Wednesday, May 15, 2013

Review Filem : Star Trek Into Darkness

Salam u olls ,

Star Trek Into Darkness? Eh. Bukan akan ditayangkan pada 16 Mei ni ke?

Ha , Patutnya la kan sebab tengok kat poster di panggung macam gitu tapi Ty dah layan awal 5 hari sebelum tarikh sepatutnya kah?
Date : 11 May 2013
Time : 5.30 PM
Venue : GSC Alamanda
Janji filem ni memang gempaq abes la korang. Tak menyesal tengok tambah² berkaca mata 3D.


Sinopsis :
Mengisahkan tentang satu pengembaraan yang paling dan sangat terhebat sepanjang zaman bermulan dengan Star Trek . Menceritakan mengenai kewibawaan dan kecekalan seorang anak kapal muda ; James T.Krik watak yang dilakonkan oleh Chris Pine yang telah berlayar dalam sebuah kapal angkasa tercanggih yang dicipta oleh U.S.S Enterprise dan telah bertarung nyawa dalam sebuah misi untuk menghalang daripada segala kejahatan dan kezaliman daripada sesama ahli militan , dan daripada seorang makhluk yang masih hidup di kalangan spesisnya yang telah lama pupus ; John Harrison @ Khan . Tanggungjawab Kapten Krik berjaya mengharungi segala dugaan dan halangan walaupun sanggup mengadaikan nyawanya sendiri daripada membiarkan seluruh anak kapal lain mati.


Review :
Cerita filem sains fiksyen ni sangat menarik. Jalan cerita pertarungan Kapten Krik yang handsome memang Ty salute , tabik spring habis punya. Kalau di Malaysia macam ni , erk  "no komen". Eh. (ada ke yang sanggup gadia dan korbankan nyawa , nanti difitnah / kaitkan dengan politik je kan?) Selalu juga berangan boleh bawa kereta di ruang udara macam ala - ala dalam filem ni , bajet nak elak dari kesesakan lalu lintas di Malaysia ni. Tapi Ty dan kawan  berpendapat , sempat ke nak hidup di zaman yang serba canggih macam tu. Opss. 

Macam mana Ty rasa tak rugi menonton filem Iron Man 3 lebih kurang macam layan filem ni. Bukan tak sokong filem buatan dari negara sendiri ye , cuma kepuasan pengguna itu hak Ty kan. 

Nanti 16 Mei , terjah panggung taw! Layan filem ni dengan yang tersayang. Hukhuk.

Tuesday, May 14, 2013

Review Novel : Kenapa Aku

Salam u olls ,

Review Novel pula dan sebuah novel yang Ty dah berkurun lama abis baca sebenarnya. Kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk Ty berceloteh - berkongsi - ber'segala-bagai-nya' bersama kengkorang semua dan bersantai di blog ni.
 
trying hard to fixed up my time with my blog back , in sha Allah


Kenapa Aku dari penulis Nuroll Shazlinda Hairul telah menarik minat Ty untuk melabur wang hengget di kedai buku Presint 8 hanya kerana cover nya dan summary jalan cerita yang agak menyentuh hati - jiwa raga dan sesetengah situasi seumpama dengan kehidupan manusia yang masuk di akal fikiran Ty. 

Sinopsis : Tidak ke arah miracle - fairy tales. Mengisahkan ketabahan dan kecekalan seorang anak muda-perempuan-wanita yang terpaksa mengharungi kehidupan yang amat perit setelah pemergiaan ayah tersayang , semuanya berpunca dari ayah tiri nya yang juga merupakan kawan baik ayahnya. Hubungan antara ibunya terlerai kerana dituduh mengoda ayah tirinya namun sebaliknya dia telah diperkosa. Sadisnya ibunya tidak mempercayainya tetapi lebih mempercayai lelaki yang dulunya skandal dan suami sahnya setelah ayah kandung Nia Darlina meninggal dunia. Nia membawa diri dari teman lelakinya kerana malu. Malangnya dia bekerja dengan seorang lelaki tua yang telah mempergunakannya sehingga telah hilang kepercayaan dalam hubungan cintanya bersama kekasihnya. Cekalnya dia untuk membawa diri dan berhenti kerja walaupun khuatir bahan bukti bersama bos itu diugut untuk disebarkan. Dengan hati yang pasrah , Nia bertemu Izhan dan telah bahagia mendirikan rumah tangga dengan sokongan dan dorongan untuk teruskan perjalanan kehidupan Nia.

Menarik kan ? Beli la atau pinjam la untuk baca kisah seorang wanita berani , cekal dan tabah si Nia Darlina.

Review : Sangat menyentuh jiwa dan perasaan Ty , dan akui memang sebak dan air mata ada jua sesetengah ketika membasahi kelompok mata dan pipi Ty , Ty harap dapat jadi sekuat , setabah , secekal watak Nia Darlina untuk harungi segala onak duri liku - liku kehidupan walau apa pun yang telah terjadi. Bagi  Ty , bukan mudah untuk menjadi seperti watak Nia Darlina , sebilangan individu sahaja yang hanya mampu lakukan tanpa dorongan di sekeliling. 

" Walaupun pahit kutelan jua , 
asal kau bahagia."

U olls , apa pun yang terjadi , berjalan lah tanpa henti. Selagi bernafas maka bernyawa la kita , kehidupan harus diteruskan walaupun sering jatuh dan tersungkur. Tidak ada umatNya yang hina di pandangan Nya. Dia sentiasa ada , bila kita sering kali ingat pada Nya.

Guys! Njoy reading this novel yeah! Mesti puas hati punya.

Monday, May 13, 2013

nobody notice





Well guys , 

In LIFE , never take for granted of the real DIAMOND standing right in front of you eyes rather than chasing over the border to get those STONE cause no point of REGRET when it's all over empty left behind.

So , APPRECIATE for once and all.

Wednesday, May 8, 2013

Review Filem : Iron Man #3

Salam u olls ,

Okay , lama menghilang - sibuk dengan urusan kerja , dari ke Kuala Kangsar ke Pulau Pinang dan ke Pulau Pinang lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dan hadir pada hari pengundian pada Ahad lepas. Well , please u olls stop with the GE#13 issues. *bohsan*

Walaupun last two weeks on May , Ty sedang bertugas di negeri sendiri dengan rakan² sekerja yang lain, Ty sempat la bawa mereka jalan - jalan di Penang. In Sha Allah , ada kerajinan yang bakal dipupuk Ty akan update. Kekangan masa atau penat bekerja , tidak menghalang kami untuk layan mid night movie bersama.

Ha memang pulun u olls , Khamis secara officially filem Iron Man #3 ditayangkan di pawangam, keesokkannya kami dah rancang awal dan harus layan juga. Nampak x , gelojoh? Tak menyempat balik Putrajaya je semua , kan? Tapi hampir tak layan filem kebaboom ni di Penang , atlast  menjadi jugak.

Makan malam terakhir dengan team ni di Kapitan , di situ baru diputuskan betul² jadi tengok wayang walaupun tak duduk sebaris.

Review : Tak BEST! Sebab macam dah xakan ada Iron Man #4. Ahaks. Filem yang sangat terbaik dan memang gempaq abis la u olls , walaupun hero tak semestinya sentiasa p-e-r-f-e-c-t tapi watak Tony Shark, very the s-u-p-e-r-b ! Dan juga , watak fake si MANDARIN . Satu panggung memang gelak ketawa , bermakna filem ni tak membohsankan. 

O' yeah! A big thank u to our boss for the dinner & movie treat!! 

U olls , bukti filem ni best giler sesangat ;

          

Ini al kisahnya Ty balik Putrajaya , lepak dengan my auntie dan layan lagi filem citer Iron Man #3 di Wangsa Walk pada Hari Buruh lepas. * eh , Happy Belated Labour Day , Malaysian n u olls * 

Pada sesiapa yang tak tengok lagi , sangat lah rugi. Tapi kalau nak pergi tengok , roger Ty dan belanja Ty sekali erk , eh buleh ke camtu?

Njoy u olls !

Monday, May 6, 2013

Dari Negeri ke Negara Republik

Sedih melihat bangsa Melayu ku sendiri
Yang masih kabur juga buta pandangan
Subhanallah
Amat mengecewakan
Allahuakbar
Celiklah dari godaan iblis
Inginkan sebuah negeri ataupun
Kelaknya sebuah negara republik
Renungkanlah
Penindasan padamu dan tersayang
Adalah pasti.


Moga ukhuwah terbina tidak terputus dan membiarkan Rasulullah menangis melihat ianya terlerai.

posted from Bloggeroid

Thursday, April 18, 2013

Lava Grill Burger , Sri Serdang ft Blogger


Salam u olls , 

Selasa lepas bersamaan 16 April 2013 , Ty dan geng whatsapp aka blogger selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Yeah , melantak time bersama mereka. Walaupun banyak rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi untuk ke destinasi , makan malam kami sememangnya tidak menghampakan.

Kecelaruan identiti berlaku , syukur Alhamdulillah , semuanya selamat. Walaupun ditinggalkan gara² Najeeb yang lewat atas urusan pejabat dan tidak lupa juga yang jauh ketinggalan di belakang , my mama & papa - Kak Sue Izza & Abang Eddy. 

Korang , sorry cheq drive serupa pelumba F1.

Alkisahnya , dulu nya tauke Lava Grill Burger bertapak di sebuah restoran mamak ; Restoran Bismillah di Serdang juga tapi dengan perkembangan perniagaan yang meluas dan bertambah maju , Mamu Razman telah  membuka cawangan dan restorannya sendiri di Sri Serdang berhampiran dengan Balai Polis dan Pusat Pakaian Hari - Hari. Dekat juga dengan SK Sri Serdang.

Siapa yang familiar dengan area ni , dan suka melepak area ni , Ty rasa landmark yang senang korang nak agak port Lava Grill Burger beroperasi adalah berhampiran dengan Restoran Maulana, Serdang.

Seperti di enrty lama , memang superb marvelous yummeyh. Meh reramai terliur dengan gambar² pula. Eh..

Lava Double Beef Cheese + Fun Fries
(bukan French Fries ke?)

Antara burger we olls , u olls!

Lava Single Chicken Super Cheezy
- Unbelievable Qaseh yang kurus kering melidi boleh habiskan her portion , but mine , abang Eddy yang habiskan. - 

Isi Ayam yang di - grill - kan

Simple menu


Najeeb snap this ; while the preparation - grill it not burn it.

Camwhore is a MUST ! Ye la kan , sementara chef² meng-grill daging lembu & kambing juga ayam kami semua , semua sibuk dengan gadjet masing² selain melayan si ciut miut Qhaliff. 

i HEART 'em

Hor ni , semua dah berpunya belaka , adop chance.
Ahaks.

 Harus lah CUTE , Qaseh and u olls.
xpayah nak wek wek sangat , ingat lu baguih sangat ke? 
Opppsss.

Di hadapan restoran : Sebelum balik ; bergambar lagi . 
Thank You Mamu tolong snap pic we olls.

Buat u olls , singgah la ke restoran Mamu Razman - Lava Grill Burger dan nikmatilah sendiri semua hidangan yang disediakan  , bukan sahaja burger bakar / grill tetapi menu baru seperti western food pun ada ; Lamb Chop , Fillet Steak , Chicken Chop , Fish & Chips dsb. Pasti terangkat punya. Seperti tagline nya ; "Alang² Makan Biar Puas". Gitew u olls , 

Singgah hokayh u olls !

Alamat : 
Restoran Lava Grill Burger,
No. 15-1, Jalan 18/33A,
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...