McDonald’s sumbang lebih RM600,000 untuk rakyat Sabah

by - December 11, 2019


Program Komuniti McDonald’s bantu golongan memerlukan di Sabah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan

SEMPORNA, 10 Disember 2019 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah, hari ini. Sumbangan sebanyak RM622,800 diumumkan oleh restoran khidmat segera tersebut bagi meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan.

YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini.



Sejumlah RM622,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menyampaikan ucapan beliau di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah.


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.


Puan Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah; Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berusaha Tuan Benedict Asmat, Pegawai Daerah Semporna  menyerahkan pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah semasa Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah. Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah rendah di Sabah menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ ini.


Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib, isteri Ketua Menteri Sabah; (tiga dari kanan) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan (dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika upacara pembukaan rasmi McDonald’s Pandu-Lalu Semporna, yang merupakan restoran McDonald’s pertama di daerah itu.


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah ketika menandatangani plak perasmian McDonald’s Semporna, sambil disaksikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Apa itu RMHC ?
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.


RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/ .


You May Also Like

0 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen