OBS Run 2017 - Larian Terakhir 2017

11:14 AM Yanty Lee 2 Comments


Salam uolls, 

SELAMAT TAHUN BARU 2018!
Baru hari ke 5, jadi tak rasa terlambat pun kan untuk Ty ucapkan pada uolls. Semoga semuanya baik-baik hendakNya, Insha-Allah. Amin!

Azam tahun lepas Ty hampir tercapai, yang mana Ty sebenarnya berniat untuk sertai apa-apa larian setiap bulan pada sepanjang tahun lepas. Tapi ada juga yang tak dapat serta sebab kita manusia ni hanya mampu merancang sahaja. Sebagai part-time blogger, lagi la sibuk dengan nak bahagikan masa untuk kerja hakiki, keluarga, diri sendiri apatahlagi nak attend event blog. Sesungguhnya, tak terkejar.

Hujung tahun Ty cuti panjang, sebelum X-Mas sampai la New Year. Baki cuti pun ada lebih kurang 10 hari. Kasi carry forward etc. Salah satu plan sepanjang long leave Ty terselit satu acara fun run di Penang. Tapi ada kisah di sebalik acara larian terakhir Ty kali ni.

Occupy Beach Streets Run 2017
Satu acara larian yang mana hari Ahad tanpa kereta gitu. Dan peserta dapat conquer sekitar jalan-jalan di Pulau Pinang yang hampir 7km dari permulaan hingga garisan penamat. 


Kisah di sebalik larian terakhir yang Ty sebutkan sebelum ni, adalah sebabnya Ty kurang sihat - Diarrhea.

Buat hal betul perut bila bangun tidur pukul 5.30 pagi untuk bersiap. Bila dah off and on ke tandas, weak terus badan. Menangis oi, sebab kawan-kawan dah berkumpul tapi Ty masih di rumah. Pekena ubat, dapatlah bertenang dan rehat sekejap. Bila kawan call tanya camna, datang ja la join. Amik semangat dan sangat berharap sepanjang perjalanan tak sakit lagi. Alhamdulillah, tak sakit.






Pusing 3 4 kali baru jumpa parking, jumpa kawan-kawan 500m before finishing. Hahaha, ampun ku pinta. Sebabnya larian terakhir tahun 2017 Ty yang sangat cheat. Sepanjang nak ke finishing line, Ty serlum baju pakai kot atas dan kawan pakaikan wristband.


Yeah!
Dengan muka sakit tak cukup zat pun Ty mesti wajib ada gambar.

Lepas bergambar, no outside food are allowed to get into my tummy. Kawan-kawan lepak Ropewalk, Ty terus balik rumah pekena bubur. Sedih kan hidup? Eve X-Mas yang sadis.

Insha-Allah 2018 akan aktif dan sibukkan diri dengan kerja juga larian. Doakan Ty sihat walafiat hendakNya, amin! Jom uolls mana berminat dengan larian ni, share dengan Ty, boleh pergi juga nanti.

Stay healthy and enjoy to the max in 2018!

2 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen