First Time Buat Creambath Hair Treatment di Sutra Maya Wellness

6:00 AM Yanty Lee 18 Comments


Salam uolls ,

Okay Ty lately ni kononnya busy sangat la dengan aktiviti sukan , training la segala bagai. Termasuklah ada sedikit urusan di seberang. Senang cerita back to back. Balik sahaja ke rumah di Putrajaya sangatlah mengejutkan Ty apabila waktu dan ketika nak mandi. Bau air mak aih , kuatnya bau dia. Tak tahu lagi apa puncanya. Redha , beranggapan sebab hampir 4 hari kot tak ada di rumah. Esoknya masuk opis , masing-masing mengadu. Selit punya selit , rupanya ada isu pada air kumbahan di empangan Semenyih dan sedang dicuci dengan klorin segala bagai. Mai aih , was-was nak masak , berwuduk tapi terpaksalah ceritanya.

Plan nak gi salon la , massage la hujung minggu gitu , ini gara -gara ternampak kengkawan blog Ty yang lain pergi ke Sutra Maya Wellness. Apa yang membuatkan Ty pun turut rasa tertarik untuk pergi adalah sebab kat sini ada macam - macam rawatan untuk kaum wanita dan lelaki juga.

suka kasut kayu berbunga ini

Memandangkan air kotor , alang-alang dah macam tak sihat rambut Ty asyik kena air klorin+kumbahan yet memang rambut Ty kering jadi adalah sangat disarankan , so Ty buat pertama kalinya cuba rawatan Creambath Hair. Rawatan creambath biasanya di buat dari bahan-bahan alami seperti buah atau pun sayuran yang memiliki khasiat untuk rambut. Sesuai untuk gaya rambut panjang wanita.

Manfaat Creambath Hair
- Memulihkan kerosakkan  rambut dan mencegahnya kembali
- Memperbaiki rambut rosak hingga ke akar dan menutrisi akar rambut
- Menjaga keindahan dan kesihatan rambut setelah diwarnai
- Membuat rambut lebih halus
- Menghilangkan rambut bercabang

Memang ikutkan , rambut Ty ni kronik juga. Bila mood rajin baru la ada masa nak dapat belai. Ampun , wahai rambut. Jom tengok staff yang friendly bernama Iqa ini assist Ty dari sampai sampai settle urusan Ty di sini. Siap parking pun depan kedai , uolls.

Ini adalh cream yang digunakan untuk sapu pada rambut Ty
Iqa sedang sapu dan meratakan cream pada rambut
Lepas sapu cream secara menyeluruh satu kepala , panaskan untuk resapkan hingga ke akar umbi rambut selama 15 minit sebelum di cuci.
Masa untuk keringkan rambut selepas di cuci
Hasilnya , segar kepala dan terasa ringan serta ramabut pun lembut 

Selesa! Itu yang mampu Ty habaq ampa semua. Apa yang Ty minta , dapat saja. Banyak membantu mereka yang bekerja di sini. Meh tengok bilik untuk mini salon yang derang ada ; 
Mungkin nama sempit tapi selesa sahaja ye la bukan semua orang yang datang tu serentak nak buat treatment rambut kan?
Selain diberi baju / kain bergetah untuk berkemban , ada juga baju ala kimono ini.

OH YA! Sebelum start treatment , welcome drink yang diberi ialah Air Asam Jawa! Sedap tapi terkulat-kulat juga Ty nak teguk minum. They are so welcoming , guys!

Okay , hampir 30-45 minit Ty memanjakan rambut. Ty tak habis di situ sahaja. Tapi , sambung berMandi Bunga pula. Allahukbar , ini adalah juga pertama kali Ty buat seumur hidup. Nanti nak kahwin nak mandi lagi , ye tayunk! Rambut dah wangi , badan pun nak juga dari asyik mandi air berbau,kan. Kasi can la.

Sayang rambut , minta shower cap.

Masa diberikan untuk belai seluruh tubuh badan , sental dengan kelopak bunga ros/mawar. Dan dalam bilik bahagian ini ada juga shower untuk kita bilas badan. Kata Iqa , fefeeling pengantin baru. Bolehlah. Tapi sebenarnya , mandi bunga bukan sahaja untuk bakal pengantin sebagainya tetapi boleh juga untuk sesiapa. Terapikan diri dengan mandi ini supaya dimurahkan rezeki dalam apa jua bentuk , kerja ke jodoh ke dan sebagainya kerana akan memberi kita sedikit aura yang lain.

Dekat Sutra Maya Wellness ini , banyak lagi treatment yang ada. Antaranya :
- Single Full Body Massage (RM89)
- Tangas (RM49)
- Foot Massage (RM49)
- Bekam Badan (RM140)
- Nail Buffer (RM12)
- Express Manicure (RM35)
- Express Pedicure (RM45)
- Full Body Scrub (RM69)
dan banyak lagi. Boleh dapatkan info lanjut di Instagram / Facebook. Juga boleh terus tempah tarikh dan masa untuk mendapatkan rawatan di sini.


Sebelum balik , Ty sekali lagi dijamu dengan Teh Halia. Terima kasih ye Iqa , staff-staff dan semestinya onwer ; Puan Sherryna di Sutra Maya Wellness for having me.

Untuk makluman lebih lanjut atau tempahan , boleh terus dapatkan / hubungi di :
No.Tel : 018-9899282 (klik for Whatsapp)
FacebookSutra Maya Wellness (klik)
Instagram@sutramayawellness (klik)
E-Mail : [email protected] (klik)

I already had my "ME TIME" , uolls bila pula? Hope uolls yang ke sini nanti pun akan enjoy and really had fun yeah!

18 comments:

  1. me time untuk para ibu semestinya di spa macam ni. allahu. bestnya. bila lah nak dapat pegi spa macam ni.

    ReplyDelete
  2. Ala bestnya kakak comel kita ni bermanja-manja di spa. Nanti lagi seminggu nak majlis boleh mandi bunga lagi sekali bertambah meletup seri wajah yang manis tu muahhh :*

    ReplyDelete
  3. Banyak ye manfaat dari creambath tu. Part perbaiki rambut rosak tu paling kita suka. Siap boleh buat mandi bunga lagi.Boleh lah cuba nanti sebab harga yang dikenakan pun mampu bayar sangat.

    ReplyDelete
  4. wah seronoknya.. Nak kene buat creambath jugalah untuk rambut sis yang semakin kering dan rosak ni.Nak kena mandi bunga lah jugak ni bagi meletopp sikit aura.

    ReplyDelete
  5. mandi bunga memang best, huda dulu sebelum akad , pagi tu mandi bunga, memang seri dan aura pengantin tu lain macam, ramai yang tegur.. pastu murah rezeki terus bunting pelamin..hehe. Nanti Ty mandi bunga tau sebelum kahwin..

    ReplyDelete
  6. Wow this is very good and and interesting. I am loving spa too. Will checkout this and visit them :)

    ReplyDelete
  7. nampak menyeronokkan. nak share dengan member and family lah sebab nampak banyak treatment yang menarik dengan harga yg berpatutan. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. KIt apun dah lama tak buat rambut ni..best pulak tengok..siap mandi bunga..memang harum mewangi la..ehhee,..mesti segar kan lepas tu..kita pun tak pernh mandi bunga

    ReplyDelete
  9. Bestnye manjakan diri kat sutra maya wellness. Dah lama tak gi spa

    ReplyDelete
  10. syoknya sesekali manjakan diri kan. nak try juga nanti di tempat ni

    ReplyDelete
  11. Bestnya, teringin jugak nak manjakan diri dekat spa ni. Dah lama betul tak masuk spa dan buat treatment seluruh badan dari rambut ke hujung kaki.

    ReplyDelete
  12. suka gila kalau orang belai rambut.terus rasa naktido je hahaha sebab syok.Firsttime dengar creambath ni.Kalau rambut kasar boleh atasi x dgn treatment ni?

    ReplyDelete
  13. Wow Bestnya buat cream bath dekat rambut.. Lepas tu Berendam Salam bath tub plak.. Mmg betul2 sesi manja kan diri ni... Syioknyaa

    ReplyDelete
  14. Seronoknya me time kat spa! Rawatan spa memang terbaik buat golongan wanita!

    ReplyDelete
  15. bestnya dapat mandi relaks2 ditemani dengan haruman bunga hehehehe....tak pernah lagi buat rawatan rambut ..nampak menarik dan ras anak cyba jugaklah

    ReplyDelete
  16. Wah Best nie.. Time for me time la.. Harga pun sgt berbaloi nie.. Mesti cuba nie.. Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen