MALAYSIA LOKASI PERTAMA MOIRA WORLD TOUR 2024

Friday, April 19, 2024


MEMILIH MALAYSIA SEBAGAI LOKASI PERTAMA MOIRA WORLD TOUR 2024
Moira teruja dengan respon dari peminat Malaysia.



KUALA LUMPUR - 18 April, Moxy Sky Bar Putrajaya telah berlangsungnya sebuah sidang media penyanyi Filipina, Moira Dela Torre yang turut dihadiri oleh rakan-rakan media anjuran Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment.

Moira Rachelle Bustamanre Dela Torre, artis terkenal Filipina kini berada di Malaysia untuk sebuah sesi jelajah yang pertama dan memilih Malaysia sebagai lokasi yang pertama. Artis wanita berdarah seni yang cantik jelita ini berasal dari Olongapo, Filipina telah memulakan perjalanan seninya sebagai seorang penyanyi lagu runut bunyi, lagu tema iklam(jingle) dan kini sedang menempa nama di peringkat antarabangsa.

Segalanya bermula pada tahun 2013, di mana Moira telah terpilih sebagai seorang peserta The Voice of the Philippines, Moira telah melancarkan EP yang pertama dan kini telah memenangi pelbagai anugerah. Antaranya, Moira telah dinobatkan "Most Streamed Filipina Artist" selama tujuh tahun berturut-turut dan ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan buat Moira.



Setelah menempa nama di Filipina, kini nama Moira telah meniti di bibir peminat antarabangsa menerusi lagu-lagunya yang diciptakan olehnya sendiri selama lebij dari 10 tahun.

Moira telah mendapat jutaan perhatian dari peminat antarabangsa melalui lagu-lagunya yang berjaya mencecah lebij 1 Billion stream di Aplikasi Spotify



Moira World Tour 2024 ini akan mengambil tempat 10 lokasi yang terpilih dan Malaysia adalah negara pertamanya. Dia berpendapat yang bahasa Melayu dan Tagalog tidak banyak beza dan suka dengan budaya yang ada di Malaysia.

Idola dan artis pujaan hati Filipina ini akan mengadakan konsert yang pertamanya bertempat di The Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 20 April, pada jam 8 malam.



Lebih kurang 20 buah lagu yang akan dinyanyikan pada konsert yang berdurasi lebih dari 90 minit itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat baik dari Filipina dan juga serata Asia. 

Tiket mula dijual pada awal bulan Januari 2024 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan hanya dijual dengan dua harga sahaja iaitu RM333 dan juga VIP. 

Berikut merupakan senarai jelajah ke destinasi seterusnya bagi MOIRA WORLD TOUR 2024 ;

USA
May 18 - San Francisco, California
May 19 - Los Angeles, California
May 24 - Washington State
May 25 - Pala, California
Jun 1 -  Stafford, Texas

CANADA
Jun 7 - Red Deer, Alberta
Jun 9 - Ontorio, Toronto
Jun 15 - Saskatchewan
Jun 22 - Montreal, Quebec

Bagi peminat Moira yang tidak berkesempatan untuk ikuti jelajah di Malaysia, atau mungkin berada di USA/Canada boleh dapatkan tempahan tiket untuk memeriahkan jelajah Moira di sana. 

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.