KBBA Blogger's Day Out di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

11:21 AM Yanty Lee 10 Comments

Kredit to +Bro Framestone 

KBBA Blogger's Day Out | Alhamdulillah , berakhir sudah program bersama rakan alam maya dari komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari pada Ahad (26 April 2015) yang lepas bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Hampir 80++ rakan blogger juga keluarga masing - masing telah datang bagi memeriahkan program dan aktiviti yang telah dirancangkan sebulan lalu.


Pendaftaran seawal jam 8 pagi yang dikendalikan oleh +Sue Izza  , +Emas Putih  , +qaseh dalia & +fiza fantagirO . Mereka adalah antara blogger merangkap AJK yang telah bertungkus lumus bersama - sama dengan Ty bagi menjayakan program KBBA Blogger's Day Out. TQ ladies!

Selepas selesai pendaftaran dan makan pagi , aktiviti dimulakan dengan senaman ala tarian aerobik oleh penari kecik molek +Fatin Bella yang juga ditemani jejaka -jejak bajet kacak ; +boni kacak  & +Tengku Syukri .Pada mulanya semua segan silu nak berjoget , makin lama semua dah lupa diri. Cuma belum tahap cucuk bintang lagi.

Aktiviti dan permainan yang pertama dijalankan , golf. Selalunya perfahaman orang diluar sana , permainan ini hanya untuk golongan elit sahaja. Sebab mahal dan ada curlas kekdahnya. Pagi Ahad lepas, geng KBBA membawa kelainan. Setiap ahli blogger mesti cuba memukul bola dan melepasi bendera yang telah dipacakkan hampir 50m di hadapan. Skill dan gaya masing - masing memang kemain lagi tapi ada saja yang tak terkena sasaran langsung.

Selepas menebas , semua bergerak ke gelanggan badminton dengan raket masing - masing. Sayangnya , corak permainan bukan seperti biasa. Memandangkan semua blogger dipecahkan kepada 4 kumpulan , setiap kumpulan perlu menghantar 6 orang pemain badminton terhandal untuk bersaing dengan 6 lagi pemain dari kumpulan lawan di dalam satu gelanggang yang berbekalkan satu raket. Pelik tapi ini adalah bertujuan untuk mencorakkan satu permainan yang mana blogger perlu berkomunikasi , merancang dan bekerjasama sesama mereka. Bukan sahaja di gelanggang ini malah di dunia nyata & alam maya.

30 minit rehat selepas memerah otak masing - masing bagi mendapatkan strategi corak bermain badminton di ambil peluang geng blogger di gym yang mana juga antara fasiliti sedia ada di KKTTC. Nak sado macam +Ben Ashaari boleh la datang sini.

Panas terik dek matahari di atas kepala tak menghalang kami semua untuk meneruskan aktiviti ketiga , Go Kart. Pada mula Ty sendiri tak sanggup nak layan game ni sebab panas khaw -khaw tapi bila tengok 1st race dari geng lelaki , terus teruja. Well , kaki yang nak surut bengkak dan rasa sakit tak menghalang Ty tu cuba layan lap di litar ni. Pengalaman!

Dari pagi sampai tengah hari , semua ligat dengan aksi juga gaya untuk 3 permainan makanya perut semua pun dah lapar. Alhamdulillah rezeki kami semua sebab dapat makan dan merasa hidangan masakan dari Bayou Coffee House di KKTTC. Akan ceritakan lebih lanjut tentang makanan dari Bayou Coffee House di entri lain nanti. Tapi , semuanya SEDAP dan kenyang perut kami semua.

Selesai menjamu selera makan tengah hari dan sebelum teruskan aktiviti yang seterusnya , kami semua mengambil peluang untuk berehat , solat Zohor dan membersihkan diri juga anak - anak kecil. Surau yang ada selesa dan bersih untuk digunakan. Tandas , bilik persalinan dan bilik mandi juga bersih untuk digunakan orang awam.

Permainan terakhir dan antara yang dinanti -nantikan oleh semua rakan blogger , paintball. Corak permainan yang pertama , ahli kumpulan perlu memastikan "ketua" mereka tidak terkena sebarang serangan dan terkena tembakan pellets akan dinobatkan pemenang. Dan yang kedua , corak permaian yang biasa di dalam battle field. Yang ni , Ty memang frust menonggeng sebab tak dapat main sesama dengan mereka. Kondisi tidak mengizinkan. In sha Allah , repeat balik nanti dengan otai +Bro Framestone & +AyueJean AJ .

Okay , bagi u olls yang nak datang ke KKTTC dan tempah gelanggang atau sebagainya , Ty sertakan price rate untuk rujukan. Untuk lebih lanjut boleh dapatkan maklumat di talian +603-8315 6111 atau lawati web rasmi KKTTC [klik] .

Sebelum berakhirnya program , sesi cabutan bertuah dan penyerahan saguhati kepada rakan blogger KBBA dan sedikit kata - kata akhir daripada founder kelab ; +Ben Ashaari untuk kami geng blogger semua yang mana tidak bersetuju dengan kenyataan dia adalah ketua dan sebagai satu komuniti perlu bergerak bersama - sama. 

Berjaya juga program kali ni. Alhamdulillah , terduduk lega kami semua ahli AJK.

Terima Kasih kepada semua penaja - penaja ;
Natalia , dan 

In Sha Allah , bakal menyusul lagi aktiviti & program sesama ahli Kelab Blogger Ben Ashaari lagi nanti. Apa yang penting adalah kepercayaan dan kerjasama sesama ahli , bukannya bergerak secara solo untuk bolot nama sendiri. Pastinya semua jadi kenyataan. Aamiin.

10 comments:

  1. Best pula baca blog Yanty nie... walaupun xde muka bro la la la

    ReplyDelete
  2. senam robik tu dah macam menari k-pop dah...muahahaha...

    ReplyDelete
  3. teringat main Go Kart...kak juju ko dah gila ngan go kart dah pulakkkkk....hahahhahaha...well done team...such a great and wonderfull experience with u all...mmmuahhhhhhh

    ReplyDelete
  4. tahniah yanty & urusetia yg lain.. memang terbaik.. yanty keep remind us lepas ni pergi ke mana, and mana.. sebulan je kan plan event ni? thumbs up!! event yg best, & harap ada event yg seterusnya..

    ReplyDelete
  5. thanks Ty & AJK semua, KBDO memang best, enjoy!

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen