Review Baik Giler

11:09 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls , 


Happy Saturday! Hope u guys had a wonderful weekends with your love ones around.

Khamis lepas ; 28hb Jun 2012 selepas hari ke-dua berkursus di Cyberjaya terus ke Putrajaya dan si dia ingin memindahkan duit kepada mak angkatnya. Dan kami singgah di Kompleks E untuk ke Bank Islam. Selepas selesai urusan , masing-masing balik rumah dan akan berjumpa setelah bersiap dan selepas selesai solat Maghrib.

Sekarang dah tak perlu beratur panjang di kaunter panggung untuk dapatkan tiket semuanya dihujung jari semenjak menggunakan Samsung Galaxy Note. Tiket wayang telah pun di beli hanya tunggu nombor panggung yang berkenan di buka dan cuma perlu scan dari screen handphone. Tapi janji ada duitnya di akaun bank baru lah boleh beli tiket secara online.

Pukul 9 malam , filem yang ditonton  pula merupakan arahan Mansor Akob atau lebih dikenali Manchi ; Baik Giler dengan barisan pelakon seperti Zizan Raja Lawak , Awie , Farawahida , Siti Fazurina , Kenchana Devi , Abon , Sharifah Shahira dan lain - lain. Dan khabarnya filem ini ditunda kerana ditipu hampir 2 tahun



Filem Baik Giler !! ini mengisahkan seorang pemuda,Afik (watak Zizan) yang mengalami trauma dan tekanan selepas adik angkatnya terlibat dalam sebuah kemalangan dan meninggal dunia setelah mereka singgah di sebuah kedai. Semenjak kejadian itu , dia berasa sangat takut dengan kelajuan. Ketika berada di dalam kereta bersama rakan-rakannya yang memandu dengan sangat laju juga menjadi trauma baginya mengingatkan peristiwa yang terjadi kepada adik angkatnya itu. Akibat kedegilan rakan sekerjanya , Kimi (watak Awie) yang memandu dengan laju, Afik telah menyebabkan kepala Kimi terteleng dan ayah Kimi telah mendakwa Afik gila dan pihak hospital mental membawanya ke hospital dan selama 7 hari dia mendapat rawatan di sana ternyata dia tidak gila. Tetapi dia tidak boleh mendengar istilah "baik giler" setelah dia berniat baik menolong orang sekelilingnya. Dia naik berang kerana menganggap mereka mengatakan dia GILA sedangkan dia tidak. Dia juga terasa hati dengan buah hatinya , Suraya (watak Farawahida) kerana dengan tidak sengaja Suraya tersebut dia "baik giler" kerana meminjamkan handphone . Walaubagaimanapun , dia telah mendapat khidmat nasihat dan telah memahami bahawa "baik giler" adalah merupakan Bahasa Slanga atau dikenali sebagai Bahasa Pasar yang di panggil juga sebagai Bahasa Rojak di kalangan masyarakat zaman kini. Dan semenjak itu dia pun boleh menerima kenyataan mengenai istilah "baik giler".

Gila tak cerita ni? Ramai keluar dari panggung yang berbisik - bisik kata "memang gila la cerita ni!" dan si dia cakap pula .. "dengan aku-aku gila". Haha.. Kelakar betul la filem ini dan sebenarnya filem ini nak menceritakan yang kita di zaman moden banyak menggunakan bahasa rojak dan mungkin segelintir masyarakat masih lagi tidak memahami bahasa rojak ini lalu menganggap ia sebagai hinaan atau ayat yang boleh menguris seseorang. 

Oleh itu , berhati - hati lah menggunakan kata - kata dengan sesiapa pun. Jangan terlebih sangat dan menyentuh perasaan mana - mana pihak. Tidak tak pasal je kena tahan wad gila. Tapi kepada sesiapa yang nak pergi tonton filem ni jangan lah pula keluar panggung jadi gila betul plak.

Jom layan filem BAIK GILER !! jangan jadi gila ye , no no no ! 
No Crazy -Crazy ! No Mentally Retarded ! No Mental Disorder ! :-)

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Mael Lambung

1:34 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Semalam ke Alamanda selepas menghadiri kursus Adobe Photo Shop di Cyberjaya , terjah panggung lagi. Bertukar angin kembali ke filem melayu arahan Ahmad Idham ; Mael Lambung.

Mengisahkan seorang anak kampung yang kecewa kerana pinangan menyunting kekasih hati di tolak kerana darjat. Mael telah ke Kuala Lumpur untuk mengubah kehidupannya kepada lebih baik untuk membuktikan dia mampu berjaya di mata ibu kekasihnya dan semua orang di kampungnya. Mael bekerja sebagai penarik kereta profesional. Tanpa sengaja Mael telah terlibat secara tidak langsung dengan risikan seorang perisik bernama Maria. Maria meminta pertolongan untuk pergi jauh dari KL , dan mereka sampai keesokkan di Terengganu di mana merupakan kampung halaman si Mael. Di sana , Mael telah berjumpa kembali dengan kekasih lama nya yang sudah bergelar tunangan orang , Rozie . Tiger ialah tunang Rozie itu tidak senang dengan kehadiran Mael selama ini yang hilang hampir 5 tahun dulu. Sindiket mencuri data tender kerajaan telah pun berjaya dibanteras dan hubungan Mael dan Rozie kembali bersatu setelah keluarga Rozie mengetahui bahawa Tiger telah membomohkan mereka untuk menerimanya dahulu.
Filem ini memang best dan terbaik lah sesangat.  Tapi ada part tu macam hentam blogger juga dan artis juga, nak tahu apa yang dimaksudkan layan la filem ni ye. Jangan pula hentam Ty dalam mana-mana blog atau Twitter kononnya macam dalam filem ini yang dah tak main la Facebook u olls. 

Support lah wayang kita!

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ubati Migrain

4:45 PM Yanty Lee 2 Comments



Salam u olls ,

Semalam si dia SHARE cara untuk merawat sakit kepala / migrain di wall Facebook , ye la asyik rasa sakit tu macam migrain je dari dulu . Apapun terima kasih sangat sebab masih pedulikan dan prihatin terhadapa saya. Terharu.

Korang nak tahu cara rawatan jom baca dan amalkan. (only for muslim)




Jom sesama kita amalkan. InsyAllah dengan izin Nya rasa sakit tu kurang.

Pertama : Al - Fatihah [1X]


Kedua : Ayatul Kursi [3X]


Ketiga : Al -Ikhlas [3X]

Ke-empat : Al - Falaq [1X]


Ke-lima : Al- Naas [1X]


Ke- enam : Yaasin ; ayat ke-58 [3X]

dan


Terakhir : Selawat ke atas Nabi s.a.w






Cara boleh cuba fahami daripada gambar di atas. Alhamdulillah setakat ini tak lagi gedebuk jatuh ke pengsan ke dan sakit lagi . Ini juga rezeki dari Allah s.w.t yang bagi diri ini berdiri walaupun asyik gedebuk  dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Macam Kak Fiza kata rezeki bukan dari segi wang. Sihat tubuh bada juga merupakan rezeki. Dapat ke pejabat tanpa halangan dan dapat melakukan kerja dengan izin Nya semuanya berjalan dengan baik walaupun kadang kala ada terdapat kesalahan sebab itu lah setiapa umat tidak lari dari melakukan kesilapan dan memperbaiki semua yang silap dan salah ke arah yang lebih baik.

Sesama la kita amalkan perkara yang baik bukannya mendoakan orang lain jatuh gedebuk macam ada Cik Anon yang telah mendoakan Ty di entry Ku Sakit Tiada Siapa Peduli. Walaubagaimana atas nasihat -b l o g g e r-b l o g g e r-o t a i- seperti sidebar WhatsApp Gang semua komen yang tidak mencerminkan seperti orang nya itu dinyahkan. Oh , saya kenal dia. Teet!

Selamat beramal.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Prometheus

9:22 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Lepas dinner di Bumbu Desa , pergi teman mereka - mereka melalak di karaoke sementara nak layan wayang midnight movie . Sampai nak masuk panggung Ty tak tahu apa filem yang dia orang nak tengok dan bila di tanya kata cerita HANTU. Sekali je tanya pastu diam dah sebab dah tahu Ty tak minat di ajak tengok cerita hantu pe hal tapi bila masa masuk panggung tu tahu mesti tipu je.


Kami berlima layan filem Prometheus .


Best! Sangat best! A MUST watch movie juga lah. Rating 4.5 bulan bintang.

Saintis yang mengkaji dari mana asal usul datangnya manusia di bumi dan menerokoi dengan kedatangan makhluk yang aneh . Tercetus sedikit pertempuran apabila makhluk di zaman itu masih lagi wujud.

Yang pasti macam akan ada Prometheus II sebab ada binatang ala alien wujud dihujung cerita. Kita tunggu je la kalau ye.

Some info I got : -
  • Prometheus (Greek: Προμηθεύς) is a Titan, culture hero, and trickster figure who in Greek mythology is credited with the creation of man from clay and the theft of fire for human use, an act that enabled progress and civilization. He is known for his intelligence, and as a champion of mankind.
  • The punishment of Prometheus as a consequence of the theft is a major theme of his mythology, and is a popular subject of both ancient and modern art. Zeus, king of the Olympian gods, sentenced the Titan to eternal torment for his transgression. The immortal Prometheus was bound to a rock, where each day an eagle, the emblem of Zeus, was sent to feed on his liver, only to have it grow back to be eaten again the next day. In some stories, Prometheus is freed at last by the hero Heracles (Hercules).
  • In another of his myths, Prometheus establishes the form of animal sacrifice practiced in ancient Greek religion. Evidence of a cult to Prometheus himself is not widespread. He was a focus of religious activity mainly at Athens, where he was linked to Athena and Hephaestus, other Greek deities of creative skills and technology.
  • In the Western classical tradition, Prometheus became a figure who represented human striving, particularly the quest for scientific knowledge, and the risk of overreaching or unintended consequences. In particular, he was regarded in the Romantic era as embodying the lone genius whose efforts to improve human existence could also result in tragedy: Mary Shelley, for instance, gave The Modern Prometheus as the subtitle to her novel Frankenstein (1818).

Cerita ini tengok boleh percaya tidak , okay. lu pikir la sendiri.

Njoy ur movie guys! Wajib layan. 

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bumbu Desa

12:51 AM Yanty Lee 10 Comments

Salam u olls,

Jumaat ; 22 Jun 2012 lepas balik kerja terus bersiap untuk keluar di malam Sabtu.

Lepas Maghrib dijemput dan mencari kedai makan sekitar Putrajaya tapi tidak ada arah tuju dan terfikir untuk terus ke Alamanda sebab akan jumpa anak buah si dia dan rakan-rakan yang lain.

Rancang untuk cuba makan malam bersama di Bumbu Desa di Alamanda sementara tunggu yang lain datang. Pertama kali ke sini dan sesungguhnya blank sebab tak tahu nak order masakan Padang / Sunda ala-ala Indonesia dan sangat teruja juga dengan dekorasi yang unik.

Inilah makan malam kami;









Unik kan tempat letak nasi?

Ni tempatnya yang memukau mata ku ini pada pandangan yang pertama.



Dan menu nya dibukukan ;



Sedap sangat daging empal, terasa lagi ni . Sesiapa nak belajar Ty makan lagi tak jat sini?

K jom ramai-ramai serbu Restoran Bumbu Desa dan menjamu selera.
posted from Bloggeroid

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Abraham Lincoln : Vampire Hunter

12:35 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls,

Rabu ; 20 Jun 2012. Ke Alamanda dan tonton wayang. Walaupun takut layan cerita hantu ni tapi cerita atau filem omputeh boleh la nak layan.



Filem Abraham Lincoln : Vampire Hunter yang menjadi pilihan untuk layan kali ni.

Jalan cerita filem ni menceritakan Abraham yang ingin membalas dendam dengan puak pontianak kerana dia telah kehilangan ibunya yang dibunuh oleh pontianak. Dia dibantu oleh Henry yang sebenarnya pontianak yang baik.

Selebihnya pergi la terjah panggung dan tontonlah sendiri, tak gempak lah cerita semua.

Overall, memang best dan berbaloi sangat.

Watak pontianak baik si Henry atau nama sebenar Dominic Cooper  sangat hensem! Opss..

Njoy the movie,guys!
posted from Bloggeroid

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Burger Bakar ; Lava Grill Burger

2:28 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls,

19 Jun 2012 ; Balik awal (around 4.30) dengan izin bos sebab nak kena tolong hantar si dia ke check up satu hari satu malam di Hospital Serdang. Dan hampir pukul 5 juga la sampai sana, cari parking yang jauh xingat dunia. Then teman untuk pendaftaran masuk ke wad Sleep Study malam nanti.

Lepas daftar, naik ke wad. Daftar wad pula dan selesai saja dapatlah katil untuk temporary sebelum ke wad Sleep Study nanti. Tak sempat Asar lah hari tu kat office jadi tinggal si dia jap dan tunaikan solat Asar dulu. Kemudian dia pula. Tapi pas dia solat dia ajak turun ke cafe. Lapar la tue... Dari lepas daftar di wad lagi si dia dah tanya ada McD tak?

Turunlah bawah dan mak aih cafè macam atau senang kata x ada yang menyelerakan. Dalam hati, keciannya kat dia dan mesti dia nak juga-juga McD dan tertiba-tiba dia sergah kata ; "jom pergi burger bakar yang B kata tu". Terus kata boleh ke keluar dari hospital ni? Guess what? Tiada jawapan tapi dia jalan melolong menuju ke kereta. Huh..
Saya bersalah ke bawa keluar kejap pesakit?

I have to drive to the place yang sangatlah tak pandai jalan area Serdang. Tapi rasa kejap saje dah sampai destinasi di tuju.
Burger Bakar Lava Grill Burger berada di lokasi hadapan sebuah restoran mamak ; Restoran Bismillah.

Seronoknya si dia, u olls harus tengok sebab - once datang tutup so excited gila sampai panik nak parkir kereta.

Menu tea time kami ;





Pergh! Sedap weyh dan sangat mengenyangkan. Mengah nak habiskan walaupun 1 slice daging. Di paksa untuk habiskan juga. Hancur lah misi nak diet. Oppss diet kah?

Pas dah makan kena la hantar pesakit ke tempat asal. Nanti tak pasal dituduh membawa lari pesakit walaupun dia tak berpakaian seperti orang sakit tapi di tangan tu ada label tag.

Okay buat yang nak ke sana, boleh cuba ikut peta ini dan doakan selamat sampai juga menjamu selera di sana.



Dan ini pula senarai harganya;



Okay u olls enjoy ye makan burger di sana.

By The Way, terima kasih kepada blogger otai; Ben Ashaari yang bagi info dan promote kat geng WhatsApp Putrajaya mengenai kedai kawan dia ni.

posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SEGMEN : BEN ASHAARI DAN SAYA

8:55 PM Yanty Lee 48 Comments



Blog macam mana yang suka dibaca oleh saya ?
  • Blog yang simple macam blog Abang Ben Ashaari
  • Blog yang straight to the point , ringkas dan padat macam blog Abang Ben Ashaari juga
  • Blog yang tidak berunsurkan sebarang unsur - unsur tidak berfaedah
  • Blog yang ringan apabila menjejaki ke blog tuan tanah
  • Blog yang mengisahkan hal peribadi , sekeliling dengan perkara yang boleh dikongsi.
  • Blog masakan macam blog Mat Gebu.
  • Blog photography ; boleh cuci mata ketika tekanan dengan kerja di mana jua.
  • Blog tutorial untuk kemaskini blog dari masa ke semasa
  • Blog unsur kata-kata hikmah , pujangga , keagamaan dsb.
  • Blog yang ada ajar cara buat  own made  kad , etc macam [email protected]
  • Blog review wayang sebab terpengaruh jadi kaki wayang sejak bersama si dia, setuju tak Kak Fiza?
Salam Segmen
Salam Berkenalan
;-)


48 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

♥ you ♥

6:55 PM Yanty Lee 2 Comments


I dedicated this to  you


♥ you 

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do




DEAR : I know sometimes I am too much , I regret for everything & Hope U'll forgive me.
LOVE YOU


2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Jiwa Taiko

4:30 PM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Ahad lepas bersamaan 20 June 2012 , ke The Mines untuk teman si dia menghadiri temujanji dengan consultant dari Celebrity Fitness , tapi si dia mungkin masih memikirkan untuk ikut serta sebab ada di antara kawan - kawan pejabat yang dah pun mengikuti kelas senaman di situ.


Chaiyok , cayang! Get back your old look , will support u !


Kemudian , meronda dan sempat lah beli CD folder untuk semua cd yang berceramuk dalam kereta si dia.

Tak tahu apa plan seterusnya sebenarnya tapi sambil berjalan tu si dia cinta hati kata "tengok wayang". Pergi je la ke depan cinema dan layan dan supportlah filem kita , walaupun si dia kata yang orang bercakap tak la best sangat filem ini.


Tak nak komen lebih - lebih , jalan cerita ni so - so  sahaja. Nak dikata tak best , tak boleh. Nak dikata best , pun macam tak boleh. So - so = 50 - 50 lah jawabnya, lebih kepada hubungan persahabatan dan percintaan. Kalau komen untuk orang menyanyi ada yang mengomen mendatar , maka itu la yang dirasai dengan cerita ni. Rilex walaupun bila adegan aksi lawan.

Sokong lah filem kita ye korang !

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Madagascar 3 : Europe's Most Wanted

12:06 PM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Recently layan filem Madagascar 3 : Europe's Most Wanted dengan si dia , sebab dah habis pulun layan banyak movie sekali gus so dah tak tahu nak buat apa so layan je la. Siapa kata filem ni untuk kanak - kanak je , dik? Penuh je orang remaja / orang dah dewasa  yang layan juga. (xnak mengaku dah tua!)


Kelakar la dan memang best filem ini banyak mesej tersirat dan tersurat , bukan sekadar anak - anak kecil sahaja yang boleh belajar dari filem ini tapi kita yang makin meningkat usia pun boleh menjernihkan fikiran yang cetek tue.

Paling tak boleh blah , si harimau ni boleh menembusi gelang - gelang dari saiz besar ke saiz terlalu yang teramat serta terlampau kecil. Haih! Ini budak yang tak kurang bijak lagi leh la percaya , saya tak. Hehe. Okay , filem la katakan , apa yang tak boleh semua boleh punya. APTB! Huh....

Kalau yang semak kepala - perut , boleh la layan dan release  filem binatang yang nak balik New York dari Africa ni. Pastu boleh sambung semak tu. Hehe.


Njoy!

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Burger Bakar Equine Park

10:27 AM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls,

Semalam meronda cari Burger Bakar Lava Grill area UPM tapi bila dah jumpa, tutup pula. Agak tertonggeng frustnya.

Tak putus asa, cari pula area Equine Park. Search kat internet dan tengok-tengok tahu sangat kedai dan lokasi. Dekat warung Pak Maidin je pun. Terus drive dengan harapan buka.

Alhamdulillah ada! Rezeki...





Mentang-mentang tengah Euro. Menu pun ala-ala ke arah negara yang bertanding dengan nama pemain setiap negara lagi.

Sebab minat Klose dari pasukan Jerman, order la KL Royale Rumble Klose.



Dan juga sebab lapar dan frust xdapat yang dekat Lava Grill, ni la yang dibaham si dia; KL No Mercy Ronaldo sebab paling banyak daging.



Blurpp, sedat dah baju dan seluar. Sangat kenyang dan xhabis makan sebenarnya. Tapi syukur sebab dapat juga merasa dan alhamdulillah rezeki setelah puas mencari.

Korang cer cuba pula ye!

posted from Bloggeroid

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tahniah buat Sara & Junus

10:15 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,


Last week balik kampung sebab nak attend close friend masa form 6 dah pun diijabkabul. Kahwin dah kawan saya sorang ni dan InsyAllah lepas raya tahun ni , best friend pula akan berkahwin. Alhamdulillah semuanya berkawan dan berakhir dengan kesudahan yang baik mendirikan masjid.



Umur makin meningkat dah , haih... Semua member sekolah ramai dan tunang , kahwin dan ada anak dah pun. Gembiranya tengok kawan semua dah ada sebuah keluarga sendiri dan bahagia disamping insan tercinta dengan anak-anak comel.

Doakan semua kawan - kawan akan bahagia walaupun jauh dari mata. tak pernah lupa dier orang cuma kekangan masa ja nak berjumpa..walaupun Penang tu kecil tapi tak semua free pada masa yang sama. Miss schooling time dan dah tak sangka now semua dah ada life masing - masing.
 Hope every one will live happily ever after , ameen.

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

3 Filem Sekaligus

9:11 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Khamis ; 7 Jun 2012 yang lepas , lepas kerja terus pergi IOI Mall sebab nak tonton wayang filem Snow White and Hunstman , Man Sewel dan Jalan Kembali : Bohsia 2 .




Memang jarang dibuat orang. Tapi filem Man Sewel  sahaja yang buat rasa dah boring bila dah nak ending. Tapi cerita sini habis sini saja la erk ... 


Apa pun puas hati la layan movie ni tambah - tambah lagi dengan orang tersayang walaupun kerja gila sampai di rumah hampir jam 2 pagi.

Ikutkan , nak makan durian sesama yang ada dalam kereta tapi last-last si cinta hati sahaja makan bila dia sampai rumah. Huhu.. tak dapat makan ..

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Masihkah Ada Peluang?

9:27 PM Yanty Lee 2 Comments




Selama ini....
Semua nya hanya dusta tetapi...
Untuk mengambil hati dan perasaan banyak pihak.
Untuk berusaha kebahagiaan yang diimpikan...
Namun dengan satu kesilapan tidak sengaja...
Terus nampak salahnya...
Semuanya kerana selama ni ada aduan setiap kali perbalahan berlaku...
Mungkin tidak yakin dengan diri yang dipandang jahat lagi...
Selepas terlalu banyak mendengar luahan aduan...
Namun jika marah kerana bersebabkan sayang tidak disangka baik
Bagaimanakah untuk menjaga si sia kelak itu yang di fikiran tika marah...
Masih ada yang menyangka buruk sehingga meminta semua berakhirlah...
Tidak lagi disetujui untuk bersama...
Ada rasa sesal ada juga rasa terhina...
Apa yang terbaik dianggap kongkongan..
Sehingga menilainya diri ini jikalau berumah tangga apa kah akan terjadi...

Ya Allah,besarnya dugaan yang dialami...
Ya Allah...permudahkanlah semua urusan..
Ya Allah...bukakanlah pintu hati yang membenci itu..
Ya Allah berikanlah kekuatan untuk terus berdiri melalui kehidupan...

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Ku Sakit Tiada Siapa Peduli

11:10 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls ,

Ahad dua minggu lepas , hampir senja kehidupan ku bermula dengan perit sekali. Cadangan nak keluar beramai - ramai tidak kesampaian. Gara - gara perut tidak enak.

Sedihnya umpama tidak ada tempat mengadu derita sakit dialami , bila diberitahu disuruh bersabar dan bertahan tapi akhirnya lembik dan lemah seorang diri di rumah. Redha  sahaja la nasib badan ada orang sekeliling yang tak merasakan itu adalah perkara penting.

Hampir 3 hari sakit ini berlarutan , hidup umpama di bilik air , apa yang dijamah semuanya keluar. Penat sangat. Tetapi hari terakhir berakhir dengan suntikan di bahu apabila kawan sepejabat mendesak untuk membawa aku ke klinik. Dengan semangat dari geng blogger Putrajaya yang mendorong juga aku pergi ikut kawan sepejabat.


Adoiiiiiiiii sakit wooo kena cucuk suntikan kejadah ni.. Kebas sebelah tangan tak tau nak gerakkan macam maba , lemah longlai.. Tapi doktor klinik swasta ni lagi best dari klinik Presint 9. Walaupun kena keluarkan sen tapi berbaloi dari segi perkhidmatan dan ubat serta paling suka ialah dokto yang friendly dan tak da la tunggu berjamban .

Part ni paling best rupanya masih ada yang sayangkan aku , kawan sepejabat sampai tak masuk pejabat jaga aku yang tak sihat dan dia masakkan bubur dan sup sebab itu sahaja yang doktor bagi aku makan , even no Tea  either 100 Plus  yang semua orang duk suruh amik kononnya  boleh pulihkan sakit yang dialami.



Terima kasih , ye Kak Fazila @ Nenek Angkat ( bak kata si doktor yang sengal )

Alhamdulillah , kerap makan ubat yang bapak banyak dalam sehari dua , keadaan saya semakin pulih, mungkin apa yang terjadi semua kerana Allah menghapuskan dosa -dosa kecil . Amin.



4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kalau

4:00 PM Yanty Lee 6 Comments


Kalau dah tak sayang , Kalau dah tak cinta lagi ,
LEPASKAN!

Jangan seksa hati dan perasaan orang. Nanti terkena diri sendiri kelak menyesal tak sudah.
Sampai bila nak bersabar dengan baran dan ego serta kepala otak itu?
Setiap manusia ada perasaan masing - masing.


6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Gerimis Mengundang

10:24 AM Yanty Lee 4 Comments

Salam u olls , 

Ahad dua minggu lepas , selepas urusan kerja untuk pendaftaran di UiTM Shah Alam terus ke Staw Centre Point , Klang. 

Masuk je ke dalam mall yang buat julung pertama kalinya dijejaki berasa sangat tidak selamat. Nak tahu kenapa ? Korang yang tak pernah pergi boleh la cuba pergi dan alami. Yang mana pernah pergi dan kerap pula pergi mesti dah biasa dengan keadaan di sana.

Tak pandang apa terus melulu ke tempat membeli tiket wayang , Gerimis Mengundang sebelum perkara-perkara lain mengundang kan? Haha...

Sempat berjalan keluar dari bangunan ini dan singgah sebentar di KFC dan jamu sikit je makanan sebab tak lah lapar sangat. Selepas makan terus masuk semula ke mall dan sempat beli satu jeans sebelum masuk ke panggung wayang.


Cerita ni apa yang Yanty faham , Kamal Adli memegang watak Zamani , seorang pilot di Sabah dan kebetulan perlu membawa sebuah keluarga untuk pergi ke mesyuarat duta - duta gitu, keluarga yang dimaksudkan ialah daripada Kedutaan Indonesia. Dari situ lah Zamani mengenali Mikha (Olivia Jensen Lubis) dan lama kelamaan dia merasakan dirinya yang kosong telah diisi oleh Mikha selepas dia kehilangan kedua - dua orang tuanya ketika masih kecil. Sayu nya apabila Zamani telah meluahkan hasrat nya untuk bersama Mikha , ibu Mikha pula telah memperkenalkan tunang Mikha walaubagaimanapun Mikha telah berterus terang kepada tunangnya dan pergi ke Sabah untuk berjumpa Zamani dan sedihnya Zamani terlibat dalam kemalangan semasa penerbangan ke pedalaman untuk menghantar barang - barangan ke sana. 

Ending cerita ni hero mati. Tak seperti hero heroin yang lain kononnya live happily ever after. Pas tengok cerita ini tak leh bayangkan orang yang kita sayang pergi depan mata kita. Minta simpang la. Melainkanlah dah jadi suami isteri , boleh ke macam tu. Haha.. 
 Nota Kaki : Tak semua yang kita nak , akan kita kecapi buat selamanya.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Yazid Burger

12:00 AM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Pernah tak awak - awak makan burger yang hangat diperkatakan sekarang , Burger 1 kg yang kecoh semalaya sampai tak silap ada masuk tv kot. Dan paling terharu nya dengan Abang Nazri sebab semasa menonton bola yang boring ada kata pada dia .. "Nanti bila free kita jom pi try burger bakar kat Wangsa Maju erk" dan dia hanya tanya sedap sangat ke? Yang 1 kg  pun tak cuba lagi dah nak try yang Wangsa Maju. Lepas tengok bola kat Shah Alam , dah rasa mengantuk dan banyak diam sambil layan chat dengan Geng WhatsApp Putrajaya. Hanya jawab ; "Ok je nak gi makan mana" bila si Chinta bersuara menanyakan nak makan kat mana yang menemani Abang Nazri memandu.

Tup tup ... ,  dah sampai kedai makan , ala food court gitu dan waktu pergi tu sibuk berWhatsApp lagi dan jalan melolong je ikut dari belakang dan cuma tegur kata ; "ada lagi ke ni , banyak kedai nak tutup je" . Diam je mereka berdua , tertiba sampai depan satu kedai. Oppsss.. khusyuk sangat layan geng yang ngok ngek lagi superb sampai tak perasan rupa - rupanya Yanty sedang berdiri di hadapan gerai Resepi Yazid Burger ! Sangat lah terharu dan terukir satu senyuman.


Macam - macam menu yang ada lagi , Wokeyh!

Abang Nazri dan si dia yang order tapi 1 kg  dah habis , maka hanya ada 500 g sahaja. Ni menu yang disediakan untuk pelanggan tengok mana berkenan nak buat menantu pesanan.

Macam best kan ? Siap ada set lagi yang lain - lain tu.

Ini pula daging burger yang di bakar , lepas kami bertiga datang saja , ramai pula la yang mengunjung gerai Yazid Burger ni. Yanty sibuk - sibuk tengok daging tu tengah masak , apa lagi snap lah gambar. *daging pun nak amik kan? Nampak nipis tapi sebenarnya tidak okay , kawan - kawan.


Memandangkan banyak gerai dah nak tutup , lepas order je Abang Nazri pergi dapatkan juga dekat sebuah gerai minuman yang dah nak tutup tapi air mineral sahaja. Sambil berchatting di WhatsApp , sibuk pula dengan application  baru ; LINE . Dan tengok Abang Nazri datang dengan sesuatu. Jeng jeng jeng..

Happy Birthday to Me!
Puiii.... tiada siapa antara kami sambut hari jadi la.
Cer teka apa ni?

Jeng..

Jeng..

Jeng..


Taraaaaaaa...

Ini lah Burger 500 g !

Ha.. Tebal kan daging dia dari tengah masak tadi.

Amacam , ada yang terliur tak? Memang nak tayang bagi terliur pun. Jangan marah! Pakat - pakat la pi makan Yazid Burger yang berlokasi di Seksyen 7 , Shah Alam . Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai burger ini boleh blogwalking kat yazidBURGER | SPECIALS! atau layan di Facebook di Yb Yazid Burger .

Bagi yang tak pernah cuba boleh la cuba , diet? Sekali seumur hidup je sudah la , merasa sikit apa da hal. 

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

True Colors

2:59 PM Yanty Lee 0 Comments


Life wasn't like before.
Life wasn't like as wanted.
Life wasn't cruel nor mean but human being are the one.


Why there is scars of hurt?
When will this pain heal away?
What will make those look beautiful?
Who is the one will create a SMILE?



I really miss the old .. precious ... sweet ... moment.
Now, every edge of true colors have been shown

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Malaysia lwn Filipina

2:46 PM Yanty Lee 0 Comments

Salam u olls  ,

Hari Jumaat lepas bersamaan dengan 1 Jun 2012 , selepas habis sahaja kerja di pejabat terus bergegas balik rumah dan bersiap untuk ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak di antara Malaysia dan Filipina.

Yeah ini lah tiker saya ;


Suasana di padang ; 


Gelagat saya di stadium sebab perlawanan sangat membosankan ; 


Okay , perlawanan diakhiri dengan mata kedua-dua pasukan 0 - 0 . Huh , sungguh menghampakan jadi pulang la semua dengan muka bay syiok !

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen