Buffet Ekslusif Menjelang Tahun Baru 2018 Di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

4:23 PM Yanty Lee 9 Comments


Salam uolls ,

Selang berapa hari saja lagi kita semua nak menyambut tahun baru. Dan mungkin juga ramai yang mengambil kesempatan bercuti panjang sempena cuti perayaan Hari Natal. Dan buat mereka yang bercuti ataupun mencari tempat makan yang istimewa untuk diraihkan bersama tersayang sempena tahun baru 2018, jom ke Grand Blue Wave terletak di Shah Alam.


Kenapa Ty syorkan dan ajak uolls semua ke sini, sebabnya Grand Blue Wave Hotel Shah Alam akan mengadakan New Year Eve Dinner sempena menyambut sambutan malam tahun baru nanti. 

Sangat ekslusif! 
Kerana sambutan ini hanya diadakan pada malam tersebut sahaja. 

Menu menarik dapat dinikmati sambil menanti detik jam 12 menandakan kita telah berada di tahun baru 2018.

Takkan cuci mata saja, jom layan tekak juga! 








Kambing! 















SEDAP betul semua masakan dari Chef Al-Hafiz in Redzuan dan team. Rugi kalau tak try, uolls! Kalau azam tahun baru 2018 nak diet ke kurus, malam sebelum boleh datang dan bedal puas-puas. Menu dari ala western, masakan melayu, sushi beraneka semuanya pasti berbaloi untuk dinikmati malam tahun baru. 

Kalau uolls nak jom Dinner Exclusive New Year Eve ni, boleh hubungi Royale Songket Restaurant di talian 03-55118811 ext 2612/2613 untuk tempahan. 

Harga : RM90/dewasa | RM43/kanak-kanak berumur dari 4-11 tahun
Tarikh : 31 Disember 2017
Masa : 6.30 petang - 1.00 pagi
Tempat : Club Lounge, Level 18, Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jalan - Jalan Cari Makan di Melaka

10:07 PM Yanty Lee 13 Comments


Salam u olls ,


Food Hunt Gateway!

Bila dah terlalu jemu dengan apa yang ada di Putrajaya , Kuala Lumpur & Selangor , sekali lagi the sisterhood turun ke Melaka walaupun 2 years back we already been there for New Year.


Port destinasi pertama yang BFF sorang ni tazzabar nak bedal pelahap Coconut Shake sampai 4 gelas di Klebang Original Coconut Shake sebelum check-in di Agrofarm stay @Skill-Tech , Durian Tunggal. Bilik redeem hasil viralkan job taks , Alhamdulillah.


Lepas berehat berguling kiri kanan , weolls serbu expo di Stadium Hang Hebat , Krubong. Kat sini ada macam-macam , apa yang memanggil weolls ke sini adalah gara-gara durian. 

Jadilah dapat makan sebiji dengan 5 ulas. 


Sambil pusing tapak expo weolls torai pau viral berbentuk cili berinti sambal ikan bilis dan udang berinti sambal tumis udang. Giler bapak sedap , tak kedekut isi.


Lepas melantak kat Krubong , weolls ke Ayer Molek. Yeah , BFF nak² melantak kedarah di Umbai Ikan Bakar Parameswara. Makan malam yang memang puas hati , tekak ke perut. Ikan siakap , udang dan sotong dilahapnya weolls sampai tak termampu nak bangun jalan dan gerak balik ke homestay.

Sepanjang jalan ke homestay , MAPS ajak lalu laluan Jasin. Fuh, Alhamdulillah selamat. Gurau kasar MAPS ni , hawau betul. Uolls pepaham sendiri la maksud tersirat. Orang Melaka mesti tau la kalau sebut Jasin , kan?


Breakfast esoknya , konon nak makan roti canai dengan kuah asam pedas , semua kedai pergi tutup. Makan brunch terus di Bandar Hilir. Pekena menu Asam Pedas Ikan Pari & Ikan Merah. Merencik juga harganya , pelancong sangat. Disyorkan pergi makan dekat area Bukit Katil , berdekatan Bayou Lagoon.


Meronda jalan kaki sampai ke Jonker Walk , dekat 7km. Burn! Elok , dah bakar kalori , pi tibai pula Megi Goreng di Restoran Mamee.

Gara-gara tak ada seat.

Sebelum tinggalkan Melaka , minum dulu semangkuk cendol & tembikai tebuk di kaki lima. This is rare but yet it's a memory.


Thank Malacca membuncitkan sis. Next food hunting destination? Tunggu na.

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen