Raikan Hari Bahagia Di The Ballroom , MAHSA University

9:59 AM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls,

Buat pembaca blog Ty yang mana bakal ke jinjang pelamin nanti tapi masih mencari - cari tempat untuk disewa bagi meraikan hari bahagia bersama tetamu yang akan memeriahkan ketika majlis berlangsung kelak. Meh baca entri Ty ni sampai habis sebabnya Ty nak kongsikan satu tempat yang mana cantik dan selesa juga menyediakan pelbagai pakej untuk menjayakan majlis uolls tu nanti.



THE BALLROOM , MAHSA UNIVERSITY


- Sebuah dewan banquet yang sangat tersergam indah dengan hiasan yang cantik. Reka bentuk pada siling sangat bergaya yang mana mempunyai 6 buah chandeliers dengan lampu LED yang mana dikendalikan dengan remote control untuk menjadikan suasana acara lebih nampak glam. Juga mempunyai ruang yang sangat unik dengan siling kaca dan indoor garden - menjadikan ruang disediakan mempunyai pelbagai fungsi. Dewan banquet ini boleh memuatkan hampir 80 gaya jamuan banquet yang selesa serta dilengkapi sepenuhnya dengan kelengkapan seperti Skrin 4K LED dan sistem audio visual. Juga disediakan bilik ruang menunggu VIP , bilik persalinan dan ruang majlis.


SPEKSIFAKSI MENGENAI "THE BALLROOM"
- Saiz : 15,500 square feet
- Pentas : 58' x 32' x 3'2" (P X L X T)



- Kapasiti : 800 - 1000 orang (meja bulat) / 2,000 orang (teater)




- Ruang Tempat Letak Kereta : 700 lot
- LED Screen : 9,416mm x 4,424mm x 150mm
                         Pixel Pitch P3
                         4k Resolution : 3,072 x 1,408
                         2 Side Screens : 4,738mm x 2,626mm x 150mm
                         Pixel  Pich P3 , Resolution: 1,536 x 823
- Sound systen : State of the art 10 units line array speakers , 32 track digital mixer with built in effects and 16 track digital stage box.



- Lighting : 12x multicolor LED Par Can , 8x 15W LED Zoom Wash, 4x 5R Sharpie Beam , 1x Mini Pearl Lighting Controller
- Bilik ruang menunggu VVIP
- 2 VIP Parlours
- Bilik fungsi bersebelahan


Bilik persalinan ini akan dilengkapi lagi dengan cermin bagi memudahkan bakal pengantin untuk bersiap.



- Pakej Perkahwinan
- Bilik Conference Media

The Ballroom ini sangat sesuai untuk majlis perkahwinan dan sambutan majlis istimewa lain seperti persembahan teater dan banyak lagi.




Jadi Ty syorkan buat uolls yang nak majlis ekslusif dan tampak mewah , sangatlah recommended untuk dapatkan perkhidmatan dari MAHSA ini.

Untuk maklumat lebih lanjut ;
Facebook : https://www.facebook.com/mahsaevents/
Website : https://mahsaevents.com/
No.Tel : 03-51022233 / 010-9033709
E-mel : [email protected]
Lokasi The Ballroom : MAHSA Sports Complex , MAHSA Universtiy , Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra
(Dari highway boleh nampak MAHSA University ; ianya bertentangan dengan City-Link Express)

#mahsaevents #mahsauniversity #mahsabemore #mahsalaunchparty #eventspacekl #eventspacemalaysia  #eventspaceselangor

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

KONSEP KHAZANAH MASAKAN MALAYSIA MENU BUKA PUASA DI BEST WESTERN , i-CITY BERSAMA ALADDIN

5:12 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls,

Tinggal lagi 70± hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan mulia , bulan Ramadhan untuk tahun 2019. Dan tidak kurang hebatnya ada yang dah pun mulakan menempah baju raya mahupun membuat persiapan lebih awal.

Begitu juga dengan hotel / restoran makan yang ada menawarkan promosi berbuka puasa pun sudah mula mewar-warkan pemasaran masing - masing.


BEST WESTERN , i-CITY
Sepanjang bulan Ramadhan ini nanti , Best Western i-City akan sajikan hampir 160 menu masakan Malaysia buat para tetamu bermula dari 6 Mei  hingga 3 Jun nanti. 

160 HIDANGAN BERBUKA PUASA 
Meh tengok antara menu yang ada bagi juadah berbuka puasa nanti dan pastinya juadah berbuka puasa ini menjanjikan masakan yang sedap belaka kepada para tetamu.



Selain hidangan makanan berat , juga dihidangan makanan dan kudapan ringan bagi pencuci mulut.


Dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia , buah - buahan tempatan juga ada disediakan terutamanya raja segala buah - DURIAN.


RUANG MAKAN

Tetamu boleh memilih untuk makan di dalam restoran berhawa dingin mahupun santai di kawasan luar yang lebih terbuka di mana terletaknya hampir 13 gerai yang menyajikan masakan secara langsung terus ke pinggang mangkuk  juga ruang untuk mereka yang ingin menikmati buah durian tadi. Buat mereka yang bersantai di luar dapatlah menikmati cahaya lampu dari kawasan i-City ketika waktu malam.


Di lobi hotel ini terdapat "Rumah Melayu" yang kecil, yang mana pasti dapa membuat tetamu mengimbau kembali ke kenangan zaman kanak-kanak mereka. Pelita, buluh dan lemang di atas "api" sementara dijadikan hiasan  bagi menggambarkan pemandangan suasana "Kampung Melayu". Langsir di siling dan juga di The View Cafeadds  pula dihias kepada beberapa sentuhan Arab sama.

Untuk menambah keseronokan, akan ada hadiah cabutan bertuah yang akan dimenangi setiap hari, termasuk baucer hi-teh, diskaun bilik, penginapan hotel dan banyak lagi hadiah menarik daripada rakan kongsi kami.


Special Bird Early & Tempahan
Aladdin & The Malaysian Treasures Ramadhan Buffet berharga RM119 nett setiap orang dewasa. Kanak-kanak / Warga Emas pada RM69nett. Beli baucar early bird kami mulai 13 Mac hingga 30 April 2019 pada kadar istimewa RM99nett bagi setiap orang dewasa. Percuma 1 untuk setiap 9 orang dewasa yang membayar.

Untuk menempah tempat duduk anda untuk bufet yang lazat, sila hubungi 03-5521900 atau e-mel ke [email protected]. Untuk tempahan kumpulan, sila hubungi pasukan jualan kami di [email protected].

Dan bagi yang nanti nak membeli belah persiapan untuk Hari Raya juga boleh ke pusat membeli -belah yang baru dibuka berdekatan dengan hotel ini - i-City Central.



0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen