JONLIVIA - PELANCARAN FIRST SKIN BRIGHTENING FITNESS APPAREL DAN PENYAMPAIAN PERTANDINGAN SIMPLEZY CHALLENGE

6:12 PM Yanty Lee 24 Comments


Salam uolls ,


Baru - baru ni pada awal tahun , Jonlivia telah melancarkan satu lagi keluaran produk terbaru - Fisrt Skin Brightening Fitness Apparel ; BlazePants Brightening Series.


JONLIVIA
Okay sebelum tu , uolls semua tahu tak tentang Jonlivia?
Jonlivia adalah sebuah jenama pakaian sukan yang meningkat namanya dalam pasaran kerana berkualiti tinggi darisegi  rekabentuk  juga material.


Berbalik kepada produk yang terbaru dikeluarkan , BlazePants Brightening Series adalah seluar yang mempunyai banyak fungsi ;
- boleh membakar kalori 4X lebih cepat ,
- penghidratan antioksidan & anti-penuaan ,
- 50% perlindungan UV , dan
- mencerahkan serta melembabkan kulit.


Ya bestnya u olls , seluar ini diperbuat dari material yang berbau wangi , bau bunga mawar (ros) yang mengandungi juga mineral dan vitamin A , C , D dan E.


BlazePants Brightening Series ini sangat unik dan menarik darisegi material dan design , Ty percaya si pemakai akan tampil lebih yakin dan bergaya kerana sangat simple dan menepati citarasa moden.

SLIMPLEZY CHALLENGE
Semasa majlis pelancaran , Jonlivia juga turut mengadakan penyampaian hadiah bagi keputusan pertandingan "Slimplezy Challenge".  Pertandingan ini merupakan tajaan Jonlivia sebagai penaja utama yang mana disertai hampir 20 orang peserta bertanding untuk merebut gelaran juara.


Untuk bergelar juara  , sebelum itu peserta telah mengikuti sesi latihan intensi tinggi dan mencabar diri mereka untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan gaya budaya hidup sihat dalam tempoh masa yang diberikan hampir sebulan setengah.


Pemenang yang berjaya merangkul gelaran "Juara Simplezy Challenge"- Lim Siew Li , beliau telah mendapat undian paling banyak dari kalangan yang turut hadir semasa pelancaran. Hadiah pertandingan yang diterima adalah menarik iaitu wang tunai dan tiket kapal terbang dari Air Asia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jonlivia dan produk - produknya , dapatkan di ;
Website : www.jonlivia.com
Instagram : https://www.instagram.com/jonlivia/
Facebook : https://www.facebook.com/jonlivia/

24 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Shopee Menjadi Tumpuan Membeli Persiapan Sempena Tahun Baru Cina

12:29 PM Yanty Lee 18 Comments



Salam uolls !
Buat yang bakal menyambut Tahun Baru Cina ,
Happy Chiness New Year!

Ada orang kata sambutan Tahun Baru Cina tahun ni agak hambar , tapi lain pula kisahnya serbuan yang membuat pembelian secara atas talian di Shopee , sebuah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 

"Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, khabarnya Shoppe menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 


Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita

Memang tak dinafikan harganya yang dipromosikan sangat murah dan jimat habis. Selain itu , Shoppe juga ada menawarkan tawaran hadiah lumayan pula , mungkin ini boleh membuat lagi pembeli lebih berminat dan teruja untuk mencuba nasib mereka.

Kategori & Kata Kunci Pencarian
1) Pakaian Wanita - Blaus , Jeans , Gaun Panjang , Gaun Pendek , Cheongsam

2) Kasut Wanita - Kasut , Kasut Sukan , Kasut Jenis Wedges , Sandal

3) Beg Wanita - Beg Sangkut , Beg , Dompet , Beg Galas

4) Permainan Kanak - Kanak & Bayi - Pakiaan Budak Perempuan , Pakaian Budak Lelaki , Pakaian Bayi , Tommee Tippee

5) Mobil & Gadjet - iPhone , Samsung , Xiaomi , Jam Pintar


Bagi mereka yang ingin menghadiahkan atau memberi buah tangan juga tidak kurang hebatnya pencarian dan jualan meningkat tinggi bagi set pakaian bayi , set hadiah tupperware , set solekan , juga hamper seperti KitKat Edisi Khas.


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari (tidak seperti di web mengatakan sehingga 23 Februari). Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Ini sangat WOW !

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.


18 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kedai Tinted V-Kool Bangi Glarie Shield

7:30 AM Yanty Lee 26 Comments


Salam uolls ,

Okay kali ni , Ty nak kongsikan buat uolls yang nak cari kedai buat tinted kereta sekitar kawasan Bangi. 


Tint - Shop V-Kool Bangi Glare Shield ini dekat dalam kawasan perindustrian , Ty yang dah hampir 10 tahun tinggal berjiran di Putrajaya pun tak pernah tahu ada banyak kedai di kawasan sini. Menariknya , tempahan sentiasa ada kira penuh jadual walaupun bagi pandangan uolls tempat ni tercorot. Tambahpula , bila ada showroom di mana - mana , mereka juga turut ada di sana yang mana terutama untuk kereta jenama Honda.

Tinted yang digunakan adalah daripada jenama V-Kool
Ty rasa ramai di antara uolls tahu kan paal tentang jenama produk ni.

Apa yang  menarik di V-Kool Bangi Glarie Shield 

Banyak warna dan jenis filem untuk kereta juga rumah / bangunan
- VLT 30-80% (tint gelap)
- Filem reflektif , frosted , tahan panas
- PERCUMA servis untuk setiap tingkap di sekitar Lembah Klang (rumah/bangunan)
- Waranti sehingga 5 tahun


Berkualiti dan lulus JPJ
- Filem tinted yang disediakan untuk pengguna memang telah mendapat kelulusan JPJ
- 99% UV Rejection & IRR Tinggi


Boleh Jimatkan Bil Elektrik
Macam tak masuk akal pula kan sebab apa kaitan tinted gelap cermin boleh jimatkan bil elektrik , tapi sebenarnya dengan pemasangan tint filem pada gelas cermin ianya membantu ;
- Kurang guna penghawa dingin sebab rumah dah nyaman
- Tanpa langsir menghalang cahaya matahari, anda akan kurang buka lampu
- Bil TNB jatuh mendadak
- Jimat wang servis penghawa dingin
- Kos tint tingkap amat murah berbanding dengan pemasangan langsir


Nak buat tempahan dan tahu lebih lagi info boleh dapatkan di ;-
Facebook : V-Kool Bangi - Glare Shield
Alamat :V-Kool Bangi , No 7, Jalan P10/18, Seksyen 10, Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi 43650
☎️ 010-288 0833

WhatsApp: http://bit.ly/WJade

Cawangan:
Bangi, SS2 PJ, Jalan 225 PJ, Glenmarie Shah Alam, Cheras & Subang Jaya



26 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Nikmati Pelbagai Jenis Durian di DurianBB Park

7:30 AM Yanty Lee 38 Comments


Salam & Hi uolls,


Durian, buah segala raja yang mana Ty rasa kaki hantu durian memang tak akan menolak lah bila dijamu durian. Tapi Ty bukanlah kaki atau hantu cuba bila dapat makan tu, Ty makanlah juga kecuali macam baru ni Ty kat Gopeng tu memang Ty seriously mabuk sebab overdose makan durian.


Kali ni, Ty dapat jemputan dari pihak DurianBB Park, Jalan Imbi. Memang terasa berdosa sangat sebab Ty bari sahaja ikut serta Program Jom Kurus 1 Malaysia dengan #teamcyberputra di bawah pantauan Coach Cem. Tapi tu la bkononnya nak makan sekadar merasa. Yes, I is makan apa yang patut sahaja walaupun free flow untuk durian paling mahal iaitu During Musang King dan D24.


DURIAN YANG ADA
Menariknya dekat sini, uolls boleh datang untuk menikmati hampir 5 jenis durian :
➡️ Durian Kampung
➡️ D101
➡️ D13
➡️ D24
➡️ Musang King


Diberi satu pinggan yang telah disusun ikut susunan tadi. Dan perlu dimakan mengikut turutan. Okay, ini memang jarang berlaku. Dari niat nak jamah 1 ulas terpaksalah pejam mata try kesemuanya. Bukan selalu dapat peluang ni, betul tak?


Durian Kampung, jugalah menjadi my favourite sebab rasa dia manis dan boleh buat layan. Walaupun bukan orang kampung, tapi Ty suka. Isi warna kuning muda.
Durian D101, Ty tak pasti dan tak tau la nak kata tapi yang pastinya ada sikit rasa masin. First time rasa lagu ni.
Durian 13 pula rasa agak kelat payau camna nak habaq tak tau.
Durian D24 ni terasa pahit sekali dengan asid  pun ada. Cam selalu dok makan lebih kurang camni kot.
Durian Musang King, Ok yang ni memang tak pernah kot makan atau kalau pernah pun Ty jarang dapat. Harga dia sekilo pun boleh tahan mahal. Ada yang mencecah ratusan Ringgit Malaysia uolls. Rasa dia combination betul ada rasa asid gassy. Memang sedap patutlah mahal uolls wei. Dan telah menyebabkan Ty tertambah satu ulas lagi.


Jadi ceritanya, Ty kawal nafsu Ty sampai ulas yang ke-6 sahaja. Sebabnya dah mula rasa pening. Bala sebab dah start diet no sugar tiber makan camni sistem badan mungkin terkejut. Jenuh minum air banyak-banyak taknak bagi panas badan.





Ok, Ty suka konsep yang DurianBB Park ketengahkan di mana suasana dan ruang untuk makan durian adalah teramat selesa. Bukan sahaja boleh datang makan durian sambil bersantai dengan keluarga ataupun teman malah boleh book bilik berhawa dingin dalam kontena untuk majlis rasmi atau tidak formal seperti sambutan hari jadi. 


Dan paling penting , mereka amat menitikberatkan tentang kebersihan. Pekerja sentiasa memakai topi plastik di kepala , mask penutup mulut dan sarung tangan plastik. Hygiene sangat.

Buat uolls yang ingin merasa produk lain berasaskan durian juga ada dijual. Ada biskut, ais-krim dsb.




Harga durian adalah mengikut harga pasaran buat masa ini. Konsep idea ini adalah dari seorang pemuda berasala dari Hong Kong yang datang ke Malaysia untuk bercuti, di mana beliau telah mencuba makan durian dan beliau amat menyukainya. Kerana menjadi kesukaan beliau, terus membawa buah durian hingga ke Hong Kong untuk mengetengahkan perniagaan di sana. Dan sambut amat mengalakkan. Difahamkan, durian ini adalah dari dusun di Raub, Pahang yang juga di bawah penguasaan pihak FAMA.

Buat uolls yang teringin nak makan durian, serbu DurianBB Park ok!

More info at :
Instagram : @durianbbpark
Mobile / Whatsapp : +60 1-2678 5445
Alamat : No. 15, Jalan Kamuning, Off Jalan Imbi,55100 Kuala Lumpur, Malaysia

38 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Coating Kereta di Auto Lab Professional Auto Care Centre

1:30 AM Yanty Lee 34 Comments


Salam uolls ,


Auto Lab Professional Auto Care Centre ni adalah sebuah kedai untuk mencantikkan kereta uolls. Selain tinted , make-up kereta dengan pelbagai jenis aksesori lain. Kereta pun kenalah tampil bergaya sekali sekala. Jadi apa kata uolls spend sikit untuk bagi kereta uolls lagi berkilat dan cantik. Biar setiap mata yang memandang tertoleh berkali-kali.


THREEBOND COATING
Threebond Coating adalah semua yang uolls perlukan untuk memastikan kereta uolls bersinar seperti baru. Lapisan ultra kaca ini mempunyai penarafan 9H - menjadikannya salutan berasaskan kaca paling sukar oleh piawaian industri yang sesuai untuk semua kereta. Ia menawarkan perlindungan jangka panjang terhadap perubahan warna cat kereta oleh pengoksidaan, sinaran UV, hujan asid, dan calar kecil.

Selepas siap coating

KELEBIHAN COATING
- Melindungi daripada pengoksidaan, sinaran UV, hujan asid, dan calar kecil.
- Menangguhkan air dan kotoran untuk memastikan kereta anda bersih dan berkilat.
- Menghalang pewarnaan air untuk pembersihan kereta mudah. 
- Nilai jualan semula yang lebih tinggi untuk kereta anda dengan haus dan lusuh yang dikurangkan.
- Perlindungan jangka panjang sehingga 3 tahun.
- Berkesan pada semua jenis kereta.
- Penyelenggaraan mudah tanpa memerlukan penjagaan yang kerap.
- Tempoh jaminan panjang sehingga 8 tahun.


Berkilat yang menakjubkan
Satu kot tunggal akan menyediakan kereta uollsdengan tahun-tahun bersinar yang berkesudahan! Nikmati penamat cermin yang tahan lama dan perlindungan tahan lama dengan aplikasi Pelapisan Threebond.

Menangguhkan air & kotoran
Permukaan cermin menjadi lancar kerana mempunyai kesan antifouling yang hebat terhadap hujan asid dan debu sambil menimbulkan air dan kotoran untuk memastikan kereta uollsbersih dan ultra berkilat.

Penyelenggaraan yang rendah
Tidak seperti lilin, lapisan separa kekal ini tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Apa yang diperlukan hanyalah kot tunggal untuk kereta uollsbersinar seperti baru - dijamin.


TEKNOLOGI BARU
☑ Tahan untuk 5 tahun
☑ Tidak perlu polish atau wax
☑ Jenama yang dipercayai daripada JAPAN
☑ Berkesan gloss tinggi yang tinggi
☑ tahan calar (kekerasan 9H)
☑ Anti karat
☑ Mudah untuk membersihkan / Pembersihan diri
☑ Menolak air -ketika hujan
☑ Stain resistant
☑ UV & Cuaca tahan
☑ Asid dan garam anti


Apa Yang Menarik Coating ?
Bahan asas adalah PURE GLASS - 100% quartz silica. Sangat tahan panas. Coating tetap maintain walaupun pada cuaca hujan ataupun panas. Tambahpula, dapat melindungi cat dari sinar UV yang merbahaya. 

NANOTECHNOLOGY- PERMANENT BOND - Nanopartikel akan melekap dan bond dengan permukaan cat secara kekal. 

ANTI SCRATCH (minor) - menahan dari stone chips akibat batu kecil, kain kasar dan sebagainya. Coating layer yang tidak mudah pecah / retak. 

HYDROPHOBIC EFFECT (kesan air di daun keladi) - menjadikan kotoran cecair mudah dibersihkan dengan air saja. Kereta tidak mudah menjadi kotor walaupun selalu kena air hujan.

GLOBAL BRAND - Telah digunakan di kebanyakkan negara Eropah dan Asia. Merupakan authorized kepada Kenzo Master Applicator dan pioneer IGL FLAGSHIP Center di Malaysia.


Jadi buat uolls yang nak tampil bersama kereta uolls lebih yakin dan bergaya , bolehlah dapatkan perkhidmatan dari sini , Auto Lab Professional Auto Care Centre . Ty sangatlah rekemenkan uolls untuk ke sini , bukan sahaja kerana servis nya tapi Ty percaya yang uolls juga akan selesa dengan suasana kedai ni. Kedai yang sangat luas , selesa dan menarik. Hipster sangat.

Jangan lupa singgah tandas taw , ahaks!

Untuk Matlumat Lanjut
Telefon : 03-7865 7228
Alamat : No.23, Jalan 51/225A, Zon Perindustrian PJCT, Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya

34 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Food Hunting Ke Negeri Sembilan

7:27 PM Yanty Lee 27 Comments


Salam uolls,

Ok, ini entri personel Ty.

Ceritanya tengah bulan Jan lepas, Ty dengan kengkawan ofis ke Negeri Sembilan. Memang plan dah kisahnya.


Lepas saja Ty terlibat dengan program ofis - BMI Morning Walk. Terus balik, siapkan apa yang patut. Walaupun letih sebab tak berapa cukup rehat apatahlagi tidur. Tapi 'Food Hunting' yang main redah I know won't regret me. So 3 of us, Eyna & Chai ate til we bloated.


First check point, gitu macam masuk marathon pula. Kami serbu durian! Kononnya nak cari yang viral di Facebook tapi tak jumpa, asal nampak kereta banyak, jadi itu la menjadi spot we olls.



Durian as our starter kekdahnya. Curlass kan. Abang Sado Viral kopekkan hokeyh. 


Sebab kan we olls nak makan lagi, makanya kena kawal nafsu untuk terus berkenduri durian.


Dari Jelebu, kami meredah lagi jalan ke mana entah yang membawa kami ke Restoran Warisan Terachi. Sebabkan suasana restoran ni ala kampung dengan pemandangan sawah. Jadi kami pun tertarik untuk singgah makan. Sedihnya itik salai dah habis.




Sementara tunggu hidangan makanan yang dipesan siap, kemain masing-masing nak posing bergambar. Memory to be kept katanya, gitchew! 


The food kat sini not bad, sedap dan every dishes ada rasa. Price pun worth it eating here.

Dah kenyang melantak, sesi gossip sambil transfer gambar lah siap tumpang caj henpon bagai. Kami ke Senawang pula untuk tujuan utama dan sebenarnya.


Yeah. Ini adalah yang Encik Chai kita nak makan sangat. Satay Tulang Jelebu yang bertapak depan kedai mamak kat Senawang.


Maybe my tank small, terkemut-kemut walaupun nak habiskan hanya 5 batang cucuk. Rasa dia sedap sebab apa yang semua orang selalu kata kalau kuah dia tak ummpphhhh jadi semuanya spoiled. Puas hati sangat. Harap kengkawan Ty pun suka la sebab dah lama duk sebut nak gi makan kat sini.

Lepas makan, sembang santai sambung gossip dalam perjalanan balik semula ke pangkal jalan menuju Putrajaya.

Alhamdulillah, road trip sambil melantak tak ingat dunia selamat pergi mencekik dan selamat balik. Jom layan short video ni.


Den tumpang jalan-jalan nismilan yo.

27 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen