Serum DR BEAU Dapat Hilang Segala Jerawat , Jeragat Dan Parut Di Muka

9:42 AM Yanty Lee 0 Comments



Salam uolls ,
Jadi perempuan ni bukan senang sebenarnya. Pantang pula ada saja nak cuba sebabnya nak tampil cantik kekdahnya. Walaupun Ty takde la secantik mana , tapi syiok sendiri tu tak salah kan. EH! Senang kata , nak kena la jaga bukan untuk tarik perhatian si jejaka luar sana tapi seronok bila tengok diri sendiri sahaja. Setuju tak?

Jadi baru - baru ni Ty sendiri mencuba satu lagi serum. Dan Ty rasa ramai di luar sana pernah nampak atau dengar tentang brand produk Dr Beau ni , bukan? Setahu Ty , bukan sahaja serum saja yang ada tapi banyak lagi jenis produk keluaran dari jenama ni. Tapi kali ni Ty nak ceritakan pasal serum sahaja. Yang lain maybe next time , yeah!

DR BEAU Serum
Satu serum yang dirawat khas menggunakan Vitamin E dari bahan herba semulajadi yang telah terbukti berkesan dan digunakan oleh ramai pakar kecantikkan di dunia juga selebriti.
Yang paling penting , serum ini amatlah sesuai untuk kulit wanita Asia.

Bercerita mengenai jenis kulit , seperti kita sedia maklum tak semua kita sebagai wanita ni mempunyai jenis kulit yang sama. Antaranya serum ni dapat membantu mereka yang ;
Kulit Normal
Selalunya kulit muka jenis normal ini adalah dikatergorikankulit biasa iaitu jenis kulit licin , halus dan lembap apabila dipegang , pori-pori juga halus dan rata. Cumanya masalah yang kebiasaannya dialami adalah dari segi kekeringan , bintik- bintik hitam dan pigmentasi serta menimbulkan bintik hitam dan putih.

Kulit Kering
Apabila seseorang mengalami masalah jenis kulit kering , mereka lebih kecederung untuk tampil kelihatan kusam seolah tidak bermaya atau lebih tua dari usia. Tidak bermaya nampaknya. Puncanya mungkin kerana terlalu terdedah kepada penghawa dingin. Kurang minum air juga antara punca.

Kulit Sensitif
Difahamkan , jenis kulit ni adalah berpunca dari penggunaan produk kosmetik yang salah atau tidak bersesuaian dengan kulit. Dan hal ini menyebabkan kulit pecah , merah , mengelupas dan berjerawat.

Kulit Bermasalah
Berminyak dan menyebabkan timbulnya jerawat kerana pori- pori terbuka dan mengeluarkan minyak yang banyak juga berlebihan. Bila tak jaga dengan baik , menimbulkan pembiakan bakteria gais! Terutamanya apabila perubahan hormon seperti ketika datang haid.

Tak kira apa juga masalah kulit uolls wahai kaum hawa , dengan Serum Dr Beau ini mungkin boleh membantu secara perlahan - lahan untuk mendapatkan raut wajah yang lebih segar dan cantik.


KANDUNGAN SERUM DR BEAU
- Vitamin E
Merawat kulit.

- Rosehip Oil
Melembutkan , melembapkan dan menjaga kesihatan kulit.

- Argan Oil
Sesuai untuk semua jenis kulit ; akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

- Almond Oil
Merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

- Apricot Kernel Oil
Ringan dan menyerap dengan cepat ; berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit sensitif. Kaya dengna Vitamin A , C dan E yang mana melindungi kulit daripada tanda - tanda penuaan dan kerosakkan daripada matahari.

- Wheat Germ Oil
Salah satu sumber terkaya Vitamin E , A dan D , protein dan mineral. Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

HEBAT KAN? Semua kandungan yang bagus ini adalah dalam serum yang dapat membantu kita yang masing - masing ada pelbagai jenis masalah kulit.


KENAPA SUKA SERUM DR BEAU
1. Pantas meresap ke dalam kulit
2. Bau wangi
3. Tidak melekit
4. Segar ketika digunakan

CARA PENGGUNAAN SERUM DR BEAU
Mestilah kena bersihkan muka terlebih dahulu kemudian teteskan Serum Dr Beau di atas telapak tangan dan disapukan ke muka dengan mengosok bagi membantu memudahkan penetrasi pada kulit. Diusap keseluruh muka hinga lehe secara merata.

Setelah itu , boleh pakai bedak / sunblock / foundation. Disyorkan untuk menggunakan 2 kali sehari , iaitu pada waktu pagi dan malam. Kerana menurut Dr Beau , pada pagi ianya digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang hari. Dan , pada malam pula adalah waktu merehatkan dan memulihkan kulit.

Setakat ini Ty guna baru beberapa hari Ty dapat rasakan yang lepas beberapa lama , make up nampak glowing. Dan ada juga yang tegur sebenarnya. Tak dapatlah Ty nak rekodkan sebab secara spontan. Ada bekas jerawat, makin pudar. Itu yang paling seronok buat Ty.

Ini antara testimoni dari pengguna Serum Dr Beau ;
Dan banyak lagi testomoni yang uolls boleh tengok di https://bit.ly/2YpZ6Pu

Aishah Azman pun guna ! Dan banyak lagi artis tanah air kita.

Inspirasi betul tengok sis - sis ini semua, ya nak cantik takes time. Jadi buat uolls di luar sana , please never give up easily , Ok? Insha-Allah dengan Serum Dr Beau boleh cantik dapat kulit muka yang meletop cun melecun jugak!

Untuk uolls yang ingin mencuba Serum Dr Beau ini juga , boleh dapatkan maklumat lebih lanjut dan membuat pembelian terus di : 
No.Tel : 0169633443

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

HALAL DIM SUM DENGAN MASAKAN SZECHUAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

10:27 AM Yanty Lee 0 Comments



Salam uolls, 
OKay dari dok melayan semua makanan hipster semakin viral di luar sana , apa kata sekali sekala beralih arah cuba makanan ala Cina pula. Ada tak pembaca blog Ty yang suka makan DIM SUM? Tapi katanya , susah nak dapatkan yang halal dan sedap. Betul ke? Jom ke Tung Yuen Chineses Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Di htoel ini , makanan yang disajikan tidak pernah mengecewakan dari sejak zaman arwah mummy Ty ada urusan kerja lagi. 

TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT
It's a come back! Sekali lagi , di Tung Yuen Chinese Restaurant , Grand Bluewave Hotel Shah Alam ini menawarkan pakej terbaharu -"All You Can Eat Dim Sum (AUCE Dim Sum) yang mana lebih menarik pada pakej kali ini ialah ianya bukan sahaj menghidangkan  Dim Sum malah dengan hidangan dari masakan Szechuan serta pencuci mulut yang semesti sudah tidak akan pernah mengecewakan. Kelainan dan uniknya , di sini uolls dapat menikmati semua Dim Sum ala klasik gitu kerana ia dihidangkan di dalam bakul kukus buluh.

APA MAKSUD "DIM SUM"?
Ini juga Ty pasti tak semua antara pembaca blog Ty sedia tahu maksud "Dim Sum" tapi rata - rata kita hanya tahu makan saja kan? Baiklah , meh Ty kongsikan maksud , Ty tahu pun sejak hari kejadian Ty makan Dim Sum ni di hotel baru - baru ni.

Dim Sum membawa maksud "menyentuh hati" , juga merujuk kepada dumpling atau snek kecik yang pastinya menyentuh hati setiap penggemarnya.

Siapakah pula gerangan yang telah menyentuh hati Ty , eh!

CUKUP KE MAKAN DIM SUM SAJA?
Chill uolls! Kalau uolls rasa tak cukup , memang salah sangat. Sebab , bukan sikit ya Dim Sum yang disajikan , ada 13 jenis Dim Sum yang boleh dicuba untuk dirasai dan nikmati. Antara 13 jenis Dim Sum ;
1. Steam Chicken  Dumpling with Ebiko

2. Fresh Prawn Crystal Dumpling

3. Steam Jade Dumpling

4. Steam Crabmeat Ball with Crall Roll Dumpling

5. Black Mushroom Dumpling

6. Steam Jade Dry Scallop Dumpling

7. Steam Flower Prawn Siew Mai

8. Steam BBQ Chicken Bun
I ate this 1 1/2 gais, sedap betul!

9. Deep Fried Yam Ball
Mulanya risau nak cuba , tapi sedap kot!

10. Deep Fried Vietnamese Spring Roll
Berebut pula dengan hakak - hakak.

11. Pan Fried Shanghai Gua Tie
Kak Azni sampai makan saja halia tu , sedap sangat!

12. Deep Fried Beancurd Roll with Spicy Chili Sauce

13. Steam Glutinous Rice with Chicken & Mushroom (Loh Mai Kai)
Sedap! Ada rasa manis.
Selain ini , pelanggan juga akan dihidangkan dengan 5 jenis masakan panas masakan Szechuan , antaranya ialah ;
1. Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet in Hot Plate

2. Stew Chicken with Dry Chilli and Szechuan Pepper in Claypot
5 of us favourite !

3. Pan Fried Prawn with Spicy Szechuan Sauce

4. Fried Rice Szechuan Style with Chicken Floss

5. Stir Fried Seasonal Vegetable with Garlic
Ratah pun sedap , ranggup nau!

Selain minum Teh Cina , pencuci mulut yang sejuk menyegarkan tekak seperti Chilled Longan with Sea Coconut  pasti menjadi pelengkap untuk makan tengahari atau makan malam uolls bersama tersayang.

Ahaa , kalau bagi yang katanya tadi tu tak cukup dengan hanya makan atau tidak puas menikmati Dim Sum , ada cara untuk dapatkan re-fill secara tiada caj , uolls hanya perlu menghabiskan semua Dim Sum baru dapat top-up  yang baru. Sejujurnya , sajian ini hanyalah untuk 4-5 orang. Melainkan memang good eater.

Pasti puas hati dan balik dengan gembira sebabnya perut kenyang dapat menikmati dan merasai makanan yang sesedap belaka.

Selesa sangat restaurant ni , ada VVIP Room too !

Nakjuga merasai dan makan semua Dim Sum dan masakan Szechuan macam Ty dan kengkawan lain? Jom ke Tung Yuen Chinese Restaurant , Grand BlueWave Hotel !
Harga          : RM59/Dewasa (Minimum 2 orang)
                     : RM24.50/Kanak-kanak dari 3 hingga 10 tahun
Hari             : Isnin - Ahad (7 hari seminggu)
Masa            : 11.30 pagi - 2.30 petang (Makan Tengahari) / 6.30 petang - 10.30 (Makan Malam)
Tempat        : Tung Haji Chinese Restaurant , Aras 1 , Grand BlueWave Hotel , Shah Alam

Jom gais! Ty bet , uolls takkan rasa kecewa punya lah!


Untuk maklumat lanjut dan tempahan , sila hubungi Tele-Pemasaran di talian : 03-55111833 sambungan 2723 / 2724 / 2606 atau hantarkan emel ke alamat : [email protected]. Uolls juga boleh melayari laman web - www.bluewavehotels.com untuk update terkini.

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SEMBURAN DEODORAN DAN WANGIAN BADAN KHAS UNTUK LELAKI DARI DASHING

10:28 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls ,

Untuk julung kali nya , jenama DASHING melancarkan Semburan Badan Deodoran + Wangian untuk golongan kaum lelaki.

Yang mana terdiri dari 4 jenis dan setiap satu memberikan haruman maskulin yang tahan lama , sehingga 24 jam gais! Jadi wangian inin semuanya telah dirumus untuk memastikan si lelaki sentiasa berbau hebat sepanjang hari.

4 JENIS DASHING DEODARAN + PERFUME BODY SPRAY :


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikkan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus , bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sophisticated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon , diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan dadun dengan nota asa dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersediaa untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN - Direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender serta Patchouli dan Gaiac Wood. Menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Sebelum ni , semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu sahaja tetapi dengan produk terbaharu ini ianya berada dalam liga ianya yang tersendiri. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan yang mana ianya dapat bertahan sehinggan hampir 146 hari. Ini bermaksud , satu botol mampu bertahan sehingga 5 bulan!

Keempat - empat jenis produk ini hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20. U olls yang ini kekal tampil wangi sepanjang hari , bolehlah dapatkan jenis semburan yang menjadi pilihan di pasaraya utama , pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING , 

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen