Salam u olls ,
Food Hunt Gateway!
Bila dah terlalu jemu dengan apa yang ada di Putrajaya , Kuala Lumpur & Selangor , sekali lagi the sisterhood turun ke Melaka walaupun 2 years back we already been there for New Year.
Port destinasi pertama yang BFF sorang ni tazzabar nak bedal pelahap Coconut Shake sampai 4 gelas di Klebang Original Coconut Shake sebelum check-in di Agrofarm stay @Skill-Tech , Durian Tunggal. Bilik redeem hasil viralkan job taks , Alhamdulillah.
Lepas berehat berguling kiri kanan , weolls serbu expo di Stadium Hang Hebat , Krubong. Kat sini ada macam-macam , apa yang memanggil weolls ke sini adalah gara-gara durian.
Jadilah dapat makan sebiji dengan 5 ulas.
Sambil pusing tapak expo weolls torai pau viral berbentuk cili berinti sambal ikan bilis dan udang berinti sambal tumis udang. Giler bapak sedap , tak kedekut isi.
Lepas melantak kat Krubong , weolls ke Ayer Molek. Yeah , BFF nak² melantak kedarah di Umbai Ikan Bakar Parameswara. Makan malam yang memang puas hati , tekak ke perut. Ikan siakap , udang dan sotong dilahapnya weolls sampai tak termampu nak bangun jalan dan gerak balik ke homestay.
Sepanjang jalan ke homestay , MAPS ajak lalu laluan Jasin. Fuh, Alhamdulillah selamat. Gurau kasar MAPS ni , hawau betul. Uolls pepaham sendiri la maksud tersirat. Orang Melaka mesti tau la kalau sebut Jasin , kan?
Breakfast esoknya , konon nak makan roti canai dengan kuah asam pedas , semua kedai pergi tutup. Makan brunch terus di Bandar Hilir. Pekena menu Asam Pedas Ikan Pari & Ikan Merah. Merencik juga harganya , pelancong sangat. Disyorkan pergi makan dekat area Bukit Katil , berdekatan Bayou Lagoon.
Meronda jalan kaki sampai ke Jonker Walk , dekat 7km. Burn! Elok , dah bakar kalori , pi tibai pula Megi Goreng di Restoran Mamee.
Gara-gara tak ada seat.
Sebelum tinggalkan Melaka , minum dulu semangkuk cendol & tembikai tebuk di kaki lima. This is rare but yet it's a memory.
Thank Malacca membuncitkan sis. Next food hunting destination? Tunggu na.
Bestnyaaa jln2 cari mkn... Heaven! Jgn lupa burn blk.. Azam 2018! Hehehhe
ReplyDeleteOkay² tahun 2018 pakat kurus!
DeleteWoww....teringinnya nk mkn pau tu yg bentuk mcm cili...nmpk menarik..xpnah jmpa lg kt tmpt lain..brapa harga 1 pau tu?
ReplyDeleteTu la..aku pun tercari². Sedap gila babe. Wajib cuba. Sebiji RM3.50. Boleh sangat sebab masa makan. Panas dn into dia pacat.
DeleteWe should repeat again! 💗
ReplyDeleteYeah , next destination is waiting for us.
DeleteAmboi sakan depa no jalan-jalan cari makan..
ReplyDeleteBestnya ty , huh xjadi p melaka hr tu kalau x leh jalan2 cr makan jgk hehe
ReplyDeletekenapa? lalu jasin kenapa? family mertua IQ duduk jasin, kalau area keras, selalunya...ermmm...area belakang utem tu kot. tak pun selandar. area tu memang gelap, agak creepy. huhu
ReplyDeleteHaha selandau mane creepy ,jln ke btg melaka lagi creepy.
Deletesedapnyer...
ReplyDeleterindu pulak kat kampung hihihi
ReplyDeleteDah lama tak jalan-jalan ke Melaka
ReplyDelete