Rock'N Bowl Dengan Menu Terbaru Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

7:30 AM Yanty Lee 12 Comments


Salam uolls ,

U olls , jom ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur! Sambil layan lagu -lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan atau individual live-band  boleh cuba menu terbaru yang terhad. Menu ni sebenarnya dah ada mulai 10 Januari baru - baru ni dan dijangka promosi terhad ini sampai 13 Mac nanti. It's kind of the latest menu at the beginning of the few months of 2018 that you guys must try.


3 MENU UTAMA "ROCK'N BOWLS
Hard Rock Cafe membawa hidangan dengan lebih menarik dan kelainannya lebih rock kerana ramuan bahan yang digunakan untuk satu - satu menu teramat rocking babe! Dan sebab itu la , Ty sangat - sangat suggestkan uolls pergi cuba sendiri. Well , sometimes you need to treat you with delicious luxury dishes.

BBQ SHRIMP NOODLE BOWL
RM65/-


Mungkin di mata uolls , ala ini cam bihun kosong atau bihun bodoh biasa sahaja yang uolls boleh masak. Tapi uolls salah , rasa menu ni memang lain. Dengan adanya udang yang sudah dipanggang bersoskan sos BBQ dan diperah pula dengan limau nipis. Bila digaul dan terasa sedap dengan rasa sos bijan. Keranggupan Wanton membangkitkan lagi rasa nak makan.

SOUTHWEST MEATBALL BOWL
RM65/-


Meatball dia memang sedap giler uolls! Okay , orang kata nak diet sesuai makan brown rice , betul atau tidak Ty tak tahu kesahihan. Apapun , menu ni disajikan dengan nasi perang yang dimasak degnan ramuan Cajun dan Southwest stail. Selalu tengok orang makan nasi dengan keropok ikan , kali ni ada hirisan tortila  yang ranggup. Padu beb!

Chili Lime Chicken Bowl
RM55/-


Nama dia je konon cam pedas , cili kekdahnya tapi bagi Ty yang ala baby tak leh makan pedas ni pun boleh makan aih. Ngap dan ngam ja dengan tekak Ty. Sedap sebab hirisan ayam yang dipanggang dengan rempah cili dan perahan limau memang terasa kedua-dua rasanya. Dalam hidangan ni , selain masih menggunakan nasi perang ada hirisan dadu buah Avakodo , Kacang Hitam , Jagung . Pergh terangkat abes uolls.

Buat uolls yang bukan beragama Islam boleh cuba menu baru untuk minuman juga. Kalau yang tak dengar cakap tu , babap kang.


STRAWBERRY BASIL LEMONADE
RM32/-


Memandangkan Ty tak nak kena babap , Ty sejukkan tekak dengan hidangan minuman yang sangat epic ni. Gabungan 3 bahan yang memang akan menyegarkan tekak uolls. Masam - masam manis yang takkan ada mimik muka sebab masam ke manis sangat , omputeh cakap "just nice". Selain minuman gabungan epic ni ada ja yang hot drinks tanpa alcohol.

Uolls juga boleh cuba menu lain yang ada di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. 

JUMBO COMBO
RM92/-


Hidangan platter ni ada 5 jenis sos yang berbeza dan setiap sos dia memang sedap giler uolls! Bila cicah dengan gabungan jenis menu rasa tak puas sebab sedar - sedar dah habis. Terlalu asyik sangat. Dalam menu ni ada Onion Ring , Chicken Wing , Tupelo Chicken Tender , Southwest Spring Roll  & Potato Skins. Wajib cuba dan makan!


Lepas makan mesti nak cuba pula dessert kan , meh Ty suggestkan kat uolls dessert apa yang Ty makan.

HOT FUDGE BROWNIE
RM49/-


Puas wei makan this portion alone. Vanilla Ice Cream dengan Brownie Cokelat , yummy. Makan sambil pejam mata sebab bertapa menikmati keenakkannya. Boleh imagine kan uolls , so next visit get this ok?

MUD PIE
RM45/-


Ini pun dessert ais krim yang uolls kena sangat cuba, sebab sedap sangat ok. Rasa crunchy almond flakes dia  , perghh. Tak tahu nak describe macam mana , dengan sos cokelat topping pula. Gabungan ais krim perisa kopi dan cokelat memang teramat buat layan nak makan dan makan lagi. Seriosly , speechless sis.

Kalau uolls nak tahu latest info pasal Hard Rock Cafe  KL atau nak booking etc boleh check it out here ; 
Website : www.hardrock.com



12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dapat Ilmu Kecantikkan Dalam Make - Up Class Dengan MUA Sue Melati

3:47 PM Yanty Lee 26 Comments


Salam uolls ,


Baru ni Ty buat pertama kalinya ikuti satu make - up class dengan MUA Sue Melati , awal pagi Ahad kelasnya sudah pun dipenuhi dengan pelajar - pelajar yang ikut sama kelas kecantikkan ni. Ty dan rakan blogger perempuan yang lain turut sama menyelit belajar. Dah nama pun perempuan kan , mestilah nak tampil cantik. Gitchew.


SUE MELATI
Seorang MUA (Make-Up Artist) yang namanya tidak asing lagi dalam duni seni kecantikkan. Terutamanya dari dunia make-up. Hasrat Sue Melati sangat jelas dan murni di mana beliau berhasrat untuk membantu para wanita di luar sana untuk tampil dan lebih kelihatan cantik dan elegan. Jika uolls kenal atas pernah ikuti beliau , beliau kerap kali muncul di kaca TV dalam slot - slot program , antaranya : -
- Nona
- Wanita Hari Ini Mentor TV3
- Clever Girl
- Anugerah Juara Lagu
- Muzik - Muzik
- Hero Oven


MAKE - UP CLASS YANG TAK KEDEKUT ILMU


Banyak ilmu yang dikongsikan daripada MUA Sue Melati. Dari awal sampai habis , walaupun dia sedang mengajar sebuah kumpulan anak murid , dia tidak berasa susah untuk beri tunjuk ajar pada kami geng blogger. Dia akan datang dan pantau , bagitahu di mana salah untuk dibetulkan. Memang mesra sangat. Dari mula rasa segan sebab tak pandai dalam ilmu solekan terus rasa nak tahu lagi.


Kalau bab set berus solekan , Ty rasa bukan Ty sahaja yang masih tak pandai. Apatahlagi pemilihan berus mana untuk kegunaan apa pun MUA Sue Melati bagi penerangan dan ajar. Teknik solekan satu persatu diajarkan.


PRODUK KELUARAN JENAMA SUE MELATI

Masa sesi make-up class , MUA Sue Melati bagi kami peluang untuk mencuba produk - produk yang dikeluarkan jenama atas nama beliau sendiri.

SUE MELATI FOUNDATION

Paling best pasal foudation ni ialah bila sekali bila picit sekali , hasilnya fully-coverage yang mana jimat habislah guna foundation ni.  Tutup habis segala cacat cela pada raut wajah muka dengan sekaligus.

Kelebihan Sue Melati Foundation :
- Full Coverage dengan 1 kod warna sahaja
- Wangi
- Anti Aging
- Mencerahkan tona kulit
- Memudarkan & mengecutkan jerawat
- SPF 50
- Ringan & Tidak Bercapuk
- Vitamin C & E
- Mengandungi ekstrak bunga sakura & tea tree
- Tahan sehingga 14 jam
- Bukan produk rebranding / repacking

SERUM SUE MELATI

Produk ini digunakan bersama dengan foundation , kira untuk menaikkan seri di wajah sepanjang har bila apply

KEBAIKAN SERUM SUE MELATI :
- Mengubati & memperbaiki kulit yang rosak
- Melembutkan & menghaluskan kulit
- Anti-bakteria
- Antibiotik
- Antioksidan
- Anti-alergik
- Anti-inflamasi


Apa yang best sangat tentang produk - produk dari Sue Melati ni ialah boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Yelah kan , dengan hanya 1 kod warna sahaja , Sue Melati Foundation dah dapat disesuaikan pada semua jenis tona warna kulit. Tapi kalau uolls rasakan warna foundation terlalu cerah , boleh sahaja campurkan dengan foundation kod warna yang gelap.


Percaya tak Ty ceritakan yang foundation Sue Melati ni , satu muka tertutup segala - gala masalah pada kulit muka.



Buat MUA Sue Melati , terima kasih atas tunjuk ajar dan kongsi ilmu tentang cara solekan dengan betul. Sampai ke hari ni , Ty masih make-up dengan ilmu yang perolehi masa kelas walaupun tak lengkap sepenuhnya.


Kalau uolls berminat nak belajar dan ikuti kelas solekan juga dapatkan produk Sue Melati , boleh dapatkan maklumat lanjut di :
Facebook Page Sue Melati 
No.Tel : 0182090617


26 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Manchester Fans Jom Menang Tiket Tonton Perlawanan Dengan Dashing

11:31 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam uolls ,

A Die Hard Football Fan?
Let’s Go Manchester!

Bola sepak, mempunyai dan sentiasa menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia. Muda atau tua, untuk peminat bola sepak yang mati-matian, tidak ada yang lebih besar daripada menonton perlawanan bola sepak secara langsung apa lagi jika ia adalah MCFC (Kelab Bola Sepak Manchester City) vs MU (Manchester United). Suasana yang mengejutkan, nyanyian kelab, keseronokan, tenaga, kesakitan atau kegembiraan yang dirasai tidak dapat dijelaskan.


Liga Perdana Inggeris adalah salah satu liga bola sepak paling popular dengan jumlah pengikut tertinggi, walaupun di Malaysia. Ia benar-benar mimpi menjadi kenyataan untuk semua peminat kaki bola dapat menonton perlawanan hidup di salah satu stadium terkenal.



DASHING, jenama dandanan lelaki terkemuka memahami pengadun adrenalin dan lelaki semangat untuk dunia bola sepak. Dengan ini, DASHING sedang berjalan untuk tahun ke-3 Let's Go Contest Manchester! Penginapan percuma, 4 hari 3 malam perjalanan balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah yang termasuk tiket VIP untuk menonton pertandingan langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama dalam Let's Go Manchester Contest! Itulah 4 hari pengalaman makan, tidur dan bernafas di Manchester, United Kingdom!

Bukan sahaja pemenang akan menonton 2 daripada kelab bola sepak terbesar di dunia yang bertarung menentang satu sama lain dari tempat duduk VIP mereka di Stadium Etihad tetapi juga termasuk lawatan dan lawatan ke Muzium dan Stadium Bola Sepak Negara seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Di samping itu, terdapat Tour Misteri Magical di tempat untuk para pemenang di mana mereka akan dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. Apa lagi yang boleh meminta peminat bola sepak mati.


Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal dan Whatsapp dengan jelas satu resit tunggal penuh, namakan seperti NRIC atau Pasport, nombor NRIC atau Nombor Pasport dan belian pembelian ke + 6016-9972373. Ia adalah mudah seperti itu!


Jadi, apa yang anda tunggu? Sertai sekarang dan jadilah yang berdiri di VIP berdiri menonton perlawanan hidup di hadapan mata anda dengan 50,000 peminat dan DASHING, jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia! Peraduan ini berakhir pada 31 Januari 2018.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari www.facebook.com/Dashing.MY atau www.dashing.com.my atau hubungi nombor talian bantuan talian 03-80238311.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Roti Canai Special Gemas Road , Pulau Pinang

12:05 PM Yanty Lee 11 Comments


Salam uolls,

Uolls yang ke Pulau Pinang tapi masih celaru sebab terlalu banyak tempat makan menarik yang ada kat Pulau Pinang. Dari dalam pulau (tanjung) sampai sebelah seberang. Kali ni Ty, Ty nak suggestkan uolls untuk wajib singgaj dan pergi pekena Roti Canai Gemas Road. 


Ini adalah menu paling special yang disediakan ; Roti Canai Special dihidangkan dengan hirisan bawang segar, telur mata, sekeping cheese dan kuah yang pekat. 

Jujur dari Ty bukan review berbayar ye, memang tersangat sedap. Sungguh puas hati. Rasa kenyang sampai ke tengahari. 


Walaupun gerai ini di tepi jalan dan dibuka di hadapan flat, tak menjadi masalah buat orang ramai untuk datang tak putus-putus untuk pekena roti canai ni. Sejak makin viral, makin femes. 

Buat masa sekarang ada ruang tempat parking di hadapan. Katanya ada pembangunan akan dibangunkan. 

Pakat singgah na, rasa sendiri. 

11 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Come Back - Training Badminton

10:28 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam uolls ,

Let's bring it on , babeh!
Kisahnya masuk ja awal tahun dah ada dekat Putrajaya , jadinya memang azam kekonon no more "cheat"dan nak mulakan aktiviti bersukan - workout etc. Dan bila team badminton opis ada tempah court badminton , penat pun gagah pergi join main.






Geng tak reti duk diam bila bergambar tapi bila nampak HP nak snap semua nak masuk dalam frame. Interframe betul. Walaupun tak ramai geng opis yang turun main , tapi mencabar bila first training dah kena gasak friendly dengan geng PPTD yang bos ajak sama. Fuh! Sumpah pancit baq hang.

Malam esok ada lagi training , ada nak join? PM tepi.

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jom Makan Makanan Jepun – Gindara Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

9:30 AM Yanty Lee 3 Comments


Salam uolls ,

Berita gembira buat uolls yang kaki makan apatahlagi suka makan makanan dari negara Jepun. Sebabnya Seri Pacifric Hotel KL adakan promosi sepanjang bulan Januari 2018 ni , jadi boleh la serbu sebelum berakhirnya promosi.



Perkataan Gindara mungkin tidak biasa didengari atau dikenali oleh ramai orang tetapi pasti ramai yang akan mengenalinya dengan panggilan sebagai Ikan Cod. Gindara amat terkenal di negara-negara Asia dan namanya berasal dari Jepun. Di beberapa negara lain, Gindara juga dikenali sebagai kod hitam atau sablefish.

Selain itu, Gindara adalah salah satu ikan paling mahal di Jepun, bersama dengan Unagi atau belut air tawar yang terkenal; dan ia biasanya berfungsi sebagai sushi atau sashimi.

Restoran Jepun Kofuku, Seri Pacific Hotel KL memperkenalkan pengalaman gourmet baru yang bersekutu dengan Gindara; yang pasti akan menjadikan uolls berada di langit ketujuh! Gitchew!

Hidangan istimewa adalah menu paling menjadi pilihan pada bulan ini yang terdapat dalam pelbagai gaya penyediaan. Selain itu, ia digandingkan dengan sos istimewa buatan chef sendiri untuk membangkitkan rasa apabila dinikmati.

Uolls wajib merasa gabungan menu yang disajikan seperti Gindara Nabe dengan Citrus Dipping Sauce. Nabe atau yang dipanggil Nabemono mengandungi pelbagai ramuan yang dimasukkan ke dalam hidangan periuk panas Jepun.

Uolls juga perlu mencuba New Style Cube Gindara Teriyaki dan Steamed Gindara dengan Ginger Miso. Sesungguhnya uolls akan rasa nak makan lagi dan lagi dan lebih banyak lagi.

Harga untuk Gindara bermula dari RM 60 nett setiap hidangan. Restoran Jepun Kofuku dibuka pada hari Isnin - Jumaat dari 12.30 malam - 2.30 petang (makan tengah hari) dan 6.30 malam - 10.30 malam (makan malam). **Semua harga di atas adalah termasuk cukai semasa.


Untuk mendapatkan maklumat lengkap atau membuat tempahan, sila hubungi 03 - 4042 5555. Untuk maklumat lanjut mengenai Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, layari http://www.seripacifichotel.com.

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pengalaman Menarik Kali Pertama Awal Tahun Baru Di Natasya Riverside Resort , Gopeng

12:20 PM Yanty Lee 17 Comments


Salam uolls ,


Pembuka tirai awal tahun 2018 , Ty dan blogger #kelabbloggerbenashaari ke Natasya Riverside Resort di Gopeng , Perak. Walaupun kami kat sini 2 hari 1 malam , Ty dapat rasa seronok sangat bila pengalaman buat kali pertama Ty sendiri dapat ikuti sama buat aktivi seperti White Water Rafting dan makan durian sampai mabuk.

REZEKI KENDURI DURIAN RUNTUH
Sampai je kat resort , memang dah jadi tak keruan sebabnya sepanjang jalan masuk dikelilingi dengan macam - macam pokok ; rambutan , cempedak , langsat , kelapa sawit dan semestinya durian. Dari makan tengahari ke minum petang memang melantak durian.






Ya , inilah yang dinamkan rezeki. Sambil kopek buah durian dan menikmati durian kampung yang memang sedap , ada saja lagi dan lagi buah durian yang jatuh. Dan ini merupakan satu pengalaman yang Ty pertama kali rasai. Keterujaan bila buah durian tu jatuh memang lain sungguh , seperti anak kecil yang gembira dapat apa yang diingini. Kiranya the real me terserlah di situ. Melayanlah brader-brader blogger semua melayan kerenah Ty.

Dan paling terharu , pemilik resort Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kassim sangat bermurah hati sebabnya mereka bagi sahaja kami bawa balik buah durian. Tak cukup kenduri 2 hari dari pagi sampai malam sampai mabuk makan durian , sambung pula kenduri durian di rumah. Orang kampung sekeliling dah penat makan durian tapi kami saja yang terlebih eksaited. Terima kasih banyak - banyak!

WHITE WATER RAFTING

Ini adalah salah satu aktiviti yang ada dalam pakej penginapan di Natasya Riverside Resort Gopeng. Dan ini juga adalah aktiviti lasak yang Ty teringin nak buat , tapi takut. Perasaan takut tu sekejap ja hilang , mungkin sebab Ty memang suka dengan aktiviti berunsurkan air. Selepas briefing ringkas dan buat water confident , terasa cam teruja dengan aktiviti ni. Untuk first timer , memang terasa mencabar juga tapi bila dah faham tektik dan teknik rasa cam OK ja.




Buat u olls yang kat luar sana , teringin nak cuba aktiviti lasak water rafting ni , sangat-sangat la harus buat dan cuba.

HIKING KE BUKIT BATU PUTIH

Aktitivi hari ke dua , kami memanjat ke puncak Bukit Batu Putih yang tak jauh dari resort. Laluan trek tidaklah mencabar cuma mungkin malam sebelumnya hujan , jadi tanah agak lembab dan licin. Perjalanan nak naik ke puncak kami yang tak berapa cukup fit berjaya la dalam 30 - 40 minit. Sepanjang trek ada kawasan yang boleh saja nak berhenti berehat dan bergambar. Pemandangan dari atas bukit ini memang cantik.





Memang tenang bila ada di puncak. Sambil berehat sebelum turun semula ke bawah , perkara wajib mestilah bergambar. Difahamkan batu putih ni batu marmar.


Sebelum balik ke resort , kami lalu di laluan trek berlainan sebab singah mandi sungai dulu. Kalau orang yang guide kami pun lupa diri seronok nak mandi berendam , inikan pula kami.

Di Natasya Riverside Resort Gopeng , Perak inilah Ty dapat merasa 2 pengalaman baru di awal tahun baru 2018 . Pengalaman yang sangat seronok dan takkan Ty lupa , biasalah budak bandar kekdahnya lagi - lagi kerja pula di kota yang tak ada semua ini.

KENAPA MESTI  KE NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Selain aktiviti yang Ty buat di sini macam yang Ty kongsikan , banyak lagi aktiviti - aktiviti lain ada dan uolls boleh buat. Ty gerenti uolls akan puas hati.

Wall Climbing

Horse Riding

Karoke sampai takda suara pun bole

Apa yang Ty boleh katakan , memang di sini suasananya sangat tenang. Nak lari dari kesibukkan kota tu , boleh sangat datang sini. Tak kiralah datang dengan keluarga untuk family day mahupun team building . Kawasan yang luas ini bebas untuk pelbagai aktiviti bersama boleh dilakukan. 




Taman permainan mini untuk anak kecil pun ada. Boleh juga berbarbeku dan berehat di hammock tersedia pun boleh atau sesi ice-breaking etc.

PAKEJ PENGINAPAN
Penginapan yang disediakan ada 2 jenis ; kabin dan chalet.

Kabin

Pakej Penginapan

Chalet



Pakej penginapan kat Natasya Riverside Resort , Gopeng ni memang gempak habis. Sebabnya hanya dengan add-on sebanyak RM30/- , boleh nikmati "kendurian" yang mana uolls boleh makan sampai mabuk ke muntah ke lebam ke pengsan sekali pun. Janji uolls tak silap masuk chalet / kabin orang lain cukup la.


Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan atau maklumat lebih lanjut tentang Natasya Riverside Resort Gopeng ni , boleh dapatkan atau hubungi mereka di ;
 E-Mel : [email protected] [klik]
WhatsApp : 0174146669 [klik]
Instagram : @natasyariverside [klik]
Laman Web : www.natasyariverside.com [klik]

Thank you so much Datuk Suhaimy Othman & Datin Muniroh Kassim also Natasya Riverside Resort Gopeng team for having us.

Leh singgah baca juga pengalaman kengkawan Ty !
[klik & baca , OK?]

17 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen