Part 4 - Pulau Perhentian : Selamat Tinggal & Kenangan Terindah

7:02 PM Yanty Lee 26 Comments


Salam u olls ,

Selasa , 6 Mei 2014


Kelam kabut bangun bila mummy +Iena Arryiena  kejutkan, selamat tak da kuali periuk belangga tuk dia ketuk untuk hasilkan sound effect. Kecian dan redha ja la dia dengan “anak – anak” besar kerbau semua susah bangun pagi dan bersiap.

Selesai bersiap dan packing , kami bertolak ke Jeti Kuala Besut.


Dapatkan tiket bus / mini van untuk kami berpisah bagi tujuan perjalanan masing – masing ke Kuala Lumpur bersama Affida dan mereka berdua ke Pulau Pinang.

Alhamdulillah , walaupun perjalanan kami ke KL agak tidak menggembirakan , syukur kami selamat sampai walaupun lewat daripada Ain dan Arina yang sampai awal jam 5 petang.

Ty dan Affida sama – sama naik tren dan berpisah dalam tren sebab haluan berbeza. Sampai Putrajaya , terus cari makanan! Imagine tak makan daripada pagi walaupun dah berlemuih. Penat tak payah nak katalah tapi tetap enjoy bercuti sampai kalah orang kulit hitam dah rupanya.

Sampai rumah , mandi bagai terus tidur sebab esoknya we olls semua kerja!

Cuti sudah habis , bro Back to work and reality life.

Agak – agak bila la sunburn and tanned ni nak get rid away teruih , still ada kesan rentungan panggang sinaran uv ni , weyh! Pasni kena dapatkan swimming suits yang tutup head to toe , taubat dah katanya.

Whatever it is , you know what?  - YOU MUST and SHOULD go to PERHENTIAN ISLAND. Jangan sibuk nak pi terjah negara orang , dalam Malaysia negara sendiri pun hado hokayh tempat yang cantik giler, u olls!

Untuk tempahan pakej , boleh hubungi Ali ;

Facebook : Perhentian Islandd
Instagram @perhentian_islandd
Tel H/P / Whatsapp : +60179661101

26 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Blogger & Family Movie Day Out : Filem Animasi Super Squad

4:52 PM Yanty Lee 17 Comments



Satu event telah berlangsung di Cathay Cineplax , [email protected]Curve baru - baru ini yang disertai oleh para blogger bersama keluarga masing - masing ; menonton wayang bersama - Super Squad. Keluarga ini merangkumi suami - isteri , anak - anak comel. Anak tekak juga termasuk (khas untuk yang bajet bujang - +Bro Framestone) dan sememangnya bujang lagi terang tang - tang.



P E A C E ; says Elly.

Terima kasih , +Bro Framestone dan juga pihak produksi Netborn Sdn Bhd di atas jemputan khas bagi Tayangan Perdana Khas Filem Animasi Super Squad bersama Blogger.

Filem Animasi Super Squad

 5 Adiwira : Blinq , Sasha , Kapten Danny , Alan , Elly.

Ratu Insect

Laksamana Aaron

Filem animasi berbahasa Melayu yang berdasarkan siri animasi 3D Supertots. Juga merupakan filem animasi pertama di Malaysia yang menggunakan teknik "Hybrid Motion - Capture" sepertimana telah digunakan dalam filem Avatar dan lain - lain lagi.


Sinopsis Filem Animasi Super Squad



Sebuah filem yang mengisahkan tentang ketabahan dan kecekalan sekumpulan 5 adiwira yang diketuai oleh Kapten Danny. Mereka telah merentasi ke 400 tahun masa hadapan untuk menyelamatkan manusia di bumi daripada di serang dan di jajah oleh makhluk asing. Antara babak - babak pertempuran adalah seperti peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung yang menemukan mereka dengan watak bernama Mat , pendaratan makhluk asing di bandaraya Kuala Lumpur dan banyak lagi yang di mana telah menonjolkan dan membawa nama negara Malaysia secara tidak langsung dengan beberapa babak seperti berada di sekitar Kuala Lumpur , Malaysia. Contohnya ; pertempuran yang sengit di kawasan KLCC. Genre filem ini adalah lebih kepada "Action Comedy".



Barisan pelakon dan Suara Latar Watak

Antara pelakon yang telah menjayakan watak animasi serta menyumbangkan suara latar bagi Filem Animasi Super Squad adalah ; -
  • Aaron Aziz - Laksamana Aaron
  • Dafi - Kapten Danny
  • Diana Danielle - Elly
  • Radhi Khalid - Blinq
  • Marina Tan - Alan
  • Elza Irdalyana - Sasha
  • Amran Ismail - Mat & Dragon Lord
  • Megat Shahrizal - Zeeboz
  • Maya Arissa - Ratu



Mampukah 5 adiwira ini untuk menyelamatkan planet Bumi serta mempertahankan keselamatan negara dan rakyat jelata? Sama - sama lah ke pawagan berhampiran bagi tayangan umum yang bakal bermula pada 5 Jun 2014 ini.


Pssst! Watak paling Ty suka ialah watak Alan , comel nak  mampus! Tak percaya , sila tengok dulu ye.


Jangan Lupa !!
Nantikan tayangan Filem Animasi Super Squad di pawagam pada 5 Jun 2014 ini ye u olls. Bawalah seisi keluarga ,  anak - anak beriadah di musim cuti sekolah ini. Ada juga aktiviti bersama kan? Selamat menonton!

17 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part 3 - Pulau Perhentian : Snorkeling & Long Beach

7:40 PM Yanty Lee 7 Comments

Salam u olls , 

Isnin , 5 Mei 2014

Good Morning! *Feeling macam ada dekat Perhentian lagi.

Bangun je tidur , bukak wooden sliding door , tengok laut – pantai. Tenang ja  kaplahotak tapi kalau kat Penang / KL masing – masing bermonday blues.


Mandi dan sarapan pagi dulu , dengan suasana hujan yang lebat membasahi pulau. Alhamdulillah , hujan lebat hanya sekejap sahaja. Lepas bersantai , terdamparlah dugong seangkatan di persisiran pantai sementara tunggu Abang Ali arahkan kami untuk bersiap sedia ke sesi snorkeling sepanjang hari sampai lebam juga rentung.  Hampir 5 point kami bersnorkeling dan lupa diri seketika bersama.

5 – 10 minit sesi latihan snorkeling , pantas kan. Bagus awek – awek ni pandai dengar kata jurulatih.

Turtle Point – di Pulau Perhentian Besar


Seronok gila ! Nampak penyu depa bijik mata sendiri.  Besar – besar pula tu. Brader yang bawa bot siap terjun gi amik penyu tu naik sikit ke atas. Bapak berat wei. Teruja la sat.


Shark Point

Point ini memang kelakar , penakut semua nak turun. Imaginasi terlampau bila sel – sel otak berhubung. Dah turun , Ty memang lupa diri. Ty ikut Brader yang bawa bot , speechlessSubhanallah sangatlah cantik. Baik dari ikan – ikan hingga ke coral di dasar laut. Siap bagi makan ikan lagi. Cuak sikit bila brader tu tarik tengok shark , sebabnya depan mata dan tak tahan semua yang lain pakat tinggai Ty alone. Tak ka punya mangkaq bin bertuah punya kawan – kawan.

Ini bukan ikan yang dipanggil "S h a r k" ye , kengkawan.

Seronok sangat membakar diri. Naik atas bot , jeng3 kami bertukar wajah dengan warna tona kulit yang tak sekata , gitu. Tapi dan paling kelakar nya , bila pengakuan jujur dari Affida yang sebenarnya dia tak nampak pun ikan shark. Omgee! Semua gelakkan dia , confuse jap sebab samada dia kenal ke tidak mana satu kah sepsis ikan shark. Berat nanang la mek Affida ni.

Makan tengahari di perkampungan nelayan. Rare , dengan swimming suits hokayh , I olls gi makan. Krik3 sangat. Kat perkampungan nelayan ni ada sekolah , perumahan , balai polis etc. 

Lepas makan , kami ke 3rd point pula.


Lighthouse

Kalau ke Pulau Perhentian , tak sah kalau tak stop di Lighthouse ni , walaupun pada mula berkobar – kobar dari sebelum pergi memang nak terjun dari atas tu dah tersemat niat. Tapi bila sampai lemah jantung den ha. Kebetulan ombak agak kuat , lagi la cemas dibuweknyo. Alhamdulillah , selamat juga melompat dengan cubaan dua kali. Ain paling berani dan agak terlupa diri , sampai ke atas dia naik. Kononnya balak ensem dari boat lain duk bagi dia semangat. Cam hare kan. Ini la kawan Ty yang weng kepala tak tersambung wayar sekian lama terputus.


Sedihnya , Arina memang lemah semangat dah. Dia sorang ja tak terjun. Tukang amik gambar la jawabnya.


Piranha Point

Piranha? Oh my papaya? Oh tidak! Nama tu Abang Ali bagi sebab nya , terjun la ke dalam air pastu bawa roti bersama dan bagi makan ikan – ikan , baru tahu kenapa dapat nama tu. 




Mak aih mau tak dapat nama “piranha” , ikan - ikan serbu depan – depan muka hokayh. Segala pipi , tangan – lengan di gigit. Kecian , lapaq sungguh. 


Romantic Beach

Patutnya di sini la tempat sesi berlatih dan kelas pembelajaran snorkeling , tapi jadikan port last kami singgah dan bersantai ala – ala romantik bersama sebelum balik ke chalet.*haQtui*

Di sini , tinggalnya sebuah kenangan tanpa keprihatinan terhadap Ty.

Sesi snorkeling berlife jacket , semua terror. Jadi Abang Ali suh bukakan life jacket dan semua kena cuba berenang. Ligat la Ty menyelam , tengok ikan nemo , comel nak mampuih. Yang tak reti berenang pun boleh dah slow – slow. Cayalah geng!!

Cuci mata dengan air laut. Gila ka apa , pedihla nanti. Ty maksudkan kami selam dan tengok keindahan kehidupan dasar laut yang very superb.







Gamat geli!


Ngek betoi la. Berkejar – kejaran dengan ntah apa – apa cara renangan dah Ty berenang semata nak lari dari Abang Ali yang saiko. Siap berjaya letakkan dibelakang Ty, Omgee! Tapi bila terdampar di tepi persisiran sebab penat , rileks pula Ty men pegang – pegang natang gamat ni dengan yang lain. [Imaginasi +Iena Arryiena waktu tu dah senyum sinis dan Ty faham , Opsss]

Kenangan tak boleh dilupakan , bila Ty syiok sendiri dok menyelam , depa dah nek atas bot dan nak blah. Huarghhh , bayangkan , Ty disuruh berenang sampai ke bot yang dah dekat 150 meter jauh dari persisiran tadi , kemudian naik ke atas bot. Penat okay , abang Ali boleh kata berani buli sebab Ty je tahu berenang. Ngok ngek tak?! Semput nyah oii!

Sedihnya , rantai silver Ty bertukar menjadi karat. Ty biarkan je rantai tu dekat veranda chalet.Berendam dulu di pantai depan chalet sementara Ain dan Arina mandi. Lagipun panas , bekalan elektrik kan tak ada.

BBQ di malam hari , 


 Udang 

 Sotong 

 Lobster

Ikan Pari

Blurppp kenyang bila si kurus ni  [konon nya la kan] , kena habiskan makanan.

Bersantai sekejap sebelum gerak ke belakang pulau untuk berjimba di sepanjang Long Beach pada malam hari hingga ke pagi. 

TIPS : Pulau Perhentian Kecil adalah lebih sesuai untuk golongan muda untuk berseronok berbanding dengan Pulau Perhentian Besar.

Sebelum perjalanan , satu pengalaman bersaksikan laut dan langit dengan bintang juga bulan  sahaja tau apa yang telah berlaku. Untuk sekian kalinya dan mungkinkah berulang , tidak pasti. Ain dan Arina juga saksi kejadian. Apakah? 

Perjalanan ke Long Beach  bermula dari jalan belakang Ombak Beach Chalet dengan jalannya yang agak gelap la sebab dah malam kan , jadi bersuluh la masing – masing. Konfius , siapa lead jalan pun tak tahu , tahu – tahu Ty di depan sekali. 


Kami lepak di mini bar Panorama , memang havoc dengan mat salleh saja. Mampu tengok ja gelajat manusia yang dah “high”. Rimas nya , nyamuk dah mula membuat serangan bertubi – tubi. Miang satu badan dok garu. Ain sempat lagi mengayat sampai detim dengan si Bob kat tepi pantai. Sabar ja la.Tpai gua respect lu +Nur Ain Alaudin !


Lewat juga kami berpatah balik dan balik ke chalet. Sempat la juga dapatkan gambar – gambar dari lensa abang Ali sebelum tidur.

Malam terakhir yang amat sukar tuk ditinggalkan sebenarnya.

7 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Part 2 - Pulau Perhentian : Maya Chalet , Coral Bay

5:21 PM Yanty Lee 16 Comments



Ahad , 5 Mei 2014
Yehaa! Subuh membuka tirai hari Ahad di Jeti Kuala Besut dengan menyambut ketibaan awek berasal dari Pulau Pinang dengan seluas alam semesta. Kami berempat bertemu lalu berjejak kasih bersama di situ sementara tunggu brader yang patut datang jemput kami menyudahkan ibadah solat Subuh terlebih dahulu. Skema!


Lambat pula rasa brader Lan ni , perut ajak berdansa di pagi hari. No clubbing please , tummy. Mampu gumbirakan perut dengan 2 biji roti canai ja sebelum gerak naik bot laju ke Coral Bay , Pulau Perhentian. 

Nak melepasi garisan grid horizontal ke Pulau Perhentian , mesti bayar yuran kemasukkan ahli seumur hidup dulu. Eh bukan – bukan. Bayar tiket untuk pemuliharaan pantai dan kehidupan laut di Pulau Perhentian. RM5 aje pon , rokok sekotak mampu beli inikan fee pula ye dak?


Woahhh! Cam gila – gila remaja sangat we olls pagi tu nek bot laju – laju. Belum mula bercuti , tengok luasnya laut terbentang dah rasa tenang dan terlupa yang ada banyak dugaan tertinggal , tinggal kat mana tak pasti. Kecian tercicir jap. Tapi terdetik juga , andai benarlah MH370 terhempas jatuh ke dalam laut dari ketinggian di atas udara , uhh macam mana kah?


Yeah , sampai. Selfie sepanjang jalan nak jumpa AbangAli. Dia usha je kami dari jauh dengan natang monopod  , mentabah je menunggu nak tengok awek – awek cun dari Penang Mari.



Melepak dan menikmati pemandangan yang penuh keindahan juga ragam manusia sekeliling kami. Oh , we detected there’s a GAY! Siap baring depan mata we olls lagi , geli ada la langsung tak dak nafsu , sungguh tak menggeliurkan la Mat Salleh sorang ni. Walaupun bermacam pose baring yang dibuat. Jadi bual bahan ja.

Maya Chalet.
Kami menginap di sini , depan – depan veranda we olls , pantai! Whee , I is so liking. Masuk je bilik , semua salin baju mandi masing – masing sebab dah tak keruan apatahlagi menahan nafsu dengan si gay tu sangat tidak tapi dengan laut pantai yang lagi menghairahkan. Matahari sedang panas terik , like we do care. Terjah!


Masuk dalam air , kepala pun masuk air. Lupa diri , terus “terswim agak jauh dari kengkawan I olls. Sipi – sipi ja dengar suara Arina ; Wei … Yanty dah berenang sampai tengah – tengah dah.. I olls is cuak , patah balik , bila tanya balik , Jauh sangat ka?. OK I is memang lupa diri. Ampun patik!

Pedih mata! Affida tak masuk lagi dalam air , maka dia la mangsa ikan – ikan jaws untuk tolong belikan google. Dapat ja google baru celik bijik mata nak terbeliak , menyelam dan tengok ikan. Reti ka tak reti, Ty heret juga Arina dengan Ain. 

TIPS:  Jangan panic , berenang ja cara apa pun. Sebab air laut boleh buat kita terapung berbanding dengan air kolam – swimming pool.

Cahaya UV dari pancaran matahari semakin mengganas teriknya. Sat ja pun dah bertukar jadi Negro. Itu tara habis lumur satu badan sunblock. Redha aje la yah, mak hokayh je , janji puas.


Patutnya ada sesi belajar snorkeling tapi masing – masing dah penat , Abang Ali pun sama. Kami berehat sahaja di veranda sambil hirup udara pantai , sambil tertidur sebab Affida dan Ain pi melantak yang ingatkan depa tapau ja. 

INGATAN TULUS IKHLAS: Di Pulau Perhentian , bekalan elektik / karen / api tak ada sepanjang jam 7 pagi hingga 7 petang/malam.


Bersiap melawa bukan kemain , nak cover kerentungan sebenarnya. Walhal makan malam ja pun. Makan malam ni bersekali dengan pakej keseluruhan kami ambil dari Abang Ali. Alhamdulillah , rezeki makan malam kami memang mengenyangkan dan mata pun sayu syurrr dok ajak pi tidur buang. Tak jadi kami ke Long Beach berjimba malam tu. Too bad , the night is still young , but we youngsters sleep early.

Letih , boh!

Nyamuk! Mosquitoes! 

Disyorkan bawa la ubat nyamuk dan bakar sendiri , rasa rimas lumur satu badan.

Alhamdulilah , masa tidur tak kena ketik walaupun tak berkelambu yang telah disediakan. Bermalam pertama dengan Ain , Chalet sebelah Arina dengan Affida. Aumm! 

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen