Ku Sakit Tiada Siapa Peduli

Wednesday, June 13, 2012

Salam u olls ,

Ahad dua minggu lepas , hampir senja kehidupan ku bermula dengan perit sekali. Cadangan nak keluar beramai - ramai tidak kesampaian. Gara - gara perut tidak enak.

Sedihnya umpama tidak ada tempat mengadu derita sakit dialami , bila diberitahu disuruh bersabar dan bertahan tapi akhirnya lembik dan lemah seorang diri di rumah. Redha  sahaja la nasib badan ada orang sekeliling yang tak merasakan itu adalah perkara penting.

Hampir 3 hari sakit ini berlarutan , hidup umpama di bilik air , apa yang dijamah semuanya keluar. Penat sangat. Tetapi hari terakhir berakhir dengan suntikan di bahu apabila kawan sepejabat mendesak untuk membawa aku ke klinik. Dengan semangat dari geng blogger Putrajaya yang mendorong juga aku pergi ikut kawan sepejabat.


Adoiiiiiiiii sakit wooo kena cucuk suntikan kejadah ni.. Kebas sebelah tangan tak tau nak gerakkan macam maba , lemah longlai.. Tapi doktor klinik swasta ni lagi best dari klinik Presint 9. Walaupun kena keluarkan sen tapi berbaloi dari segi perkhidmatan dan ubat serta paling suka ialah dokto yang friendly dan tak da la tunggu berjamban .

Part ni paling best rupanya masih ada yang sayangkan aku , kawan sepejabat sampai tak masuk pejabat jaga aku yang tak sihat dan dia masakkan bubur dan sup sebab itu sahaja yang doktor bagi aku makan , even no Tea  either 100 Plus  yang semua orang duk suruh amik kononnya  boleh pulihkan sakit yang dialami.



Terima kasih , ye Kak Fazila @ Nenek Angkat ( bak kata si doktor yang sengal )

Alhamdulillah , kerap makan ubat yang bapak banyak dalam sehari dua , keadaan saya semakin pulih, mungkin apa yang terjadi semua kerana Allah menghapuskan dosa -dosa kecil . Amin.



4 comments

  1. cedapnya...sup tu...nama tak cakap ngan kak sue? bleh temankan...

    ReplyDelete
  2. Erk .. Tak baik komen camtu.. Cik anon sape kita nak menilai seseorg tu byk dosa or tak .. If nak tegur .. Tegur elok kan bagus .. Kalau tegur camtu pun kita rasa kita tak buat dosa ke sakitkan hati org ? Eheee renung2kan dan selamat beramal .. Jgn igt kita tak sakit kita tak de dosa ..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.