Review Mael Lambung

1:34 PM Yanty Lee 8 Comments

Salam u olls ,

Semalam ke Alamanda selepas menghadiri kursus Adobe Photo Shop di Cyberjaya , terjah panggung lagi. Bertukar angin kembali ke filem melayu arahan Ahmad Idham ; Mael Lambung.

Mengisahkan seorang anak kampung yang kecewa kerana pinangan menyunting kekasih hati di tolak kerana darjat. Mael telah ke Kuala Lumpur untuk mengubah kehidupannya kepada lebih baik untuk membuktikan dia mampu berjaya di mata ibu kekasihnya dan semua orang di kampungnya. Mael bekerja sebagai penarik kereta profesional. Tanpa sengaja Mael telah terlibat secara tidak langsung dengan risikan seorang perisik bernama Maria. Maria meminta pertolongan untuk pergi jauh dari KL , dan mereka sampai keesokkan di Terengganu di mana merupakan kampung halaman si Mael. Di sana , Mael telah berjumpa kembali dengan kekasih lama nya yang sudah bergelar tunangan orang , Rozie . Tiger ialah tunang Rozie itu tidak senang dengan kehadiran Mael selama ini yang hilang hampir 5 tahun dulu. Sindiket mencuri data tender kerajaan telah pun berjaya dibanteras dan hubungan Mael dan Rozie kembali bersatu setelah keluarga Rozie mengetahui bahawa Tiger telah membomohkan mereka untuk menerimanya dahulu.
Filem ini memang best dan terbaik lah sesangat.  Tapi ada part tu macam hentam blogger juga dan artis juga, nak tahu apa yang dimaksudkan layan la filem ni ye. Jangan pula hentam Ty dalam mana-mana blog atau Twitter kononnya macam dalam filem ini yang dah tak main la Facebook u olls. 

Support lah wayang kita!

8 comments:

  1. kelakar ke? ntahlah nak tengok ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best..Ye kelakar. . jom la support filem kita. hehe

      Delete
  2. bape bintang? best je baca review ty nih . nk kene tgk nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 maybe ? Sis gi tengok dan nilai. Lain mata lain rasa erk? Kihkih~

      Delete
    2. x dapat nak bagi lum tengok Tirana....

      Delete
  3. tak sabar nak tengok minat zizan hihihi akak follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus tengok kak...kelakar sgt! TK sudi follow...

      Delete
  4. tak sempat tgok lagi...nanti cadang lepas sembuh
    nak beli CDnya je...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen