Aku terima coretan ini dengan...

12:00 AM Yanty Lee 7 Comments


Aku terima coretan ini dengan...

Allahuakbar, besar sungguh dugaaan dan ujian Allah SWT berikan. Seperti insan lain, juga insan biasa yang tak punya apa-apa.

Detik ini, semuanya terhenti. Esok lusa tulat masih mencuba dan menanti tapi sayunya tiada lagi balasan. Sia - sia sudah.

Mengerti akan erti buang dan tidak diperlukan lagi.

Menipu. Terus menipu. Percubaan tuk senyum gelak tawa. Supaya setiap titisan tangisan tidak dihidu yang berada disekeliling. Apatahlagi melihat indahnya erti mesra dan bahagianya setiap hari yang dilaluinya dia dan mereka sekeliling.

Coretan Kisah Kau,Aku dan Kita dicoret 8 Jun itu telah terbaca tanpa niat pada esoknya. Begitu juga dengan kata - kata lain walaupun ada nya telah hilang dek dilenyapkan tuk tatapan bacaan. Terkedu lalu tersedu - sedu menitis air mata , itu sahaja tindakan refleksi yang mampu dan termampu.

Selama ini dan tika ini sayang dan rindu masih menebal. Ya Allah, kenapa jadi begini? Sudah dijelaskan dia pergi untuk dia dan dirinya. Semuanya tak mungkin terjadi antara aku dan dia.

Sumpah. Rindu sangat rindu. Adakah dia masih ingatkan aku di sini? Sampai bila pula tangisan ini akan berterusan? Andai benci , doakan tuk Dia hapuskan nama diri ini pada setiap kali sujud terakhir nanti.

Maafkan aku kerana terlanjur menyayangi dan merindui dirinya. Hari ini hari jadinya , tiada hadiah ratusan ribuan RM tuk dihadiahkan apatahlagi kejutan mahupun sambutan gah tuk diraihkan cuma sekadar ucapan di sini - Selamat Hari Jadi.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 di PICC

8:38 PM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls ,


Untuk pengetahuan u olls , Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 telah berlansung pada 3 Disember 2016 (semalam) dan 4 Disember 2016 iaitu pada hari ini yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre.



Alhamdulillah  , Ty & rakan blogger KBBA juga blogger - blogger antarabangsa dapat bersama - sama dalam majlis gemilang dan yang pastinya berprestij. Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja utama #KLMFW2016 iaitu Cosmoderm Malaysia.


Cosmoderm adalah produk halal buatan Malaysia yang telah bertapak sejak 15 tahun lamanya. Pengguna produk Cosmoderm ini juga rata - rata dari luar negara Malaysia seperti Singapura , Brunei , Lebanon dan lain - lain. Bagi mereka yang ingin mencuba produk penjagaan kulit dari Cosmoderm boleh dapatkan di Guardin , Wellness yang berhampiran dan juga melalui pembelian online  di www.cosmoderm.com my .


Antara koleksi yang diperagakan pada petang Ahad adalah dari designer Carolina Ferioli , MFA , Nihaan dan lain - lain.


Julung kali nya , Ty berpeluang melihat fashion show Muslimah. Rekaan yang diperagakan adalah sesuai digayakan bagi orang Muslim terutamanya golongan wanita Muslim dengan rekaan moden dan santai.


Pendedahan yang lain buat Ty. Terima kasih Cosmoderm Malaysia atas undangan. 


4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Dapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan di MAHA 2016

7:32 AM Yanty Lee 3 Comments


Salam u plls , 1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? U olls jangan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.


Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.


👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.

👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !

👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.

KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?
Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.

FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

🔹Sering berasa sakit kepala.

🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. 

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421

Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/

Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Percutian Murah ke Phuket , Krabi dan Hatyai

7:00 PM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls,


Kali ni Ty nak share sikit pasal "road-trip" dari Phuket - Krabi - Hatyai selama 4 Hari 3 Malam bersama Ayden Averroes Travel. Dan ini adalah percutian bajet murah yang sangat best walaupun agak sikit penat. Percutian kali ni Ty bersama dengan 9 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.


Majoriti kami bertolak naik bus ekspress dari KL ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Urusan di imigersen selesai kami dapatkan internet sim kad, baru senang nak update. Biasalah, blogger san internet tak dapat dipisahkan. 120bhat untuk 1GB/seminggu kira boleh la untuk yang berapa hari saja di sana.


Perjalanan hampir 7 jam ke Phuket dan pengangkutan sepanjang percutian bajet murah kami ni ialah sebuah van. Bukan sekadar van ye, ada wifi lagi. Karok lagu melayu pun ada. Kami menginap di RahaGold Hotel,Phuket. Lepas dah bersiap, singgah cuci mata di sekitar Bang La Road. Bagi yang nak lepak, boleh ke Hard Rock Phuket.





Esoknya, sebelum gerak ke Krabi kami sempat singgah di Patong Beach. Port cuci mata lagi dan kalau nak join omputeh sun-bathing pun bole. Sepanjang perjalanan memang ada pit-stop, kami di bawa ke kilang baju t-shirt, boleh beli dengan harga borong dari saiz budak kecik sampai la dewasa juga muslimah pun ada.




Aktiviti seterusnya ialah Island Hoping ke Bukit Kucing, James Bond Island. Kami makan tengah hari di perkampungan terapung, pemandangan yang tenang sambil makan. Sebelum balik ke hotel di Krabi, singfah shopping cenderahati turn ke mata dulu di Shell Fossil.


Sedar tak sedar dah masuk hari ke-3,aktiviti yang paling ditunggu-tunggu - snorkeling!



Berendam dalam air masin laut dengan ikan - ikan memang menenangkan fikiran. Lupa diri seketika. Dari Railay Beach ke Poda Island ke Tamin Island semua nya kami redah. Sambung berendam di pool hotel lagi. Dan sebelah malam, jalan - jalan dan makan malam di Ao Nang Night Market.



Singgah bergambar di Elephant Park. Yang nak naik gajah ronda - ronda, standby 500bhat. Bole juga beli dan suapkan pisang yang dijual kepada gajah sambil bergambar.



Sebelum balik Malaysia, kami singgah di Hatyai Floating Market. Macam - macam jenis makanan ada dijual. Harga pun murah dan paling menariknya adalah bekas makanan dan minuman yang unik. Jualan makanan dari sampan dan mereka boleh berbahasa Melayu. Senang untuk berkomunikasi.


U olls nak join trip ni? Boleh dapatkan info tarikh dan pakej percutian jimat dan murah dari Ayden Avveroes Travel. Banyak lagi pakej dan tempat menarik yang pasti u olls nak pergi pun ada. Lebih info dan maklumat di :

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kekal Muda dan Berseri dengan CLARUS REYOUTH SPRAY : Produk Penjagaan Kulit Dan Anti Penuaan

11:00 AM Yanty Lee 6 Comments


Salam u olls ,

Kali ni Ty nak perkenalkan dengan u oll produk baru yang mana pasti u olls suka dan mencari - cari. Tambahpula bagi yang rasa nak sentiasa kekal cantik dan muda dari luar dan dalam.


Okay , eh Ty bagi close-up info mengenai produk CLARUS Instant Reyouth Spray dan ia mudah digunakan hanya dengan percikkan spray sahaja. Senang la nak bawa usung ke mana - mana kan.


CLARUS Instant Reyouth Spray

5 Kandungan Utama yang ada pada CLARUS Instant Reyouth Spray :
1. Caesalpinia Spinosa Gum
2. Sea Salt
3. Vitis Vinifera Grape Juice Extract
4. Aqua/ Flyceein / Caesalpinia Spinos a Gum
5. Propanediol / Water and Vitos Vinifera Grape Juice Extract.

Khasiat CLARUS Instant Reyouth Spray:
- Fungsi Anti-kedut
    - Efek melembutkan Kedutan / garis halus
      kelihatan berkurang
    - Merangsang pengeluaran kolegen-1

- Melindungi dari Penuaan
    - Melindungi tunjang stemsel dari  
      Kerosakan
    - Melindungi  rangkaian keanjalan dari 
      Kerosakan

- Mampu mengawal penuaan dan kedut.
    - Anti-penuaan dari tanda-tanda awal
      kedutan (25-35 tahun) menerusi kedutan
      mendalam (60 tahun dan kulit yang
      terlalu matang)

- Melindungi mitochondrial DNA dari
      kerosakkan

- Melindungi asid  hyaluronic dari menurun


Ia juga memberikan:
- peningkatan nyata pada permukaan kulit
- mengurangkan/menghalang tanda-tanda penuaan
- mengawal paras kekeringan kulit
- mengembalikan keselesaan kulit
- menawan kecergasan kulit remaja
- menyerlahkan kulit yang lebih lembut / remaja dan berseri
- untuk kegunaan seharian

Tidak semua usaha kita sebagai kaum wanita untuk menyerlahkan kecantikkan adalah baik untuk kita. Ada produk mendedahkan kita pada bahaya kecacatan kulit yang teruk dan mungkin juga bahaya kanser didalam keinginan kita untuk mendapatkan kulit yang cantik.


Cara Mengguna:
Dan cara menggunakannya hanya perlu sembur pada muka 1 atau 2 kali dan biarkan ia kering. Guna pada waktu pagi dan petang sebagai amalan penjagaan kulit. Untuk Kegunaan luaran sahaja.


Khasiat kandungan bahan-bahan yang digunakan pula , Caesalpinia Spinosa Gum , proses menegang bersatu dengan aktiviti anti-penuaan melalui peningkatan terbukti peningkatan kolagen sintesis yang mempunyai efek anti-kedut.

Sea Salt , air yang mengalir ke dalam lautan teluk Mexico berasal dari arus pantai French Brittany yang bersih dan tidak tercemar. Arus teluk yang  tulen ini kaya dengan galian semulajadi, terbentuk oleh 96 jenis ( daripada jantung gugusan pulau-pulau Brehat) Galian-galian ini terkenal kerana kebolehan membaik-pulih, menyuburkan, melembutkan dan mempunyai khasiat galian. Ia boleh mengaktifkan sel-sel dan berguna untuk sistem pernafasan kulit serta dapat mengurangkan alahan.


Apakah punca-punca kulit yang sensitif?
Salah satu punca ialah kekurangan bahan-bahan galian. Kulit yang sensitif membuat anda merasa kurang selesa dan jengkel, gatal, kemerahan dan kekeringan. 

Grape Juice Extract & the French Paradox adalah rujukan pada rahsia orang-orang Perancis sentiasa sihat dan menikmati usia yang lebih panjang. Keaktifan ini diperolehi dari proses enzymatic bioconversion dari resveratrol. Proses ini diinspirasikan dengan reaksi yang wujud dalam keadaan alami, dimangkin dengan cendawan, Botrytis Ciñerea. Ia adalah bahan dwi-aksi anti-penuaan yang dirumuskan bagi mengembalikan keremajaan kulit melalui:

Dengan pengunaan setiap hari, ramuan pengaktifan kulit  Vitis Vinifera Grape Juice Extract yang di reka khas menentang tanda-tanda awal penuaan dengan cara yang unik lantas menghasilkan kesan mengekang penuaan kulit dan kesan efektif mengurangkan tanda-tanda penuaan. Perwajaan kulit bergantung pada kandungan air.  Kandungan air yang seimbang membantu membuat kulit menjadi rata, lembut dan anjal. Jika kulit kering, ia akan menjadi bersisik, kasar dan merekah. Pengaktifan Vitis Vinifera Grape Juice ekstrak ini dapat melindungi kulit daripada kekeringan dan segera meningkatkan kelembapan kulit. Ia juga mengawal kekeringan kulit untuk jangka masa panjang serta memberi wajah yang lebih sihat. Kulit yang kelihatan muram dan kering akan kelihatan lebih tua dari umur sebenar.  Itulah sebabnya mengapa kulit tidak sekata warna tona nya. Kelembapan wajah tanda keremajaan kulit. Pengaktifan Vitis Vinifera Grape Juice extract ini menyediakan efek anti penuaan dan kelembapan yang luar biasa.

Aqua/Flyceein/Caesalpinia Spinos a Gum adalah lebih kepada efek ketegangan kulit yang serta-merta meningkatkan wajah kulit dengan ketara. Ianya mengurangkan kedut serta memberi keselesaan dan kelembutan. Galactomannan mengandungi bahan aktif yang menyerap di permukaan kulit untuk menjadikan ia satu lapisan yang berterusan. Ia memberikan efek peningkatan segera, dan berpanjangan untuk pelepasan dan kemudian penyerapan oligosaccharides. Di samping itu ia menyatukan efek peningkatan dengan aktiviti anti-penuaan sambil meningkatkan sintesis kolagen. 

So u olls , dengan adanya bahan-bahan aktif ini mampu meningkatkan ketegangan dengan serta-merta pada kulit lantas menghasilkan wajah yang lembut dan berseri.

Lepas ni dengan adanya sebotol Reyouth Spray , boleh maintain awek muda. Githew!

Untuk mendapatkannya Reyouth Spray ini juga info lebih lanjut boleh la berhubung di :-
Facebook : Clarity Plus Malaysia

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Bercuti Hujung Tahun Dengan Promosi YES Dari TRAVELOKA

12:00 AM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls , 

Sebelum ni , Ty dah ada kongsikan tip-tip untuk menempah tempahan bilik hotel dan tiket penerbangan untuk pergi berehat dan bercuti santai dengan servis perkhidmatan yang berpatutan dari Traveloka.com.

Dan memandangkan kita sudah pun habis ke penghujung tahun , juga selalunya ini adalah masa yang sesuai untuk mencari sedikit ruang bagi diri sendiri. Mana tidaknya , setelah selepas berhempas pulas mengerah tenaga bekerja hampir sepanjang tahun ni apatahlagi pula masa yang tepat juga untuk meluangkan masa bersama sahabat , seisi keluarga dengan anak – anak memandangkan musim cuti persekolahan pun bakal menjelang.

Apabila tibanya ke penghujung tahun , kita semua tidak terlepas dari suasana meriah dengan jualan hebat dan pelbagai lagi promosi sempena “Year End Sales – YES”. Ada di antara kita yang sememangnya minat membeli belah , ini adalah saat – saat yang dinantikan. Seperti juga bagi mereka yang kaki travel ataupun ingin pergi bercuti. Dan semestinya ramai di antara kita tidak ingin melepaskan peluang untuk mencari tawaran promosi percutian yang gempak . 


Sempena  YES , u olls dapat menikmati promosi yang hebat daripada https://www.traveloka.com/en-my/promotion [klik] untuk pergi bercuti dengan tempahan menempah bilik hotel juga tiket penerbangan. Menariknya  u olls dapat menikmati diskaun sehingga RM110 ke atas tempahan hotel dan penerbangan . Dengan menggunakan kod kupon YESFLIGHT untuk tempahan penerbangan dan kod kupon YESHOTEL untuk tempahan hotel apabila tiba di halaman pembayaran. Masa untuk pergi bercuti dengan tersayang pada bila – bila masa sahaja kerana promosi ini sah untuk semua hotel . semua tarikh percutian dan tempoh penginapan. Sangat menarik! 


Dan bagi mereka yang merupakan pemegang kad kredit Citibank pula dapat jimat sehingga RM85 untuk percutian u olls. Boleh sangat la bercuti dengan rakan – rakan atau keluarga untuk lebih jimat. Yang pastinya , promosi ini bagi tempahan dari 1 November 2016 hingga 31 Januari 2017. Sama juga seperti promosi yang di atas , promosi ini adalah sah untuk semua syarikat penerbangan , tarikh penerbangan dan tempoh perjalanan begitu juga dengan semua hotel , destinasi penginapan dan tempoh penginapan. Untuk lebih lanjut boleh ke sini [klik] .


Wow dengan hanya RM120* dah boleh terbang dan bercuti ke Phuket dengan menikmati tambang istimewa  ini daripada Malindo Air. Promosi ini tersedia untuk penerbangan sehala dan penerbangan pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Phuket sahaja. Dan harga istimewa ini termasuk cukai , fee , dan surcaj dan tertakluk pada ketersediaan tempat duduk juga. U olls boleh la menempah tempahan tiket ke Phuket ini bermula 8 – 18 November 2016 bagi tempoh perjalanan bermula pada 10 November 2016 hingga 31 Ogos 2017 nanti. Dapatkan promosi ini di sini [klik].


Bagi mereka yang bercadang untuk bercuti #dekatje seperti Indonesia , Singapura malah di dalam Malaysia sahaja. Di Traveloka ada hampir ribuan hotel untuk dijadikan tempat menginap dengan harga yang berpatutan dapat dipilih oleh u olls.

Contoh dengan pencarian di Bali , Indonesia dan Singapura ;


Ini adalah antara hasil pencarian hotel di Bali , Indonesia.

Bagi pencarian hotel ini , u olls boleh membuat pencarian hotel lebih mudah dengan mengikut kateria seperti harga terendah , ulasan mengenai hotel tersebut , ranking populariti hotel tersebut dan taraf bintang hotel serta jenis jenis kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oelh pihak hotel.


Meriah sungguh promosi YES dari Traveloka.com ni , mesti tak sabar u olls nak pergi bercuti nanti dengan tersayang. Sebelum tu , dapatkan Applikasi Traveloka secara percuma di Google Play dan App Store sekarang untuk memudahkan lagi tempahan u olls dengan lebih pantas dalam masa kurang daripada 1 minit. Jimat duit , jimat masa dengan Traveloka.

Untuk info lebih lanjut dan lagi promosi dari Traveloka ; dapatkan di ;
Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

Jangan lepaskan promosi menarik ni u olls. Jom bercuti sakan dengan promosi YES dari Traveloka!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Demi Supermoon

10:22 PM Yanty Lee 1 Comments

kredit to +fiza fantagiro

Akibat semalam terbaca artikel pasal supermoon terus rasa nak juga tengok macam mana rupa bentuk dan keadaannya si supermoon yang khabarnya muncul selepas hmpir 14 tahun.

Memandangkan aktiviti petang Ty dengan kengkawan dengan jogging @ bristwalk sekitar kawasan pejabat kerajaan di Putrajaya. Jadi sanggup la cadang lepas sesi keluarkan peluh untuk tunggu kemunculan supermoon.

Walaupun sedikit injured , gagahi jua hampir 7km. Adakala berlari sebab hujan membasahi bumi Putrajaya. Hati dah terdetik dan rasa kecewa. Mesti tak nampak si bulan nanti.

Tepat! Mereput menanti. Sia-sia , penantian itu satu penyeksaan. Pulang dengan hampa. Sampai area perumahan , berhenti kereta tengah-tengah jalan. It's supermoon! Sayangnya , bateri henpon-henpon ku serentak habis tapi bulannya terlindung dengan kabus awam. 

From my room. 

Walaupun sudah jam 9 lebih , terasa suasana masih cerah ala-ala baru nak ke senja. Lain la sikit. 

Eh, tapi betul ke kalau tengok supermoon nanti akan craving pada sesuatu yang manis? Dah tu dengar nya tak elok untuk mereka yang ada sakit kulit ? Apa kaitan erk? 

Apapun , I've seen it walaupun tak sejelas mana yang mungkin engkorang dapat menyaksikannya.

K , dah boleh masuk tido dan esok layan sailormoon aje la. Haha


1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rindu Main Bola Tampar

10:15 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam u olls ,


Kisahnya gambar atas ni , hari Sabtu bersamaan 12 Nov 2016. Ty dengan geng sebahagian di pejabat join Pertandingan Bola Tampar Antara Bahagian JPA 2016. Gitchew u olls.

Antara game yang Ty tunggu - tunggu sebab rindu sangat zaman sekolah dulu. Teringat tiap - tiap hari ada latihan dengan skip class. Waktu PJ pun sibuk main juga. Pagi petang latihan , silih berganti dengan bola jaring juga. Aktif berbenor la. Masuk sekolah menengah dengan hoki pula. Pergh.

Training kaw - kaw. Salah je ada la denda dari coach. Masuk pertandingan , bukan nak berlagak tapi mesti menang. Sebab tu kena torture , kena harum nama sekolah. Gila tak bangga dari sekolah CGL.


Lain ceritanya pula dengan sekarang yang dah di alam pekerjaan. Bahagian yang Ty kerja ni , tak ada yang aktif dan berminat sangat bersukan terutamanya golongan perempuan la. Memang tak best , honestly that's the feeling. 

Dan setiap kali ada game , baru kalut cari orang. Sudah semestinya muka yang sama dan tak boleh blah , satu Unit itu aja la tibai habis semua game. Walhal berbelas puluh unit ada di bahagian. Menang? Sekadar syiok sendiri , sekadar penyertaan. Isi SKT / LNPT. HaHaHa.


Kali ni , betul - betuk gamble. No training , no coach , no manager. And supporter too. Sendiri pergi , main dan urus. Semua yang ada terkejut dengan kami sebab takda semua tu dan wakil bahagian cuma kategori perempuan tanpa lelaki. Please kagum!

Hari kejadian , baru jumpa face-to-face team-mate. Dan semua baru kenal rupa betul bola tampar dan cara serve , spike , dig , kick , tanduk. Power. Sangat kagum dan we really enjoy and had fun during the game. Hari tu baru hari training kami tapi rasa the team did so well. Certain time , leading.


Happy! Kalah sekalipun its worth it for me yang lama sangat rindu gila teringin nak main. Mereka yang first time main , spirit nak score eventho tahu mustahil nak menang tu memang best. Konon tak reti serve , semua lepas! Suka sangat , no pressure.


Sakit tangan sebab my girls salah tektik , mengadu sakit tapi they still playing well. Serba salah sangat , mampu minta tuamkan dengan ais then bandage. As for me , lenguh badan je. Sakit celah kangkang sebab main sepak kekdahnya. Dan kami balik dengan muka yang gila sunburn. Redha janji semua happy. Next year cuba lagi nasib.

How I wish to play back with my schoolmate team. Aint it going to be damn awesome?! Arghh , rindunya!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rezeki Kita Tak Sama

9:56 PM Yanty Lee 1 Comments


Betul lah kata-kata ringkas ni.

Masa Mummy Daddy sakit , aku risau , aku jaga , aku la segalanya untuk sekeluarga.

Hari ni , aku demam jangkitan kuman saja. Demam degil untuk ke klinik sampai dah masuk 5 hari . Gelabah bila hidung dengan gusi berdarah kat pejabat , cari juga misi matron aka mummy dan hencek farmasi aka daddy.

Mummy , matron garang. Anak ke tak, terus dibebelnya, dah berkali dibilang suh pi kilinik. Siap paksa dan call setiap jam tanya dah jumpa doktor ke belum. Sebab simptons ke arah denggi berdarah. Mau tak berderau darah aku. Terus maklum bos , blah pi klinik. 

Cross finger wei.

Masih call. Keputusan darah lama gila. Mau dekat 1j40 minit kat klinik. Pernantian itu satu penyeksaan!

Sampai ke hari ni , kebah dah pun, tapi dari pagi sampai malam tak putus call tanya keadaan. Silih berganti , lepas panggilan dari mummy , dari daddy pula.

Kalau la ajal datang , sakit depa bawak mai kat aku ja la. Biar aku ja pi. Risau depa , aku demam ja. Kalau awal tahun dulu , eksiden depa la paling gelabah. Tapi malaikat selamatkan. Ajaib sangat , mungkin ada kata awat liat sangat tak mati. Pelik? 

Hujung bulan kena balik , walaupun sempat sehari ja jumpa. Tak larat bagi depa risau lagi. Sampai tak jawab fon A , depa call tang fon B. Menariknya , depa dah pandai call opis cheq. Dulu kecik - kecik , cheq kalut call depa kat opis bila nak balik kerja. Tu dia , lani terbalik.

Rindu Mummy Daddy. Tunggu sat ja lagi. Sehari berapa jam pun jadi la na , dapat pekena mana patut sedaih dua.

Alahai 2019.

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Tampil Wangi Dengan Enchanteur Paris

10:57 PM Yanty Lee 8 Comments


Salam u olls , 


U olls , mesti tahu dan kenal dengan produk Enchanteur Paris . Mana takkan , Enchanteur ni kan jenama yang terkenal dengan wangian mewah yang diinspirasi dari Perancis dan lebih kepada produk penjagaan peribadi kerana mempunyai seleksi wangian mewah yang memberikan kesegaran tubuh badan sepanjang hari. Yang pastinya produk ni amat sesuai digunakan pada kulit orang asia seperti rakyat Malaysia seperti mengenakan losyen atau serum agar kulit sentiasa dilindungi kerana faktor cuaca panas dan sederhana.

Kini , Enchanteur Paris tampil dengan berwajah baru. Di antara 3 jenis rangkaian wangian penjagaan badan ; Adore Mon Amie dan Bella Amour. Ty lebih sukakan keharuman dari Bella Amour yang packaging berwarna merah jambu.


Rangkaian Enchanteur Paris Bella Amour sesuai bagi mereka yang sedang dilamun cinta atau juga bagi mereka yang sudah berkahwin. Seperti jatuh cinta pandangan pertama ketika mula bertemu , gitchew! Losyen Wangian Pencerah Enchanteur Paris Belle Amour punyai 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberi manfaat mencerahkan kulit dengan segera dan cantik dalam jangka masa panjang. Kaya dengan ekstrak Likoris, Sakura dan Vitamin B3 yang membantu mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan . Deadorant Wangian Anti Peluh & Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deadorant) Enchanteur Paris Bella Amour yang mengekalkan haruman romantic dan menyenangkan bersama Semburan Pewangi Deadoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Belle Amour.

Enchanteur Paris Mon Amie telah diinspirasikan dengan keceriaan saat-saat indah persahabatan. Boleh la u olls pakai dan pergi melepak atau bersantai bersama sahabat handai di luar sana. Wangian yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk dipadankan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) Echanteur Paris Mon Amie juga dengan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) yang diperkaya dengan Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun. Dengan adanya kombinasi ini, ianya memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta dengan insentif sepajang hari selain mengharumkan dengan wangian ceria Mon Amie.


Enchanteur Paris Adore pula adalah kombinasi dari wangian bunga-bungaan dan buah-buahan yang dapat membangkitkan nostalgia indah berkekalan sepanjang hari. Kulit yang sihat adalah wajib buat semua wanita dari terkena sinaran UV, kuman dan juga pencemaran. Losyen Wangian Badan Enchanteur Paris dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) agar kulit sentiasa dilindungi daripada bakteria merbahaya bagi menjadikan kulit kekal wangi. Bagi Deadorant Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deadorant) Enchanteur Paris Adore dapat memelihara bawah lengan yang melindungi kulit dan terasa segar. Semburan Pewangi Deadoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Adore memberikan semerbak haruman memukau dan menyegarkan

Dapatkan mana - mana rangkaian produk Enchanteur Paris di pasaran sekarang di kesemua kedai/farmasi yang berdekatan, juga terdapat di Guardian/Watsons dan juga kedai-kedai berkaitan . Bagi rangkaian produk jenis tiub dijual berharga RM7.90 / RM7.50 (85ml / 100ml) . Untuk pek botol, dijual dengan harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Bagi Deadoran Pewangi Anti-Peluh Enchanteur Paris dijual pada harga RM8.90 bagi sebotol 50ml. Semburan Pewangi Deadorant Enchanteur Paris pula dijual dengan harga RM10/10 bagi 100ml sebotol.

Magik kan hari - hari u olls dengan Enchanteur dan menangi percutian ke Maldives !

Lebih lanjut di :
Website : Enchanteur |
Facebook : Enchanteur
Instagram : ENCHANTEUR Malaysia

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen