KINI LEBIH JIMAT DENGAN ezbuy PRIME MEMBERSHIP

5:07 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls , di zaman era yang sangat moden dengan teknologi serba boleh yang ada di atas talian termasuklah perniagaan dan pelbagai perkhidmatan dapat memudahkan orang ramai untuk berurusan untuk individu sendiri. Dan kali ni , Ty nak kongsi mengenai satu platform membeli belah dalam talian (online) iaitu ezbuy.



APA ITU ezbuy
ezbuy ialah sebuah lagi platform membeli belah dalam talian seperti platform – platform yang sediada sepertimana pembaca uolls tahu. Menariknya ezbuy  juga mempunyai cara tersendiri dalam menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna di samping membuat pembelian. Semestinya ezbuy akan memberi perhidmatan yang terbaik kepada pembeli. Dan kini ezbut memperkenalkan dan menawarkan penjimatan yang lebih jimat kepada pengguna dan pembeli mereka dengan mendaftar “PRIME MEMBER SERVICE”. Penghantaran melalui kapal dari luar negara dan dalam negara juga ezbuy menjaminkan adalah dengan perkhidmatan terbaik sekaligus ezbuy telah memberi harga terendah di antara platform online  sedia ada. Buat masa ini, ezbuy mengkhususkan jualan barangan dari China, Taiwan, USA, Korea dan juga dari Malaysia sendiri. Terdapat pelbagai barangan jualan seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, kasut, beg & aksesori, produk kecantikan & kesihatan, peralatan rumah & dapur dan sebagainya. Perkara yang menjadi persoalan, bila membeli barangan yang besar dan jauh ialah kos penghantaran antarabangsa (international shipping). Oleh itu, ezbuy telah memperkenalkan perkhidmatan PRIME (prime service) buat pelanggan mereka.

PRIME MEMBER SERVICE

Ia adalah sebuah program keahilian yang mana membolehkan pembeli untuk membuat pembelian secara pukal dan hanya perlu membayar dengan harga RM8.80 sahaja. Pembelian yang dibuat adalah tidak mengira saiz dan berat bungkusan tersebut.

Untuk menjadi ahli PRIME Member Service ini , secara automatik pengguna telah melanggan dan membayar langganan tahunan berharga RM188 yang mana perkhidmatan adalah aktif selama setahun. Terdapat juga tempoh percubaan bagi pengguna untuk menguji perkhidmatan ini dalam tempoh 5 hari yang berharga RM18.80.


Ini sebenarnya membolehkan pengguna untuk benar – benar mencuba terlebih dahulu dan melihat sama ada perkhidmatan ini adalah berbaloi atau tidak bagi urusan penghantaran barangan import menggunakan perkhidmatan ezbuy Malaysia.

MURAH DAN BERBALOI kan? 

Untuk pendaftaran , uolls hanya perlu klik pada tab “Prime pada status bar dan boleh mula mencari barangan untuk di beli kerana hampir 4 juta barangan ada dalam  tab “Prime Wishlist”.

Kelebihan menjadi salah satu ahli PRIME Membership Service ini ialah ;

- Ahli PRIME boleh menukar barangan yang tidak ada di dalam senarai PRIME kepada status PRIME
- Tiada yuran agen dikenakan


Anggaran masa ketibaan (ETA) untuk pengguna yang menggunakan keahlian Prime ialah diantara 3-5 hari dan 16-22 hari untuk barangan yang besar dan secara pukal.


Berikut merupakan kajian kes untuk contoh pembelian barangan menggunakan keahlian Prime dan pembelian biasa (ezbuy). Caj kos penghantaran antarabangsa yang dikenakan adalah RM8.80 (flat rate) tidak kira berapa berat, saiz dan kuantiti barangan yang dibeli. Walaupun membeli barangan secara pukal dan pelbagai jenis, cuma RM8.80 sahaja dikenakan.

- Ada 3 jenis kategori keahlian PRIME boleh di pilih ;

Okay uolls , bagi yang belum mendafatar akaun ezbuy jangan tunggu – tunggu lagi. Daftar sekarang dan dapatkan baucer tunai RM15 dan tambahan potongan diskaun sehingga 15% penghantaran (shipping).

Kilk pada banner untuk terus daftar.

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut , pengguna boleh mendapat makluman dan tunjuk ajar secara esklusif melalu livechat  yang semestinya amat memudahkan. Korang perlukan bantuan , pasti dapat dibantu hanya chat sahaja dengan operator ezbuy.


Berita gembira bagi yang ingin membeli belah secara atas talian kerana ada SALE yang sedang berlangsung bermula 3 – 12 Disember. It’s YEAR END SALE 12.12 uolls! Jadi jangan tunggu lelama lagi nanti terlepas pula peluang yang gempak habis ni.

Klik pada banner untuk rebut peluang shopping sakan di YES 12.12

ezbuy 12.12 ini pastinya membuat uolls tak tentu arah bukan sahaja banyak barangan yang ada dengan  harga murah , malah penghantaran juga adalah PERCUMA. Pembeli juga boleh memenangi hadiah berbentuk baucer dengan permainan yang disediakan yang mana uolls perlu ada eCoin terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Uolls juga boleh memenangi RM44 baucer tunai.

MENARIK tak? Jadi tunggu apa jom serbu website ezbuy sekarang - https://ezbuy.my/ .

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Jatuh Cinta Dengan Mirelle Beauty Brightening Serum Dan DD Cushion

12:18 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam uolls ,

Uolls! Pernah tak dengar pasal satu produk yang femes di kalangan penggunanya di social media iaitu Mirelle Beauty keluaran Hawa Skin Care. Ty baru saja cuba pakai 2 produk yang sangat awesome. Bila apply pada muka , tak terasa macam ada make - up pun pada muka sebab ringan dan tak melekit atau berminyak pun.

2 Produk yang Ty sedang gunakan sekarang ialah ;
-  Brightening Serum 
-  DD Cushion

Brightening Serum
Mirelle Beauty Brightening Serum 15ml - RM50.00
(New Arrival ada harga promosi RM45.00)

Keistimewaan Brightening Serum
- Membantu mencerahkan kulit wajah
- Membantu mengatasi maslaah kulit kusam
- Membantu memudarkan parut jerawat
- Membantu mengatasi masalah kulit kering
- Menganjalkan kulit 
- Anti penuaan
- Bebas dari bahan kimia terlarang
- Sangat ringan pada wajah
- Diperkaya dengan ekstrak bunga sakura dan aloe vera
- Diluluskan oleh KKM


Picit satu dua titik sahaja dah boleh tempek menyeluruhkan muka dan nak anjalkan lagi buatlah urutan pada muka uolls tu. Sungguh Ty katakan baunya wangi dan tesktur serum ini tidak berminyak dan tidak melekit. Terasa segar muka dan ringn.

DD Cushion
Mirrele Beauty DD Cushion 15g - RM75.00

Bagi mereka yang muka ada cela dengan DD Cushion ini pastinya dapat menutupi segala masalah pada raut wajah. It's Full Coverage! Sangat mudah , "dap..dap...dap" aje , dah siap.  DD Cushion ini pun tak berminyak dan ringan , seperti tak make up pula rasa. Sesuai sangat untuk orang yang sibuk bekerja macam Ty nak kejarkan masa dan paling best ianya mesra wuduk.

MUDAH - hanya press cushion dan "dap" pada muka

Keistimewaan Mirelle Beauty DD Cushion
- Krim pelindung dengan SPF50++ yang melindungi wajah 99% dari sinaran UV merbahaya.
- Ia sesuai untuk kulit kering, normal, kombinasi dan sensitif.
- Mengecilkan liang pori
- Mencerahkan kulit cepat
- Bertindak sebagai anti penuaan
- Meratakan tona warna kulit
- Melindungi kulit daripada persekitaran yang tercemar
- Meredakan radang/cela
- Mengurangkan minyak pada wajah
- Tahan lama sehingga 8 jam
- Menganjalkan kulit
- Mengurangkan garis-garis halus
- Full Coverage 100%
- Rasa sangat ringan pada wajah
- Bauan yang sangat wangi seperti bedak bayi
- Mesra wudhuk
- Halal & diluluskan oleh KKM
- Mempunyai bahan semulajadi seperti Pati Mulberi & Minyak Argan

DD Cushion ini ada 2 kod tona warna ;

JATUH CINTA sungguh Ty dengan produk keluaran Hawa Skin Care ni. Selain dapat tampil cantik , produk - produk yang ada juga dapat membantu untuk merawat kulit secara tidak langsung. Ty pasti bagi mereka yang sekali cuba pasti akan terpaut hati dengan produk ini.

Ty selepas guna Brigthening Serum & DD Cushion

Oh ya ! Buat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk - produk yang sedia ada , boleh lah mendapatkan maklumat , testimoni dan info lain di : -
Website : www.hawaskincare.com.my
Instagram : @mirellebeautyofficial
Facebook : Hawa Skincare Malaysia
Youtube : Hawa skincare Malaysia
Whatsapp : +0193959774
Alamat HQ : No.ACG-25 , Jalan Plumbum AC7/AC6 , Pusat Komersial Seksyen 7 , 40000 Shah Alam , Selangor.

Jangan lupa dapatkan korang punya tau!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SASUKE PREMIUM OUTLET Bersama Pelawak Terkenal Tanah Air Membantu Pesakit Eczema Kronik

7:49 PM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls,

Ty dikeliling rakan sekerja yang banyak berkongsi isu - isu semasa. Terutamanya mereka yang sudah berkahwin. Ada rakan Ty ni terpaksa cuti separuh gaji untuk menjaga anaknya yang belum mencecah umur setahun kerana menghidap penyakit eczema. Alhamdulillah, semakin pulih. Dan dari dia juga Ty la dapat tahu mengenai dua orang adik beradik ini yang menghidap eczema kronik iaitu Naylasafya (2 tahun) dan Naylsafiy (8 bulan)


Dan kali ni Ty dapat berita yang pihak SASUKE PREMIUM OUTLET bersama - sama dengan pelawak terkenal tanah air kita, Tauke dan Man Rajalawak telah pun turun padang untuk melawat juga memberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga adik beradik yang menghidap eczema ini.



Sedih nya Ty tengok keadaan dua beradik ni, apa yang boleh Ty buat ialah doakan agar adik beradik ini cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan harian seperti kanak-kanak yang lain. Ty juga pasti rakyat Malaysia doakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga.

Sepertimana pihak SASUKE dan pelawak Tauke dan Man yang menghulurkan bantuan kepada mereka ini bagi mereka di luar sana juga boleh membantu dan memberi sumbangan dan moral support kepada mereka. 


Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun ini :



1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Berbaloi Singapura Tour Package Dengan Traveloka

7:00 AM Yanty Lee 8 Comments


Salam uolls,

Tak lama saja lagi kita bakal ke penghujung tahun dan musim sekolah yang panjang juga bakal bermula. Sudah semestinya akan menjadi satu amalan buat mereka yang telah bekerja bertungkus lumus sepanjang tahun untuk capai target company atau mungkin reward pada diri sendiri mahupun bersama orang tersayang untuk merehatkan badan dan minda dari segala kekusutan dengan pergi bercuti. Dan Ty percaya , rata - rata majikan di luar sana juga mungkin akan adakan program seperti "Family Day" dan sebagainya. Jadi sudah bercadang ke nak ke mana ke , uolls?

Bonding time !


Like myself , kengkawan di opis dah berkali - kali ajak ke Singapura. Nak ke USS katanya tapi sepanjang tahun kami teramatlah sibuk , maklumlah di bahagian operasi. Katanya selepas shut down nanti iaitu menjelang pertengahan bulan November hingga hujung tahun perancangannya. Walaupun semakin banyak sumber dan platform yang semakin banyak dan tular di media sosial dengan perkongsian mengenai pelbagai pakej percutian , Ty tetap juga singgah di TRAVELOKA untuk mendapatkan maklumat percutian untuk kami.

Menariknya , laman web Traveloka semakin menarik! Bukan sebab ada promosi yang menarik dan berbaloi sahaja tetapi fungsi - fungsi pilihan juga kemas dan mudah untuk pengguna. Antara fungsi terbaru ialah Combo Flight + Hotel.


Tambahan fungsi ini amat memudahkan pengguna yang mencari tiket kapal terbang bersekali dengan tempahan bilik hotel. 2 dalam 1 fungsinya , mudah sungguh nak pergi bercuti , kan?


Pakej combo flight + hotel juga boleh membantu pengguna untuk membuat di antara 4 pilihan ; 
  • - Lowest Price
  • - Highest Price
  • - Review Score
  • - Highest Popularity
Dengan adanya pilihan ini , bagi mereka yang inginkan percutian bajet boleh mulakan dengan survey  di pilihan "Lowest Price" malah pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lebih terperinci di pilihan "Review Score".


Apa yang menarik perhatian Ty ialah kita sebagai bakal pelancong boleh membuat pilihan untuk menukar pilihan bilik di tab "Change Room" dan juga menukar masa penerbangan pilihan di tab "Change Room". Bermakna di sini , kita tidak akan terikat dengan ketetapan yang telah ditetapkan.

CARA - CARA TEMPAHAN
1. Buka web Traveloka dan klik pada tab di combo Flight + Hotel.
Buat pilihan dan klik pada butang "Select".

2. Semak dan buat pilihan yang diinginkan terlebih dahulu sebelum klik pada butang "Continue to Booking".

3. Isi butiran yang diperlukan dengan lengkap dan klik pada butang "Continue" dan bila semua butiran lengkap klik pada butang "Yes, Continue to Payment". 

4. Pilihan bayaran boleh dipilih. Kaedah yang paling menarik perhatian Ty sebagai pengguna setia Maybank ialah "Credit/Debit Card" . Sebab ada 0% Installment weyh! Apapun tertakluk kepada terma dan syarat.


COOL KAN?

Kiranya boleh pergi bercuti sambil kita juga boleh berjimat sesangat dah ni uolls! Pakej combo flight + hotel lepas tu ada pula opiton 0% installment. Pergh , menarik teramat! Sambil bercuti boleh berjimat, boleh la spend semasa bercuti nanti. 


Tengok ni uolls, Traveloka adakan promosi memang jimat habis sekarang ni. Up to RM70 Off tu. Dan jangan pula untuk dapat potongan hampir 15% Off ini dengan memasuki code 'TWOGETHER'. Barulah percutian uolls lagi jimat dan berbaloi.


Okay , Traveloka ini pun banyak membantu pengguna yang bakal pergi melancong dan bercuti untuk mendapat maklumat sangat terperinci tentang sesuatu destinasi yang akan dikunjungi nanti. Contohnya , andainya kata uolls yang tak pernah ke Singapura lagi dan tidak tahu apa yang menarik di sana juga apa aktiviti untuk di buat sepanjang percutian , uolls boleh study terlebih dahulu.



MUDAH KAN? SEMUANYA ADA DI TRAVELOKA !
Jadi uolls tunggu apa lagi uolls? Jomlah ikut Ty juga pergi bercuti ke Singapura dengan Traveloka , sebab tengah ada promosi Singapore Tour Packages yang sangat menarik sedang berlangsung yang pastinya uolls nanti-nantikan. Jumpa uolls di Singapura!

Jangan lupa install aplikasi Traveloka melalui Google Store dan tunggu juga kemunculannya di iOS tidak lama lagi!

8 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kurus Dan Cerah Serentak Dengan SW NEXLO

12:30 AM Yanty Lee 6 Comments


Salam uolls,

Ini sekadar perkongsian Ty yang sendiri consume produk SW NEXLO™ yang berperisa Coffee Choc. Dan hanya dalam tempoh 3- 4 hari selepas Ty consume dengan mengamalkan satu sachet pada setiap pagi / setiap hari. Sudah ada yang bertegur Ty semakin cerah. Terus terang Ty katakan , Ty sangat terkejut sebabnya setiap perubahan pada diri kita tidak semua kita nampak dengan sendiri tapi orang disekeliling kita yang akan perasan.

SEDAP Weyh!

Ty akui , Ty memang seorang yang sukar untuk melawas , sejak mengambil SW Nexlo™ setiap pagi sebelum makan sarapan. Ty sangat mudah ke tandas dan terasa badan semakin ringan. Ty juga mudah rasa kenyang , sekadar makan small portion dan waktu malam jarang makan berat cuma menjamah sedikit sahaja kadang - kadang.

Kalau nak kata Ty kurus mendadak tu Ty rasa tidak la juga , tapi Ty ada la turun 1-2 kg untuk tempoh sehari dua. Ini sangat impress Ty dengan SW Nexlo™. Well gemuk orang lain tak semua yang sama , ada yang gemuk lemak , gemuk air , gemuk angin dan gemuk daging.


Buat korang di luar sana yang nak kurus dan putih serentak , meh Ty syorkan cuba dapatkan SW NEXLO™ dengan agen / stokis berdekatan. Kenapa Ty syorkan kepada korang , ini sebab - sebabnya ;

KELEBIHAN SW NEXLO
- Membantu membakar lemak degil
- Membantu mengawal selera makan
- Membantu memberi sumber tenaga
- Membantu mengawal tahap kolestrol & gula dalam badan
- Membantu mencegah jerawat dan kulit berminyak
- Membantu mencerahkan dan melembapkan kulit
- Memberikan kolagen sihat kepada kulit
- Membantu memudarkan parut luka dan jerawat
- Membantu menguatkan sistem imunisasi
- Melancarkan sistem perkumuhan tanpa sembelit dan cirit - birit
- Sesuai untuk lelaki dan perempuan berusia 15 tahun ke atas

Tak dinafikan , kesan luka picitan jerawat pada raut wajah Ty juga telah pudar. Dan tidak hanyat memfokuskan kepada pertukaran tona warna kulit Ty yang semakin cerah , ia sangat membantu dengan melembabkan kulit Ty yang selalu kering. Yang pastinya , wajib untuk minum air putih sekurang -kurang 3Liter sehari.

Walaubagaimanapun , SW Nexlo tidak sesuai kepada ; -
- Wania mengandung berpantang dan menyusukan anak ; dan
- Pesakit jantung , darah tinggi , diabestis dan penyakit kronik yang memerlukan rawatan rapi

SW Nexlo Coffee Choc  diformulasikan khas untuk yang ingin mendaparkan kulit yang cerah dan juga badan yang langsing.


Bahan- bahan Di Dalam SW NEXLO™

GARCINIA CAMBOGIA
✔ Membantu untuk mengurangkan selera makan
✔ Meningkatkan penggunaan tenaga dan menurunkan berat badan
✔ Merendahkan kolestrol

MANGGA AFRIKA
✔ Melindungi diri daripada mendapat kanser dan penyakit jantung
✔ Memperbaiki sistem penghadaman
✔ Menurunkan aras kolestrol dalam badan
✔ Memperbaiki sistem pembiakan dan mengawalatur hormon seks
✔ Memperbaiki konsentrasi dan daya ingatan
✔ Merawat jerawat
✔ Mengandungi zat besi yang tinggi yang mana ia adalah baik bagi wanita yang hamil
✔ Mengurangkan diabetis (kencing manis)

ASTAXANTIN
✔ Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
✔ Meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit
✔ Agen semulajadi pencerahan dan pemutihan kulit
✔ Membantu mengurangkan kerosakan kulit daripada cahaya ultraungu (UV)
✔ Membantu mencegah penyakit Alzheimer
✔ Mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis
✔ Membantu mengurangkan gejala Arthritis dan mencegah katarak
✔ Membantu menyelesaikan masalah gangguan hati dan kegagalan buah pinggang
✔ Membantu mengawal penyakit parkinson dan masalah strok
✔ Mengawal obesiti
✔ Sumber ikan laut dalam yang tidak memberi alahan

PEPTIDA OVARY SALMON
✔ Mencerahkan kulit muka dan keseluruhan badan
✔ Menghapuskan jerawat dan kulit berminyak
✔ Membaiki struktur kulit dan menghilangkan parut
✔ Melambatkan proses penuaan
✔ Mengecilkan liang pori

ASID ARKORBIK (VITAMIN C)
✔ Membantu melindungi dan mengekalkan struktur darah kapilari salur
✔ Meningkatkan sistem pertahanan badan
✔ Membantu Vitamin C untuk menjaga kolagen sihat
✔ Berikan kesan terhadap antibakteria
✔ Mengalakkan peredaran darah
✔ Membekalkan tahap kolestrol darah yang lebih rendah
✔ Mencegah dan merawat katarak
✔ Mengurangkan gejala herpes mulut

EKSTRAK SENNA
✔ Membantu mengempiskan perut
✔ Membuang toksin dan lemak dalam badan

FRUKTOSA
✔ Sumber tenaga dan lemak yang baik
✔ Pengawal tahap gula
✔ Proses metabolisme smooth


Ada 15 sachets , selesai mencuba selama 15 hari .
Ty rasa sangat berpuas hati teramat dengan produk ini.


Maklumat Lebih Lanjut / Ingin Mendapatkan SW Nexlo , boleh berhubung melalui

Hotline/Whatsapp : 0132666049
Instagram : SlimmeWhite_HQ
Alamat : Lot G-10, Amara Boulevard & Service Resi
Jalan Raintree Utama, 68100 Batu Caves, Selangor

LULUS KKM - NO RUJ KKM : 130618/06/106 dibawah pengkelasan makanan.

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

8:49 AM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls , 

Pernahkah tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim uolls lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Tapi dan mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim tetapi belum ada yang berkesan? Pernah alami kan situasi.

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V uolls.


Sebenarnya tidak perlu ada berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim, uolls. Sudah pastinya uolls tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali uolls berasa diri uolls kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri uolls. 


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.  

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan  kegatalan.


Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra. 

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50. 

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Cannis - Bakal Menjadi Aplikasi Terhebat di Nasdaq

7:04 PM Yanty Lee 3 Comments


Salam uolls,
Untuk makluman uolls , di Nasdaq telahpun memperkenalkan sebuah aplikasi terbaharu iaitu Cannis dan khabarnya bakal menjadi sebuah aplikasi terhebat di abad ini.

Apa itu Cannis?
Aplikasi mudah alih Cannis telah membentuk trend aplikasi baru yang berjaya mengumpul 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Cannis bakal menjadi bintang terhebat di Nasdaq, Amerika Syarikat.


Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq tidak lama lagi.


Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.


Muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna telah mencipta rekod baru dalam sejarah, Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik.

Suku ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store' dimana jumlah muat turun aplikasi yang komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, kenaikan 10% berbanding terdahulu. Walaupun perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, kenaikan 20% berbanding dengan musim yang sama pada masa lalu, kedua-duanya mencipta rekod sejarah baru.


Melalui analisis didapati peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video telah menjadi antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. 

Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada keseluruhannya, suku ketiga tahun 2018, App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran App, yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.


Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

App Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian, dengan  jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, untuk memulakan membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' menjadi lebih lancar.


Dari segi lencongan ahli, ahli-ahli Cannis boleh menggunakan diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian boleh digunakan sebagai diskaun yang membantu pengguna menjimatkan wang. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.

Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis

Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif (凯 优 影视 控股 有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif (名 资 股份有限公司), Encik (蔡逸群) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.

Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, Persembahan mereka sangat luar biasa.

Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai aplikasi App ini, penyiaran langsung, e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran, semuanya boleh didapati di Cannis App. Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app

3 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen