Bercuti Konsep Kampung Di The Hut , Melaka

Thursday, August 23, 2018


Salam uolls ,

Musim cuti sekolah ! Mesti ramai yang ingin pergi bercuti bersama tersayang tapi tak tahu nak ke mana? Okay meh Ty kongsi port baik punya! 

THE HUT



The Hut ini terletak di Serkam , Melaka yang mana menawarkan tempat penginapan yang sangat unik di mana ianya dikelilingi oleh perkampungan Melayu. Bila sebut "kampung" jadinya dapatlah penginap merasai sendiri udara yang nyaman dan menikmati penuh dengan nilai - nilai tradisi orang Melayu. Kawasan menginap sebenarnya dibina semula dengan menggunakan kayu - kayu lama bersama atap nipah. Sangat menarik dan menyerlah dari pandangan walaupun di luar , belum lagi bila memasuki ke dalam bilik menginap.

Terletak 25km dari Bandar Melaka & 5km dari Bandar Merlimau. Dan apa yang pasti Ty boleh katakan ialah The Hut teramat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian seisi keluarga malah gathering bersama kengkawan yang mana boleh dijadikan sebuah port mengadakan majlis - majlis keraian dsb.

KONSEP
Ianya berkonsepkan ala "kampung".

Bukan sahaja dapat menghirup udara. yang segar di sini , malah suasana yang menenangkan dapat merehatkan diri dan badan dari kekusutan tekanan kerja. Dengan kawasan sekitarnya yang bersih lagi tenang , percayalah ketenangan akan dimiliki.

FASILITI

- Bilik berhawa dingin

- Pemanas air

- Kelengkapan asas

- Dapur lengkap
The Hut menyediakan sarapan pagi percuma seperti Roti , Mentega , Jem , Kopi & Teh yang mana servis layan diri.

- Tempat BBQ

- Sewaan basikal

- WiFi percuma

- Tempat letak kereta

- Swimming Pool

TEMPAT MENARIK BOLEH DIKUNJUNGI
Kawasan Kampung Serkam juga terkenal dengan pelbagai aktiviti pertanian dan perikanan serta tempat makanan laut segar. Boleh la makan besar guys!
- Masjid Jamek Serkam (200m)
- Medan Ikan Bakar Serkam (500m)
- Jeti Nelayan Pantai Siring (2km)
- Jeti Anjung Batu - Ke Pulau Besar (5km)
- Bandar Merlimau (5km)
- Medan Ikan Bakar Umbai (7km)
- Bandaraya Melaka (25km)

KADAR HARGA BILIK
Di The Hut terdapat 5 buah bilik , 2 bilik dengan satu katil Queen dan 3 bilik dengan 2 katil Single.


Musim Biasa (normal season)
Bilik Queen / Single : RM160 (Weekdays) / RM180 (Weekend)

Musim Cuti (holiday season)
Bilik Queen / Single : RM180 (Weekday) / RM200 (Weekend)


Bagi Ty , kadar harga bilik sangat berbaloi dan murah yang teramat. REASONABLE & WORTH IT!


Untuk makluman lebih lanjut dan juga tempahan bilik , boleh hubungi dan dapat dari :
Website : thehutmalaysia.com [klik]
Whatsapp : +60123202611

Jaga fikir - fikir uolls , mesti pergi dan berehat di sini , ok! Rugi kalau la tak pergi.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.