Lepak Santai Sambil Layan Kopi Kaw Dan Menu Yang Sedap di Luckin Kopi

4:45 PM Yanty Lee 20 Comments


Salam uolls , 

Ya Ampun , terasa lamanya tak menconteng di blog ni. Masih ada ke yang sudi nak singgah membaca , erk?

Okay uolls, ini ha baru ni si dia aka cinta hati datang ke KL , punyalah tak tahu nak bawa pergi makan kat mana walhal banyak ja kedai makan kan kat KL ni. Last-last Ty bawa dia pi makan dekat Luckin Kopi.

Luckin Kopi
.

Kalau tengok dari luar kedai ini , semestinya menjadi tanda tanya buat mereka yang beragama Islam khususnya - samada HALAL atau tidak? Iye lah , kedai ini seperti kedai kopi vintage. Decoration seuluruh kedai ini sangatlah unique dan nostalgia sangat. Klasik gitu , nak bergambar OOTD segala bagai teramatlah boleh.





Ty sendiri tertanya-tanya , apa maksud "Luckin"? Dimaklumkan ialah membawa maksud kekayaan. Dan sebutannya pula "Luck" + "In".

Kalau dah nama kedai pun tertera "kopi" semestinya kebanyakkan menu air yang ada berkait dengan kopi la uolls. Jadi tak salah orang lah Ty bawa bersama untuk nikmati makan malam bersama. Barista 2nd top in Singapore seyh!

MUST TRY! - Air Satu Malaysia

Luckin Kopi Kaw CinCau & Satu Malaysia (Kopi+Teh+Milo)

Hencek Barista sayang order Luckin Kopi Kaw Cincau , komen dari seorang barista - Okay nice. Overnya Ty ni , nak try minuman yang tak pernah minum , syukur tak mabuk ke pening lalat aja. Rasa air Satu Malaysia yang menggabungkan Kopi + Teh + Milo bagi pendapat Ty menarik dan sebagai rakyat Malaysia atau sesiapa yang datang Malaysia tu , silalah cuba. Nothing to regret pun.

Untuk pengetahuan uolls , kedai Luckin Kopi ini beroperasi pada setiap hari dari seawal pukul 7 pagi sehingga pukul 9 malam. Ini bermakna , menu makanan yang disajikan adalah pelbagai mengikut masa. Ceritanya , ada menu sarapan pagi , tengahari sampailah ke malam.

MENU SARAPAN PAGI

Butter Kaya Crackers

Egg On Toast


Luckin Toast

Peanut Butter Toast



Nasi Lemak

Indo Mee

Mee Siam
Chee Cheong Fun

Kalau orang Malaysia tak makan sarapan pagi ada yang kononnya berat seperti Nasi Lemak , memang tak sah. Ada juga menu seperti Set Roti Bakar , Mee Siam , Indo Mee  , Chee Cheong Fun. Dapat pula pekena dengan air kopi panas , pergh! Paling menariknya , ada side dish seperti Ayam Goreng Berempah , Ayam Rendang , Kari Ayam , Buttermilk Chicken , Sambal Udang , Sambal Sotong , Sambal Petai , Buttermilk Prawn.

Bagi yang kerja gunakan MRT , bolehlah singgah makan sarapan pagi ke tengahari  mahupun lepas balik kerja as Hi-Tea yet also makan malam terus. Kedai ini berdekatan dengan stesen MRT Pasar Seni.

MENU MAKAN TENGAHARI / HI-TEA / MAKAN MALAM

Salted Egg Chicken Rice

Hainanese Chicken Chop

Petai Pasta

Sawadee Pasta

Aglio Olio Pasta


Smocked Duck Carbonara

Tom Yum

Laksa

Rojak Buah

Geng Chow Chicken Bun

Rendang Chicken + Sambal Petai with Bun

Cheesy Indo Mee & Egg

Chessy Chicken Fries

Overall , semua makanan yang ada kat Luckin Kopi sangat sedap. Memang another spot untuk eater yang suka try new stuff to come here and try out their menu. Sangat pelbagai menu yang ada , banyaklah pilihan. And the portion is big , kalau dari kelaparan pasti balik dengan perut yang kenyang. Gais , rendang sedap walaupun pedas untuk Ty (iolls tak berapa makan pedas). Bun they'olls tersangatlah lembut dan gebu. Geng Chow Chicken tu sedap , darah Cina kot kan. as Penangite , cheq memang suka rojak dia , siap ada kerepok ranggup. Suka oi! Argh , semua memang sedapla! Pergi try gais , nothing to regret.


Luckin Kopi 
14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 016 – 3976898
Instagram : @luckinkopi | Facebook : Luckin Kopi 

20 comments:

  1. Nampk sedap la mnu2 yang ada kt luckin kopi nie..apa rasa air satu malaysia tue..hihii..xpena try lagi..nanti nk try la mkn dekat sini. Thanks 4 sharing..

    ReplyDelete
  2. Part makanan tu akak mmg scroll laju2 sbb akak tgh eat clean ni...tgh jaga pemakanan..kang tak.plak pi sini cari makanan..hahahha.yg buat akak tertarik kat ayat si dia cinta hati tu..waaaa..jangan lupa akak ye nanti...

    ReplyDelete
  3. alamakkkkk! meleleh air liur nampak makanan sedap. menu sarapan pagi tu, boleh bikin makan bertambah tu. harga makanan, x tau..huhu.nti share eh harga makanan kalau review makanan.. at least leh nak bajet sebelum terasa nak pergi makan tu..

    ReplyDelete
  4. Uishhh menarik nye luckin kopi ni. Ni bukan tempat berlakon sweet dream tu ke?hihi

    ReplyDelete
  5. baru nak pi terjah esok...best plak tengok menu2 dia..mmg kena kosongkan perut ni..sbb ty ckp portion dia besar...perut akak ni kecik miut je..haha..

    ReplyDelete
  6. Thank youu for the infoo, nnti saya datang KL insya allah boleh singgah ni

    ReplyDelete
  7. saya sukalah tempat ni sebab dekorasi dia tu, part makanan insyaAllah sedaplah tu sebab nampak dari gambar pun memang menyelerakan.

    ReplyDelete
  8. Memang klasik sangat kedai ni bila tengok dari luar. Mengimbau kenangan masa kecik2 dulu. Menu pun sama. All time rakyat malaysia punya favorite especially nasi lemak tu. Nak try lah makan dekat sini nanti.

    ReplyDelete
  9. Menarik betul kedainya, nampak klasik. Hiasan dalamannya pun cantik dan kemas. Makanan pulak banyak pilihan.. nampak sedap jeee. fuhhhh

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  10. Fuhh nampak sedap betul semua makanan tu. Macam best air 1Malaysia tu.. Biasa dengar neslo (nescafe+milo) je. Ni gabungan 3 jenis air sekali eh. Turun KL nanti boleh la masuk wishlist kedai ni. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  11. Dari luar nampak oldscool sangat. Sekali tengok makanan, fuh. Penuh western. Nampak menyelerakan. Berapa bintang bagi ni ? Boleh cuba kalau tinggi hehe

    ReplyDelete
  12. Dia punya menu tu, masyaAllah bikin tergoda tekak & perutku. Terus rasa tak sabar nak tunggu suami balik kerja nak paw dia makan sedap mcm ni jugakkk. Ok bulan ni ada nak ke KL, nak pergi jugak!!!

    ReplyDelete
  13. Semua menu nampak sedap dan menyelerakan. Paling suka dan bikin tertelan air liur yang egg on toast dan salted egg chicken rice. Mesti sedap kan?kalau ada jalan sekitar sini bolehlah singgah nanti

    ReplyDelete
  14. satu port lepak baru. nanti nak ajak kawan blogger datang jumpa kat sini lah bila ke KL. sambil bolehh ambik gambar cantik sikit untuk IG.

    ReplyDelete
  15. adoiiii... meleleh ayaq liur dok tengok makanan-makanan yang yummylicious nih... mengamit memori zaman dok ikut arwah atok dengan ayah pi mengopi kat kedai kopi kat kampung gitu... best pulak membayangkan fefeeling santai gitu... nanti nak singgah la kat Luckin Kopi ni...

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap makanan dkt luckin kopi ni. Cantik decoration dgn style nya, unik. Nak kena terjah la lepas ni. Thanks share yaa.

    ReplyDelete
  17. Kalau lia pi KL bawa mai makan sini ty. hehhe kedai cantik dengan deko. makan pun banyak pilihan. sedap lah nampak. belum makan lagi

    ReplyDelete
  18. Pernah ke sini dulu. tp masa tu kedai kopi cina yang lama sangat. memang menarik. kali ni bila dh renovate nampak lagi wow. Makanan dia pon macam sedap sangat tu.

    ReplyDelete
  19. This cafe is really worth recomending, I really like the authentic food we could get and it's one of the best in the area.

    ReplyDelete
  20. Yaaa ampunn...pagi2 ni tgk mcm2 menu ada ni...sedap2 belaka nampaknya...semlm sarapan kt rumah dh nasi lemak...pagi ni boleh bwt roti bakar mcm dlm menu tu...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen