HEART FOR HEART FUN RUN 2019 MEGAKLINIK ZAHRAN

2:16 PM Yanty Lee 15 Comments


Salam uolls,

Pernah korang dengar tentang ataupun nama klinik ni tak -  Megaklinik Zahran ?


Okay baru ni , Ty berkesempatan untuk turut sama memeriahkan Fun Run Zahran 2019 yang diadakan pada 13 Oktober 2019 di Seksyen 7 , Bandar Baru Bangi. Ini bukanlah kali pertama program ini diadakan tetapi merupakan kali ketiga. Menariknya program ini diadakan untuk mendekati secara dekat lagi dengan orang ramai. Fun Run ini juga turut disertai oleh pihak atasan seperti CEO Megaklinik Zahran , YB Ahli Dewan Undangan Sungai Ramal, Mazwan Johar. Terdapat 3 jenis kategori Fun Run kategori iaitu 3km , 5km dan 10km dan tidak ada kategori pada peringkat umur. Penyertaan yang sangat menggalakkan pada tahun ini , kerana jumlah penyertaan hampir sejumlah besar 1,500 orang peserta.

Senaman ringan sebelum acara larian bermula

Senaman ringan sebelum acara larian bermula

Garisan mula untuk memulakan larian

Ibu bapa turut serta dengan membawa anak - anak

Banyak juga aktiviti lain yang ada , seperti booth - booth dibuka untuk orang ramai mendapatkan info tentang kesihatan , jualan makanan dan minuman dan banyak lagi. Tidak kurang hebatnya , hadiah-hadiah yang sangat lumayan dan menarik juga diberikan untuk para pemenang larian mengikut kategori dengan keseluruhannya bernilai RM25,000 dan sesi cabutan bertuah yang sudah semestinya dinanti-nantikan para peserta.


Teruja nya Ty pada majlis ini , apabila meihat anak-anak kecil yang turut serta memenangi kategori larian. Tidak kurang hebatnya , Grand Prize berupaya percutian ke Bali untuk cabutan bertuah juga menjadi tuah kepada seorang kanak - kanak. Rezeki dan tuah tak kira siapa kan?


Antara artis turut serta adalah Ashraff Muslim , Ikhwan Fatanna , band Badak United . Majlis lebih gamat dengan kehadiran pengacara majlis gandingan antara Radin Era dan Falyq Hikyle.


Kerana bertemakam "Heart for Heart" , medal berbentuk hati dan jantung diberikan selepas larian tamat di garisan penamat.

Bagi yang nak juga sertai untuk tahun hadapan , boleh tunggu bila pendaftaran dibuka.


Okay, ini pula buat mereka mempunyai anak bujang lelaki yang nak dikhatankan , boleh cuba ikuti program Pakej Berkhatan yang sedang dibuka sekarang berharga RM199. Yang mana , program ini diberi nama Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki akan dikhatankan dalam tempoh sebulan. Untuk Pakej Berkhatan ini ianya menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Electric Diathermy. Dengan kaedah ini akan membantu dari segi mengurangkan pendarahan dan kesakitan serta dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan pengeringan luka. Yang pastinya anak - anak akan dikhatan oleh pegawai perubatan (MO).

Harga RM199 adalah termasuk ;
- Konsultasi oleh pegawai perubatan
- Prosedur pembedahan kecil berkhatan
- Suntikan bius setempat
- Ubatan (tahan sakit)
- Dibantu oleh jururawat terlatih

Bagi menggembirakan lagi anak-anak kecil itu nanti , mereka akan mendapat Tanjak Pahlawan Muda Berani dan Sijil Saya Hero Sejati. Juga terdapat “Sunathon Merchandise” yang dijual seperti Azim Pro Virgin Coconut Oil (RM12) , Bouquet Congratulation (RM20-RM30) , Seluar Khatan (RM25) , Garam Rendaman Sitz Bath (RM6) , Kain Pelikat Kanak -Kanak (RM19) dan T-Shirt Sunathon (RM20).


Meh Ty kongsikan sikit info menarik mengenai Megaklinik Zahran ini , sekiranya uolls tidak sihat dan memerlukan untuk mendapatkan rawatan di mana - mana cawangan klinik ni , uolls hanya boleh daftar melalui telefon terlebih dahulu dan melihat dengan keep track nombor giliran akan di panggil. Pendaftaran buka ketika ini adalah melalui Whatsapp dan Telegram. Akan menyusul kelak , applikasi atas talian. Mudah kan?

Kenapa klinik ini diberi nama "Megaklinik" , ianya kerana merupakan salah satu klinik yang mempunyai ruang katil pesakit. Contohnya , pesakit yang menghidap Denggi akan terus diberi rawatan seperti dripping dan sebagainya. Kiranya macam mini hospital. Pastinya selesa , bukan?

Buat masa ini Megaklinik Zahran mempunyai lima cawangan di Selangor iaitu di Seksyen 7, 8 & 9 Bandar Baru Bangi, Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn. Juga memiliki sebuah cawangannya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Megaklinik Zahran juga sedang merangka operasi di cawangan baharu bermula awal tahun depan di beberapa lokasi lain termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Melaka dan Johor Bharu.

Untuk sebarang maklumat , boleh dapatkan di :
Website : http://megaklinikzahran.my/
Facebook : Kumpulan Megaklinik Zahran 24 Jam | Megaklinik Zahran Seksyen 9 BangiMegaklinik Zahran Fun Run 2019 |
Instagram : @kumpulan_megaklinik_zahran | @zahranseksyen7 | @funrunzahran
No.Tel : 017-257 2525 (setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam)

15 comments:

  1. hi sis cntik ootd sgt tuh ahhaha x lari ke wakk?? haha bestnye event ni sbb gather 1 family seronok nampak!

    ReplyDelete
  2. Wow!!!!!!! Bagus nyer participated in marathon. Keep on the good active life sis. Take care.

    ReplyDelete
  3. Thank you for such a meaningful post! Hopefully I can join in future!

    ReplyDelete
  4. wah ootd pink. my fav color ever pink always be my choice..

    ReplyDelete
  5. Fun Run macam ni kena banyak lagi di buat kat Malaysia agar rakyat Malaysia terus amalkan gaya hidup sihat hehehe pandai jer kita cakap kan wakakak.. Klinik ni bagus lah kita nak daftar juga lah hurmmmm...

    ReplyDelete
  6. Just loved & support FUN RUN - To encourage & advocates Malaysan to lead a healthy lifestyle

    ReplyDelete
  7. Memang best kalau dapat join fun run.. Boleh bawk satu fammily... Bgusnya klinik ni.. Baruvtau pasl klinik ni..mana yanga da anak lelkai mmg kene cepat grab berkhatan tu

    ReplyDelete
  8. Wah. Makin meriah event fun run sekarang. Kerap pulak diadakan. Baguslah event mcm ni org pandang sekarang. Ke arah Malaysia sihat katanya

    ReplyDelete
  9. Skrg makin banyak fun run ada, almost every week seluruh Malaysia. Good effort nak ajak rakyat Malaysia bersenam kan.

    ReplyDelete
  10. Tak pernah dengar pula Megaklinik Zahran. But it was a very good event. Ramai betul tu join. Suka tengok penyertaan rakyat Malaysia dalam event macam ni dah semakin meningkat.

    ReplyDelete
  11. first time dengar nama megaklinik ni. tak sangka klinik pun dah anjurkan fun run. teringin sanagt nak sertai fun run ni. in shaa Allah suatu hari nnti. ;)

    ReplyDelete
  12. Wah banyak juga cawangan dia. Best buat fun run ni banyak manfaat dalam masa yang sama

    ReplyDelete
  13. arr bestnya! mek pun about nak join fun run demi kesihatan. semoga kita semua dapat istiqamah lah join fun run ni.

    ReplyDelete
  14. TY MEMANG SUKA AKTIVITI SUKAN ..ITU JER AKAK TAHU....TERINGAT MASA MAIN BADMINTON SAMA2 KAT CYBERJAYA....BAGUS TY...AKAK SOKONG TENGOK JER DAHLAH YERR...LAIN KALI NAK JOIN

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen