5 Hari 4 di Sibu , Sarawak

12:00 AM Yanty Lee 8 Comments

5 Hari 4 di Sibu , Sarawak

Outstation.
Musim di mana hampir seluruh warga bersama kaki dan juga tangan di bahagian Ty diarahkan bertugas di luar kawasan bagi menguruskan satu temuduga bagi program biasiswa yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia.

Dari sibuk dengan kerja hakiki tak henti pula dengan tugasan luar pejabat atasan urusan rasmi.

13 April 2014 ; Ahad
Huarghhh! Tidur lewat nya angkara. Bila jam yang dikunci dah bunyi , sekadar bangun ke washroom for ladies. Krooohhh sambung tidur lagi. Damn! Bila terjaga , oh itupun bila BFF tempik kata Woi Ty dah lambat, hang biaq betoi!. Ong gedek gedek la jawabnya. Lipas kudung pun kalah bersiap we olls.

Selamatlah dapat kawan yang penyabar dan tak banyak bebel macam mak nenek kebayan.

Cemuih! Tunggu teksi datang jemput dari rumah ke Putrajaya Sentral je pun , hampehgaslion we olls , kematu. Sampai sentral terus melangkah sebesar alam hokayh nak ke kaunter tiket pembelian tren ERL. Terlepas! Tren baru berlepas , frust menonggeng nangis sambil koyak tisu.

Sampai KLIA , opismet dah beratur untuk check – in , muke kena relaks bajet paling otai jadi lambat tu takda point pun. Yeah, ini semua poyo.

DEGIL. Bila penggunaan alat elektronik tidak dibenarkan.

Alhamdulillah , selamat mendarat di Lapangan Terbang Sibu. Dan tanggungjawab untuk bekerja pun bermula. Dijemput dan terus ke pusat temuduga Majlis Perbandaran Sibu , Wisma Sanyan dan setup tempat untuk sesi temuduga.

Menginap di RH Hotel.

Makan malam di Islamic Nyonya Kafe.

14 April 2014 ; Isnin
Lepas light breakfast di hotel , berjalan kaki je pun ke Wisma Sanyan untuk tugasan bagi hari pertama. Nerbes noks , I olls first time jadi fasilitator. OMGee! Syukran , gemuruh hilang bila masa berlalu. Makan pagi sampai petang disediakan , macam – macam jenis masakan dan kuih – muih yang menjadi signature atau femes di Sibu dapatlah kami rasa.

Pekan Sibu

Pulut Panggang – rasa lemak -lemak , tanpa isi.

Tapak Pasar Malam Sibu

Malam nya , berjalan di sekitar kawasan berdekatan sampai tersasar ke Tapak Pasar Malam Sibu. Sekadar jalan – jalan , tak yakin sangat nak beli makanan di situ. Kata mereka , Sibu umpama Chinatown. Meronda sampai ke Sibu Heritage Centre , sayangnya tak beroperasi waktu malam. Singgah KFC , tapau dan melepak di bilik je.

15 April 2014 ; Selasa
Seperti biasa. Pagi nya kerja sampai petang.


Lauk pauk memang sedap , first time merasa Telur Padi tapi tak kena dengan selera tekak. Rare , tak pernah makan tapi orang kata ada je jual di pasaraya.

Minum petang mesti ada kuih muih. Tak pernah tengok , so I’m like Wow , Whoa uniknya dan rasanya sedap.
Kuih Celorot & Kuih Penyaram

Malam , kami keluar makan hanya di Pizza Hut , Wisma Sanyan.

16 April 2014 ; Rabu
Hari terakhir bertugas. Dan Alhamdulillah selesai dengan jayanya dari team Sibu.
Petang lepas kerja , berjalan dengan baju kurung bajet ayu la konon. Malas sebenarnya kalau dah masuk bilik. Meronda sampai lenguh kaki , singgah kedai pasaraya dapatlah belikan Kak Sue Izza pes Laksa Sarawak. 

Ok , memang tak jumpa souvenir ,stress hakak noks!

Senja , sampai ke hotel untuk mandi manda dan bersiap , makan malam terakhir di Sibu pun tetap ke Islamic Nyonya Kafe. Mee Kampua makanan femes amos di Sibu yang harus cuba jadi Ty order satu. Rasa dia macam mi megi yang direbus dengan pati ayam tapi tak tahu pun apa rencah istimewa sebenarnya. Bolehlah nak makan. Mee , tak cukup tapau Roti Telur Bawang makan dengan hakak sakit demam dalam bilik sambil layan criter ehem ehem , tak faham pun yang layan orang lain.

Mee Kampua & Umai Ikan + Nasi Putih


17 April 2014 ; Khamis
Lepas makan sarapan pagi sekenyang dan sebuntal juga sebulat mungkin , kami singgah di Sibu Heritage Centre. Grab some keychain as souvenir , FM ( Fridge Magnet) untuk peti ais sendiri , a Sibu T – Shirt untuk diri sendiri. Bajet sebab next few days , outstation lagi.

Bub – Bye , Sibu until we meet again , berlepas kami ke KLIA untuk rutin harian seperti biasa dan tugasan luar yang seterusnya.

Walaupun orang kata Sibu tak ada yang menarik , tapi Ty rasa bukan senang dapat peluang nak berjalan dan melihat tempat orang. Sometimes different , not much to compare.

Lain tempat , Lain budaya.

8 comments:

  1. pulut panggang takde isi. sedihnya makan xde isi wuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha xda inti Kira , tapi sedap la jugak

      Delete
  2. terlihat sangat menyelerakan, dan lagi berbagai macam hal baru nak jumpa disana

    cara membentuk tubuh ideal

    ReplyDelete
  3. Sibu tu pekan ker? bukan bandar? mmg camtu ker klu sungai petani pn disebut sbagai pekan..

    ReplyDelete
  4. Sibu tu pekan ker? bukan bandar? mmg camtu ker klu sungai petani pn disebut sbagai pekan..

    ReplyDelete
  5. Pekan yg dimaksudkan adalah pasar(loghat orang sarawak).

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen