HALAL DIM SUM DENGAN MASAKAN SZECHUAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Monday, July 29, 2019



Salam uolls, 
OKay dari dok melayan semua makanan hipster semakin viral di luar sana , apa kata sekali sekala beralih arah cuba makanan ala Cina pula. Ada tak pembaca blog Ty yang suka makan DIM SUM? Tapi katanya , susah nak dapatkan yang halal dan sedap. Betul ke? Jom ke Tung Yuen Chineses Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Di htoel ini , makanan yang disajikan tidak pernah mengecewakan dari sejak zaman arwah mummy Ty ada urusan kerja lagi. 

TUNG YUEN CHINESE RESTAURANT
It's a come back! Sekali lagi , di Tung Yuen Chinese Restaurant , Grand Bluewave Hotel Shah Alam ini menawarkan pakej terbaharu -"All You Can Eat Dim Sum (AUCE Dim Sum) yang mana lebih menarik pada pakej kali ini ialah ianya bukan sahaj menghidangkan  Dim Sum malah dengan hidangan dari masakan Szechuan serta pencuci mulut yang semesti sudah tidak akan pernah mengecewakan. Kelainan dan uniknya , di sini uolls dapat menikmati semua Dim Sum ala klasik gitu kerana ia dihidangkan di dalam bakul kukus buluh.

APA MAKSUD "DIM SUM"?
Ini juga Ty pasti tak semua antara pembaca blog Ty sedia tahu maksud "Dim Sum" tapi rata - rata kita hanya tahu makan saja kan? Baiklah , meh Ty kongsikan maksud , Ty tahu pun sejak hari kejadian Ty makan Dim Sum ni di hotel baru - baru ni.

Dim Sum membawa maksud "menyentuh hati" , juga merujuk kepada dumpling atau snek kecik yang pastinya menyentuh hati setiap penggemarnya.

Siapakah pula gerangan yang telah menyentuh hati Ty , eh!

CUKUP KE MAKAN DIM SUM SAJA?
Chill uolls! Kalau uolls rasa tak cukup , memang salah sangat. Sebab , bukan sikit ya Dim Sum yang disajikan , ada 13 jenis Dim Sum yang boleh dicuba untuk dirasai dan nikmati. Antara 13 jenis Dim Sum ;
1. Steam Chicken  Dumpling with Ebiko

2. Fresh Prawn Crystal Dumpling

3. Steam Jade Dumpling

4. Steam Crabmeat Ball with Crall Roll Dumpling

5. Black Mushroom Dumpling

6. Steam Jade Dry Scallop Dumpling

7. Steam Flower Prawn Siew Mai

8. Steam BBQ Chicken Bun
I ate this 1 1/2 gais, sedap betul!

9. Deep Fried Yam Ball
Mulanya risau nak cuba , tapi sedap kot!

10. Deep Fried Vietnamese Spring Roll
Berebut pula dengan hakak - hakak.

11. Pan Fried Shanghai Gua Tie
Kak Azni sampai makan saja halia tu , sedap sangat!

12. Deep Fried Beancurd Roll with Spicy Chili Sauce

13. Steam Glutinous Rice with Chicken & Mushroom (Loh Mai Kai)
Sedap! Ada rasa manis.
Selain ini , pelanggan juga akan dihidangkan dengan 5 jenis masakan panas masakan Szechuan , antaranya ialah ;
1. Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet in Hot Plate

2. Stew Chicken with Dry Chilli and Szechuan Pepper in Claypot
5 of us favourite !

3. Pan Fried Prawn with Spicy Szechuan Sauce

4. Fried Rice Szechuan Style with Chicken Floss

5. Stir Fried Seasonal Vegetable with Garlic
Ratah pun sedap , ranggup nau!

Selain minum Teh Cina , pencuci mulut yang sejuk menyegarkan tekak seperti Chilled Longan with Sea Coconut  pasti menjadi pelengkap untuk makan tengahari atau makan malam uolls bersama tersayang.

Ahaa , kalau bagi yang katanya tadi tu tak cukup dengan hanya makan atau tidak puas menikmati Dim Sum , ada cara untuk dapatkan re-fill secara tiada caj , uolls hanya perlu menghabiskan semua Dim Sum baru dapat top-up  yang baru. Sejujurnya , sajian ini hanyalah untuk 4-5 orang. Melainkan memang good eater.

Pasti puas hati dan balik dengan gembira sebabnya perut kenyang dapat menikmati dan merasai makanan yang sesedap belaka.

Selesa sangat restaurant ni , ada VVIP Room too !

Nakjuga merasai dan makan semua Dim Sum dan masakan Szechuan macam Ty dan kengkawan lain? Jom ke Tung Yuen Chinese Restaurant , Grand BlueWave Hotel !
Harga          : RM59/Dewasa (Minimum 2 orang)
                     : RM24.50/Kanak-kanak dari 3 hingga 10 tahun
Hari             : Isnin - Ahad (7 hari seminggu)
Masa            : 11.30 pagi - 2.30 petang (Makan Tengahari) / 6.30 petang - 10.30 (Makan Malam)
Tempat        : Tung Haji Chinese Restaurant , Aras 1 , Grand BlueWave Hotel , Shah Alam

Jom gais! Ty bet , uolls takkan rasa kecewa punya lah!


Untuk maklumat lanjut dan tempahan , sila hubungi Tele-Pemasaran di talian : 03-55111833 sambungan 2723 / 2724 / 2606 atau hantarkan emel ke alamat : [email protected]. Uolls juga boleh melayari laman web - www.bluewavehotels.com untuk update terkini.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.