Rehat Santai Tengah Kota Raya Kuala Lumpur di The Pearl KL

3:38 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam uolls ,

Baru ja naik kerja , yet tak sampai seminggu pun lagi tapi dah perlukan "me time". Jadi kali ni tak jauh pun pergi rehatkan diri , masih sekitar kawasan Kuala Lumpur. Sekali sekala tak nak berehat di rumah takpe kan? Jadi Ty bermalam di The Pearl KL. Dan ini adalah kali pertama Ty ke sini dan tahu kewujudan hotel ini. Hotel The Pearl KL ini attached dengan mall ; Pearl Point Shopping Mall , jadi senang sangat incase nak cari apa - apa dan go for shopping. Dari Putrajaya only takes about 21 minutes.

📷: Mek Onie

Kenapa Ty ke sini ? Sebenarnya ada event dengan rakan media yang lain , alang - alang stayvacation untuk semalaman. Event apa? Nanti Ty kongsikan , pasti mereka yang berazam nak kurus dan cantik luar juga dalam akan tertarik dengan perkongsian Ty nanti. Stay tune!

Alright! Berbalik kepada apa yang best sangat di The Pearl KL ini. Walaupun view dia hanya la sekitar kawasan Kuala Lumpur , janji boleh layan pantai iaitu Pantai Dalam. Okeyh kidding. Somehow Ty selesa sangat dan dapat berehat sepuasnya sampai terbabas bangun lewat esoknya uolls. Oppss!

Twin Deluxe Room

Twin , sebab Ty bermalam dengan hadek maneh yang baru saja melangsungkan majlis perkahwinan dia di Kota Kinabalu baru - baru ni ; Uzu - Kisah Emas Putih. Dan ke mana sahaja , kami selalu akan stay together tapi mungkin lepas ni untuk next trip dia dengan suami la pula. Sob sob sob.


Bilik sangat besar dan selesa , ruang untuk solat pun selesa jadinya - tak sempit.


Dressing Table yang selesa yakmat , dengan meja yang besar dan luas. Bukan saja boleh letak bersepah barang make - up & accessories tapi boleh lepak buat kerja dengan lappy etc sebab soket plag pun ada. Yang bestnya untuk orang free hair macam Ty , dalam laci ada hairdryer.


Seterika (Iron , kelengkapan yang Ty rasa sangat diperlukan mostly of us. Dan sesetengah hotel tak sediakan ataupun perlu dapatkan dari service mereka. Ini siap dengan ironing board. Kerungsingan nak look perfect tak dirisaukan lagi. U complete me.


Sekiranya uolls ada nak simpan barang berharga boleh gunakan computerised door-locking system .

Toiletries

📷: Faries

Selain kelengkapan dalam bilik , fasiliti lain yang ada di The Pearl KL  juga memang puas hati. Antaranya ; 
- Swimming pool ( View KL )
- Gym 
- Laundry
- Internet WiFi
- Parking 

Untuk uolls yang nak cari port untuk berehat ,The Pearl KL sangatlah recommended dan sepanjang tahun 2019 ini ada harga promosi bilik.

Italian King Of The Grill Barbeque Buffet

Ty berkesempatan untuk menikmati makan malam berkonsepkan buffet barbeku yang mana mengetengahkan menu ala Itali. Dan memang menjadi kegemaran Ty sangat la bab makan makanan  western ala Itali.

Nikmati makan malam di Executive Lounge tingkat 23 dengan view sekitar KL , memang padu babe!




Buat yang memang suka makan Oyster , boleh cuba dari yang mentah - bakar. 


Braised Oxtail pun menjadi bualan tetamu restoran , sedap betul la sampai ada yang menambah-nambah. 


Paling Ty suka , Fettucine Carbonara dia uolls. Tak tahu kenapa , tapi sedap yakmat! Walhal boleh je masak sendiri kan? Kalau dah sedap , memang Ty akan cakap sedap uolls.

Seafood  lain pun hado gais!


LOBSTER uolls!




Kombinasi untuk konsep King Of The Grill ini adalah Turkey & Duck.

Dessert pun banyak. Cecantik , rasa sayang nak usik hokayh.

So , sangatlah recommended! Penginapan yang teramat memuaskan dan makanan yang ada di restoran / cafe hotel ini juga sedap. Tak percaya , boleh datang sendiri ke sini nanti ye. And enjoy your vacay here , guys!

Untuk tempahan dan makluman lebih lanjut ,
Tempahan Penginapan : www.pearl.com.my
Instagram https://www.instagram.com/thepearlkl
Facebook https://www.facebook.com/thepearlkualalumpur/
Telephone : 03-7983 1111
Address : 5th Mile Jalan Klang Lama  ,58000 Kuala Lumpur , Malaysia.


2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen