SIRI JELAJAH PENULIS TERBAIK PTS DI PANTAI TIMUR - INSPIRASI AGAMA DAN NOVEL KANAK - KANAK

4:24 PM Yanty Lee 2 Comments



Salam semua , 

Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS kembali dan akan bertemu dengan pembaca juga adik - adik di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu pada 5 & 6 Disember 2015 ini nanti.

Bagi yang berkelapangan boleh berjumpa dan beramah mesra bersama penulis yang terbaik dari PTS seperti  Dr. Khairul Nizam , Puan Mardiana Mat Ishak , Farrah Hani , Farrah Hana , Wan Nur Shafiqah , Azim Hakimi di SMO Bookstores terpilih.


Mardiana Mat Ishak
- Pensyarah
- Buku yang telah dihasilkan ;
1. Dahsyatnya Doa Isteri
2. Super Woman
3. Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa


Azim Hakimi
- 11 tahun ; anak sulung daripada 3 adik beradik
- bercita-cita menjadi seorang jurutera
- Buku yang telah dihasilkan ;
1. Tunas Super : Misi Magika

Ingin tahu info diri penulis PTS yang lain bolehlah baca di entri Siri Jelajah yang sebelum ini dan untuk yang lain nantikan dengan mengikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS di http://pts.com.my/roadtour .

Jumpa di sana!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Penjagaan Muka Dengan Magic Potion

9:33 AM Yanty Lee 3 Comments

Salam u olls ,

Lesu semasa kerja? Kulit kering? Nak tegangkan dan cerahkan kulit muka? Mencari produk yang boleh membantu dengan banyak kegunaan kalau meh Ty kongsikan dengan semua tentang satu produk Beauty Water - Magic Potion.


Apa yang menarik dengan produk Magic Potion ni ialah mudah digunakan. Hanya perlu " Spray .. Spray .. Spray " sahaja di permukaan muka pada bila - bila masa dan tak kira di mana.


Kelebihan nya pula :
1. Dapat melindungi kulit dan mempertahankan PH nya.
2. Mencegah kerosakkan kulit dab sebagai pelindung kulit.
3. Bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah.
4. Dapat mencerah dan mengengencangkan kulit.
5. "Anti - Ageing" [Kandungan ; Anti Oksida yang tinggi]
6. Dapat membantu kulit wajah kelihatan segar bermaya.

Menarikkan ? Jom dapatkan produk ni dan bawa saja dalam tas tangan ke mana pun. Kat opis tu mengantuk dapatlah kawal dengan sembur je kat muka , dah dapat freshen up secara mudah. Tak perlu lagi ke tandas dan cuci muka. 

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall , Shah Alam

9:54 AM Yanty Lee 13 Comments


Salam u olls  , 

Berkesempatan ke Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall , Shah Alam dengan rakan - rakan merangkap keluarga alam maya #kelabbloggerbenashaari semalam. Yang menariknya , dapat berkumpul ramai - ramai dan menikmati masakan yang sedap oleh hasil air tangan Chef Zakaria sendiri yang telah berkesimpung dalam bidang masakan semenjak tahun 1990-an lagi. Dan lebih menfokuskan perniagaan katering sebelum ini. Dan kali ini , membawa masakan yang beliau mengetengahkan berasaskan KAMBING dalam pelbagai menu masakan.

Chef Zakaria mengambil inisiatif bermenukan kambing sebagai menu utama dalam perniagaan beliau kerana percaya ia boleh di terima oleh semua orang yang menikmati hidangan masakan telah disediakan. Memandangkan kambing juga merupakan makanan sunnah Rasullulah.

Cafe Cerita Kambing yang baru saja di buka pada awal tahun 2015 di Anggerik Mall menjadikan tumpuan untuk pelanggan datang terus ke sana dan menikmati makanan seperti Nasi Beriyani , Kambing Masala , Ayam Masak Merah , Kambing Bakar , Mee Jawa , Laksa Johor dan banyak lagi. Apa yang disajikan kepada kami rakan blogger tidak lah kesemua hidangan yang ada pada Cafe Cerita Kambing in tetapi sudah memadai untuk menyatakan masakan dan makanannya sememang sedap belaka.

Nak tahu rasa nya boleh ke tidak diterima oleh anak tekak u olls , apa kata pergi dan rasa la sendiri.

Sebelum tu , Ty nak kongsikan sikit pencuci mata untuk menggeliurkan anak tekak u oll dulu yang pastinya u olls akan serbu ke Anggerik Mall dan terus ke tingkat 1 untuk cuba makanan - masakan yang marvelous di Cafe Cerita Kambing nanti.

Kambing Masala

Kambing Bakar

Rencah Mee Jawa & Laksa Johor

Laksa Johor

Mee Jawa

Koci Labu

Ubi Kayu + Kelapa / Sambal Ikan Bilis

Pengat Pisang

Okay , bagi yang berminat untuk membuat tempahan katering majlis perkahwinan atau event - event bolehlah menghubungi Chef Zakaria atau isterinya ; Puan Noraizah .

Nombor Telefon : 01131760227 / 0192816308


Dan bagi yang memang kaki makan , bolehlah ke Anggerik Mall , Shah Alam pada 27 - 29 November 2015 nanti bagi sama - sama memeriahkan lagi Pesta Makanan Anggerik Mall 2015 .

Harga makanan adalah murah dan berpatutan. Recommended !

13 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SIRI JELAJAH PENULIS DAN PELUKIS KOMIK TERBAIK PTS DI SELATAN

4:08 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam , 

OMG! Si kacak dan si comel bakal menyerang peminat di Selatan pula hujung minggu hadapan , 
28 & 29 November 2015 .


Berbakat sungguh mereka ni. Speechless tak terkata. Apa kata korang yang berdekatan luangkan masa hujung minggu nanti dengan aktiviti bermanfaat. Alang - alang cuti sekolah ni kan.

Jom kenal dengan mereka ;

NAZRY SALAM & AFIQ SALAM

Nama penuh: Nazry Salam & Afiq Salam
Hubungan: Adik-beradik
Antara buku yang telah dihasilkan:
·         Misi Kira: Pertandingan Matematik
·         Misi 4 Flat
·         Misi Menyelamat Komika
·         Misi Straight A
·         Misi 10A Finale
·         Misi Cikgu Baru
·         Lukisan Hati
·         Kelab Pelajar Super
·         Misi 8A The Novel
·         Misi 10 A Plus
·         Komika: Ada Apa Dengan Komik?
·         Ali dan Tuah: Sarang Empat Penjahat
·         Kelab Da Vinci
·         MISI 10 A
·         Aviasi Fantasi #2
·         Remaja@ptsone 2010
·         Misi 8A
·         Aviasi Fantasi# 1

WAN NURSHAFIQAH

Nama penuh: Wan Nurshafiqah binti Wan Mohd Sharif
Umur: 12 tahun
Buku yang telah dihasilkan:
·         Tunas Super: Allysia Fantasia

Okay , sumpah jeles. Kecik lagu dah ada buku sendiri. Kalau nak jadi penulis jugak , layak tak? Mampu berangan je la. Apapun takbir lah dengan adik Wan Nurshafiqah.

Ternanti-nanti info diri penulis lain? Nantikan edisi roadtour akan datang! Terus ikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 kami di http://pts.com.my/roadtour .

See you guys in Johor!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kena Saman - Bukan Salah Aku

6:33 PM Yanty Lee 5 Comments



Salam , 

Tengah sibuk kerja kat opis dapat call dari Mummy . Salam tak bagi , Hello pun tidak. Tertiba terus kata "Ty kena saman" . 

Sumpah terkejut sebab dengan Mr.Reddy memang jaga tatasusila atas jalan. Kecuali 30 Jan yang lepas , itu pun bukan salah Ty. Alhamdulillah , tak kena saman. Syukur dah kat situ. 

Bila ditanya habis - habisan , masa - tarikh - tempat yang kena saman tu , terang menerang di siang hari bukan Ty yang drive sebab waktu tu masa Ty dah "tenat" dan di bawa balik juga dengan kuasa supermom - Mummy.

Terus dengar Daddy gelak kat sebelah.

"Argh! Mummy  yang bawa laju , mummy yang bayar " - Ty.
Gelak semua orang  on the phone . 

Mummy lepas gian speeding lelaju sekian lama tak bawa kereta jauh - jauh. Sepanjang perjalanan tu niat nak tido tapi tengok meter kalah Ty tekan pedal minyak, makanya tak jadilah nak tido . Dalam tengah sakit pun tahan mata sampai masuk Jambatan Pulau Pinang Ke-2 yang bapak panjang tu , baru lah Ty lelap jap sebelum nak sampai rumah dalam 20 minit. Kiranya lantak la nak jadi hapa pun sebab dah jejak Pulau Pinang.

Bila Daddy  call lagi , dia tanya balik - "kapal terbang mana pecut laju sangat?"
Kahkahkahkahkah. Kena camdek la Mummy.

Jadi siapa yang sangka Ty kaki pecut ka bawa kereta cam pelesit tu salah sangat. Atau mungkin juga ada ikut jejak Mummy in future . 

End of the story , aku dan Mr.Reddy tak pernah kena saman lagi .

5 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS - Pelukis Komik di Utara !

9:22 AM Yanty Lee 3 Comments


Salam !

Siri Jelajah Penuli Terbaik PTS kembali lagi dan kali ini membawa para pelukis watak - watak komik yang sudah semestinya terkenal.


Siapa pembaca komik di sini?
Tahu kerbau Atan , Aizad & Zahid serta Budak Kombo tak ? 

Kali ini PTS akan membawa pelukis ini ke Utara yang akan berada di Kedai Buku Hasani di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Jadi pada pembaca komik boleh lah datang ke sana untuk berjumpa secara berdepan dan beramah mesra bersama pelukis - pelukis komik terbaik PTS.

Mungkin , mereka akan melukis secara live ? Rezeki kepada mereka yang dapat merebut peluang ini.

Jadi , hujung minggu ini ; 21 & 22 November 2015 apa kata ke Kedai Buku Hasani !

Untuk penggemar / pembaca komik PTS , meh berkenalan dengan salah sorang pelukis terkenal ini.


Nama : Benny Wong Tong Hou
Nama Popular : Ben Wong
Senarai Anugerah Antarabangsa :
1. Silver Award bagi International Manga Award (anjuran Japan Foundation) 2007
2. Silver Award bagi International Manga Award (anjuran Japan Foundation) 2015
Antara Buku Yang Telah Dihasilkan :
1. Atan (Terbitan PTS)
2. SS10 (Terbitan PTS)
3. Reda (Terbitan PTS)
4. Diari Cinta (Terbitan PTS)
5. Fata Chaos
6. Le.Gardenie
7. The Players
8. Red Cube
9. Orang Minyak
10. Celestial Destroyer
11. Te@mare


Nak kenal lagi ? Klik di sini dan baca apa yang menarik lagi tentan pelukis ni - http://lynk.my/Dgq

Nantikan info - info diri penulis / pelukis Afiq & Nazry Salam serta Froggypapa yang akan mengikuti edisi roadtour pada minggu hadapan di mana akan berada di selatan tanah air pula. Terus mengikuti perkembangan Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 di http://pts.com.my/roadtour.

See ya !

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Produk : Inteemor Ephyra - Rahsia Kecantikan Luaran dan Dalaman Wanita

1:19 PM Yanty Lee 7 Comments

Salam u olls , 

Senang kata , semua gadis , perempuan , wanita dan seangkatannya mahukan yang terbaik untuk diri mereka. Baik bagi kecantikan luaran malah dalaman , ibarat cantik luar dan dalam gitu. Dan apa yang Ty nak kongsikan dengan u olls semua kali ini adalah mengenai satu produk keluaran Ephyra iaitu Inteemor .


Inteemor - Rahsia Kecantikan Luaran dan Dalaman Wanita , merupakan jus premium wanita yang telah dirumuskan khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikkan , kesuburan dan kesihatan wanita persis ganti sunti.

Menariknya tentang produk jus premiun wanita Inteemor ini , ia diadunkan dan diperkayakan dengan 1001 khasiat rahsia herba semulajadi , yang sangat cepat menyerap ke dalam tubuh kerana kandungannya adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja


Hasilnya , dalam masa 3 hari sudah boleh dirasai kesannya dan jika diamalkan secara berterusan pasti mampu mengembalikan kecantikan , kesuburan dan kesihatan seperti wanita muda. In sha Allah.

Antara herba dan kandungan semulajadi yang menghasilkan Inteemor terbaik ;
Tu dia , hampir 16 jenis kesemuanya.

Inteemor dapat membantu setiap wanita dengan ;

Jus premium Inteemor ini sesuai untuk wanita berkahwin , anak dara , wanita yang sedang berpantang dan juga ibu yang menyusu. Kesan pada ibu yang menyusu adalah dapat menghasilkan kuantiti susu yang banyak. Ianya hanya tidak sesuai untuk diminum ketika sedang haid dan ibu sedang mengandung.

Alhamdulillah , selepas beberapa hari mencuba sendiri kesannya terasa. Selepas mengambil setiap sudu selepas makan / sebelum masuk tidur , keesokkannya rasa lebih segar - kurang rasa penat walaupun seharian sibuk dengan urusan peribadi dan kerja hingga lewat malam. 

Kalau u olls pun nak cuba Inteemor dan tahu lebih lanjut mengenai produk jus premium ini bolehlah ke 

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS di Pantai Timur

9:50 AM Yanty Lee 2 Comments

Salam u olls ,

Bagi yang gemar memasak pasti kenal dengan penulis - penulis buku resepi terkenal seperti Chef Hanieliza , Chef Fazalina & Chef Azian. Dan pada 10 & 11 November ini, bolehlah pembaca berjumpa dan beramah mesra dengan mereka di kedai - kedai terpilih di sekitar Pantai Timur.


Sebelum tu meh Ty nak kongsikan serba sikit tentang Chef Hanieliza :

Nama : Hanieliza Kamarudin
Asal : Kuala Lumpur
Menetap : Kerteh , Kuala Terengganu
Aktif demo masakan :
1. Rancangan Wanita Hari Ini
2. Rancangan Nasi Lemak Kopi O
3. Kedai Buku MPH , Mid Valley
4. Kedai Buku Popular , IKANO
Antara buku yang telah dihasilkan :
1. 500 Kompilasi Resepi Chef Hanieliza
2. 101 Resepi Menggunakan Pemanggang
3. Senangnya Memasak Makanan Barat
4. Resepi Daun Limau Purut

Untuk tahu tentang penulis - penulis lain ; Chef Fazalina & Chef Azian akan disebarkan untuk siri jelajah seterusnya yang dijangka akan berlangsung pada Februari 2016 akan datang. Jadi , kalau tak sabar nak tahu kenalah ikuti perkembangan dari PTS dalam Siri Jelajah Penulis Terbaik PTS 2015/2016 nanti.

Ok , jangan lepaskan peluang ini. Jumpa di sana!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cuti Dah Habis , Bro !

11:28 PM Yanty Lee 2 Comments

Alhamdulillah.
Setelah hampir 20 hari cuti sakit , semakin pulih.
Selamat pergi dan balik di sisi keluarga tercinta lagi tersayang.

Sakit yang tak diduga lagi tak dijemput , hadir mungkin sekadar penghapus segala dosa - dosa kecil dan besar hikmahNya bila seruan keluarga tuk suh balik selalu beralasankan sibuk dengan tugasan kerja dek saban hari yang tiada penghujungnya. Balasan mungkin , degil - besarkan kerja dari Mummy Daddy. 

Last gua balik Penang , Raya - its on July. Dan ada singgah sekejap tumpang tidur lepas urusan kerja blog di Langkawi baru ni. 

20 hari , berlalu pergi dengan penuh gelisah tapi bersyukur bila sakit masih ada keluarga di sisi. Walaupun , Mummy perli menusuk ke jantung hati gua ! "Nak pi kerja lagi? Sakit demam pun? Nak pulun OT perabih kerja Sabtu Ahad?" Pergghhh berdesing.

Aku bukan workalholic tapi kerja desk baru agak hectic keterlampauan. Terpaksa bukan rela.

Ikutkan hati nak ja sambung cuti berDiwali dekat Penang tapi lama sangat dah cuti. Maka kembali lah ke dunia sangkar yang penuh dengan kesibukkan.

MC dah habis. Badan dah sihat. Mulakan hari Isnin tanpa BLUES kononnya tapi tak leh nak tido malam nya , punya swag tak ingat.

Isnin yang SPEECHLESS!
[SEBELUM] Muka nak nangis! Sampai ke bawah punya buat kerja. I don't know where to start and begin my day. So I decided to take a selfie with my work. Boleh?

[SELEPAS] 5 jam siap failkan dokumen yang penuh atas meja dan bercampuk aduk. Asingkan kerha sampai menggunung di atas tray in. Mampu checked emails lepas pukul 5 , lepas waktu kerja. Pitam! Banyaknya emel , mailbox full

Lega. Nampak jugalah rupa bentuk meja semula. Rabu sajalah sambung buat kerja setakat yang mampu. Cheq bukan robot! Sakit memang tak sapa nak tapi dah mai , redha cuma harap sangatlah takda dah yang bawa lagi mana-mana virus ke opis. Cheq antibodi lemah longlai , senang berjangkit.

Terpaksa redha , sakit itu penghalus dosa. Lepas baik dari sakit , kerja tetap kerja.

What a life?!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Resepi : Baked Potato & Brocoli with Cheese

12:23 AM Yanty Lee 3 Comments


Baked Potato & Brocoli with Cheese

Bahan - bahan
- 2 sudu besar tepung jagung
- 300ml susu ( Dutch Lady - Low Fat)
- 1 sudu besar butter/majerin
- 110g (atau lebih) cheese parut (grated)
- secubit garam
- serbuk blackpepper
- 2-3 biji ubi kentang (di hiris dan rebus)
- brokoli (di potong dan rebus)


Cara penyediaan
Sos
1. Masukkan tepung jagung dan digaul bersama susu sehingga sebati.
2. Masukkan butter/majerin - gaul.
3. Kemudian , sedikit garam dan serbuk blackpepper bagi menaikkan rasa dimasukkan.
4. Masukkan segenggam cheese dan digaulkan sehingga likat sebelum tutup api.

Susunan Ubi Kentang & Brokoli
1. Sapukan sedikit butter/majerin ke dalam bekas.
2. Susunkan kepingan hirisan ubi kentang yang telah direbus dan diikuti dengan brokoli.
3. Tuang sedikit sos yang telah disediakan , ratakan ke atas ubi kentang & brokoli.
4. Ulang langkah ke-2 & ke-3 sehingga kesemua sos di tuang dan menutupi permukaan atas.
5. Taburkan cheese ke atas adunan.
6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180℃ / sehingga menjadi kuning keemasan.
Yeah siap di hidang dan makan bersama tersayang.

Sebenarnya , kali pertama cuba sebabnya dah jemu makan makan orang sakit yang kena berpantang itu ini. Jadi tukar selera. Bak kata Mummy Daddy , Ty cerewet sangat. Jaga patients lagi senang dari jaga anak sorang.

Oppss , dalam cerewet pun I gain weight. 

Sepanjang sakit , dapat layan TV. Channel 703 (AFC) jadi fav channel *tertiba*. Jadi dari terpaku mata maka ada la yang termasak kat dapur. 

Rupanya, ada hikmah MC aka Cuti Sakit hampir 20 hari , I learned to cook. Pasni back to cage and work entah bila pula nak memasak dan berasap - kah dapur nanti? Wait for my next update resepi la ye.

Anyhow , hope Baked Potato & Brocoli with Cheese yang chu olls buat menjadi and sedap giler.

Also , thousand thank you so much for those yang praying for me to speedy recover.

Njoy your weekends , folks!


3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

3D Art Museum , Langkawi

8:26 PM Yanty Lee 18 Comments

Salam u olls ,

Baru - baru ni , Ty ada bercuti di Langkawi dan menginap di Langkawi Lagoon Resort - Private Residence [klik]. Dalam entri ni , tak dinafikan tempat menginapnya sangat best dan selesa. Tapi takkanlah pula Ty nak terperuk saja dalam bilik kan. Jadi Ty sempatlah luangkan masa dengan anak - anak Ty. Eh , bukan tapi anak - anak buah Ty. Dari Penang & Putrajaya bertemu di Langkawi. Bajet cam jumpa jodoh pula.

Pagi lepas breakfast , terus ke Langkawi SkyCab. Masa pergi tu , ada promosi jadi dengan hanya RM47/- untuk pakej Skycab + SkyDome & 3D Art Museum. Sayangnya , hujan pula jadi kami luangkan masa hampir 1 jam - 2 jam di 3D Art Museum sementara hujan reda.

Ya Ampun , kami yang dah tua bangka paling excited mengalahkan anak - anak kecik. Macam - macam posing maut dengan lukisan - lukisan 3D yang sangat superb cool. Sampai bateri hp kong , just imagine! Meh layan beberapa kepingan gambar sepanjang kami "menggila" di sana.


Best gila ! Itu je dapat Ty katakan sebabnya memang lupa diri sat. Kalau nak cari jodoh time ni , kena make sure si dia pun masuk air. Sebabnya , keloloh nak mampus masing - masing baru best. Kontrol ayu tu bab - bab lain. Kah!

Banyak lagi gambar 3D yang Ty kongsikan kalau nak tengok lagi jom ke sini [klik]. Kalau u olls yang ada rancang nak ke Langkawi nanti , 3D Art Museum is a must to go ! Selain ke tempat - tempat bersejarah.

Apapun , 3H 2M di Langkawi memang tak cukup untuk first timer ke sana untuk jelajah dan jejak satu Langkawi. Tapi have fun your holiday!

18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen