Percutian Murah ke Phuket , Krabi dan Hatyai

7:00 PM Yanty Lee 4 Comments


Salam u olls,


Kali ni Ty nak share sikit pasal "road-trip" dari Phuket - Krabi - Hatyai selama 4 Hari 3 Malam bersama Ayden Averroes Travel. Dan ini adalah percutian bajet murah yang sangat best walaupun agak sikit penat. Percutian kali ni Ty bersama dengan 9 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.


Majoriti kami bertolak naik bus ekspress dari KL ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Urusan di imigersen selesai kami dapatkan internet sim kad, baru senang nak update. Biasalah, blogger san internet tak dapat dipisahkan. 120bhat untuk 1GB/seminggu kira boleh la untuk yang berapa hari saja di sana.


Perjalanan hampir 7 jam ke Phuket dan pengangkutan sepanjang percutian bajet murah kami ni ialah sebuah van. Bukan sekadar van ye, ada wifi lagi. Karok lagu melayu pun ada. Kami menginap di RahaGold Hotel,Phuket. Lepas dah bersiap, singgah cuci mata di sekitar Bang La Road. Bagi yang nak lepak, boleh ke Hard Rock Phuket.





Esoknya, sebelum gerak ke Krabi kami sempat singgah di Patong Beach. Port cuci mata lagi dan kalau nak join omputeh sun-bathing pun bole. Sepanjang perjalanan memang ada pit-stop, kami di bawa ke kilang baju t-shirt, boleh beli dengan harga borong dari saiz budak kecik sampai la dewasa juga muslimah pun ada.




Aktiviti seterusnya ialah Island Hoping ke Bukit Kucing, James Bond Island. Kami makan tengah hari di perkampungan terapung, pemandangan yang tenang sambil makan. Sebelum balik ke hotel di Krabi, singfah shopping cenderahati turn ke mata dulu di Shell Fossil.


Sedar tak sedar dah masuk hari ke-3,aktiviti yang paling ditunggu-tunggu - snorkeling!



Berendam dalam air masin laut dengan ikan - ikan memang menenangkan fikiran. Lupa diri seketika. Dari Railay Beach ke Poda Island ke Tamin Island semua nya kami redah. Sambung berendam di pool hotel lagi. Dan sebelah malam, jalan - jalan dan makan malam di Ao Nang Night Market.



Singgah bergambar di Elephant Park. Yang nak naik gajah ronda - ronda, standby 500bhat. Bole juga beli dan suapkan pisang yang dijual kepada gajah sambil bergambar.



Sebelum balik Malaysia, kami singgah di Hatyai Floating Market. Macam - macam jenis makanan ada dijual. Harga pun murah dan paling menariknya adalah bekas makanan dan minuman yang unik. Jualan makanan dari sampan dan mereka boleh berbahasa Melayu. Senang untuk berkomunikasi.


U olls nak join trip ni? Boleh dapatkan info tarikh dan pakej percutian jimat dan murah dari Ayden Avveroes Travel. Banyak lagi pakej dan tempat menarik yang pasti u olls nak pergi pun ada. Lebih info dan maklumat di :

4 comments:

  1. Next trip pastikan enjoy sepenuhnyabkak ty. Get well soon :)

    ReplyDelete
  2. bestnya tempatnya..lagi2 snorkeling tu

    ReplyDelete
  3. Amboi seronoknya..ok nak skodeng Ayden Averroes Travel

    ReplyDelete
  4. Bestnya! Banyak gak aktiviti yg dibuat ye, berbaloi laa trip tu

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen