Hotel Puri Pujangga Memgimbau Memori Studio Jalan Ampas Sempena Ramadhan 2018

12:40 PM Yanty Lee 22 Comments


Salam uolls , 

Kembali lagi Ty selepas berhempas pulas dengan pelbagai onar duri menjalani kehidupan , kekangan dengan urusan kerja di pejabat juga kerja blog dengan percutian sambil bekerja.

Sedar tak sedar , tinggal beberapa hari lagi sahaja bagi umat sejagat yang beragama Islam akan menyambut bulan suci yang mulia - Ramadhan Al-Mubarak. Dan pastinya ramai di luar sana sudah pun membuat pelbagai persediaan dan persiapan agar bulan Ramadhan ini nanti bakal diraikan dengan gembira walaupun bersederhana. 

Persiapan majlis berbuka puasa juga pastinya menjadi antara slot yang akan dilaksanakan terutama bagi sesi berbuka puasa di kalangan golongan korporat , reunion bersama sahabat handal malah juga buat seisi keluarga.


MEMORI STUDIO JALAN AMPAS
Tahun ini , Hotel Puri Pujangga ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa bertemakan "Memori Studio Jalan Ampas" yang bakal membuat pengunjung nanti mengimbau kembali kegemilangan era perfileman Melayu yang pernah suatu ketika dahulu merupakan nadi kepada industri filem tanah air.

Sudahpun nak mengetengahkan berkaitan nostalgia filem Melayu , semestinya menu juadah lebih kepada makaanan tempatan walaupunbagaimanapun , menu makanan antarabangsa juga dihidangkan.

Menu Berbuka Puasa Hotel Puri Pujangga
Menu "Asam Pedas Claypot" adalah menjadi menu hidangan yang dihidangkan secara panas - panas. Menu ini disediakan oleh Chef Zahir - Sous Chef Hotel Puri Pujangga sendiri kerana mendapat permintaan tinggi daripada para pelanggan.


Antara menu lain yang disediakan ;





Kambing Panggang

Pembuka selera - Appertizer gitu , terdiri daripada pelbagai jenis kerabu , ulam-ulaman , gado-gado , tauhu sumbat , tauhu bakar , pelabgai jenis acar serta ada sudur "Salad Counter" yang menghidangkan pelbagai jenis makanan khasiat .




Juadah manisan juga ada , banyak jenis kuih-muih tradisional yang boleh bua uolls jadi rambang mata.

Puding Butter Bread




Di kaunter minuman , air yang dihidangkan adalah Air Kurma , Air Bandung , Air Soya , Air Jagung , Air Tebu  , Iced Lemon Tea , Nescafe Tarik dan Teh Tarik.



Apam ! Sedap - Crispy



Ha banyak kan makanan yang ada, kenyang makan nanti. Memang siapa kuat makan puas hati uolls. Boleh kenyang sampai ke sahur nanti ni.

Harga Pakej Berbuka Puasa Di Hotel Puri Pujangga , UKM
- Dewasa : RM70/-
- Kanak -kanak : RM35/- (6-12 tahun ke atas)
- Percuma bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.
- Baucer dijual pada harga RM60/-.




Untuk makluman uolls , Begonia Coffee House akan menghidangkan menu yang berbeza pada setiap hari dalam seminggu. Dan sepanjang bulan Ramadhan untuk menu buffet berbuka puasa akan mula beroperasi daripada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Pakej berbuka sempena bulan Ramadhan ini akan bermula pada 19 Mei hingga 13 Jun 2018.

Surau juga ada untuk mereka yang ingin menunaikan solat , sekiranya nak menunaikan solat terawih uolls boleh ke masjid UKM yang berdekatan.

Ummar Miqael thumbs up tu , sedap la gamaknya kan

22 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen