Rock'N Bowl Dengan Menu Terbaru Di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

7:30 AM Yanty Lee 12 Comments


Salam uolls ,

U olls , jom ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur! Sambil layan lagu -lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan atau individual live-band  boleh cuba menu terbaru yang terhad. Menu ni sebenarnya dah ada mulai 10 Januari baru - baru ni dan dijangka promosi terhad ini sampai 13 Mac nanti. It's kind of the latest menu at the beginning of the few months of 2018 that you guys must try.


3 MENU UTAMA "ROCK'N BOWLS
Hard Rock Cafe membawa hidangan dengan lebih menarik dan kelainannya lebih rock kerana ramuan bahan yang digunakan untuk satu - satu menu teramat rocking babe! Dan sebab itu la , Ty sangat - sangat suggestkan uolls pergi cuba sendiri. Well , sometimes you need to treat you with delicious luxury dishes.

BBQ SHRIMP NOODLE BOWL
RM65/-


Mungkin di mata uolls , ala ini cam bihun kosong atau bihun bodoh biasa sahaja yang uolls boleh masak. Tapi uolls salah , rasa menu ni memang lain. Dengan adanya udang yang sudah dipanggang bersoskan sos BBQ dan diperah pula dengan limau nipis. Bila digaul dan terasa sedap dengan rasa sos bijan. Keranggupan Wanton membangkitkan lagi rasa nak makan.

SOUTHWEST MEATBALL BOWL
RM65/-


Meatball dia memang sedap giler uolls! Okay , orang kata nak diet sesuai makan brown rice , betul atau tidak Ty tak tahu kesahihan. Apapun , menu ni disajikan dengan nasi perang yang dimasak degnan ramuan Cajun dan Southwest stail. Selalu tengok orang makan nasi dengan keropok ikan , kali ni ada hirisan tortila  yang ranggup. Padu beb!

Chili Lime Chicken Bowl
RM55/-


Nama dia je konon cam pedas , cili kekdahnya tapi bagi Ty yang ala baby tak leh makan pedas ni pun boleh makan aih. Ngap dan ngam ja dengan tekak Ty. Sedap sebab hirisan ayam yang dipanggang dengan rempah cili dan perahan limau memang terasa kedua-dua rasanya. Dalam hidangan ni , selain masih menggunakan nasi perang ada hirisan dadu buah Avakodo , Kacang Hitam , Jagung . Pergh terangkat abes uolls.

Buat uolls yang bukan beragama Islam boleh cuba menu baru untuk minuman juga. Kalau yang tak dengar cakap tu , babap kang.


STRAWBERRY BASIL LEMONADE
RM32/-


Memandangkan Ty tak nak kena babap , Ty sejukkan tekak dengan hidangan minuman yang sangat epic ni. Gabungan 3 bahan yang memang akan menyegarkan tekak uolls. Masam - masam manis yang takkan ada mimik muka sebab masam ke manis sangat , omputeh cakap "just nice". Selain minuman gabungan epic ni ada ja yang hot drinks tanpa alcohol.

Uolls juga boleh cuba menu lain yang ada di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. 

JUMBO COMBO
RM92/-


Hidangan platter ni ada 5 jenis sos yang berbeza dan setiap sos dia memang sedap giler uolls! Bila cicah dengan gabungan jenis menu rasa tak puas sebab sedar - sedar dah habis. Terlalu asyik sangat. Dalam menu ni ada Onion Ring , Chicken Wing , Tupelo Chicken Tender , Southwest Spring Roll  & Potato Skins. Wajib cuba dan makan!


Lepas makan mesti nak cuba pula dessert kan , meh Ty suggestkan kat uolls dessert apa yang Ty makan.

HOT FUDGE BROWNIE
RM49/-


Puas wei makan this portion alone. Vanilla Ice Cream dengan Brownie Cokelat , yummy. Makan sambil pejam mata sebab bertapa menikmati keenakkannya. Boleh imagine kan uolls , so next visit get this ok?

MUD PIE
RM45/-


Ini pun dessert ais krim yang uolls kena sangat cuba, sebab sedap sangat ok. Rasa crunchy almond flakes dia  , perghh. Tak tahu nak describe macam mana , dengan sos cokelat topping pula. Gabungan ais krim perisa kopi dan cokelat memang teramat buat layan nak makan dan makan lagi. Seriosly , speechless sis.

Kalau uolls nak tahu latest info pasal Hard Rock Cafe  KL atau nak booking etc boleh check it out here ; 
Website : www.hardrock.com



12 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen