Burger Bakar ; Lava Grill Burger

Saturday, June 23, 2012

Salam u olls,

19 Jun 2012 ; Balik awal (around 4.30) dengan izin bos sebab nak kena tolong hantar si dia ke check up satu hari satu malam di Hospital Serdang. Dan hampir pukul 5 juga la sampai sana, cari parking yang jauh xingat dunia. Then teman untuk pendaftaran masuk ke wad Sleep Study malam nanti.

Lepas daftar, naik ke wad. Daftar wad pula dan selesai saja dapatlah katil untuk temporary sebelum ke wad Sleep Study nanti. Tak sempat Asar lah hari tu kat office jadi tinggal si dia jap dan tunaikan solat Asar dulu. Kemudian dia pula. Tapi pas dia solat dia ajak turun ke cafe. Lapar la tue... Dari lepas daftar di wad lagi si dia dah tanya ada McD tak?

Turunlah bawah dan mak aih cafè macam atau senang kata x ada yang menyelerakan. Dalam hati, keciannya kat dia dan mesti dia nak juga-juga McD dan tertiba-tiba dia sergah kata ; "jom pergi burger bakar yang B kata tu". Terus kata boleh ke keluar dari hospital ni? Guess what? Tiada jawapan tapi dia jalan melolong menuju ke kereta. Huh..
Saya bersalah ke bawa keluar kejap pesakit?

I have to drive to the place yang sangatlah tak pandai jalan area Serdang. Tapi rasa kejap saje dah sampai destinasi di tuju.
Burger Bakar Lava Grill Burger berada di lokasi hadapan sebuah restoran mamak ; Restoran Bismillah.

Seronoknya si dia, u olls harus tengok sebab - once datang tutup so excited gila sampai panik nak parkir kereta.

Menu tea time kami ;





Pergh! Sedap weyh dan sangat mengenyangkan. Mengah nak habiskan walaupun 1 slice daging. Di paksa untuk habiskan juga. Hancur lah misi nak diet. Oppss diet kah?

Pas dah makan kena la hantar pesakit ke tempat asal. Nanti tak pasal dituduh membawa lari pesakit walaupun dia tak berpakaian seperti orang sakit tapi di tangan tu ada label tag.

Okay buat yang nak ke sana, boleh cuba ikut peta ini dan doakan selamat sampai juga menjamu selera di sana.



Dan ini pula senarai harganya;



Okay u olls enjoy ye makan burger di sana.

By The Way, terima kasih kepada blogger otai; Ben Ashaari yang bagi info dan promote kat geng WhatsApp Putrajaya mengenai kedai kawan dia ni.

posted from Bloggeroid

8 comments

  1. Petang-petang camni, muncul pulak gambar burger yang menyelerakan. Membuak2 rasa lapar nih. Aduhai..kenapa la kat tempat Abe takdak burger cam nie. Haha. :)

    ReplyDelete
  2. okay!! burger tu memang menyelerakan ^^

    ReplyDelete
  3. uhhmmm..sedapnyer...nak try la..

    ReplyDelete
  4. yup..mengah nak habiskan...adoiiii...kena paksa ngan jed jedi...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.