperti di rumah sendiri.

Ruang makan ada dua, satunya di dalam satu lagi di luar. 

Dapurnya di luar , masak terus hidang dan makan.

- Mini Swimming Pool
Boleh la berjakuzi santai
 - Bilik tidur ; 3 buah - 2 buah bilik bersekali dengan bilik air dan 1 bilik ada 2 single bed.



- Bilik Air & Tandas Berasing juga ada

- Meja Santai Di Luar Rumah

- Ruang Letak Kereta
Muat 3 -4 kereta

- Chalet Kayu 
Nak tidur dalam chalet kayu pun boleh

Amacam uolls? Ty dan kengkawan sangat selesa dan rasa kami seperti berada di rumah. Dan bagi uolls yang berminat untuk menginap di sini bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi 0104462616.

Semoga percutian uolls lebih bermakna dengan seribu kenangan dan sejuta kemanisan yang tidak mungkin dilupakan.

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

HOMESTAY MURAH DI MELAKA - THE HEX @ TERRACE HOMESTAY MELAKA

8:30 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam u olls ,

Musim cuti sekolah dan bakal cuti lagi menjelang sempena Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-61 nanti. Pasti ramai di kalangan uolls sedang bercadang untuk pergi bercuti bersama keluarga atau pun kengkawan , bukan?

Ada yang nak bercuti di Melaka? Dan tak tahu nak menginap di mana lagi , meh Ty cadangkan kat uolls sebuah homestay murah yang terletak di Durian Tunggal.

The Hex @ Terrace Home Stay



Sebuah rumah teres yang terletak di dalam kawasan perumahan perkampungan orang Melayu. Dari simpang menuju ke rumah teres setingkat ini , seperti tidak percaya sahaja ada homestay yang sangat menarik dan selesa untuk menginap.

Untuk ke Bandaraya Melaka dari homestay ini mengambil masa kira - kira 30 minit yang jaraknya dalam 13km.




Homestay The Hex @ Terrace ini menawarkan ;
­čĺ▓Harga Promo : RM100 /semalam (*sehingga hujung bulan Ogos)
­čĺ▓Harga Asal : RM200/semalam
­čĺ▓Harga termasuk :
✔️Ada 3 bilik , 2 bilik queen dan 1 bilik single



✔️Ada extra bed

✔️ Air-conditioning

✔️Ada dapur yang lengkap. (boleh masak)



✔️Peti ais

✔️Mesin basuh

✔️2 tandas

✔️Heater untuk mandi

✔️Ruang baca buku

✔️Sejadah

✔️Tuala

✔️Mini garden


✔️Pool ( in progress )

✔️BBQ ( in progress ).

✔️Sesuai untuk yang ada kursus/outstation

✔️Sesuai untuk family day


Menginap di sini mungkin membuatkan uolls berasa seperti berada di rumah sendiri kerana ianya lengkap segalanya. Dan keadaan di dalam rumah juga berkonsep urban sama sekali tidak seperti di kampung.

Sekiranya uolls berminat untuk menginap di sini , bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi melalui Whatsapp : www.wasap.my/60192205834 . [klik]

Dan ini adalah alamat penuh homestay The Hex @ Terrace :
Batu 8 ,
Jalan Bonda Che Wah ,
76000 Durian Tunggal ,
Melaka
https://goo.gl/maps/8eAfDZY46Q22 [klik]

Selamat Bercuti Uolls! Ty harapnya uolls berpuas hati dan seronok ketika bercuti apatahlagi menginap di sini nanti.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bercuti Konsep Kampung Di The Hut , Melaka

8:00 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls ,

Musim cuti sekolah ! Mesti ramai yang ingin pergi bercuti bersama tersayang tapi tak tahu nak ke mana? Okay meh Ty kongsi port baik punya! 

THE HUT



The Hut ini terletak di Serkam , Melaka yang mana menawarkan tempat penginapan yang sangat unik di mana ianya dikelilingi oleh perkampungan Melayu. Bila sebut "kampung" jadinya dapatlah penginap merasai sendiri udara yang nyaman dan menikmati penuh dengan nilai - nilai tradisi orang Melayu. Kawasan menginap sebenarnya dibina semula dengan menggunakan kayu - kayu lama bersama atap nipah. Sangat menarik dan menyerlah dari pandangan walaupun di luar , belum lagi bila memasuki ke dalam bilik menginap.

Terletak 25km dari Bandar Melaka & 5km dari Bandar Merlimau. Dan apa yang pasti Ty boleh katakan ialah The Hut teramat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian seisi keluarga malah gathering bersama kengkawan yang mana boleh dijadikan sebuah port mengadakan majlis - majlis keraian dsb.

KONSEP
Ianya berkonsepkan ala "kampung".

Bukan sahaja dapat menghirup udara. yang segar di sini , malah suasana yang menenangkan dapat merehatkan diri dan badan dari kekusutan tekanan kerja. Dengan kawasan sekitarnya yang bersih lagi tenang , percayalah ketenangan akan dimiliki.

FASILITI

- Bilik berhawa dingin

- Pemanas air

- Kelengkapan asas

- Dapur lengkap
The Hut menyediakan sarapan pagi percuma seperti Roti , Mentega , Jem , Kopi & Teh yang mana servis layan diri.

- Tempat BBQ

- Sewaan basikal

- WiFi percuma

- Tempat letak kereta

- Swimming Pool

TEMPAT MENARIK BOLEH DIKUNJUNGI
Kawasan Kampung Serkam juga terkenal dengan pelbagai aktiviti pertanian dan perikanan serta tempat makanan laut segar. Boleh la makan besar guys!
- Masjid Jamek Serkam (200m)
- Medan Ikan Bakar Serkam (500m)
- Jeti Nelayan Pantai Siring (2km)
- Jeti Anjung Batu - Ke Pulau Besar (5km)
- Bandar Merlimau (5km)
- Medan Ikan Bakar Umbai (7km)
- Bandaraya Melaka (25km)

KADAR HARGA BILIK
Di The Hut terdapat 5 buah bilik , 2 bilik dengan satu katil Queen dan 3 bilik dengan 2 katil Single.


Musim Biasa (normal season)
Bilik Queen / Single : RM160 (Weekdays) / RM180 (Weekend)

Musim Cuti (holiday season)
Bilik Queen / Single : RM180 (Weekday) / RM200 (Weekend)


Bagi Ty , kadar harga bilik sangat berbaloi dan murah yang teramat. REASONABLE & WORTH IT!


Untuk makluman lebih lanjut dan juga tempahan bilik , boleh hubungi dan dapat dari :
Website : thehutmalaysia.com [klik]
Whatsapp : +60123202611

Jaga fikir - fikir uolls , mesti pergi dan berehat di sini , ok! Rugi kalau la tak pergi.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen