Buffet Ekslusif Menjelang Tahun Baru 2018 Di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

4:23 PM Yanty Lee 9 Comments


Salam uolls ,

Selang berapa hari saja lagi kita semua nak menyambut tahun baru. Dan mungkin juga ramai yang mengambil kesempatan bercuti panjang sempena cuti perayaan Hari Natal. Dan buat mereka yang bercuti ataupun mencari tempat makan yang istimewa untuk diraihkan bersama tersayang sempena tahun baru 2018, jom ke Grand Blue Wave terletak di Shah Alam.


Kenapa Ty syorkan dan ajak uolls semua ke sini, sebabnya Grand Blue Wave Hotel Shah Alam akan mengadakan New Year Eve Dinner sempena menyambut sambutan malam tahun baru nanti. 

Sangat ekslusif! 
Kerana sambutan ini hanya diadakan pada malam tersebut sahaja. 

Menu menarik dapat dinikmati sambil menanti detik jam 12 menandakan kita telah berada di tahun baru 2018.

Takkan cuci mata saja, jom layan tekak juga! 








Kambing! 















SEDAP betul semua masakan dari Chef Al-Hafiz in Redzuan dan team. Rugi kalau tak try, uolls! Kalau azam tahun baru 2018 nak diet ke kurus, malam sebelum boleh datang dan bedal puas-puas. Menu dari ala western, masakan melayu, sushi beraneka semuanya pasti berbaloi untuk dinikmati malam tahun baru. 

Kalau uolls nak jom Dinner Exclusive New Year Eve ni, boleh hubungi Royale Songket Restaurant di talian 03-55118811 ext 2612/2613 untuk tempahan. 

Harga : RM90/dewasa | RM43/kanak-kanak berumur dari 4-11 tahun
Tarikh : 31 Disember 2017
Masa : 6.30 petang - 1.00 pagi
Tempat : Club Lounge, Level 18, Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

9 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jalan - Jalan Cari Makan di Melaka

10:07 PM Yanty Lee 13 Comments


Salam u olls ,


Food Hunt Gateway!

Bila dah terlalu jemu dengan apa yang ada di Putrajaya , Kuala Lumpur & Selangor , sekali lagi the sisterhood turun ke Melaka walaupun 2 years back we already been there for New Year.


Port destinasi pertama yang BFF sorang ni tazzabar nak bedal pelahap Coconut Shake sampai 4 gelas di Klebang Original Coconut Shake sebelum check-in di Agrofarm stay @Skill-Tech , Durian Tunggal. Bilik redeem hasil viralkan job taks , Alhamdulillah.


Lepas berehat berguling kiri kanan , weolls serbu expo di Stadium Hang Hebat , Krubong. Kat sini ada macam-macam , apa yang memanggil weolls ke sini adalah gara-gara durian. 

Jadilah dapat makan sebiji dengan 5 ulas. 


Sambil pusing tapak expo weolls torai pau viral berbentuk cili berinti sambal ikan bilis dan udang berinti sambal tumis udang. Giler bapak sedap , tak kedekut isi.


Lepas melantak kat Krubong , weolls ke Ayer Molek. Yeah , BFF nak² melantak kedarah di Umbai Ikan Bakar Parameswara. Makan malam yang memang puas hati , tekak ke perut. Ikan siakap , udang dan sotong dilahapnya weolls sampai tak termampu nak bangun jalan dan gerak balik ke homestay.

Sepanjang jalan ke homestay , MAPS ajak lalu laluan Jasin. Fuh, Alhamdulillah selamat. Gurau kasar MAPS ni , hawau betul. Uolls pepaham sendiri la maksud tersirat. Orang Melaka mesti tau la kalau sebut Jasin , kan?


Breakfast esoknya , konon nak makan roti canai dengan kuah asam pedas , semua kedai pergi tutup. Makan brunch terus di Bandar Hilir. Pekena menu Asam Pedas Ikan Pari & Ikan Merah. Merencik juga harganya , pelancong sangat. Disyorkan pergi makan dekat area Bukit Katil , berdekatan Bayou Lagoon.


Meronda jalan kaki sampai ke Jonker Walk , dekat 7km. Burn! Elok , dah bakar kalori , pi tibai pula Megi Goreng di Restoran Mamee.

Gara-gara tak ada seat.

Sebelum tinggalkan Melaka , minum dulu semangkuk cendol & tembikai tebuk di kaki lima. This is rare but yet it's a memory.


Thank Malacca membuncitkan sis. Next food hunting destination? Tunggu na.

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

POWERPUFF GIRLS DAN BEN 10 SERANG LOST WORLD OF TAMBUN

7:30 AM Yanty Lee 4 Comments


Salam uolls ,

Cuti sekolah sudah bermula, sebagai ibu bapa kepada anak-anak. Dah buat ke belum senarai aktiviti untuk meluagkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Jom ke Lost World of Tambun ! Sebab  di LWOT ada macam - macam aktiviti menarik. Meh singgah baca entri Ty sebelum ni - Glamping di Lost World of Tambun

Selain glamping dan pelbagai aktiviti lain yang Ty ceritakan. Sempena cuti sekolah ni , superhero cartoon kegemaran anak-anak Ben10 dan Powerpuff Girls datang serang Lost World of Tambun !

Ben 10 & Powerpuff Girl Gegar Lost World Of Tambun


Apa lagi uolls? Jangan lepaskan peluang temui watak kartun ‘The Powepuff Girls’ (tiga orang gadis yang berjuang menentang jenayah dan musuh yang menghancurkan bandaraya Townsville) dan ‘Ben 10’ (seorang budak lelaki biasa berumur 10 tahun yang sayangkan alien) dapat uolls dan anak - anak temui sekiranya berkunjung ke taman tema Lost World of Tambun (LWOT) di sini, sempena cuti sekolah 2017.

Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah 2017


LWOT menjanjikan aktiviti yang penuh keseronokan sepanjang cuti sekolah anak-anak anda dari 25 November hingga 1 Januari. Anda juga akan teruja dengan pokok Krismas yang indah di Kampung Malayana dan hiasan epik, inflatables dan patung-patung The Powerpuff Girls dan hiasan Ben 10 di Toon City, Riverside. Akan ada permainan yang menarik seperti:

Giant Jenga

Giant Snak & Ladders

Shuttle Smash

slow & steady

Wheel of Power

Dan, jangan lupa cari game lain selain game kat atas tadi Giant Slingshot, , and  that will test coordination.

1,000 Lost World POW Holidays tiket di belon

Pada perasmian LWOT telah melepaskan 1,000 belon ke udara yang mana setiap belon tersebut telah diikat dengan tiket emas yang setiap tiket boleh digunakan untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Wow !  Bertuahnya siapa yang dapat tu kan?


"Meluangkan waktu bersama di luar rumah dengan keluarga dan rakan-rakan adalah sangat berharga, begitu tepat pada masa yang berkualiti adalah keutamaan. Ini benar-benar menjadi tempat bagi mereka yang ingin berehat dan melepaskan diri dari kesibukan keramaian harian, menghubungkan semula dengan alam semula jadi dan yang lebih penting antara satu sama lain, "kata Nurul Nuzairi Bin Mohd Azahari, Pengurus Besar Lost World Of Tambun."

LWOT-ETS Selfie Contest  


ETS KTMB sedang menganjurkan LWOT-ETS Selfie Contest dari sekarang hingga 31 Disember 2017. Para peserta akan mengambil gambar di mana-mana poster Lost World POW Holiday dan berdiri di 6 stesen ETS yang terletak di KL Sentral , Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar dan hantar gambar dengan ID tiket ETS di laman web di https://a.pgtb.me/WsSkkd


Seorang pemenang mingguan akan membawa pulang penginapan 2D1N di Lost World Glamping untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak serta tiket kereta api ETS pulang ke Padang Besar. Sepuluh hadiah penghiburan mingguan untuk empat (4) tiket masuk Lost World Of Tambun (dua tiket dewasa dan dua tiket anak) akan dimenangi juga.

Nikmati sehingga 35% diskaun jika membuat pembelian melalui atas talian 
Phone : +605 542 8888

4 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jana Pendapatan & Berjimat Dengan RIDEASY

8:50 AM Yanty Lee 18 Comments


Salam uolls,

Ada di kalangan pembaca yang mempunyai kereta lebih dari 2 hingga 3 buah di rumah? Ataupun kereta yang tidak digunakan dan dibiarkan sahaja di rumah sahaja dan mungkin jarang menggunakannya. Apa jua situasi uolls masih perlu membayar bayaran pinjaman bank setiap bulan seperti biasa. Apa kata dari biarkan sahaja kereta terbiar tidak digunakkan itu membuahkan hasil , malah boleh membantu uolls untuk menjana extra income sekaligus boleh membayar bayaran bulanan kereta tersebut.


APA ITU “RIDEASY”?
RIDEASY ini adalah sebuah pembekal perkhidmatan perkongsian kereta dalam talian yang pertama di Malaysia. Aplikasi laman web mereka telah dilancarkan pada Rabu lepas iaitu www.rideasy.my . Merupakan sebuah syarikat baru yang menawarkan platform dalam talian yang mesra pengguna , selamat dan komprehensif bagi pengguna untuk berkongsi dan meminjamkan kereta daripada ahli komuniti mereka. 


Encik Omar Hatmi , MD Active Telematics , rakan kongsi RIDEASY turut memberi penerangan mengenai bagaimana syarikat ini terlibat dalam pengurusan armada dalam talian RIDEASY.


Untuk makluman , RIDEASY telah beroperasi pada bulan Ogos 2016.  Dengan RIDEASY ini , peminjam akan mempunyai pelbagai pilihan kenderaan untuk dipilih. Antara pilihan yang ada adalah seperti Sedan , MPV , SUV dan juga ada kenderaan mewah , semua kenderaan ini mempunyai nilai harga yang berpatutan sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran biasa.


Bagi pemilik kereta , RIDEASY akan menjadi platform yang baik untuk mendapatkan pendapatan tambahan , dan bagi peminjam pula , ia akan menjadi sebuah platform untuk mencari pengangkutan alternative yang lebih sesuai untuk memilih daripada terutama mereka yang ingin bebas daripada komitmen kewangan untuk memiliki dan mengekalkan kereta.


Lebih – lebih lagi buat pengguna akan mendapat keselesaan kerana urus niafa akan dikontrakkan dengan penjanjian perkongsian dan melalui perkongsian strategik dengan pihak Allianz Insurance. Kenderaan yang dikongsi akan dilindungi dengan 24/7 bantuan kerosakkan seluruh negara dan liputan kemalangan peribadi.


RIDEASY diwujudkan bagi tujuan untuk memenuhi keperluan yang menunjukkan bahawa generasi muda lebih suka menghabiskan perjalanan dan meneroka dunia daripada penekanan berat terhadap pemilikan aset yang mana dengan ini menyediakan kenderaan atas permintaan ramai setelah membuat penyelidikan ringkas.

Menarik juga kan, uolls?! Such a #easygiler babe!


Sekiranya uolls yang ingin mencari kereta mewah untuk majlis perkahwinan dan membawa pasangan pengantin dengan kenderaan mewah , dah boleh survey – survey dengan RIDEASY. 


Kalau olls pemilik kenderaan yang masih belum 10 tahun dan ingin mencari pendapatan tambahan , jom sertai RIDEASY sekarang. Jaminan pihak RIDEASY pasti memuaskan hati si pemilik kereta juga peminjam kereta. 


Lebih lanjut mengenai RIDEASY , boleh dapatkan di laman web rasmi – www.rideasy.my juga Facebook Page RIDEASY di www.facebook.com/rideasy.my/ ataupun bercakap terus dengan eksekutif perkhidmatan pelanggan RIDEASY di talian 03-20119878.

18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen