Salam u olls ,
Come back! Terlalu sibuk dengan duniawi sekejap , gitu!
Baru - baru ni Ty ke Dr Medispa & Wellness , Kajang untuk dapatkan rawatan Hydrfacial. Sejujurnya , Ty sendiri tidak tahu rawatan apa yang sesuai untuk Ty buat jadinya atas nasihat Doktor selepas melihat kulit muka Ty , Doktor mencadangkan untuk membuat rawatan tersebut.
Hydrafacial
Menariknya mengenai rawatan ni , ianya dapat membantu untuk membuang sel - sel mati pada raut wajah dan kulit yang kusam tiada lagi. Sekaligus selesai sahaja rawatan , terasa mulus saja kulit muka.
Kerana Ty terlalu sibuk dengan kerja yang mana sentiasa berada di pejabat berhawa dingin dan aktif bersukan di luar dengan cuaca panas terik tidak menentu , kulit pun agak kering dan juga berminyak. Dengan mendapatkan rawatan ini , dapat mengembalikan kesegaran pada kulit muka Ty.
Kaedah Rawatan Hydrafacial
1. Cleansing
2. Mask
3. Wap Panas
Selepas pakai mask , dalam jangka masa 20 - 30 minit wap panas ini akan dibiarkan di keliling muka. Tujuannya adalah bagi membuka liang pori agar memudahkan whitehead dan blackhead disedut.
4. Vacuum
5. Serum
6. Ultrasonic
7. LED Mask
Untuk mematikan kuman dan juga membantu raut wajah tampil lebih segar dan menjadi glowing.
Okay guys , Hydrafacial juga satu-satunya rawatan dengan prosedur hydradermabrasion yang mana menggabungkan pembersihan , pengelupasan , pengekstrakan , penghidratan dan perlindungan antioksidan secara sekaligus.
Rawatan ini adalah bagus kerana ianya kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan antioksida. Dan atas nasihat , disyorkan untuk mendapatkan sekurang - kurangnya 2 minggu sekali buat mereka yang mempunyai masalah kulit.
Bilik Rawatan
Harga Rawatan
RM180/-. Harga ini adalah termurah buat masa ini berbanding dengan harga lain di luar sana.
Sempena Hari Raya Haji ni , Dr Medispa & Wellness mengadakan promosi. Jadi boleh lah dapatkan rawatan yang bersesuaian dengan uolls.
Untuk makluman lebih lanjut , u olls boleh ikuti perkembangan Dr Medispa & Wellness di ;
Facebook : https://www.facebook.com/drmedispa.wellness.7 [klik]
Facebook Page : https://www.facebook.com/drmedispaandwellness/ [klik]
Instagram : https://www.instagram.com/drmedispaandwellness/ [klik]
Telefon : 013-7706708
Alamat : No.6-1 , Jalan Reko Sentral 6 , Reko Sentral , 43000 Kajang , Malaysia.
Selamat mendapatkan rawatan uolls di sini ye , staf di sini sangat friendly.
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen