SEMBURAN DEODORAN DAN WANGIAN BADAN KHAS UNTUK LELAKI DARI DASHING

10:28 PM Yanty Lee 0 Comments


Salam uolls ,

Untuk julung kali nya , jenama DASHING melancarkan Semburan Badan Deodoran + Wangian untuk golongan kaum lelaki.

Yang mana terdiri dari 4 jenis dan setiap satu memberikan haruman maskulin yang tahan lama , sehingga 24 jam gais! Jadi wangian inin semuanya telah dirumus untuk memastikan si lelaki sentiasa berbau hebat sepanjang hari.

4 JENIS DASHING DEODARAN + PERFUME BODY SPRAY :


HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikkan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus , bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sophisticated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon , diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan dadun dengan nota asa dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersediaa untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN - Direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender serta Patchouli dan Gaiac Wood. Menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Sebelum ni , semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu sahaja tetapi dengan produk terbaharu ini ianya berada dalam liga ianya yang tersendiri. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan yang mana ianya dapat bertahan sehinggan hampir 146 hari. Ini bermaksud , satu botol mampu bertahan sehingga 5 bulan!

Keempat - empat jenis produk ini hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada harga RM12.20. U olls yang ini kekal tampil wangi sepanjang hari , bolehlah dapatkan jenis semburan yang menjadi pilihan di pasaraya utama , pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING , 

0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen