Pakej & Rawatan Berpatutan Di Skin Valet

9:52 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls,

Nak kongsi buat uolls semua yang Skin Valet menawarkan pakej dan rawatan untuk pelanggannya dengan harga yang sangat berpatutan. Dan buat uolls yang mencari pusat kecantikkan bagi mendapatkan best treatment with reasonable price , bolehlah pergi ke mana - mana cawangan Skin Valet seluruh negara.


Bagi yang mengikuti perkembangan Ty , Ty sendiri telah ke Skin Valet yang terletak di Bangi hampir sebulan lepas. Rawatan yang Ty dapatkan adalah Sakura Facial , sejujurnya Ty puas hati sesangat. Dan buat pembaca yang belum baca lagi boleh klik link ini - Rawatan Sakura Facial Di Skin Valet yang mana Ty sudah kongsikan pengalaman Ty sendiri.

Selain rawatan Sakura Facial yang macam Ty dapatkan , ada banyak lagi rawatan yang ada di sini.

Antara Pakej Rawatan Di Skin Valet
Seperti dalam entri sebelum ni , Ty ada katakan bahawa uolls akan dapat nasihat dari pakar kecantikkan terlebih dahulu untuk memastikan rawatan yang mana satu adalah sesuai dengan uolls. Jadi lebih mudahlah untuk mereka yang pertama kali khususnya.

Rawatan ini lebih membantu raut wajah nampak segar dan sihat.

 Berfungsi untuk sekatakan tona kulit, mengecilkanliang pori, kecutkan jerawat dan menarik minyak berlebihan di wajah.

Penyingkiran lapisan luar kulit melalui teknik pengelupasan

Untuk kurang juga hilangkan bulu roma

Tampil lebih berseri dan sentiasa glow

Berfungsi dengan melonggarkan sel-sel pada lapisan atas lapisan epidermis terluar, yang membolehkan untuk mengupas dan mengelupas kulit yang lebih baik.

Teknik estetik yang menggunakan tenaga RF untuk memanaskan tisu dan merangsang pengeluaran kolagen subdermal untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kulit longgar. Dengan memanipulasi penyejukan kulit semasa rawatan, RF juga boleh digunakan untuk pemanasan dan pengurangan lemak. Sesuai la buat muka nampak V-Shape , gais!

Menarik dan rasanya berbaloi kot dengan harga , jadi buat mereka yang nak dapatkan treatment dari Skin Valet, dapatkan sekarang. lagi 2 -3 bulan dah nak raya gais. Jom lelawa!

Facebook : Skin Valet Bangi 
Alamat 
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
03-8922 9181
Waze : Skin Valet Bangi
Waktu Perniagaan : 10.30 pagi – 7.00 petang

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari 4 : Dekati Sumber Galian Bumi Pulau Belitung - Danau Kaolin

1:00 AM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls ,

Sekejap saja masa berlalu , dah masuk hari terakir Ty dan kengkawan media di bumi Pulau Belitung. Perjalanan kami tidak terus ke lapangan terbang. Masih ada beberapa tempat yang masih kami perlu singgah dan kunjungi.

1. Danau Kaolin


2. Kong Djie Coffee

Wajib cuba , kopi susu yang menjadi minuman TOP di sini.

Ini dekat kedai yang lama dan ia terletak di tepi jalan sahaja. Buka sampai malam. Nak rasa old school boleh sangat ke sini. 

3. Hanggar 21
Kami berhenti di sini untuk makan tengahari dulu sebelum sambung perjalanan yang tak sampai 5 minit pun ke lapangan terbang.


Unik! Makan Mee Atep ala mee rebus yang di letak alas atas daun simpor dan disajikan dengan air jeruk. Part ni , baru tersedar yang mana-mana tempat makan yang kami pergi , mesti air panas kalau perlukan ais ketul kena minta. 

"u r what u read
u r what u write” 
― andrea hirata

Untuk uolls yang nak juga pergi bercuti di Pulau Belitung ni macam Ty dan kengkawan social media Ty , uolls boleh study package yang ditawarkan dari MTN Getaways  Pte.Ltd yang Ty kongsikan ;

PAKEJ BELITUNG
Harga pakej ;
- 3D2N : RM1,499.00
- 4D3N : RM1,799.00

Pakej Termasuk ;
1. Tiket kapal terbang (pergi&balik) dengan GARUDA Airlines *direct flight dari Singapore - Belitung*
2. Penginapan
3. Makan - Sarapan Pagi , Tengahari & Makan Malam
4. Ground package - Airport Transfer , Land Transprort for city tour & Boat for Island Hoping

Pakej Tidak Termasuk ;
1. Airport Taxes
2. Insurans
3. Perbelanjaan Sendiri
4. Tips

Penerbangan hanya 4 kali seminggu - Isnin , Rabu , Jumaat dan Ahad.

Maklumat lebih lanjut dan promosi dari semasa ke semasa , boleh ikuti dan dapatkan di ;-
No.Tel : +6585313381 (Faizun)
Instagram : @mtngetaways

Jangan lupa baca entri-entri dari awal Ty di Pulau Belitung!

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Hari 3 : Island Hoping di Kepulauan Pulau Belitung

4:53 PM Yanty Lee 1 Comments


Salam uolls ,

Aktiviti pada hari ketiga Ty di Pulau Belitung ialah Island Hoping dan bagi yang mengenali Ty , laut - pantai adalah tempat paling Ty suka. Walaupun keadaan dan cuaca agak suram gara - gara kejadian tsunami di Selat Sunda , kami mencuba nasib untuk teruskan nasib. Air laut bergelora tetapi kami teruskan juga dengan tawakal.

Pantai yang ada di Pulau Belitung ini kesemuanya cantik belaka dan adalah mesti untuk uolls pergi kesemua. Tidak ada apa pun yang merugikan.

Pantai - Pantai Yang Cantik Di Pulau Belitung

1. Pantai Tanjung Tinggi

Di sini , memang setiap inci ada saja tempat menarik untuk bergambar. Tak terkata lah untuk Ty gambarkan betapa cantiknya. Suasana yang menenangkan melihat terbentang luasnya laut sambil hirup udara segar.




Walaupun di celah - celah batu pun , catik aje nak mengedik untuk bergambar. Cuma cuaca pada waktu Ty ke sini agak tidak berapa cantik , air laut bergelora. Bagi uolls yang berpeluang ke sini dan pantai - pantai lain , jangan lupa posing sakan taw!



2. Pulau Lengkuas


Disini ada menara api. Antara pantai yang menjadi tumpuan kerana lepas bersantai di sini , dalam pakej percutian akan membawa uolls ke snorkeling di tengah laut.


Selain itu , terdapat sebuah kawasan di celah - celahan batu yang lebih dikenali dengan tempat pemandian puteri. Port yang memang cun melecun gais untuk berposing gambar.

Kucing ini memang malas teramat , dia akan tetap tidur atas batu walaupun kami ganggu atau cuba dukung dia.Paling kelakar , dia kena kejar dengan ayam.

Dah kenyang perut memasing dengan air kelapa dan pisang goreng , Izzat ZIN lead menari poco-poco.

3. Pulau Gede Kepayang


Kami berhenti singgah di sini untuk makan tengahari dan juga ada aktiviti melepaskan anak penyu ke laut. Uolls boleh membeli sebarang souvenir seperti baju T-Shirt dan sebagainya dan dengan nilai tersebut , akan dapat seekor anak penyu yang comel dan berpeluang untuk melepaskannya sendiri di persisiran pantai.



Ain Edruce pun lepaskan anak penyu

4. Pantai Tanjung Klayang



Kat sini bukan sebarang pantai tapi lebih kepada gua yang banyak batu. Dah boleh berhiking gitu. Tapi view memang cantik teramat. Apa lagi , posing dan posing saja kami semua.


Puas betul dengan aktiviti island hoping seharian dan kami ke satu kawasan persisiran pantai yang mana dah pun connected dengan darat. Bus pick-up pun di situ. Sebelum gerak ke tempat makan malam , kami sempat bersihkan diri di tempat mandi yang ada di sini.

Pengalaman Ty pergi snorkeling dan island hoping dengan keadaan air laut yang bergelora kerana cuaca tak baik akibat gempa bumi sehari sebelum di Selat Sunda.

Malam terakhir , dinner dan karok sampai lebam.

OK , boleh jump to last entry (klik) Ty dan tahu mana lagi tempat menarik dan cantik untuk pergi sebelum berangkat balik meninggalkan bumi Laskar Pelangi ini.

1 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Rawatan Sakura Facial Di Skin Valet , Bangi

8:04 PM Yanty Lee 2 Comments



Salam uolls ,

Umur dah semakin meningkat , masa untuk manjakan diri pun tak terkejar sebenarnya sebab masuk sahaja kerja awal tahun terus busy dengan aktiviti itu dan ini. Bagi yang mengenali dan mengikuti perkembangan Ty , pasti tahu yang Ty agak sibuk bersukan petang dan malam selepas waktu kerja. Dan memandangkan tengah bulan lepas adalah hari jadi Ty. Jadinya selain terima ucapan , doa dan hadiah dari orang sekeliling , diri sendiri pun hadiahkan diri sendiri dengan manjakan diri di Skin Valet,Bangi. Lepas kerja , terus pergi.


Terasa VIP sangat , sampai sahaja terus dapat parking depan kedai.

Perkara pertama sampai di sini , staf Skin Valet terus sapa dan minta untuk lengkapkan isi borang peribadi terlebih dahulu sebelum dapatkan consultation dengan doktor yang bertauliah mengenai kulit.


Sejujurnya , cuak juga Ty bila doktor imbas muka. Mana tak nya , di mata kasar orang mungkin muka tak la seperti muka pecah rumah ke atau berjerawat berjeragat melampau. Tapi diri sendiri sedia tahu kondisi muka.

Ya , doktor nasihatkan Ty untuk gunakan lengkap lima (5) kaedah asas penjagaan muka , iaitu :-
1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Moisterizer
5. Sunblock


Katanya, walaupun bekerja dalam pejabat berhawa dingin pun , kena pakai sunblock sebab cahaya lampu pun yang terdedah boleh buat kulit muka terbakar dan sebagainya.

Lepas imbas kulit muka , doktor terangkan pada Ty yang kulit muka Ty sebenarnya kering. Kulit kusam dan tona warna pun tak sekata dan juga hanya bahagian hidung yang berminyak. Habis sahaja penerangan terperinci , Ty pun dapatkan rawatan Sakura Facial.

Sakura Facial adalah untuk mencerahkan kulit muka , membantu membuang kulit mati agar lebih tampak segar serta dapat membuat muka jadi V-Shape.

Meh ikuti kaedah rawatan Sakura Facial yang Ty buat, step by step ;
1.Cleansing
Sebelum mulakan kaedah lebih terperinci , staf Skin Valet bersihkan dahulu muka dengan pencuci muka khas mengikut kulit pelanggan.

2. Double Cleansing
Sekali lagi muka Ty dicuci dan kali ini tak menggunakan jari , staf menggunakan brush khas , sbil memberus muka terasa seperti diurut-urut juga, best babe. Dan urutan ini dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

3. Microdermabrasion
Langkah ini adalah untuk exfoliate lapisan kulit yang paling luar dengan membuang segala kekotoran yang melekat pada kulit wajah. Teknik ini turut menyedut keluar blackhead & whitehead serta sel kulit mati yang ada pada wajah. Menurut staf , ada certain area sahaja Ty ada whitehead.

4. Radio Frequency
Urutan dengan penggunaan mesin ni memang best gais walaupun ada suhu panas. Katanya untuk hasil V-Shape , pelanggan tetap dan dah biasa, lagi prefer yang panas. Gitu. Kaedah ini dapat membantu menegangkan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen baik untuk kulit. Kiranya kaedah ini dapat mengurangkan kedutan halus di kulit muka.

5. Exfoliating Mask
Sejuk aje muka Ty masak staf sapukan mask. Dengan menggunakan bahan aktif dari ektrak buah beri (formulasi kha Dr.Isma) adalah untuk exfoliate  kulit muka. Ia juga turut berfungsi untuk menjadikan kulit wajah 1 tona lebih cerah , melembabkan kulit yang kurang moisture dan mampu memudarkan kesan jeragat.

6. Oxygen Infusion
Proses kaedah ini adalah pelengkap kepada proses exfoliation. Oksigen digunakan sebagai pemangkin kepada serum baru menjadikan kulit lebih  anjal , eliinate acne-cause bacteria as well as baiki tona kulit dan mengurangkan kedutan halus.

7. Tone Correcting Cream
Lastly , sebagai pengakhiran kaedah Sakura Facial ini adalah kepada proses pencerahan kulit wajah. Correcting Cream ini mengandungi SPF35 yang baik untuk melindungi kulit dari sinaran UV juga pada masa yang sama dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah.

Ha gitu. Meh tengok hasilnya pula.

Tada!

Macam mana gais bila tengok perbezaan pada gambar sebelum dan selepas? Pada Ty , memang ketara perbezaannya. Nampak lebih cerah dan tona warna pun tidak lagi kusam. Yang paling mengejutkan ialah kelihatan sungguh V-Shape yang baru sahaja pertama kali mencuba rawatan ini. Kalau seminggu dua kali dapatkan rawatan ini , mesti terserlah V-Shape tu. Hilang terus double chin cheq oi. Lembab aje muka Ty.

Selain rawatan Sakura Facial , banyak lagi rawatan yang ada di Skin Valet ini. Datang dulu kat sini dapatkan nasihat terperinci dan mendalam dengan pakar kecantikkan mereka. Rawatan di sini , boleh dibayar secara ansuran. Cool kan? Sekarang tengah ada promosi Prosperity Sale . Untuk rawatan Sakura ni harga asalnya dalam RM350 daan sebab ada sale , uolls boleh dapat rawatan ni dengan harga promosi RM188 sahaja.

Untuk uolls yang nak juga dapatkan rawatan dan maklumat lebih lanjut mengenai rawatan di Skin Valet ini , boleh ikuti perkembangan mereka di ;
Facebook : Skin Valet Bangi 
Alamat
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
03-8922 9181
Waze : Skin Valet Bangi
Waktu Perniagaan : 10.30 pagi – 7.00 petang

Dah meningkat usia , kenalah jaga diri kan. 

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen