Berjaya Turun 5kg Dengan Program Fit Raya 2018 Sepanjang Ramadhan

Tuesday, July 10, 2018


Salam uolls ,

Raya dah guys , melaram sakan tak uolls masa raya baru ni?
Ramai yang mesti mencuba untuk turunkan berat badan ataupun inchloss , demi nak muatkan baju raya yang meletop , bukan?

Bagi Ty , selain nak muat baju raya , Ty juga nak stay fit. Jadinya , Ty sertai satu program iaitu Fit Raya 2018 yang diadakan 2 hari setiap minggu. Jurulatih sepanjang program ini lebih dikenali dengan panggilan Kapten Black. Walaupun dia seorang askar tapi sangat sporting dan friendly.


Kapten Black

Program ini ada 4 minggu , untuk terus kurus  solid itu adalah mustahil tapi yang pastinya sekiranya jaga pemakanan walaupun sepanjang bulan Ramadhan akan ada penurunan dan kekurangan dari segi fizikal tubuh badan.

Minggu Pertama
Perkara wajib bagi setiap kali program bermula , kami ; peserta perlu mencatit butiran peribadi dan nilai angka bagi setiap perkara termasuklah berat , tinggi , ukuran pinggang , ukuran paha dan sebagainya.

Berat Ty pada minggu pertama : 60.35kg

Boolatnya brader Nan

Sebelum memulakan program , peserta masing - masing perlu menjalani Fitness Test yang merangkumi larian , push up , squat , stability dan juga plank.

Mengigil - gigil uolls tangan , buat push up ni.


Stability - nampak cam senang kan? Haa cuba buat tengok!

Penat , nak balik pun malas.

Balik masing - masing terasa dah muscle segala mula sakit. Terkengkang jalan oi. Begini la jadinya bila sekian lama nya tak workout.

Superman!

Minggu Kedua
Fuh , cabaran semakin terasa. Dan dah nampak geng - geng workout semakin konsisten untuk menjaga pemakanan walaupun di bulan puasa. Selain kena turun 2 Hari untuk sesi workout , kami juga ada task untuk snap gambar sahur. Coach akan tegur sekiranya pengambilan makanan tak sesuai. And it's where , we all get to gain knowledge more about the proper food.



Sebenarnya , nak workout Ty tak nafikan kalau tak ada kawang - kawan yang sama- sama nak positifkan kita , perkara ini tidak mustahil untuk diteruskan. Dapat kawan yang hampeh , maka hampeh la jadinya. Partner buddy workout yang positif pasti kita akan terus semangat untuk teruskan tanpa ada rasa nak give up. Apapun it's start from yourself juga , mahu atau tidak.

 


Dengan hanya menggunakan botol air mineral yang masih belum dibuka sahaja , boleh menggantikan dumb bell. Nampak cam mudah kan? Haa cer cuba tengok lakukan workout dulu , baru sembang. tips ni boleh sangat diamalkan apabila saja - saja tengah rilek di ruang tamu sambil layan TV tu.



Minggu Ketiga




Nampak macam senang sahaja kan semua jenis workout yang kiterorang buat , tapi hakikatnya tidaklah sedemikian. 

Dan setiap hari ke dua pada setiap minggu , sebelum mulakan aktiviti kami perlu lakukan sesi timbangan. Rules nya , peserta adalah WAJIB untuk menurunkan berat badan atleast 1kg setiap minggu. Dan buat mereka yang tak turun berat badan , maka perlu didenda RM.

Duit yang dikumpul , akan didermakan ke rumah anak yatim memandang hari baik bulan baik kan.


Cuba teka Ty untuk minggu ke-tiga camna?

Alhamdulillah , 3kg+ dah turun dari minggu pertama

Kemain masing -masing amik gambar Bebird , pemes dia setiap kali sesi timbangan.

Card Fitness

Ohoii , fitness card ini workout yang sangat mencabar mental dan fizikal. Coach akan pegang kad terup dan setiap ahli perlu ke depan untuk cabut satu card. Setiap satu card ada jenis workout yang perlu setiap ahli kumpulan lakukan senaman dengan bilangan pada tertera pada angka kad kecuali kad besar perlu lakukan 10 kali.

Fuh!

Dugaan oi. Bila kad terkumpul paling sikit , maka kumpul lain boleh dendan jenis senaman lain untuk kumpulan yang kalah tu. Kes buli pasti ada punya.



Minggu Keempat (Terakhir)
Hari pertama untuk minggu ini Ty tak berkesempatan untuk hadirkan diir , gara - gara Ty keuzuran dan demam.

Tapi cabaran terakhir pada hari terakhir bersama team dan coach , Ty gagahi juga turun. Well berat badan ketika haid dengan situasi hormon tidak stabil walaupun mengamalkan diet yang konsisten , masih tidak berubah apa -apa perubahan pada angka timbangan terakhir , malah naik sedikit 0.05kg dari timbangan minggu ketiga.

Memandangkan BMI Ty adalah ideal , denda tak dikenakan.

Ini dua orang , tak turun tapi siap naik pula tu , jadi kenalah denda.

Sesi menutup tirai program sebelum masing - masing bersiap untuk cuti berhari raya di kampung adalah Fitness Test sekali lagi. 

Kali ini masing - masing sudahpun mampu untuk melakukan task -task seperti di minggu pertama dengan lebih baik dalam tempoh lagi seminggu nak sambut Syawal. Wah masing - masing fit dan banyak inch-loss untuk tampil syantik hari raya nanti.



Posing maut adalah salah satu kewajipan setiap kali habis sesi workout sepanjang program.

Berakhirlah program Fit Raya 2018 untuk tahun ni. Walaupun dah habis sesi workout , Ty masih teruskan workout di rumah juga penjagan makanan sepanjang puasa sebelum menjelang pagi Raya telah membuatkan Ty turun mendadak ke angka 55kg


Jadi excited terus PM Whatsapp coach dan maklumkan , dia kata "Told u , Ade org yg turun after Program" . Lagipun waktu timbangan terakhir hormon tak stabil katanya.


Workout lepas beraya is still on dengan Program Fit Superb 5. Tunggu next entry ye.

Buat uolls yang berminat untuk sertai juga , boleh dapatkan makluman atau hubungi ;-
Facebook  :  Kapten Black (klik)
Website  http://kaptenblack.com/ (klik)

13 comments

  1. hahahha nan bulatnya masa tu yer.. skrg kemain dia..... baca ni terus rasa semnagat nak p mlm esok.... tq ty

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Walaupun excercise nya memenatkan, tapi berbaloi

    ReplyDelete
  3. dah naik 3 kg lepas raya. ohh nooo !!!

    ReplyDelete
  4. Kakfiza pun try jugak la nk kurus masa puasa hari tu, memang turun, tapi kejap je la, Raya je naik balik.hahaha. btw TAHNIAHHHH ty! kurussss

    ReplyDelete
  5. Sebelum bersenam 60 kg, masuk bulan Syawal 55 kg? Tahniah. Senaman-senaman yang nampak simple tu kalau dibuat berulangkali memangla penat. Jogging slow2 pun penat kalau lama..

    ReplyDelete
  6. Tudia.. 5kg tu! Tak pernah turun banyak tu T-T

    ReplyDelete
  7. wah best nya! saya pun pernah jugak dulu 68kg. tahap obesiti. hahahahaha. alhamdulillah sekarang dah 55kg ^_^

    ReplyDelete
  8. Watch Bade Achhe Lagte Hain Season 2 All New Episodes Online in High Quality Videos, Bade Achhe Lagte Hain 2 Latest Complete Episodes and Free Download.

    badeachhelagtehain2.com

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.