Hotel Puri Pujangga Memgimbau Memori Studio Jalan Ampas Sempena Ramadhan 2018

12:40 PM Yanty Lee 22 Comments


Salam uolls , 

Kembali lagi Ty selepas berhempas pulas dengan pelbagai onar duri menjalani kehidupan , kekangan dengan urusan kerja di pejabat juga kerja blog dengan percutian sambil bekerja.

Sedar tak sedar , tinggal beberapa hari lagi sahaja bagi umat sejagat yang beragama Islam akan menyambut bulan suci yang mulia - Ramadhan Al-Mubarak. Dan pastinya ramai di luar sana sudah pun membuat pelbagai persediaan dan persiapan agar bulan Ramadhan ini nanti bakal diraikan dengan gembira walaupun bersederhana. 

Persiapan majlis berbuka puasa juga pastinya menjadi antara slot yang akan dilaksanakan terutama bagi sesi berbuka puasa di kalangan golongan korporat , reunion bersama sahabat handal malah juga buat seisi keluarga.


MEMORI STUDIO JALAN AMPAS
Tahun ini , Hotel Puri Pujangga ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa bertemakan "Memori Studio Jalan Ampas" yang bakal membuat pengunjung nanti mengimbau kembali kegemilangan era perfileman Melayu yang pernah suatu ketika dahulu merupakan nadi kepada industri filem tanah air.

Sudahpun nak mengetengahkan berkaitan nostalgia filem Melayu , semestinya menu juadah lebih kepada makaanan tempatan walaupunbagaimanapun , menu makanan antarabangsa juga dihidangkan.

Menu Berbuka Puasa Hotel Puri Pujangga
Menu "Asam Pedas Claypot" adalah menjadi menu hidangan yang dihidangkan secara panas - panas. Menu ini disediakan oleh Chef Zahir - Sous Chef Hotel Puri Pujangga sendiri kerana mendapat permintaan tinggi daripada para pelanggan.


Antara menu lain yang disediakan ;





Kambing Panggang

Pembuka selera - Appertizer gitu , terdiri daripada pelbagai jenis kerabu , ulam-ulaman , gado-gado , tauhu sumbat , tauhu bakar , pelabgai jenis acar serta ada sudur "Salad Counter" yang menghidangkan pelbagai jenis makanan khasiat .




Juadah manisan juga ada , banyak jenis kuih-muih tradisional yang boleh bua uolls jadi rambang mata.

Puding Butter Bread




Di kaunter minuman , air yang dihidangkan adalah Air Kurma , Air Bandung , Air Soya , Air Jagung , Air Tebu  , Iced Lemon Tea , Nescafe Tarik dan Teh Tarik.



Apam ! Sedap - Crispy



Ha banyak kan makanan yang ada, kenyang makan nanti. Memang siapa kuat makan puas hati uolls. Boleh kenyang sampai ke sahur nanti ni.

Harga Pakej Berbuka Puasa Di Hotel Puri Pujangga , UKM
- Dewasa : RM70/-
- Kanak -kanak : RM35/- (6-12 tahun ke atas)
- Percuma bagi kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah.
- Baucer dijual pada harga RM60/-.




Untuk makluman uolls , Begonia Coffee House akan menghidangkan menu yang berbeza pada setiap hari dalam seminggu. Dan sepanjang bulan Ramadhan untuk menu buffet berbuka puasa akan mula beroperasi daripada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Pakej berbuka sempena bulan Ramadhan ini akan bermula pada 19 Mei hingga 13 Jun 2018.

Surau juga ada untuk mereka yang ingin menunaikan solat , sekiranya nak menunaikan solat terawih uolls boleh ke masjid UKM yang berdekatan.

Ummar Miqael thumbs up tu , sedap la gamaknya kan

22 comments:

  1. Wahhhh macam-macam ada ya. Asam pedas daging tetel tu jarang jumpa di buffet-buffet ramadhan yg lain. Dan paling best, apam balik dia. Sedap sangat !!

    ReplyDelete
  2. banyak juga menu yang di tawarkan tu. semua masakan yang sebati dengan rakyat malaysia. berbaloi dengan harga nya. paling best sebab budak bawah 6 tahun free. hehe

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya banyak menu masakan melayu yang kena dengan tekak ni. Menjejes air liur tengok. Asam pedas tetel favourie suami, orang Melaka.

    ReplyDelete
  4. Banyak juga pilihan walaupun setahu akak hotel ni tak besar sangat. Memang kena dengan tekak hidangan mereka ni. Kalau nak terjah sini pun tak jauh sangat. Hehe. Haus Boom tu pernah rasa airnya tapi tak ingat air apa....comelnya design gerai Haus Boom tu.

    ReplyDelete
  5. Omg, the food look so tempting. Especially the curry and Rendang. So nice to eat with a hot rice. The grill lamb looks juicy.

    ReplyDelete
  6. Wow smua makanan memang nampak sangat sedap dan menarik. Kena letak dalam list untuk buka puasa bulan ramadhan ni

    ReplyDelete
  7. kalau yg suka filem p ramlee tu sesuai sgt buka puasa kat sini. nama pun dah jalan ampas. makanan nampak sedap siap ada apam balik. fav tu!

    ReplyDelete
  8. Temanjln studio ampas tu menarikla. Cam inik. Pilihan makanan dkt sini not bad. Banyak giler semua nmpk sedap pulak tu

    ReplyDelete
  9. Baca je tema Memori Studio Jalan Ampas terus terbayang filem-filem yang tak lapuk dek zaman. Harga pakej berbuka puasa pun tak mahal. Menu pula membuka selera. Nak nak serawa durian tu.

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi sampai ke tempat ni...mesti mengamit kenangan filem2 dolu2 kalau ke sana..
    Tengok makanan dia pun tak menghampakan. Bolehlah nanti sis masukkan dalam list tempat berbuka puasa tahun ni

    ReplyDelete
  11. Sedapnya ty lagi puding butter bread tu nampak terliur. Ulam-ulaman pun segar ni yang tambah selera nak makan. Ada apom balik lagi. Bestnya buffet ramadan kat sini.

    ReplyDelete
  12. Wah banyaknya menu di sini. Terliur ika melihatnya. Nk la try berbuka di sini.

    ReplyDelete
  13. Asam Pedas Claypot yummy nih buat menu buka pausa nanti. Selain menggoda selera bisa juga membuat lidah bergoyang hehee.

    ReplyDelete
  14. dalam banyak-banyak menu kat atas tu, TB teringin sangat nak makan asam pedas claypot tu sebab TB suka asam pedas.. hehe.. puding butter bread tu pun nyum2.. my favourite. nanti boleh lah ajak family pi sini

    ReplyDelete
  15. baca blog kakty ni pagi2 buta dan keadaan super lapar memang buat ainy terbayang2lah asam pedas tu. kejam sangat pulak rasa entry ni. mana nak carik assm pedas awal pagi ni kakty. 😭 apa pun menu buffet ramadhan dia banyak giler (baca: boleh rambang mata nak pilih) tapi harga rm70 je. kira murahlahhh.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya asam pedas ! Pagi2 baca entry ni terliur je tengok.banyak juga pilihan makanan dia.kalau berbuka kat sini nanti confirm tak tau nak pilih mana satu

    ReplyDelete
  17. Wuwuuu memacam ada, bukannya nak cover dah tyyyy punya blogpost. Aduhh rm 70 je, dah la banyak food ni. Murah tuuu. Nanti kalau ke arah sana, boleh la berbuka di sana. Asam pedas here i come!

    ReplyDelete
  18. pura cendanan...pura cendana...pura cendana negeri aman sentosa...pura cendana....ahaii negeri aman sentosaaa..

    ReplyDelete
  19. Best juga tempat, makanana pun banyak jenis and looks sedap. And their price also reasonable less than RM100 ok la kan.

    ReplyDelete
  20. Oh... Never thought of this place. Can propose to my clients now to face buka Puasa here.. Ramadan month is truly a holy month blessed with loads of food ya...

    ReplyDelete
  21. awat min ternyanyi gaya sharifah sakinah bila baca komen ajeeb tuuu

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen