Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru | Sebagai rakyat Malaysia , Ty jamin kita mesti makan nasi lemak , cumanya mungkin ada segelintir tak berapa gemar tu tak dapat nak tolong la. Tapi nak cari nasi lemak yang memang sedap dan mengikut citarasa tekak masing - masing tu mungkin payah sikit. Port makan kali ni memang line panas . Tak kira waktu , siang ke malam mesti sesak dengan manusia. Kawasan Kampung Baru jadi tumpuan bagi "food hunter".
Dari Kulim ke Penang , terus ke KL untuk event #AABCHangout [klik] , pastu menternak lemak sedia ada dekat Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang memang "international" sebabnya semua bangsa dan mat / minah salleh pun sama - sama beratur dan menjamu makan malam di situ.
Tak dapat dinafikan , rasa Nasi Lemak Antarabangsa memang superb sedap dan kuah sambal yang tak pedas langsung. Bagi yang tak makan pedas , boleh cuba. Ty salah seorang nya , kalau Ty boleh u olls mesti boleh dan akan suka juga. Rasa sambal yang sesedap rasa ja.
Pasti jadi rambang mata bila tengok banyak lauk - pauk untuk digandingkan bersama nasi lemak. Selain menu utama , Nasi Lemak ada juga menu sampingan seperti Nasi Impit Berkuah Kacang , Soto , Bihun Goreng dan side dishes yang u olls kena buat tempahan ; Kuih Koci.
Sambil makan Nasi Lemak Antarabangsa , u olls harus cuba air kelapa dari Air Kelapa Frutti. Paling win Air Kelapa VIP ; ada ais krim (scope) dengan topping chocolate syrup buatan sendiri. Diikuti pula dengan air kelapa berperisa seperti Air Kelapa Nata / Buah ; Lemon , Laici , Kiwi , Nenas , Mangga & Strawberi.
Recommended! U olls harus cuba sendiri baru tahu. Perniagaaan suami isteri ni sudah beroperasi sejak tahun 1973 , dulu dan sekarang masih sama.
Nasi Lemak Antarabangsa
4, Jalan Raja Muda Musa
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Website : http://www.nasilemakantarabangsa.my
Emel : [email protected]
Telefon : 010-8818080
Faks: 03-62045688
Isnin - Ahad : 5 petang - 12 tengah hari (keesokkan hari)
sedapppppppppp
ReplyDeleteLama dah tak menjejak kampung baru for food hunting. Huhu.
ReplyDeleteMemang sedap nasi lemak ni :)
ReplyDeleteFuhhhhhhhhhhhhh nampak sodapppppppppp tu Ty hehhee..Bak la kat akak sikit Ty rasa sangattt nak makan ni haaaaaaaaaaaaa............
ReplyDelete