Pelancaran E-Book Rahsia Kejayaan Dan Teknik Perniagaan Dato Sri Aliff Syukri From Zero to Hero

3:13 PM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls,

Baru - baru ini Y.Bhg. Dato' Sri Aliff Syukri telah melancarkan sebuah keluaran terbaru beliau iaitu ; E-Book yang bertajuk "Zero To Hero". E-Book  ini menceritakan tentang kisah kejayaannya dari seorang individu yang dulu hidupnya susah dan kini telah berjaya membina empayar bisnes sendiri.

TERLAJAK LARIS
Tagline yang Ty rasa dari golongan budak ke dewasa pastinya tahu. Jadi mustahil lah tak ada siapa yang kenal dengan beliau. Mungkin ada yang rasa annoying  dengan tagline beliau tapi terikut -terikut juga kan? Jadi , apa kata jom ikut juga dia untuk jadi orang yang berjaya!


E-BOOK "ZERO TO HERO"
Sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang usahawan bagi mendapatkan e-book ini kerana segala yang ada dalam e-book adalah eksklusif dan tidak ada di jual dalam bentuk fizikal sebuah buku di pasaran. Apa yang boleh didapati dan dipelajari juga sebagai pemangkin motivasi para usahawan muda dan yang ingin berjaya dari e-book ni? Sudah semestinya rahsia & teknik kejayaan Dato' Sri Aliff Syukri.

8 Resepi & Teknik Kejayaan Dato' Sri Aliff Syukri
1. Teknik Mencari Big Why Yang Powerful
2. Teknik Mula Bisnes Dengan Modal Rendah
3. Teknik Cari Founder Dari Awal Bisnes
4. Teknik Cari Ejen Dengan Pantas
5. Teknikal BeraniTerima Kritikan
6. Teknik Buang Malu
7. Teknik Urus Masa
8. Teknik Sentiasa Kekal Positif & Aktif


Dan , dapat mengenali siapa beliau lebih dalam walaupun hanya melalui e-book. Terutamanya , kisah beliau hanya bermula dengan perniagaan kecil - kecilan di pasar tani di mana pendapatan beliau ketika itu  ibarat sekadar cukup - cukup makan sahaja bagi bulan itu sahaja. Dengan berkat usaha keras beliau , impiannya telahpun kini menjadi kenyataan. Dan baginya , semuanya bukan hanya "luck" semata - mata tetapi atas usaha keras dan strategi perniagaan beliau sendiri.

Untuk makluman jua , ketika pre-launch E-Book yang pertama dibuka kepada 200 unit sahaja dengan harga promosi telah berjaya dijual dalam tempoh kurang 24jam. Dan ianya telah ditutup pada 26 Julai 2019 pada jam 9.30 malam. Selepas itu, penjualan diteruskan tetapi tidak lagi dengan harga promosi.


Secara umumnya , penjualan E-Book ni sekaligus bertujuan utnuk melantik ejen - ejen E-Book yang mana dengan penglibatan pihak media , ejen jualan , Instafamous , Blogger dan lain - lain adalah teramat dialukan kerana golongan ini sudah semestinya mempunyai bilangan pengikut yang ramai dan banyak serta dari pelbagai golongan. Blogger oi! Meh jadi ejen lekaih , leh dapat extra income tanpa buat apa. Dengan setiap pembelian E-Book dari link affiliate  sahaja.


Nak tahu lebih lanjut dan dapatkan e-book? Klik link ini - https://bit.ly/2ysamjG

Buat usahawan , boleh juga uolls untuk sertai Aliff's Prestige Club yang mana bertujuan untuk mengeratkan silaturahim selain memberi motivasi kepada ushawan serta menambahkan pengalaman dan pengetahuan lebih luas. Dan semestinya dengan menjadi ahli kelab ini , dapat turut serta dalam pelbagai aktiviti yang diadakan. Berminat, sila hubungi - 0162950586.

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pengalaman Guna Produk Cetaphil

2:20 PM Yanty Lee 2 Comments


Salam uolls ,

Ty seorang yang aktif sepertimana selalu Ty post di socmedia. Bersukan dari petang sampai ke tengah malam pun Ty mampu maklumlah bujang. Dan semakin meningkat usia ni , Ty tak nafikan yang Ty kena jaga penampilan diri dan Ya , memang Ty seorang yang menitikberatkan kebersihan diri tambahpula bahagian muka. Ty boleh jadi stress dan sedih walaupun hanya seketul jerawat muncul. Bukan senang sebenarnya ada masalah kulit muka yang berkombinasi ni. Certain part muka berminyak dan ada pula certain part kering. Dan kali ni Ty cuba guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser .



PENGALAMAN PERTAMA KALI GUNA CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
Ya , ini adalah pertama kali Ty cuba untuk tukar pencuci muka dari produk yang mana Ty sekian lama setia kononnya. Apa yang membuat Ty nak mencuba sudah semestinya untuk tampil lagi segar tanpa masalah masalah kulit berminyk , kering , berjerawat juga sensitif. Kerap juga Ty dengar pendapat dan lihat sendiri kengkawan sepejabat betapa bagusnya produk ini.

Ada juga Ty layan Youtube Channel dari Vlogger yang buat review tentang produk Cetaphil. Paling menarik minat Ty untuk mencuba bila masanya Ty difahamkan cleanser ini tidak bersabun. Like seriously? No foam. Tapi boleh berikan kesan pencucian yang sangat bersih kata-kata orang sekeliling.

BETUL KE?
Okay , freaky saying , I'm in love with it. And it is a yes , guys! Takde foam. Terasa segar bugar  muka bila cuci muka dan mandi selepas seharian kat luar atau pejabat.
Ya gais , cleanser ni memang diformulasikan sebagai pengganti sabun untuk pengguna yang ada masalah kulit kering  , normal , kombinasi dan berjerawat. Jadi kisahnya semua orang boleh guna sebab kandungan propylene glycol yang bertujuan untuk membantu menjaga kelembapan kulit muka olls tu. Dan sekaligus mampu membersihkan kulit dari sel kulit mati.


KELEBIHAN CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
1. Untuk semua jenis kulit  sehingga kulit yang sensitif sekalipun
2. Sesuai digunakan untuk kulit muka dan juga badan
3. pH Seimbang
4. Teruji Secara Dermatologi
5. Hypoallergenic
6. Tanpa Pewangi Tambahan
7. Tanpa Buih Berlebih
Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah unik, teruji klinis untuk 2 aksi iaitu efektif membantu melembapkan dan lembut membersihkan. Amat sesuai untuk segala jenis kulit bahkan yang sensitif sekalipun dengan menjaga agar tetap sihat dan lembap.


CARA GUNA CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
Boleh atau hanya digunakan tanpa menggunakan air. Mudahkan? Tapi guna air pun takde masalah.


Selain itu , Ty juga ada cuba produk Cetaphil yang lain seperti Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50 ye la Ty suka bersukan dan berjalan. Kekdahnya Ty terdedah kepada pancaran sinaran matahari , jadinya dengan adanya Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 ini secara tidak langsung dapat membantu kulit muka Ty dari rosak dan membantu dari segi anti-aging gitu sekaligus sebagai pelembap juga. Kerana sekaligus dapat dijadikan sebagai pengganti sun block. Iyalah Ty sukan berjemur , suka travel tempat such as pantai terutamanya dengan aktiviti snorkeling & diving.  



Ty juga gunakan Moisturizing Cream untuk mencegahkan kulit Ty dari dehidrasi sepanjang hari. Sebelum makeup pun boleh guna.

Okay ini serious , Ty suka guna kesemua produk ini sejak beberapa hari gunakan nya. Jadi Ty syorkan buat mereka yang nak juga cuba dan dapatkan hasil yang baik untuk kulit masing - masing tu Ty sangat syorkanlah. Tapi sekiranya ada yang perlukan nasihat dan khidmat doktor sebelum menggunkan itu adalah peribadi ya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk - produk Cetaphil yang ada di pasaran , boleh dapatkan di : 

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pedas Tahap Berahi Hanya Ada Di Mi Keren - Food Monger , Cyberjaya

4:32 PM Yanty Lee 0 Comments



Salam uolls , 

Sekarang ni semua orang sibuk dengan semua jenis viral siap sahut lagi challenge segala bagai. Okay , ni ada satu lagi port makan yang mungkin geng kaki makan boleh cuba , terutamanya yang suka makan pedas. Mungkin , ada #MiKerenChallenge pula , gitchew! Trend katakan.

Baru ni , Ty lepak tempat makan baru juga la buka dekat Cyberjaya. Ya, bertahun dah tinggal kat Putrajaya tapi tak jenis explore sangat. Jadinya teruja bila ada port baru ni. Kat mana? Jom baca lagi.

FOOD MONGER , TAMARIND SQUARE , CYBERJAYA
Sebenarnya kat sini banyak jenis makanan yang di jual , ala "food court" camtu. Tapi yang Ty nak uolls cuba dan semestinya cuba ialah stall "Mi Keren". Kenapa , kena cuba sendiri !

Mi Keren
Berkonsepkan makanan dari negara jiran , Indonesia yang di bawa khas bersama semua bahan ramuan masakan juga tukang masak. Idea untuk ditengahkan pelbagai jenis menu dengan 8 menu yang kreatif berasaskan mi segera. Yang menjadikan tarikannya menu mi keren ini ialah kerana sebab ada pula 3 jenis tahap kepedasan ; Gegirl , Berapi & Berahi.

Ha kau , len macam tahap kepedasan Mi Keren yang ketiga ni. Berahi sampai mencurah-curah peluh katanya. Betul ke tak? Pakat pi try !

8 Jenis Menu Mi Keren










Kelapan-lapan menu ni lah uolls boleh pilih tahap kepedasan. Dan juga boleh add-on Chicken Slice , Minched Beef , Grated Cheese atau Lamb Cube.



Bagi uolls yang merasakan ini sekadar mi segera , itu silap. Kelainana Mi Keren ialah cara masakan dengan tahap kepadasan. Sebab , bukan cili biasa yang kita selalu guna tu tapi cili khas di bawa khas dari Indonesia.

Harga semangkuk bermula dari RM6 sehingga RM12. Dan ia dibuka pada setiap hari dari pukul 5 petang sehingga 1 pagi.

TAUKE JAMBU?

Oh ya , mestilah tertanya kenapa ambar Tauke Jambu ja bersepah dengan Mi Keren ni kan? Sebabnya dia lah tauke gerai Mi Keren ni. Nak jumpa dia , boleh gi sini. Lolaq dia tetap sama dalam TV nuh!


Jangan lupa singgah dan cuba kesemua 8 jenis menua Mi Keren , ok!

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen