Lotus Desaru , Kota Tinggi , Johor
Menginap di sini selama 3 Hari 2 Malam sahaja , sepatutnya 4H3M , nanti ceritakan kenapa “percutian” dipendekkan.
Sebenarnya , outstation lagi!
Program lain dan uruskan temuduga juga.
20 April 2014 ; Ahad
Bertolak dengan team yang sama tapi naik kereta je. Perjalanan dari Putrajaya ke Kota Tinggi. Bertugas di Kolej Professional Mara , Bandar Penawar yang tak jauh mana pun dari tempat menginap. Naik kereta , tak terasa la jauh berbanding jalan kaki.
Singgah RnR Seremban , sarapan pagi dan minum secawan susu Nutri Goat Miracle 8 [klik]
Sampai pusat temuduga , setup macam biasa. Petangnya , ronda merendek di sekitar hotel dan pantai.
Makan malam di UBC Thai Seafood. Memandangkan briefing bersama panel habis lambat , Ty kena drive kan mereka dengan bantuan Waze. Semua dah lepu dengan perut berkeroncong. Dekat je la dari hotel.
Sedap juga makanan di situ , paling suka sotong goreng tepung. Yummy , crispy tak macam yang goreng ala – ala buat cucur. Tepung je lebih. Memang kenyanglah malam tu.
21 April 2014 ; Isnin
Senyap! Temuduga sedang dijalankan. *poyo*
Lepas sesi temuduga , balik hotel. Salin baju , terjun laut! Whoaa , Ty dah berzaman tak celupkan diri dalam laut. Tak lama main dengan air pantai sebab it’s more to private beach. Sebelum cukup time kena whistled penamat masa , kami blah dulu dan bertukar jadi keanak – anakan di Theme Park yang ada pula. Sampai habis masa tuk tutup la berendam dan berenang. Lupa diri.
Naik bilik , mandi. Panaskan lauk yang dibungkuskan sebabnya banyak sangat lauk pauk , tak nak pembaziran kami bungkus. Lagipun bilik hotel pula ala – ala rumah , ada mirco wave. Dinner di bilik hotel je, walhal geng lelaki kuar makan sedap di Restoran Seafood Bujang Firefly, terapung lagi. Sob sob sob.
Apapun , Alhamdulillah kenyang dan krooohhh dengan nyenyaknya.
22 April 2014 ; Selasa
Hari last bertugas di luar pejabat , yeahaa!
Sepatutnya esok pagi nya check – out , tapi kami bersepakat untuk balik malam tu juga untuk dapatkan rehat secukupnya dan bertugas seperti biasa semula hari Khamis nanti. Rancangnya gilir – gilir lah drive kalau tak larat tapi bos pulun kaw – kaw 4 jam sampai sudah di Putrajaya.
Giant Coconut Fall ni memang best , hempap kepala!
*Sweet uncle & auntie berendek , bagi chance sama depa*
Zon kanak - kanak ni pun kami men , bila lagi kan?
Nak jadikan ceritanya , sempat la anak – anak bos , bermandi - manda dulu di Theme Park sebelum gerak balik ke Putrajaya. Redho je la bos kan dapat anak buah camni. Release stress and tension sebenarnya.
Apapun , Alhamdulillah selamat sampai. Dari jam 9.30 malam bertolak , sampai dalam pukul 1 pagi. Memang laju la , ada masa tertido. Letih main air kot. Ngee.
Sampai je rumah , rehat sampai esok harinya. Rehat secukupnya gitu. Bermalas – malasan yang habis – habisan la ceritanya.
Kalau nak berbulan madu , boleh la pergi Desaru , sunyi tak banyak hiburan sangat. dalam bilik ja la jawabnya. Opps!
Bekerja smbil beriadah..hehe...
ReplyDeleteTu la sis...
DeleteCantiknya view...;)
ReplyDeleteTenang , xcrowded...
Deletewah bestnye pantai.. bestnyeeehuhu
ReplyDelete=D
Delete