Pengalaman Menarik Kali Pertama Awal Tahun Baru Di Natasya Riverside Resort , Gopeng

12:20 PM Yanty Lee 16 Comments


Salam uolls ,


Pembuka tirai awal tahun 2018 , Ty dan blogger #kelabbloggerbenashaari ke Natasya Riverside Resort di Gopeng , Perak. Walaupun kami kat sini 2 hari 1 malam , Ty dapat rasa seronok sangat bila pengalaman buat kali pertama Ty sendiri dapat ikuti sama buat aktivi seperti White Water Rafting dan makan durian sampai mabuk.

REZEKI KENDURI DURIAN RUNTUH
Sampai je kat resort , memang dah jadi tak keruan sebabnya sepanjang jalan masuk dikelilingi dengan macam - macam pokok ; rambutan , cempedak , langsat , kelapa sawit dan semestinya durian. Dari makan tengahari ke minum petang memang melantak durian.






Ya , inilah yang dinamkan rezeki. Sambil kopek buah durian dan menikmati durian kampung yang memang sedap , ada saja lagi dan lagi buah durian yang jatuh. Dan ini merupakan satu pengalaman yang Ty pertama kali rasai. Keterujaan bila buah durian tu jatuh memang lain sungguh , seperti anak kecil yang gembira dapat apa yang diingini. Kiranya the real me terserlah di situ. Melayanlah brader-brader blogger semua melayan kerenah Ty.

Dan paling terharu , pemilik resort Datuk Suhaimy Othman dan Datin Muniroh Kassim sangat bermurah hati sebabnya mereka bagi sahaja kami bawa balik buah durian. Tak cukup kenduri 2 hari dari pagi sampai malam sampai mabuk makan durian , sambung pula kenduri durian di rumah. Orang kampung sekeliling dah penat makan durian tapi kami saja yang terlebih eksaited. Terima kasih banyak - banyak!

WHITE WATER RAFTING

Ini adalah salah satu aktiviti yang ada dalam pakej penginapan di Natasya Riverside Resort Gopeng. Dan ini juga adalah aktiviti lasak yang Ty teringin nak buat , tapi takut. Perasaan takut tu sekejap ja hilang , mungkin sebab Ty memang suka dengan aktiviti berunsurkan air. Selepas briefing ringkas dan buat water confident , terasa cam teruja dengan aktiviti ni. Untuk first timer , memang terasa mencabar juga tapi bila dah faham tektik dan teknik rasa cam OK ja.




Buat u olls yang kat luar sana , teringin nak cuba aktiviti lasak water rafting ni , sangat-sangat la harus buat dan cuba.

HIKING KE BUKIT BATU PUTIH

Aktitivi hari ke dua , kami memanjat ke puncak Bukit Batu Putih yang tak jauh dari resort. Laluan trek tidaklah mencabar cuma mungkin malam sebelumnya hujan , jadi tanah agak lembab dan licin. Perjalanan nak naik ke puncak kami yang tak berapa cukup fit berjaya la dalam 30 - 40 minit. Sepanjang trek ada kawasan yang boleh saja nak berhenti berehat dan bergambar. Pemandangan dari atas bukit ini memang cantik.





Memang tenang bila ada di puncak. Sambil berehat sebelum turun semula ke bawah , perkara wajib mestilah bergambar. Difahamkan batu putih ni batu marmar.


Sebelum balik ke resort , kami lalu di laluan trek berlainan sebab singah mandi sungai dulu. Kalau orang yang guide kami pun lupa diri seronok nak mandi berendam , inikan pula kami.

Di Natasya Riverside Resort Gopeng , Perak inilah Ty dapat merasa 2 pengalaman baru di awal tahun baru 2018 . Pengalaman yang sangat seronok dan takkan Ty lupa , biasalah budak bandar kekdahnya lagi - lagi kerja pula di kota yang tak ada semua ini.

KENAPA MESTI  KE NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Selain aktiviti yang Ty buat di sini macam yang Ty kongsikan , banyak lagi aktiviti - aktiviti lain ada dan uolls boleh buat. Ty gerenti uolls akan puas hati.

Wall Climbing

Horse Riding

Karoke sampai takda suara pun bole

Apa yang Ty boleh katakan , memang di sini suasananya sangat tenang. Nak lari dari kesibukkan kota tu , boleh sangat datang sini. Tak kiralah datang dengan keluarga untuk family day mahupun team building . Kawasan yang luas ini bebas untuk pelbagai aktiviti bersama boleh dilakukan. 




Taman permainan mini untuk anak kecil pun ada. Boleh juga berbarbeku dan berehat di hammock tersedia pun boleh atau sesi ice-breaking etc.

PAKEJ PENGINAPAN
Penginapan yang disediakan ada 2 jenis ; kabin dan chalet.

Kabin

Pakej Penginapan

Chalet



Pakej penginapan kat Natasya Riverside Resort , Gopeng ni memang gempak habis. Sebabnya hanya dengan add-on sebanyak RM30/- , boleh nikmati "kendurian" yang mana uolls boleh makan sampai mabuk ke muntah ke lebam ke pengsan sekali pun. Janji uolls tak silap masuk chalet / kabin orang lain cukup la.


Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan atau maklumat lebih lanjut tentang Natasya Riverside Resort Gopeng ni , boleh dapatkan atau hubungi mereka di ;
 E-Mel : [email protected] [klik]
WhatsApp : 0174146669 [klik]
Instagram : @natasyariverside [klik]
Laman Web : www.natasyariverside.com [klik]

Thank you so much Datuk Suhaimy Othman & Datin Muniroh Kassim also Natasya Riverside Resort Gopeng team for having us.

Leh singgah baca juga pengalaman kengkawan Ty !
[klik & baca , OK?]

16 comments:

  1. Wah bestnyer, boleh buat macam2 aktiviti...

    ReplyDelete
  2. Kenduriannnnnnn... bestnya nikmati dgn suasana mcm ni

    ReplyDelete
  3. menarik gila weih . rugi tak join kan

    ReplyDelete
  4. past durian tu.. boleh sorok sikit daak?

    ReplyDelete
  5. seronoknya Ty, department akak nak buat team building bleh la akak suggestkan kat sini

    ReplyDelete
  6. Menarik sangat.. banyak aktiviti kat situ.

    ReplyDelete
  7. Wahhh memang best, aktiviti semua menarik. Paling teruja tengok bab makan durian tu lah.

    ReplyDelete
  8. Hehehe... makan durian fresh memang best...

    ReplyDelete
  9. tang durian tu yang tak tahan nengok tu.. tergodaaaa betul hihihi

    ReplyDelete
  10. Jom repeat ty.. Nak makan durian puas-puas dengan water rafting lagi...

    ReplyDelete
  11. Syok giler kakty aktiviti dia kat sana !!!
    Semua besttttt dari makan sampai masuk air best

    ReplyDelete
  12. aduh bab makan durian tu heaven...tempat pun best nengoknya..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen