SASUKE PREMIUM OUTLET Bersama Pelawak Terkenal Tanah Air Membantu Pesakit Eczema Kronik

7:49 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls,

Ty dikeliling rakan sekerja yang banyak berkongsi isu - isu semasa. Terutamanya mereka yang sudah berkahwin. Ada rakan Ty ni terpaksa cuti separuh gaji untuk menjaga anaknya yang belum mencecah umur setahun kerana menghidap penyakit eczema. Alhamdulillah, semakin pulih. Dan dari dia juga Ty la dapat tahu mengenai dua orang adik beradik ini yang menghidap eczema kronik iaitu Naylasafya (2 tahun) dan Naylsafiy (8 bulan)


Dan kali ni Ty dapat berita yang pihak SASUKE PREMIUM OUTLET bersama - sama dengan pelawak terkenal tanah air kita, Tauke dan Man Rajalawak telah pun turun padang untuk melawat juga memberi sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga adik beradik yang menghidap eczema ini.



Sedih nya Ty tengok keadaan dua beradik ni, apa yang boleh Ty buat ialah doakan agar adik beradik ini cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan harian seperti kanak-kanak yang lain. Ty juga pasti rakyat Malaysia doakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga.

Sepertimana pihak SASUKE dan pelawak Tauke dan Man yang menghulurkan bantuan kepada mereka ini bagi mereka di luar sana juga boleh membantu dan memberi sumbangan dan moral support kepada mereka. 


Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun ini :



0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen