Hari 2 : Mendekati Laskar Pelangi Simbolik Pulau Belitung

4:00 AM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls , 

Untuk hari kedua Ty di Belitung , Alhamdulillah berkesempatan menjejakkan kaki di tempat - tempat menarik yang menjadi tumpuan para pelancong yang ada di pulau ini. Dan bagi mereka yang pernah layan cerita Laskar Pelangi , mestinya akan lebih teruja bila jejak d sini dan boleh menjiwai.

Belitung , namanya adalah daripada sejenis siput yang mana juga lebih dikenali dengan panggilan "Biliton" kerana dapit oleh Selat Gaspar dan Selat Karimata. Di Pulau Belitung ini , lada putih atau nama setempatnya "sahang" adalah yang terkenal selain timah puith , tanah liat putih (kaolin) dan granit. Di Belitung ini terdapat dua buah ibukota , iaitu Tanjung Pandan dan sebelah Timur pula ialah ibukota Manggar. Dikhabarkan bahawa , kebesaran pulau ini adalah 7 kali ganda besarnya dari negara Singapore. Penduduk di pulau ini juga fasih berbahasa Melayu (Malaysia).

Menjadi tarikan pelancong kerana dikenali "another Bali of Indonesia" juga " Maldives of Indonesia".

Keterujaan Ty untuk mengikuti FAM Trip , sebabnya keindahan dan betapa cantiknya juga uniknya Pulau Belitung ini. Rugilah kan kalau Ty tak ambil peluang , bekerja sambil bercuti kekdahnya.

Jom Ty kongsikan antara tempat - tempat menarik yang boleh dikunjungi apabila bercuti di Pulau Belitung yang pasti membuat uolls akan masukkan dalam wishlist juga.

Tempat - tempat Wajib Dikunjungi Di Pulau Belitung

1. Vihara Dewi Kwan Im (Budhayana)

Vihara terbesar dan tertua yang masih ada di Pulau Belitung. Dari puncak , pada zaman dahulu boleh kelihatan para nelayan singgah berlabuh dan mandi. Juga kelihatan burung - burung turut mandi di persisran pantai.

Nampak tak bertapa luas dan cantiknya Pantai Burung Mandi dari puncak.

Buat si penggemar bergambar , walaupun di kuil ini tetapi sekitar kawasannya ada sahaja tempat untuk berposing kerana kecantikkan sangat terlampau , hokayh!



Colourful kan tangga pun jadi uolls.


2. Pantai Burung Mandi

Pantai di sini sangat biasa sahaja tapi nak fefeeling tu boleh sangat. Ty tak nampak pula ada orang mandi kat pantai ini tapi di sekitar pantai ada perahu pelbagai warna yang cantik dan sesuai sangat jadikan props untuk si kaki bergambar. Sambil menikmati hirup udara segar dan melihat keindahan alam , uolls boleh basahkan tekak dengan air kelapa dan jajan yang di jual sekitar kawasan oleh masyarakat setempat di mana itu la hasil pendapatan mereka.






Posing la camna pun , takde ramai orang pun di sini. Nak malu apa kan? 

3. Museum KATA Andrea HIRATA
".. kalau aku susah , cukuplah kutangisi semalaman. Semalam suntuk. Esoknya aku tak mau lagi menangis. Aku bangun dan tegak kembali - Andrea Hirata"

Semasa di muzium ini memang kami semua tak keruan jadinya , setiap pelusuk kawasan ini menjadi tumpuan kami untuk bergambar. Teruja juga dengan kata - kata - qoutes yang ada sana di mana - mana. It's so meaningful



Waktu operasi : 9.00 pagi -5.00 petang
Harga tiket : Rp50.000 &  akan dapat senaskah Lakar Pelangi






Muzium Kata Andrea Hirata merupakan muzium sastera pertama di Indonesia. Muzium ini dibina oleh penulis novel Laskar Pelangi iaitu Andrea Hirata dan di sini menghimpunkan lebih dari 200 karya dari berbagai genre seperti karya muzik, filem, seni dan arkitektur











Dekat muzium ini bukan sahaja ada semua coretan kata - kata pujangga dari Andrea Hirata tetapi ada juga replika sekolah Laskar Pelangi.

3. Rumah Ahok

Ahok atau nama sebenarnya ialah Basuki Tjahaja Purnama merupakan seorang tokoh politik yang mana beliau adalah anak kelahiran Pulau Belitung. Beliau amat disanjungi oleh masyarakat di pulau ini atas jasa baiknya bagi membangunkan pulau ini sehingga Pulau Belitung dikenali meluas. Bagaimanapun beliau juga mendapat tentanga hebat dalam isu politik sehingga pernah dipenjarakan.


Dengan kewujudan Rumah Atok ini dan dibuka untuk pelancong adalah bagi mendekati lebih mendalam tentang dirinya. Beliau juga ada mengeluarkan beberapa naskah buku mengenai perjalanan hidupnya dan mengenai hal politik yang beliau perjuangkan.


Di Rumah Ahok ini juga ada menjual pelbagai barangan yang mana boleh dijadikan sebagai kenangan juga beberapa jenis makanan yang menjadi tumpuan utama di Belitung.




5. Replika Sekolah Laskar Pelangi

Disini la pengambaran untuk filem Laskar Pelangi mengambil tempat. Pada Ty , bagi mereka yang tidak lagi menonton filem ini, sila layan terlebih dahulu sebelum sampai ke sini bagi mendalami filem dan situasi sekitar di sini bersama anak - anak laskar pelangi. Dan ini adalah sememangnya menjadi tumpuan untuk para pelancong.



Cukup sudah untuk hari kedua dan hampir seharian kami di luar untuk mengenali bumi Pulau Belitung , terus terang Ty katakan sangat singkat masa untuk nak habiskan semua kawasan menarik dan terokai lebih mendalam dan lama.

Oh ya , cerita pasal tempat - tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Belitung ini sudah semestinya kami juga ada menyinggah makan untuk makan tengahari dan sebelum balik ke hotel , makan malam dahulu. Jadi nak meh Ty kongsikan tempat - tempat makan yang menghidangkan masakan dan makanan yang enak di Pulau Belitung pula.

Tempat - tempat makan di Pulau Belitung

1. Restoran REGA





Kawasan tempat makan ini dari awal masuk sahaja memang memukau mata dengan landskap yang sangat menarik dan cantik yakmat. Tak tahu nak makan ke nak pergi shoot bergambar. Cantik terlampau , fefeeling romantis sangat di sini. Belum lagi dengan hidangan makanan yang bakal dijamah dah jatuh cinta dengan tempat ni.




Cantikkan? Setiap pelusuk Ty rasa tak de cela pun mengenai restoran ini. Okay , nak tahu apa Ty makan dengan kengkawan? Semestinya masakan berasaskan makanan laut.

Sedap nak mati wei!

Menjadi rebutan di antara kami adalah menu satay ayam ala padang dan cumi goreng (sotong goreng celup tepung). Sampaikan masing - masing menambah nasi. Dan , kami order extra more of cumi goreng.

Meh Ty kongsi gambar close-up untuk buat uolls pun terliur.

Cumi Goreng

Sate Ayam

Lepas makan sampai perut penuh kekenyangan , sempat juga kami berjalan sekitar dan sudah semestinyalah masing - masing bergambar posing sakan gitu.Seperti Ty katakan dari awal , memang tempat makan ini sangat cantik belaka.


Dengan Ain Edruce & Uzu Emas Putih


Okay cukup untuk tempat makan di sini , senang cerita selain uolls datang ke sini untuk menikmati makanan yang sedap - sedap. Uolls juga boleh bergambar sakan di sekitar kawasann di sini. Rugi kalau tak ambil peluang bergambar beb , kenangan kot!

2. Kampong Belitong Timpo Duluk





Di restoran ini , kami ada peraturan sikit sebelum mulakan makan. Satu dulang hanya khas untuk 4 orang sahaja hidangannya. Dan setiap hidangan pada meja makan hanya seorang sahaja yang perlu menyajikan dan menghidangkan kepada lagi 3 orang lain. Mengikut adat , antara yang termuda atau paling muda yang boleh membuka tudung salji , dan memberi nasi juga letak nasi kepada semua orang , termasuklah lauk - pauk. Bukan sahaja ketika makan sahaja , selepas pun si adik perlu mengemas ke semuanya.



Okay cukup untuk hari kedua. Baca juga untuk hari ketiga Ty di Pulau Belitung (klik) pula ye , uolls.

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen