Yazid Burger

12:00 AM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Pernah tak awak - awak makan burger yang hangat diperkatakan sekarang , Burger 1 kg yang kecoh semalaya sampai tak silap ada masuk tv kot. Dan paling terharu nya dengan Abang Nazri sebab semasa menonton bola yang boring ada kata pada dia .. "Nanti bila free kita jom pi try burger bakar kat Wangsa Maju erk" dan dia hanya tanya sedap sangat ke? Yang 1 kg  pun tak cuba lagi dah nak try yang Wangsa Maju. Lepas tengok bola kat Shah Alam , dah rasa mengantuk dan banyak diam sambil layan chat dengan Geng WhatsApp Putrajaya. Hanya jawab ; "Ok je nak gi makan mana" bila si Chinta bersuara menanyakan nak makan kat mana yang menemani Abang Nazri memandu.

Tup tup ... ,  dah sampai kedai makan , ala food court gitu dan waktu pergi tu sibuk berWhatsApp lagi dan jalan melolong je ikut dari belakang dan cuma tegur kata ; "ada lagi ke ni , banyak kedai nak tutup je" . Diam je mereka berdua , tertiba sampai depan satu kedai. Oppsss.. khusyuk sangat layan geng yang ngok ngek lagi superb sampai tak perasan rupa - rupanya Yanty sedang berdiri di hadapan gerai Resepi Yazid Burger ! Sangat lah terharu dan terukir satu senyuman.


Macam - macam menu yang ada lagi , Wokeyh!

Abang Nazri dan si dia yang order tapi 1 kg  dah habis , maka hanya ada 500 g sahaja. Ni menu yang disediakan untuk pelanggan tengok mana berkenan nak buat menantu pesanan.

Macam best kan ? Siap ada set lagi yang lain - lain tu.

Ini pula daging burger yang di bakar , lepas kami bertiga datang saja , ramai pula la yang mengunjung gerai Yazid Burger ni. Yanty sibuk - sibuk tengok daging tu tengah masak , apa lagi snap lah gambar. *daging pun nak amik kan? Nampak nipis tapi sebenarnya tidak okay , kawan - kawan.


Memandangkan banyak gerai dah nak tutup , lepas order je Abang Nazri pergi dapatkan juga dekat sebuah gerai minuman yang dah nak tutup tapi air mineral sahaja. Sambil berchatting di WhatsApp , sibuk pula dengan application  baru ; LINE . Dan tengok Abang Nazri datang dengan sesuatu. Jeng jeng jeng..

Happy Birthday to Me!
Puiii.... tiada siapa antara kami sambut hari jadi la.
Cer teka apa ni?

Jeng..

Jeng..

Jeng..


Taraaaaaaa...

Ini lah Burger 500 g !

Ha.. Tebal kan daging dia dari tengah masak tadi.

Amacam , ada yang terliur tak? Memang nak tayang bagi terliur pun. Jangan marah! Pakat - pakat la pi makan Yazid Burger yang berlokasi di Seksyen 7 , Shah Alam . Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai burger ini boleh blogwalking kat yazidBURGER | SPECIALS! atau layan di Facebook di Yb Yazid Burger .

Bagi yang tak pernah cuba boleh la cuba , diet? Sekali seumur hidup je sudah la , merasa sikit apa da hal. 

6 comments:

  1. haahaaa...apasal la akak tak tau,belakang umah je pun...atoyaiiii...umah cousin kat shah alam aka tempat lepak wajib..heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. La...biar betul xpa kak...nnti bila pi lgi...ajk cousin mkn...

      Delete
  2. waaaa .. ty teliuq ni teliuq ! .. nak jugak . dh lama teringin nak mam beger wangsa maju tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la bila2 kita satu geng plan dan pi makan.

      Delete
  3. pewittt .. tgk kt top fingers commenting tuh . nama wa teratas wooo .. haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ty dah lama perasan , just tunggu akak plak perasan. Walaupun baru kenai , akak la rajin melepak blog cikai ty ni. Thank ye!

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen