Salam uolls ,
Ty nak ucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua. Dah lebih seminggu dah kita menyambut hari raya dan sekarang ni Ty dah mula masuk kerja semula dah. Ada ke kawan-kawan Ty kat sini yang masih bercuti? Amboi kemain lama ea korang cuti raya tahun ni. Tapi takpelah raya kan setahun sekali jadi ambillah peluang ni untuk beraya sepuasnya di kampung bersama keluarga. Ty pun kalau diberi peluang memang nak cuti raya lama tapi itulah tanggungjawab pada kerja pun kena ambil kira jugak. Kang tak pasal-pasal Ty kena buang kerja pulak.
Memandangkan kita masih dalam mood hari raya, Ty banyak jugaklah terima jemputan open house sempena hari raya ni. Biasanya bila open house ni benda paling best sebab dapat makan pelbagai jenis menu raya yang kita cuma jumpa bila hari raya saja. Jadi Ty nak ambil peluang ni untuk kongsikan beberapa cadangan menu untuk buat open house raya. Bolehlah bagi idea kat awak yang ada merancang nak buat open house tu kan?
8 CADANGAN MENU UNTUK ‘OPEN HOUSE’ RAYA
1. Nasi Impit
Perasan tak kalau pergi open house atau pergi beraya rumah saudara mara, nasi impit nilah yang kita selalu jumpa. Makan pulak dengan kuah kacang memang sedap! Di rumah Ty pun tiap kali raya nasi impit ini wajib ada sebagai menu raya. Orang kata kalau taka da tu kira bukan raya lah! Tapi kalau makan dengan sambal ikan pun sedap jugak tau.
2. Kuah Kacang
Yang ni pula,kuah kacang yang Ty ceritkan kat atas tadi tu. Makan dengan nasi impit boleh, dengan satay pun boleh. Kuah kacang ni kalau lemak-lemak dan pekat-pekat memang boleh buat Ty menambah berkali-kali.
3. Lemang
Kalau di Penang dan sebab kami duduk di bandar jadi Ty dan family selalunya beli aje. Nak membakar lemang di halaman rumah macam tak sesuai pulak sebab kawasan rumah Ty bukan ada laman macam suasana di kampung. Janji ada, betul tak? Tapi perasan tak yang lemang ni kita akan jumpa banyak terjual di tepi-tepi jalan bila hari raya. Kalau bukan hari raya ya Allah bukan main payah nak jumpa jadi manfaatkanlah bulan ni untuk makan lemang puas-puas okay.
4. Ketupat
Okay ini adalah my favourite menu Ty tau. Di utara memang tak sah tak layan ketupat palas ni. Dulu kecik -kecik menyibuk buat dengan mak cik tapi sekarang ni semua dah sibuk, dah ada keluarga sendiri, jadi kitorang order dengan orang aja. Tapi kalau nak order pun kena pandai jugak pilih sebab ada yang buat tak sedap. Tapi Ty biasanya order dengan orang yang sama aja tiap tahun. Rasa pun kita dah tahu macamana kan.
5. Rendang
Ini semestinya menjadi menu utama setiap rumah, I guess. Rendang Ayam, Rendang Daging, Rendang Kerang, Rendang Itik etc. OH TIDAK, kecur air liur kejap. Rendang ni sesuai sangat nak makan dengan menu-menu yang Ty share kat atas tu. Nak makan dengan nasi impit boleh, lemang boleh, ketupat pun boleh. Ya Allah sedapnya!
6. Lontong
This is my arwah mummy’s favourite. Usually arwah mummy yang masak tiap tahun tapi tahun ni memang Ty order je. Nak masak pun kadang tak sempat sebab mana nak kemas rumah, mana nak layan tetamu yang datang. So pilihan selamat, Ty order je.
7. Nasi Tomato
Ini pula favourite anak beranak. Pekena dengan lauk pauk; Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Acar, Kerabu Timun dan Kuah Dalca. Perghhh terangkat! Ini kira salah satu menu berat yang Ty akan hidangkan kat tetamu bila buat open house. Kadang tu Ty pergi rumah terbuka kawan-kawan pun, ada juga yang jadikan nasi tomato ni sebagai menu rumah terbuka diorang. Yang lain-lain tu kira sampingan jelah. Inilah antara menu yang mengenyangkan sikit.
8. Kuih Raya
Banyak sekarang ni jenis kuih raya tetapi yang akan laku keras mestilah yang manis sesedap giler rasa dia macam Cornflakes Madu, Tart Nenas, Semperit Susu dan kuih raya berasaskan cokelat. Ty setiap tahun tengok pada kerajinan diri sendiri jugaklah. Kadang buat, kadang beli je yang dah siap.
Okay gais. Base on my story ni kan, usually menu hidangan untuk “Open House” selalunya memang Ty sendiri lebih suka untuk dapatkan khidmat servis dari katerer sahaja. Iye lah, nak melaram katakan mana lah sempat nak masak di dapur. Betul tak?
Jadi alang-alang ni Ty nak suggest kat uolls satu katerer yang cover kawasan Selangor dan Kuala Lumpur yang buat servis katering jamuan hari raya - Citra Nusantara Catering. Tak silap Ty, Citra Nusantara Catering ni ada banyak pilihan menu hari raya untuk semua jenis open house. Haa menu yang Ty share kat atas tu antara pilihan menu hari raya diorang jugak. Sesiapa yang nak buat open house untuk company ke, sekolah ke, rumah sendiri ke bolehlah baca info yang Ty nak share kat bawah ni okay.
CITRA NUSANTARA CATERING MENYEDIAKAN :
- 3 pilihan pakej katering untuk jamuan Hari Raya (siap lengkap dengan meja & peralatan katering). Yang ni sesuai untuk sesiapa yang malas nak masak dan sediakan barang keperluan katering sebab untuk ketiga-tiga pakej ni Citra Nusantara Catering dah sediakan semuanya. Tahu-tahu je dah tersedia semuanya kat tempat korang. Senang kerja! Sebenarnya pakej ni lebih sesuai kepada company yang nak buat open house, korang yang ada buat jamuan hari raya kat sekolah dan dewan.
- Pakej penghantaran makanan (tanpa kelengkapan meja & peralatan katering) - ini berdasarkan permintaan pelanggan. Yang ni pulak sesuai untuk sesiapa yang nak masak tapi nak buat open house. Ha korang request je menu apa korang nak untuk open house tu, nanti pandailah Citra Nusantara Catering masakkan. Lepastu siap delivery lagi makanan tu ke rumah korang. Korang cuma tinggal hidangkan je pada tetamu. Senang giler kan! Harga nanti korang runding dengan pihak Citra Nusantara Catering sebab harga tu berdasarkan menu apa yang korang request. Haa senanglah korang nak plan ikut bajet korang nanti.
- Minimum order untuk kesemua tempahan jamuan hari raya tu dari 50 orang je. Haaa kalau korang berjimat dan tak nak jemput ramai orang, tempah 50 orang pun dah cukup Ty rasa. Tapi kalau lebih pun boleh sebab sehari Citra Nusantara Catering ni boleh masak lebih dari 2000 tempahan sehari. Nak buat rumah terbuka ajak 1 kampung pun boleh.
- Cover sekitar kawasan Kuala Lumpur & Selangor. Yang servis katering ni, Ty cadangkan untuk sesiapa yang tinggal kawasan Kuala Lumpur & Selangor je tau. Mana yang duduk jauh-jauh tu boleh cari sendiri katering yang berdekatan dengan korang. Buat masa sekarang ni, Citra Nusantara Catering cover kawasan KL dan Selangor je. Doa-doakanlah moga lepasni Citra Nusantara Catering dapat lebarkan sayap ke negeri-negeri lain pulak. Amin.
Selain Katering Jamuan Hari Raya, Citra Nusantara Catering ada juga tawarkan pakej katering ;
- -Pakej Katering Perkahwinan
- -Pakej Katering Pertunangan / Nikah
- -Pakej Katering Majlis Aqiqah / Doa Selamat / Kesyukuran DLL
- -Pakej Katering Berbuka Puasa / Moreh / Sahur
- -Pakej Katering Korporat
Jadi hat mana yang nak buat majlis kahwin, tunang ke, aqiqah untuk anak-anak ke atau apa saja majlis, boleh contact terus ke nombor PIC ni okay:
CITRA NUSANTARA SDN BHD
(juga dikenali sebagai Citra Nusantara Catering)
No.36&38 , Jalan Musytari AQ ,
U5/AQ , Subang Pelangi ,
Seksyen U5 , 40150 Shah Alam ,
Selangor Darul Ehsan.
Hotline : +6012 998 8650
Emel : [email protected]
Instagram : www.instagram.com/citranusantaracatering
Facebook : www.facebook.com/citranusantaracatering
Website : www.citranusantara.com
Sudah lapar tengok menu semua..
ReplyDeleteNice bloog you have
ReplyDelete