Rezeki Kita Tak Sama

9:56 PM Yanty Lee 1 Comments


Betul lah kata-kata ringkas ni.

Masa Mummy Daddy sakit , aku risau , aku jaga , aku la segalanya untuk sekeluarga.

Hari ni , aku demam jangkitan kuman saja. Demam degil untuk ke klinik sampai dah masuk 5 hari . Gelabah bila hidung dengan gusi berdarah kat pejabat , cari juga misi matron aka mummy dan hencek farmasi aka daddy.

Mummy , matron garang. Anak ke tak, terus dibebelnya, dah berkali dibilang suh pi kilinik. Siap paksa dan call setiap jam tanya dah jumpa doktor ke belum. Sebab simptons ke arah denggi berdarah. Mau tak berderau darah aku. Terus maklum bos , blah pi klinik. 

Cross finger wei.

Masih call. Keputusan darah lama gila. Mau dekat 1j40 minit kat klinik. Pernantian itu satu penyeksaan!

Sampai ke hari ni , kebah dah pun, tapi dari pagi sampai malam tak putus call tanya keadaan. Silih berganti , lepas panggilan dari mummy , dari daddy pula.

Kalau la ajal datang , sakit depa bawak mai kat aku ja la. Biar aku ja pi. Risau depa , aku demam ja. Kalau awal tahun dulu , eksiden depa la paling gelabah. Tapi malaikat selamatkan. Ajaib sangat , mungkin ada kata awat liat sangat tak mati. Pelik? 

Hujung bulan kena balik , walaupun sempat sehari ja jumpa. Tak larat bagi depa risau lagi. Sampai tak jawab fon A , depa call tang fon B. Menariknya , depa dah pandai call opis cheq. Dulu kecik - kecik , cheq kalut call depa kat opis bila nak balik kerja. Tu dia , lani terbalik.

Rindu Mummy Daddy. Tunggu sat ja lagi. Sehari berapa jam pun jadi la na , dapat pekena mana patut sedaih dua.

Alahai 2019.

1 comment:

  1. saya dah baca. Ziarah lah blog saya pulak:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen