Tampil Wangi Dengan Enchanteur Paris

10:57 PM Yanty Lee 8 Comments


Salam u olls , 


U olls , mesti tahu dan kenal dengan produk Enchanteur Paris . Mana takkan , Enchanteur ni kan jenama yang terkenal dengan wangian mewah yang diinspirasi dari Perancis dan lebih kepada produk penjagaan peribadi kerana mempunyai seleksi wangian mewah yang memberikan kesegaran tubuh badan sepanjang hari. Yang pastinya produk ni amat sesuai digunakan pada kulit orang asia seperti rakyat Malaysia seperti mengenakan losyen atau serum agar kulit sentiasa dilindungi kerana faktor cuaca panas dan sederhana.

Kini , Enchanteur Paris tampil dengan berwajah baru. Di antara 3 jenis rangkaian wangian penjagaan badan ; Adore Mon Amie dan Bella Amour. Ty lebih sukakan keharuman dari Bella Amour yang packaging berwarna merah jambu.


Rangkaian Enchanteur Paris Bella Amour sesuai bagi mereka yang sedang dilamun cinta atau juga bagi mereka yang sudah berkahwin. Seperti jatuh cinta pandangan pertama ketika mula bertemu , gitchew! Losyen Wangian Pencerah Enchanteur Paris Belle Amour punyai 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberi manfaat mencerahkan kulit dengan segera dan cantik dalam jangka masa panjang. Kaya dengan ekstrak Likoris, Sakura dan Vitamin B3 yang membantu mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan . Deadorant Wangian Anti Peluh & Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deadorant) Enchanteur Paris Bella Amour yang mengekalkan haruman romantic dan menyenangkan bersama Semburan Pewangi Deadoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Belle Amour.

Enchanteur Paris Mon Amie telah diinspirasikan dengan keceriaan saat-saat indah persahabatan. Boleh la u olls pakai dan pergi melepak atau bersantai bersama sahabat handai di luar sana. Wangian yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk dipadankan dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) Echanteur Paris Mon Amie juga dengan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) yang diperkaya dengan Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun. Dengan adanya kombinasi ini, ianya memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta dengan insentif sepajang hari selain mengharumkan dengan wangian ceria Mon Amie.


Enchanteur Paris Adore pula adalah kombinasi dari wangian bunga-bungaan dan buah-buahan yang dapat membangkitkan nostalgia indah berkekalan sepanjang hari. Kulit yang sihat adalah wajib buat semua wanita dari terkena sinaran UV, kuman dan juga pencemaran. Losyen Wangian Badan Enchanteur Paris dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) agar kulit sentiasa dilindungi daripada bakteria merbahaya bagi menjadikan kulit kekal wangi. Bagi Deadorant Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deadorant) Enchanteur Paris Adore dapat memelihara bawah lengan yang melindungi kulit dan terasa segar. Semburan Pewangi Deadoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Adore memberikan semerbak haruman memukau dan menyegarkan

Dapatkan mana - mana rangkaian produk Enchanteur Paris di pasaran sekarang di kesemua kedai/farmasi yang berdekatan, juga terdapat di Guardian/Watsons dan juga kedai-kedai berkaitan . Bagi rangkaian produk jenis tiub dijual berharga RM7.90 / RM7.50 (85ml / 100ml) . Untuk pek botol, dijual dengan harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Bagi Deadoran Pewangi Anti-Peluh Enchanteur Paris dijual pada harga RM8.90 bagi sebotol 50ml. Semburan Pewangi Deadorant Enchanteur Paris pula dijual dengan harga RM10/10 bagi 100ml sebotol.

Magik kan hari - hari u olls dengan Enchanteur dan menangi percutian ke Maldives !

Lebih lanjut di :
Website : Enchanteur |
Facebook : Enchanteur
Instagram : ENCHANTEUR Malaysia

8 comments:

  1. tu diaaaa wangi di tepi tasik hahahahha

    ReplyDelete
  2. menarik... nak kena cuba ni...

    ReplyDelete
  3. tu dia..dah siap..cik nor jgk xsiap2 lg..:)

    ReplyDelete
  4. dulu kecik2 pinjam mak punya echanteur ni..suka kaler pepel punya

    ReplyDelete
  5. cantik packaging and design dia.suka tgk.. mesti wangi gak kan. slm perkenalan. done follow blog ni..jemput ke blog saya juga. tq

    ReplyDelete
  6. suka wangian dia.. ehehhe jauh pun dah tercium bau wangian lotion tu

    ReplyDelete
  7. Very interesting post and flavours.... ;) I would love to try Bella Amour fragrance. :)

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen